CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, September 18, 2008

.:Menjelang Syawal: Di Sebalik Takbir Raya:.


Menjelang hari raya Aidilfitri, kita disunatkan memperbanyakkan takbir bermula dari berakhirnya Ramadhan sampailah imam naik membaca khutbah hari raya. Apa hikmahnya???

Takbir ini melambangkan rasa syukur kita sebab telah menyempurnakan puasa pada bulan ramadhan. Lafaz yang terangkum dalam takbir hari raya Aidilfitri itu pertama kali diucapkan oleh Rasulullah SAW selepas kemenangan umat Islam dalam Perang Badar pada 17 Ramadhan tahun pertama Hijrah. Pada tahun itu juga umat islam menyambut Aidilfitri yang pertama.

Takbir itu hendak memberitahu , Nabi SAW menang dalam perang melawan musuh Islam. Dalam menyambut Aidilfitri, kita takbir pertamanya sebab menang melawan nafsu. Kedua, hari raya itu kita balik kepada kehidupan biasa dan syaitan sudah bebas. Jadi kita bertakbir untuk isytihar perang dengan syaitan dan nafsu.

Hikmahnya disuruh kita perbanyakkan bertakbir kerana Nabi SAW bersabda: " Sesiapa menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati akan mati (hari kiamat)". (Riwayat Tabrani dari Ubadah bin Soib)

matinya hati kerana, pertama disebabkandosa dan maksiat. Kedua, hati yang 'mati' ketika mengadap Allah SWT pada hari kiamat, kerana mereka yang beruntung adalah mereka yang mengadap Allahmembawa hati yang sejahtera seperti firman Allah:
"Pada hari itu tidak berguna harta dan anak-pinak melainkan mereka yang datang dengan hati yang selamat sejahtera (qalbin salim)

Kesimpulannya, orang yang bertakbir adalah orang yang menghidupkan hari raya. Tambahan pula takbir yang betul-betul melambangkan kemenangan adalah takbiryang dilafazkan hasil kemenangan di dalam perang melawan hawa nafsu.

Namun begitu, budaya bertakbir di malam raya Aidilfitri kini semakinberkurangan, mungkin disebabkan kesibukan umat Islam menyediakan persiapan hari raya. Tidak salah membuat persedian raya dengan serba baru, tetapi yang lebih penting adalah menyediakan jiwa yang baru. 

Sambutan hari raya sangat bergantung kepada kualiti puasa yang matlamatnya untuk medapatkan takwa. Sambutlah Raya dengan persiapan takwa. raya merupakan hari konvokesyen untuk mendapatkan ijazah takwa. Jadi persiapan pun kena cara takwa juga. Misalnya jangan sampai terlepas menghidupkan 10 malam terakhir ramadhan. jangan sampai terlepas iktikaf. hari Raya pula tidak makan secara berlebih-lebihan, bersalaman dengan cara yang wajar, tidak bersalaman dengan perempuan dan lelaki yang bukan mahram.

sumber: Ustaz Zawawi Yusoh - Pendakwah dan pakar motivasi.

1 comments:

Shark said...

salam...ni abg mizan A10 ke?