CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Monday, May 26, 2008

Sepagi di Zoo Taiping

Hujung minggu lalu aku xder aktiviti selain dari jemputan majlis kenduri kawen so aku ambik kesempatan bawa anak2 aku ke Zoo Taiping. Maklumlah anak aku yg no.2 nak sangat ke sana.

Alhamdulillah cuaca pagi tuh pun ok... so xler letih sangat berjalan dalam zoo pagi tuh.

Bergambar di pintu masuk zoo
iguana nih menyambut kedatangan kami pg tuh...
aksi santai orang utan
bergambar di hadapan kawasan chimpanzee
chimpanzee bersama keluarganya
Airil Zaquan memberi sarapan utk rusa
burung hantu......
berehat sebentar
pose dihadapan kandang singa
tengok apa plak tuh....
bermesra dgn memerang rupanya....
on the way back
aksi terakhir sebelum pulang....







Tuesday, May 20, 2008

Perubahan dlm hidup.

Setiap insan inginkan perubahan dlm hidupnya. Perubahan yg dimaksudkan adalah perubahan dari yg xbaik kpd yg baik. Setiap kali apabila tiba thn br(xkiralah thn masehi atau hijrah) mesti ada antara kita yg berazam utk menjadi insan yg terbaik di sisi Allah dsb. Malangnya hanya beberapa org sahaja yg berjaya berubah.

Mengapa ini terjadi? Puncanya adalah kerana kita cuma meletakkan azam itu sebelum thn baru/thn br tetapi kita xberusaha ke arah itu...

Bagaimana utk merealisasikan azam itu...

1. Mula berazam dan diikuti dgn niat yg betul2 ikhlas..

2. Memohon doa kehadrat Allah s.w.t agar dpt membantu kita merealisasikan azam tersebut..

3. Mula berusaha ke arah azam tersebut. Sebagai contoh: apabila kita berazam utk rajin solat berjemaah dimasjid, maka kita perlulah mula menjejakan kaki ke masjid.

4. Sanggup utk meninggalkan kwn2 kita yg negatif. Perkara ini memang agak berat untuk kita lakukan kerana kita sebelum ini cukup selesa bersama mereka. Dalam hal ini bukanlah bermaksud kita meninggalkan mereka terus tetapi kita perlu menghadkan pergaulan dgn mereka supaya tabiat buruk yang lalu dapat kita tinggalkan.

Wednesday, May 14, 2008

Fake Note Verification - RM 50

Balik kampung lagi...

Hujung minggu lalu aku balik kampung lagi walaupun kesihatan aku masih kurang baik...
Ketenangan dapat aku rasai apabila melihat sawah padi yg menghijau... Terasa rindu pula untuk bermain lumpur disawah seperti zaman kanak-kanak dahulu... Meredah sawah padi mencari ikan sepat, keli dan haruan... Namun itu semua hanya tinggal kenangan sahaja... Sawah padi sekarang tidak lagi seperti dahulu, prosesnya sudah jauh berbeza dari dahulu. Namun yang tetap sama adalah kehijauannya yg menenangkan setiap jiwa yg melihatnya....

Kini setiap kali aku kembali ke kampungku akan aku gunakan setiap saat yang berharga itu untuk aku menatap keindahan alam ciptaan Allah s.w.t dan sesungguhnya aku berasa bersyukur kerana aku dilahirkan di sini. Walaupun kampungku ini tidaklah semaju kampung-kampung lain namun aku rasa adalah lebih baik ianya kekal begini. Biarlah anak-anakku tahu di sinilah ayah mereka dilahirkan dan dibesarkan. Di sawah inilah ayah mereka ini bermain lumpur, menangkap ikan, menjerat burung...




Rumahku...
Disinilah aku dilahirkan dan mengenal dunia. Disinilah aku membesar. Kini rumah ini seakan sepi... sepi kerana kami adik beradik semuanya kini tidak lagi tinggal disini. Masing-masing mempunyai komitmen masing-masing. Aku di Butterworth, Adik aku yang no.2 sudah berkahwin dan beli rumah di Bagan Serai. Manakala adik aku yang no.3, kerja di Ipoh. Akhir sekali adik aku yang bongsu menuntut UiTM Seri Iskandar. So, yang tinggal hanyalah abah dan mak sahaja di sini...

Wednesday, May 7, 2008

KISAH SERAM KAKI PANCING...

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Zohor. tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sebab waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dari biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker,sebab dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar. hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yag datang nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Dari rockers ke pusat tahfiz

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Percaya atau tidak, penyanyi rock terkenal Amy Search, akan membuka sebuah maahad tahfiz bernilai RM3 juta di Johor tidak lama lagi? Tetapi itulah yang sedang dirancangkan oleh Amy sekarang.


Bagi mempastikan ia menjadi kenyataan, Amy telah memberikan penerangan secara sepintas lalu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkunjung ke kedai makannya, Restoran makanan Cina Islam Cheng Ho di Wangsa Maju baru-baru ini.
Amy menunjukkan kepada Nik Aziz model pelan pusat tahfiz yang beliau rancangkan itu. "Mana masjidnya?" tanya Tok Guru Nik Aziz. "Ini dia pelannya tok guru," kata Amy memberikan penerangan tentang reka bentuk pusat tahfiz yang bakal dibina melalui yayasan yang beliau tubuhkan itu.

Selepas melihatnya, Nik Aziz membacakan doa, moga-moga cita-cita penghijrahan Amy berjaya.
Amy mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu. Beliau ke sana selepas berjaya dalam samannya terhadap sebuah syarikat rakaman.

Selepas itu, perlahan-lahan Amy dilihat berubah dan pembukaan kedai makanan Cina Islam Cheng Ho antara titik penting perubahan Amy.

Sebelum ini, Amy berduet dengan kumpulan Rabbani merakamkan lagu ketuhanan.

Kini, perubahan lebih besar sedang dirancang Amy bersama isterinya yang merasakan cinta mereka berdua semakin mantap sepanjang di tanah suci walaupun sudah beranak dua ketika itu.

Tuesday, May 6, 2008

Pagari Diri Dari Disihir

Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir). Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama :Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
[Riwayat al Bukhari]

Pagar Kedua :Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"
[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]


Pagar Ketiga :Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang,nescaya akan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya."
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]


Pagar Keempat : Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut. Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
"Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]

Pagar Kelima : Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :
"Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.


Pagar Keenam : Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya"
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]

Pagar Ketujuh : Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri sememangnya penipu"
[Riwayat al Bukhari.]

YANG BAIK ITU DARI ALLAH, YANG TIDAK BAIK ITU DARI KELEMAHAN MANUSIA ITU
SENDIRI

Monday, May 5, 2008

Ujian Ilahi

Minggu lalu mmg benar2 menguji aku, bermula dgn Airil demam, lepas tuh isteri pulak demam, kemudian anak perempuan aku plak fuh pakat demam semua.... Airil Zaquan demamnya kali nih agak kuat sampai xlalu makan langsung, kalau dulu badan dia agak berisi tapi kini dia dah jadi kurus... kesian aku tengok... sampai tiga kali aku bawa dia pegi klinik sebab panas badannya x turun... Disebabkan tuh aku x pegi kerja sebab nak jaga diorang.... dalam pada aku x pegi kerja utk jaga diorng, kemudian aku pun demam juga... tapi kali nih aku demam pelik sikit, sekejap aku berpeluh, kejap aku demam balik... huh dasat... hampir seminggu juga aku x kemasjid utk bersolat jemaah...

Alhamdulillah.. semalam aku dah kembali sembuh sikit, dah boleh join bebudak main bola tampar walaupun masih terasa lenguh2 badan, Airil pun dah kembali berselera utk makan walaupun xmacam sebelum demam, Isteriku juga dah sihat sikit, dah boleh pegi keja ari nih, cuma Aereen pulak sejak malam semalam dia batuk dan malam tadi hingga pagi nih badan dia pulak panas... Pening kepala beb.... namun aku bersyukur dan redha dengan ketentuan ilahi... mungkin ini adalah ujian buat diriku...