CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Monday, March 17, 2008

DEB - Relevankah kini?

Sana sini semua orang berbincangkan mengenai DEB? Apakah itu DEB? Masih relevankah DEB? Mengapa sesetengah pemimipin parti politik terlalu ghairah mempertahankan DEB?

Mari kita perhalusi apa itu DEB.....

DASAR EKONOMI BARU (DEB)(1970–1990)

PENGENALAN

Dasar pemerintahan Inggeris yang mengamalkan kaedah “divide and rule” atau pecah dan perintah telah menimbulkan implikasi yang buruk terhadap perpaduan masyarakatMalaysia. Pengelasan kaum mengikut jenis pekerjaan dansistem pelajaran yang berbeza telah mengurangkan tahap interaksi penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai rumpun etnik yang berbeza. Tindakan penjajah yang mengasingkan kaum mengikut bidang ekonomi dan persekitaran tempat tinggal, misalnya orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar dan bekerja sebagai petani dan nelayan, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, telah menimbulkan kecurigaan antara satu dengan lain.

PERISTIWA 13 MEI 1969

Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Apabila negara mencapai kemerdekaan, kita dapati bahawa orang Melayu agak tertinggal dari segi penguasaan ekonomi dan juga pendidikan manakala orang Cina pula setapak di hadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain. Golongan bumiputera merasa gusar akan tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Masyarakat Cina dan India pula bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian besar daripada mereka bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Malaysia. Walaupun terdapat perbezaan dan pengasingan antara kaum dan tidak ada dasar perpaduan yang khusus dilaksanakan selepas kemerdekaan hingga tahun 1969, rakyat pelbagai keturunan ini telah dapat hidup dengan aman. W alaupun wujud pertelingkahan kaum yang meletus, misalnya selepas tamat perang Dunia Kedua pada tahun 1946, ia adalah akibat daripada salah faham dan syak wasangka yang timbul kesan daripada pendudukan Jepun. Dasar Jepun yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan orang Cina. Apabila Jepun menyerah kalah, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga yang bernaung di bawah Parti Ko munis Malaya telah mengambil kesempatan sebelum ketibaan Inggeris untuk membalas dendam. Ketika darurat, iaitu dari tahun 1948–1960, berlaku peristiwa pertelingkahan kaum yang melibatkan anggota Parti Kaum Malaya yang kebanyakan terdiri daripada orang Cina dengan pasukan keselamatan yang kebanyakan anggotanya terdiri daripada orang Melayu. Dalam hal ini, ia belum lagi boleh dianggap sebagai ancaman kepada negara. Bibit-bibit pertelingkahan kaum ke mudiannya merebak seperti yang berlaku ketika menyambut kenaikan taraf Bandaraya Pulau Pinang pada tahun 1956, di Pangkor pada tahun 1960, di Bukit Mertajam pada tahun 1966 dan di Pulau Pinang pada tahun 1967, tetapi peristiwa ini semuanya dapat dibendung. Perasaan anti-Cina dan anti-Melayu ini kemudiannya kembali membara apabila Singapura yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew mula memperjuangkan konsep “Malaysia untuk orang Malaysia” yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan kemudiannya membawa kepada penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965. Pertelingkahan kaum memuncak dalam sejarah Malaysia apabila tercetusnya satu peristiwa yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa yang telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda ini turut mendedahkan kepincangan sebenar yang dialami negara. Peristiwa ini berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui. Parti Perikatan yang sebelum ini menerajui kepimpinan negara mendapat sedikit majority walaupun cukup untuk menubuhkan kerajaan. Parti-parti pembangkang pula berjaya menambahkan bilangan kerusi. Di Selangor, tidak ada parti yang berjaya mencatat kemenangan majoriti. Bagi meraikan kejayaan pertambahan bilangan kerusi yang dimenangi, parti pembangkang kemudiannya telah mengadakan perayaan dan perarakan yang bertujuan lebih untuk menghina orang Melayu di Kuala Lumpur. Kata-kata kesat yang dilemparkan dan slogan-slogan yang membangkitkan kemarahan orang Melayu turut diarak. Sebagai membalas tindakan tersebut, parti UMNO turut mengadakan perayaan kemenangan balas. Akibat daripada emosi dan kata-kata yang membangkitkan perasaan serta kurangnya kawalan daripada kedua-dua pihak, tercetuslah tragedi di Kuala Lumpur yang telah mengakibatkan kehilangan jiwa dan kerosakan hartabenda. Menurut seorang sarjana, Goh Cheng Teik (1971), rusuhan etnik 1969 berlaku kerana perubahan imbangan

kuasa antara orang Melayu dengan orang Cina. Andaian yang dipegang selama ini ialah perimbangan kuasa berlaku kerana kuasa politik dipegang oleh orang Melayu dan kuasa ekonomi dipegang oleh orang Cina. Menurut beliau, kemenangan orang Cina yang menganggotai parti pembangkang DAP dan Gerakan telah menyebabkan orang Melayu merasakan bahawa imbangan kuasa mulai memihak kepada orang Cina. Kebimbangan ini diperkuatkan lagi dengan tindak-tanduk penyokong-penyokong Gerakan dan DAP yang terdiri daripada orang-orang Cina yang mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina kedudukan orang Melayu.

HASIL PENYIASATA N

Penyiasatan rasmi yang dijalankan mendapati bahawa antara punca yang mendorong timbulnya perasaan kebencian antara kaum ialah kerana kempen pilihan raya yang berlangsung selama 6 minggu (dianggap terlalu panjang). Semasa berkempen, calon-calon yang berucap telah menggunakan isu-isu berbentuk perkauman bagi meraih simpati daripada pengundi-pengundi serta memastikan kemenangan mereka. Ungkit-mengungkit dan tindakan mempersoalkan persetujuan-persetujuan yang telah dicapai antara para pemimpin semasa proses menuntut kemerdekaan telah diperkecil-kecilkan dan diputarbelitkan. Hak istimewa orang Melayu telah dipersoalkan seolah-olah semua rancangan kerajaan adalah untuk kepentingan masyarakat Bumiputera semata-mata. Persetujuan tentang bahasa kebangsaan dan dasar pelajaran kebangsaan yang telah dipersetujui semua pihak pada tahun 1956 juga telah diungkit semula seolaholah bahasa Cina dan Tamil tidak mempunyai tempat langsung dalam dasar tersebut. Di samping itu, kerakyatan rakyat bukan Melayu turut dipersoalkan. Kempen-kempen yang berjalan telah membangkitkan perasaan dan kebencian antara kaum dan akhirnya, perarakan kemenangan selepas pilihan raya umpama mancis api yang menyalakan emosi perkauman yang meluap sehingga mengakibatkan tercetusnya pertelingkahan kaum yang serius pada 13 Mei 1969.

TINDAKAN KERAJAAN

Peristiwa berdarah 13 Mei telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Pengisytiharan ini telah diwartakan dan berkuat kuasa pada 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan Sistem Kerajaan Berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong. MAGERAN berfungsi untuk:

a) mengembalikan keamanan dan undang-undang negara;

b) menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna;

c) mengembalikan suasana harmoni dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.

Bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, sebuah lagi organisasi penting telah ditubuhkan iaitu Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Hasil perbincangan dan pemerhatian yang dilakukan oleh Majlis Perundingan Negara, satu masalah ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk Malaysia. Masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum tetapi juga penyatuan ekonomi dan sosial. Bertolak dari situ, Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu:

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-Undang

Kesopanan dan Kesusilaan

Selain dari itu, Majlis Perundingan Negara juga telah bersetuju untuk membentuk Dasar Ekonomi Baru yang akan menjadi jentera bagi menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Kerajaan juga telah bersetuju untuk membentuk sebuah organisasi yang diberi nama Jabatan Perpaduan Negara yang bertanggunjawab untuk menyelaras kerja-kerja muhibah. Di samping Jabatan Perpaduan Negara, Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.

DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Dasar Ekonomi Baru ialah satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua yang bertujuan untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di Negara ini. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara. Menyedari

hakikat bahawa matlamat untuk mewujudkan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang bersatu padu hanya boleh dicapai sekiranya penduduknya menikmati pengagihan ekonomi yang seimbang, DEB telah dirancang dengan mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain. Di samping itu, DEB yang digubal juga mengambil kira keadaan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum. Wujudnya kemiskinan dengan sendirinya telah menimbulkan ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta. Sewaktu tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, masalah kemiskinan di Malaysia sebenarnya bukan merupakan masalah orang Melayu sahaja tetapi juga masalah kaum-kaum yang lain. Apa yang memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. W alaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik, tetapi yang jelas ialah orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, berm ula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-

(i) pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;

(ii) penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970. Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:

(i) Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar;

(ii) Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;

(iii) Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;

(iv) Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.

Secara keseluruhanya DEB telah berjaya membawa perubahan dalam tempoh 20 tahun pelaksanaannya, khususnya dalam mencapai matlamat membasmi kemiskinan. Namun begitu, usaha untuk menyusun semula guna tenaga perlu diperhebatkan lagi kerana matlamat yang ditetapkan tidak tercapai sepenuhnya. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, kerajaan telah membentuk Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan kesinambungan pelaksanaan DEB.

Masihkah relevankan DEB ini? Sipakah yang selama ini (selepas 1990) yg merasai nikmat DEB? adakah anda sebagai rakyat biasa merasinya? Atau yg mendapat nikmat DEB ini hanya mereka yg berkedudukan dalam politik serta kroni2 mereka yg kini jadi kronik akibat DEB mahu dihapuskan di Penang????

0 comments: