CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Friday, August 7, 2009

.::Alhamdulillah: Terlaksana Sudah Azam::.

Alhamdulillah awal pagi tadi ana bangun sepertiga malam dan bertahajjud (Ya Allah, jauhilah aku dari perasan riak dan bangga diri). Selesai bertahajjud, ana terus capai Quran dan habiskan bacaan pagi tadi. Memang antara azam ana tahun ni ana nak kahatam Quran sebelum Ramadhan, Alhamdulillah berjaya juga ana... Kegembiraan yang sukar digambarkan... Hanya kesyukuran kepada Maha Pencipta mampu dilafazkan. Selesai sudah Azam ana fasa pertama, kini memasuki fasa kedua, membaca dan memahami terjemahannya pula. Untuk Fasa kedua ini ana letakan target untuk selesaikannya sebelum Muharam 1431 InsyaAllah...
Hanya izinNya ku pohonkan agar memberi kekuatan kepadaku memenuhi impianku...

Untuk Fasa kedua ini ana baru sahaja membeli sebuah terjemahan Al-quran malam tadi selepas kuliah maghrib di Masjid Batu. Memang dah lama ana nak beli terjemahan ni...
Syaamil Al-Quran yang ana beli malam tadi...

0 comments: