Selepas jumpa dengan Boss baru dia bagi aku tugas utk menyelia permohonan remisi, bunyi macam biasa jer sebab dulupun ana buat remisi jugak. Apa-apapun ana tak kisah..
Monday, March 16, 2009
.::Hari Pertama Di Tempat Baru::.
Selepas jumpa dengan Boss baru dia bagi aku tugas utk menyelia permohonan remisi, bunyi macam biasa jer sebab dulupun ana buat remisi jugak. Apa-apapun ana tak kisah..
Posted by miezanz at 9:25 AM 0 comments
Labels: lain-lain
Sunday, March 15, 2009
.::Masih Wujud Budaya Gotong-Royong::.
Selesai solat isya, para jemaah dijemput untuk menghadiri mesyuarat bagi Majlis Kenduri di rumah Tn. Hj. Abdul Halim Saad. Apa yang ana mahu ceritakan di sini adalah berkenaan budaya kenduri secara gotong royong yang begitu popular di kalangan masyarakat melayu suatu etika dahulu. Walaupun dalam zaman yang serba sibuk ini dan rata-rata malis kenduri kahwin biasanya dibuat secara tempahan katering sahaja. Namun bila sekali sekala bila ada majlis kenduri kahwin yang dibuat secara gotong royong ini pastinya akan menggamit kenangan di zaman kita kanak-kanak dahulu.
Memang tidak dinafikan kebanyakan ibubapa pada zaman ini menggunakan khidmar katering kerana kerana kurangnya tenaga kerja bagi menjayakan majlis kenduri kahwin secara gotong royong. Kebanyak dikalangan kita semua sibuk dengan komitmen terhadap kerjaya membataskan penglibatan kita dalam majlis kenduri secara gotong royong. Tahniah kepada keluarga Tn. Hj. Abdul Halim Saad kerana masih mengekalkan budaya gotong royong dalam menjaya majlis perkahwinan anak mereka pada 21 Mac nanti.
Hj. Abdul Halim Saad memulakan mesyauarat
Para jemaah yang hadir
Para hadirin dijamu dengan bihun goreng dan agar-agar
Sebahagian hadirin yang sedang menjamu selera
Posted by miezanz at 3:16 PM 0 comments
Labels: lain-lain
Friday, March 13, 2009
.:: Anwar n Pak Lah @ Nurul Iman::.
Posted by miezanz at 4:10 PM 0 comments
Labels: Ehwal Semasa, video
.:: Hari Terakhir di BTSP::.
Selama 2 tahun lebih ana bertugas di Bahagian Cukai Dalaman terlalu banyak pengalaman yang ditimba terutama mengenai sikap staff di pejabat yang bermuka-muka. Di depan kita betapa manisnya mulut tapi di belakang mereka tikam kita. Sememangnya ana tak pernah rasa seronok bertugas di sana walaupun ana cuba menyeronokan hati. Kini Alhamdulillah ana tak perlu lagi jumpa mereka yang hipokrit tu lagi... Selamat tinggal Cukai Dalaman, selamat tinggal BTSP.
Kepada kawan2, seikhlas hati ana mohon ampun dan maaf seandainya sepanjang berada di Bahagian Cukai Dalaman ada ana membuat salah dan silap sama ada dalam sedar atau pun tanpa sedar. Kepada para jemaah di surau BTSP, juga ana mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan ana yang dilakukan dengan sengaja atau tidak. Terima kasih kerana sudi dan percaya pada ana untuk menjadi imam...
Posted by miezanz at 3:15 PM 0 comments
Labels: lain-lain
Wednesday, March 11, 2009
.::Jom Baca Al-Quran::.
Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya. Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:"Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya".
Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:"Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya".
Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:"Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain".
Posted by miezanz at 9:48 AM 0 comments
Labels: Download
Tuesday, March 10, 2009
.::Solat Dhuha - Murahkan rezeki, menolak kepapaan::.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.
Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya. Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah,dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya :
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :
“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :
“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :
” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
( Riwayat At-Thabarani )
Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :
Ertinya : ” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”
Doa’ sembahyang Dhuha ialah:
WasalamMaksudnya : ” Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”
Posted by miezanz at 10:51 AM 0 comments
Labels: agama, tazkirah, tips dan nasihat
.::Berita Kematian::.
Manakala pagi Ahad pula ana terima pula SMS dari abah ana beritahu Mak Long Amah telah meninggal. Persoalan pertama yang terlintas di kepala ana adalah siapakah Mak Long Amah? Lalu ana terus telefon abah untuk kepastian. Akhirnya barulah anan tahu bahawa Mak Long Amah adalah sepupu mak ana. Patutlah ana tak berapa kenal sebab ana memang kurang rapat dengan saudara-mara sebelah mak ana. Ana diberitahu oleh abah bahawa jenazah akan disembahyangkan pukul 11.00 pagi. Ana serba salah kerana pada jam 10.30 ana ada jemputan majlis tahlil dan marhaban sempena perkahwinan anak kawan ana di Taman Serai Jaya. Akhirnya ana ambil keputusan untuk pergi dahulu ke rumah arwah Mak Long Amah dan apabila selesai ana akan kembali ke rumah kawan ana.
Sepanjang dua hingga 3 minggu ini ana telah menerima perkhabaran tentang kematian insan-insan yang ana kenali. Minggu lalu semasa pulang ke rumah Abah, Abah beritahu Pakcik Kaq (Bakar b. Lat a.k.a Lebai Kaq). Abah juga beritahu bahawa Maklang Timah (bau-bau bacang dengan famili ana) sedang tenat. Pada tengahari Isnin lepas Abah SMS ana beritahu Maklang Timah juga telah kembali ke rahmatullah. Malangnya ana tidak dapat balik ke kampung kerana ada tugas yang perlu diselesaikan...
Semua ini menyedarkan dan mengingatkan kita semua bahawa semakin hari kita semakin menghampiri saat kematian. Adakah kita sudah bersedia? Apakah bekalan kita sudah cukup bagi kita menemui-Nya? Kepada rakan-rakan, kawan-kawan, sahabat marilah kita menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Isikan waktu yang terluang dengan mengingati-Nya.
Posted by miezanz at 10:10 AM 0 comments
Labels: lain-lain, tips dan nasihat


