CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, October 6, 2009

.::Bagan Pinang: Benarkah Azeez Kena Tumbuk::.

Sumber disedut dari HarakahDaily.Net

Bukti bergambar, Azeez bukannya ditumbuk!

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Benarkah Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan baru-baru ini?

Laporan Azeez yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini membuktikan sebaliknya.

Ustaz Idris dalam kenyataannya, membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azeez adalah tidak benar apabila mendedahkan tiga keping gambar yang menunjukkan situasi sebenar semasa hari pencalonan tersebut.

(Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS)

"Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

"Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

(Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS)

"Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis,"jelasnya.

Tambahnya,ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

"Rakaman gambar yang dibuat menunjukkan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

"PAS mahu Azeez meminta maaf kepada rakyat Bagan Pinang dan seluruh negara atas pembohongan yang beliau lakukan. PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat,"tegas beliau sambil menambah bahawa rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon.

(Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden)

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa Azeez hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon semalam.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Sebelum ini, Azeez mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang pagi ini.

Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu.

"Yang saya tahu, lebih daripada sembilan orang kerumuni saya. Saya terima lebih daripada 20 tumbukan," katanya ketika dihubungi oleh sebuah akhbar portal. - mks.

0 comments: