CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, March 17, 2010

.::Lompat Si Katak Lompat: Part III ~ Maulidur Rasul @ Tmn Serai Jaya::.

Ahad lepas (14 Mac 2010) ana berkesempatan untuk hadir ceramah agama sempena sambutan Maulidur Rasul di Surau Ubudiah Taman Serai Jaya. Aturcara sambutan ana lihat memang meriah dan hebat. Masakan tidak, siap dengan tumbangkan lembu lagi. Sebelah malamnya (sabtu) ada majlis tahlil dan marhaban (ana tak sempat hadir kerana berada di Balai Tassawur). Sebelah subuh pulak siap ada kuliah subuh (tak tahulah berapa ramai jemaah yang hadir sebab ana terbabas).

Pukul 8.30 ana ke surau berkenaan kerana dijadualkan program akan bermula jam 9.00 pagi. Ana lihat dah ramai berada diperkarangan surau menyediakan makanan. Pasti meriah bisik hati ana sebab siap dengan makan-makan lagi. Tepat pukul 9.00 Ustaz Shahril Long tiba. Haram tak ada sesapa yang sambut. Ana pun pegilah sambut. Ustaz tanya ana, pukul berapa mula? ana jawab 9.00. tapi di dalam surau tak ada sorang pun. Ana pelawa ustaz naik dan ana beritahu AJK surau. Yang hairan semua buat rileks jer.... Ramai dikalangan AJK Surau dari puak UBN so disiplin dalam bab mengaji agama memang begini agaknya.

Image Hosted by ImageShack.us
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Sdr. Azmi

Tambah menyedihkan, masa ustaz berceramah yang ada kat dalam hanyalah dikalangan jemaah dari luar dan beberapa kerat sahaja jemaah surau ni... mana yang lain? Yang lain lepak2 kat luar sembang-sembang. Hmmmm macam nih punya orang pun ada jugak...

Image Hosted by ImageShack.us
Ustaz Shahril Long

Ada dikalangan puak UBN, boleh pulak bisik-bisik kata, ustaz nih cerama agama atau ceramah politik? buta kayu betul puak tu, takkan setiap kali maulidur Rasul nak cerita Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada hari isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah. Kalau setakat tuh anak ana yng darjah satu pun boleh cerita. Tak payah ustaz Shahril Long datang jauh-jauh dr Sungai Petani.

0 comments: