CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, July 16, 2009

.::Sedih:Program Realiti Yang Terpinggir::.

Sedih lagi menyedihkan. Itulah yang dapat ana katakan bila berbicara mengenai Tilawah Al-quran peringkat Kebangsaan 2009 yang sedang berlangsung. Apa yang sedih lagi menyedihkan tu? Bukan kelemahan penganjuran yang menyebabkan ana sedih, tetapi kerana sikap orang kita yang buat ana rasa sedih. Ana sedar ana bukanlah individu yang layak untuk menegur dan mengkritik kealpaan masyarakat kerana ana juga sedar siapalah ana suatu ketika dahulu. Namun sebagai insan yang sudah"bangun dari tidur" ana rasa perlu ana luahkan rasa kurang senang dalam diri ana melihat fenomena ini.

Sungguh sedih rasanya bila ana cuba bertanyakan kepada kawan-kawan ana mengenai Program ini, antara jawapan yang ana terima adalah " Eh.. Dah mula ker tilawah nih?" ada juga yang kata " bukan selalu tilawah dalam bulan puasa ke?" dan macam lagi jawapan yang buat ana tersenyum sendirian. Tu belum lagi ana tanya di mana tilawah tersebut berlangsung....
(Nota: bukan nak bangga diri sebab ana follow program ni)

Kepada para sahabat yang menonton rancangan ini secara langsung di TV1 alhamdulillah kerana kita sama-sama mendapat manfaatnya insyAllah. Suasana yang ana saksikan dari siaran langsung di TV1 yang sudah berlangsung 2 malam yang ana dapat saksikan hanya wajah warga emas yang memenuhi ruang Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak, Ke mana wajah-wajah generasi muda? Mengapa program yang pastinya kemasukan adalah percuma tetapi cuma dihadiri oleh warga emas dan cuma beberapa kerat sahaja generasi muda yang dapat ana saksikan. memang mengecewakan. Adakah hanya warga yang berumur sahaja berminat dengan majlis yang mendatang manfaat dan faedah ini?

Seperkara lagi yang agak mengecewakan ana berhubung Tilawah ini adalah dari segi publisiti dan promosi amat kurang sekali. Mungkin inilah antara penyumbang mengapa masyarakat kita tidak menyedari tentang penganjuran program ini. Atau mungkin juga kerana ketika ini terlalu banyak saluran televisyen menyebabkan siaran secara langsung ini terpinggir. Tidak seperti semasa zaman ana kanak-kanak dulu, ketika itu cuma ada RTM1 dan RTM2 sahaja. Jadi tiada pilihan ketika itu maka mahu tak mahu kenalah juga ikutinya.

Seingat ana suatu ketika dulu (zaman kanak kanak) setiap kali berlangsungnya tilawah Al-quran maka ramai orang berbicara mengenainya dan sudah mula membuat perkiraan siapa yang bakal jadi Johan Qari dan Qariah. Boleh kata hampir sama hebatnya macam AF juga. tapi itu dulu ketika belum ada saluran tv berbayar...

miezan: siapalah ana untuk menegur....

0 comments: