Alhamdulillah akhirnya berjaya juga ana dan beberapa sahabat berkumpul dan mengumpulkan beberapa sahabat yang dah lama tak bertemu. Ana bersyukur kerana walaupun terpaksa membuat beberapa perubahan demi memastikan ramai sahabat hadir kami berjaya merealisasikannya juga. Urusan hebahan kepada para sahabat agak mudah kerana terdapatnya pelbagai medium yang cepat dan pantas untuk menyalurkan maklumat. Namun ana faham ada ramai sahabat lain yang ingin ikut serta namun tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain... Apa-apa pun gath 14/2 lepas memang menarik dan mengembirakan. Kalian semua memang sporting.
ana dan sahabat berkumpul di Kuala Kangsar sebelum bertolak ke rumah Kim.
Antara yang terawal tiba di rumah Kim.
Fakril berpeluh-peluh membakar ayam dan udang.
Kim yang sporting sanggup menyediakan rumahnya sebagai tempat berkumpul
tuan rumah turut menunjukan skill membakar ayam
Shidee memperkenalkan resepi udang goreng nasi...
Sebahagian sahabat lelaki yang hadir pada majlis tersebut.
Suasana malam tersebut memang meriah dengan gelak tawa sahabat. Faktor usia bukan penghalang untuk terus berjenaka dan bergurau. Bila peluang berkumpul begini segala kenakalan zaman sekolah pastinya muncul kembali. lawak-lawak spontan menggamatkan suasana malam tu. Malangnya ana terpaksa pulang awal disebabkan anak-anak ana dan mula mengantuk akibat keletihan bermain.
Diharapkan agar kita mampu untuk berkumpul seperti ini lagi di lain ketika...
Terima kasih kepada Kim atas kerja keras beliau menyediakan tempat serta peralatan demi memastikan segalanya berjalan lancar. Tidak ketingalan juga kepada Shidee dan isteri serta Lon dan Isteri (Yusnita) yang banyak membantu merealisasikan impian kita semua....
KALIAN MEMANG BEST!!!!!

0 comments:
Post a Comment