CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, October 20, 2009

.::Benarkan syarikat rokok taja kembali::.

IPOH - Kerajaan diminta membenarkan semula syarikat rokok menaja acara sukan bagi mengatasi masalah kewangan yang melanda persatuan-persatuan bola sepak negeri.

Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (gambar) berkata, langkah berkenaan sangat penting selepas banyak persatuan bola sepak negeri pada masa ini sering 'sesak'.

Mereka bukan sahaja kehilangan banyak punca kewangan malah tidak mampu menampung kos pengurusan berjumlah lebih RM3 juta setahun.

Katanya, sebelum ini sebuah syarikat rokok memberikan tajaan kira-kira RM40 juta setahun dan persatuan bola sepak negeri pula mendapat lebih kurang RM1 juta daripada tajaan tersebut.

''Saya akan membuat rayuan kepada kerajaan nanti supaya mempertimbangkan semula larangan tersebut kerana persatuan bola sepak negeri memerlukan pembelanjaan besar untuk pengurusan dan pembangunan sukan," katanya pada majlis jamuan Aidilfitri Maju Perak Berhad di sini, semalam.

Syarikat rokok itu menamatkan kontrak dengan FAM pada 2004 ekoran ketetapan Rangka Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) pada konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2003.

Melalui konvensyen yang disertai 192 negara termasuk Malaysia telah bersetuju semua anggota mengharamkan atau mengenakan sekatan terhadap pengiklanan, penajaan dan promosi tembakau.

Raja Ahmad Zainuddin yang juga Pengerusi Maju Perak Berhad berkata, walaupun WHO melarang syarikat rokok menaja acara sukan, masih ada pasukan bola sepak negara di dunia ini yang ditaja oleh syarikat pengeluar rokok.

''Lagipun, saya melihat penjualan tembakau tidak diharamkan dan saya tidak nampak sebab kenapa kerajaan tidak boleh mempertimbangkan semula larangan berkenaan," katanya.

Di samping itu, beliau mencadangkan kerajaan supaya memberikan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat swasta yang menaja sukan seperti yang diamalkan di negara-negara maju.

Katanya, langkah tersebut dapat menggalakkan penglibatan syarikat swasta dalam pembangunan sukan negara.

''Pada masa ini, syarikat swasta keberatan untuk menaja sukan kerana tidak diberikan pengecualian cukai. Ini bermakna mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak dua kali jika menaja sukan," katanya.

sumber: Utusan Malaysia

miezanz: Apa nak jadi dengan sukan kita. Kalau dah dulu diputuskan tiada penajaan oleh syarikat rokok dan arak kenapa sekarang nak dibenarkan pulak? Persoalannya kenapa syarikat swasta lain tidak berminat? FAM kena tengok balik mutu bolasepak negara....

0 comments: