CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, August 4, 2009

.::Back 2 School:Part 4:BBQ::.

Berbalik kepada posting ana yang terdahulu (Back 2 School: Part 3). Selepas siang tadi berhempas pulas bermain bola sepak dan bola tampar. Selesai sahaja bersolat maghrib ana serta sahabat-sahabat terus ke dewan makan untuk makan malam. Malangnya, rupa-rupanya dewan makan asrama telah bertukar waktu makan malamnya, kalau zaman ana waktu makan malam adalah selepas solat maghrib, tapi sekarang waktunya sebelum maghrib... zaman dah berubah.

Oleh kerana masing-masing dah lapar dan kalau nak tunggu BBQ agak lambat lagi kerana program BBQ dijangkakan pukul 9.30 malam. Jadi ana bersama sahabat-sahabat ana keluar mencari makan di luar. Lokasi dipilih adalah restoran Nasi Kandar AK. Antara lokasi kegemaran Alumni. Bermula dengan 2 meja akhirnya kalau tak silap ana jadi 5 meja. Maklumlah lepas sorang, sorang datang. Ana sekadar melapik perut sahaja dengan menjamah sekeping tosai. Meriah restoran tuh dengan karenah ana dan sahabat-sahabat yang masing-masing mahu bercerita dan mengenakan sahabat lain. Ana sekadar menjamah tosai kerana nak reservekan sikit ruang nak isi dengan BBQ kambing nanti...
Menu yang tak mampu ana tolak... Kambing, Alhamdulillah siang tadi dah check bp. 130/80 so bolehlah ana makan kambing-kambing tu...

Anak ana Aidil yang ikut ana ke sekolah puas makan ayam malam tu.

gambar: thanx 2 Bro Hazman dan Sis Yusni...

0 comments: