CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, August 5, 2009

.::Back 2 School:Part 5:Lunch::.

Kehadiran semula ke Bainun kali ini memang berbeza. Perbezaan pertama kerana hanya ana sorang sahaja dari batch 87-91 yang datang awal (yang lain datang petang dan malam). Keduanya kehadiran kali ini tidaklah seramai sebelumnya (AGM tahun lepas). Ketiga, kali ini ana dan sahabat-sahabat berpeluang makan di dewan makan aspura setelah 18 tahun ana dan sahabat-sahabat tak makan di sini. Ada juga yang dah 21 tahun tak makan di sini. Yang paling nostalgia sekali apabila berpeluang tengahari dalam tray, siap beratur lagi ambik makanan memang nostalgia sungguh. Kepada sahabat ana yang tak hadir, minta maaflah mungkin kalian tak akan dapat mengulangi lagi keseronokan makan nasi dalam tray. Makanan hari tuh pun sedap, lauk ayam bukan lagi ikan jaket (cencaru) macam zaman 80-an dulu.

Kalau dulu tray plastik, kini stainless steel dan tray di dalam dewan makan bukan di luar lagi.
masing-masing berselera makan nasi tengahari tu, adakah kerana masakan sekarang memang sedap atau perut masing-masing dah lapar?

gambar : Thanx to bro Izaini

0 comments: