CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Showing posts with label lain-lain. Show all posts
Showing posts with label lain-lain. Show all posts

Monday, August 29, 2011

.:: Salam Lebaran::.

Tiada kata untuk diucapkan selain dari "SELAMAT HARI RAYA"
Tiada permintaan selain dari "MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Monday, March 21, 2011

.:: Perjalanan ::.

19 Mac 2011... pagi buta aku dah bangun sebab isteri dah kejutkan aku suruh basuh kereta... Apa kes kul 6.30 basuh kereta... Sebenarnya aku dah janji nak basuh kereta tuh dah berhari2 tp masih tak berbasuh... Tentu pelikkan kenapa nak basuh kereta pagi2 buta, tak boleh ker tunggu siang sikit lg.... Sebenarnya hari ni aku ada perjalanan yang agak jauh... aku nak berkursus 2 minggu di melaka...

Jam 7.30 pagi aku dengan anak2 dan isteri keluar dari rumah ke stesen keretapi butterworth. Naik keretapi sebab aku tak komfiden nak journey dengan bas.Asyik eksiden jer so aku pilih yang kurang mudaratnya...So aku naiklah ekspress rakyat ke seremban lalalalalalalala ekspress rakyat...

journey

Express Rakyat
Cepat-cepat jangan Terlambat
Express Rakyat
Jam delapan akan berangkat

Jentera yang membawa berbagai rupa
Tidak kira tua ataupun muda
Bergerak laju mengikut waktu
Meniti landasan berliku tanpa jemu

Express Rakyat

Membawa daku keliling ke tanah airku
Berbagai-bagai yang boleh kita lihat
Desa yang permai dengan sawah ladang
Gunung-ganang kuning hijau dedaunan
Ada dara manis sedang menjemur kain
Anak kecil di atas kerbau melambai-lambai

Membawa daku keliling ke tanah airku
Laju-laju kehidupan di ibukota
Kalau selalu lambat takkan ke mana-mana
Kiri kanan jalan, jentera berdesakan
Membawa daku ke alam impian
Di dalam keretapi malam yang dingin

layanzzz

Friday, December 24, 2010

.::Ole-Ole Dari Kuala Lumpur II::.

shaza
shaza

engagement fairuz & Wan
Fairus & Wan

fairus & wan
out door session
Fairus & Wan

the mother and her daughter
My wife & My Daughter

Friday, July 2, 2010

.::Kembali Lagi::.

please do not disturb

Dah lama ana tak update blog ni. Aktiviti agak sibuk dengan pelbagai komitmen serta lappy ana sejak dua menjak ni asyik meragam saja.

Tiada apa yang nak ana ceritakan kali ini cuma sekadar nak maklumkan bahawa hari Ahad nanti ana akan berada di Auditorium Wisma Bentley kerana ana terlibat dengan Haluan Kiri Photoexibition. Satu karya ana terpilih untuk dipamerkan. So kepada para sahabat yang berkelapangan dijemput untuk sama2 memeriahkan program tersebut.

*Photo di atas akan dipamerkan di dalam exibition tersebut.

Wednesday, March 17, 2010

.::Lompat Si Katak Lompat: Part III ~ Maulidur Rasul @ Tmn Serai Jaya::.

Ahad lepas (14 Mac 2010) ana berkesempatan untuk hadir ceramah agama sempena sambutan Maulidur Rasul di Surau Ubudiah Taman Serai Jaya. Aturcara sambutan ana lihat memang meriah dan hebat. Masakan tidak, siap dengan tumbangkan lembu lagi. Sebelah malamnya (sabtu) ada majlis tahlil dan marhaban (ana tak sempat hadir kerana berada di Balai Tassawur). Sebelah subuh pulak siap ada kuliah subuh (tak tahulah berapa ramai jemaah yang hadir sebab ana terbabas).

Pukul 8.30 ana ke surau berkenaan kerana dijadualkan program akan bermula jam 9.00 pagi. Ana lihat dah ramai berada diperkarangan surau menyediakan makanan. Pasti meriah bisik hati ana sebab siap dengan makan-makan lagi. Tepat pukul 9.00 Ustaz Shahril Long tiba. Haram tak ada sesapa yang sambut. Ana pun pegilah sambut. Ustaz tanya ana, pukul berapa mula? ana jawab 9.00. tapi di dalam surau tak ada sorang pun. Ana pelawa ustaz naik dan ana beritahu AJK surau. Yang hairan semua buat rileks jer.... Ramai dikalangan AJK Surau dari puak UBN so disiplin dalam bab mengaji agama memang begini agaknya.

Image Hosted by ImageShack.us
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Sdr. Azmi

Tambah menyedihkan, masa ustaz berceramah yang ada kat dalam hanyalah dikalangan jemaah dari luar dan beberapa kerat sahaja jemaah surau ni... mana yang lain? Yang lain lepak2 kat luar sembang-sembang. Hmmmm macam nih punya orang pun ada jugak...

Image Hosted by ImageShack.us
Ustaz Shahril Long

Ada dikalangan puak UBN, boleh pulak bisik-bisik kata, ustaz nih cerama agama atau ceramah politik? buta kayu betul puak tu, takkan setiap kali maulidur Rasul nak cerita Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada hari isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah. Kalau setakat tuh anak ana yng darjah satu pun boleh cerita. Tak payah ustaz Shahril Long datang jauh-jauh dr Sungai Petani.

Friday, January 8, 2010

.::Airil Zaquan Melangkah ke Alam Persekolahan::.

Bermula 4 January 2010, Airil Zaquan melangkah ke tahun 1 di Sekolah Kebangsaan St. Mark, Perai. Terasa begitu pantas. Terasa bagai baru semalam ana meninggalkan alam persekolahan dan kini giliran anak-anak ana pula bersekolah. Ana tak sempat menghantar anak ana di hari pertama persekolahannya kerana ana terpaksa ke Mahkamah tinggi bagi memberi keterangan berhubung kes yang didakwa di bawah seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya. Ana hanya sempat menemaninya di hari orientasi yang di adakan pada 2 January 2010 lalu.


Image Hosted by ImageShack.us
sebelum ke sekolah bersarapan dahulu di Kassim Mustafa


Image Hosted by ImageShack.us
sempat lagi dia usha awek....

Image Hosted by ImageShack.us
jeling sapa pulak tu?

#Tahniah anak abah dah besar....

Tuesday, December 29, 2009

.::Sahabatku di ICU lagi::.

26-12-09 lalu amat mendebarkan. Dalam perjalanan yang semakin hampir ke majlis perkahwinan junior sekolah ana di Bota, ana terima panggilan dari sahabat ana, Saiful Bahri menyatakan beliau dah "breakdown". Sebenarnya beliau dapat "job" untuk jadi photographer majlis tersebut. Pada mulanya ana sangkakan ada masalah dengan kamera beliau. Tapi apabila ana tiba di rumah kenduri tersebut ana terus cari beliau.

Keadaan beliau memang agak kritikal. Ana cuba minta beliau agar berehat namun nampaknya keadaan beliau makin teruk... setelah berbincang dengan kakak pengantin (seorang doktor) ana terus bawa beliau ke Hospital... Semasa perjalanan ke Hospital ana memang berdebar-debar dan sentiasa berdoa agar Allah S.W.T memudahkan perjalanan kami. Alhamdulillah setelah hampir semua "traffic ligth" ana redah sahaja akhirnya kami tiba di Hospital Sri Manjung dan beliau diberikan rawatan seterusnya ditahan di ICU.

Ana doakan agar sahabat ana tabah melalui kehidupan beliau dan percayalah ana akan sentiasa bersama beliau disaat beliau memerlukan...

Dari kejadian ini mengingatkan ana betapa kerdilnya kita di sisi Allah S.W.T. Musibah yang diberikan sebenarnya memberi peringatan kepada semua baik bagi yang ditimpa musibah mahupun orang disekelilingnya. Kejadian pada hari tersebut benar-benar mengajar ana bahawa kita ini adalah hamba yang kerdil. Segalanya boleh berlaku dengan ketentuanNya...

Musibah penyakit banyak hikmahnya. Apabila diuji dengan penyakit dan penderitaan, manusia sedar kekuatan dirinya tidak mampu bertahan selamanya. Manusia mudah lupa jika sentiasa sihat. Bahkan, Firaun mengaku dirinya tuhan antaranya disebabkan dia tidak pernah ditimpa penyakit.

Ujian menderita akibat penyakit memberi kesan psikologi yang mendalam kepada manusia, berbanding dengan ujian lain. Apabila menderita penyakit berbahaya atau rasa kesakitan teramat sangat, maka terlintas mengenai kematian.

Apabila Allah menurunkan ujian, secara langsung mengingatkan kita kepada kekuasaan-Nya. Dia berkuasa menentukan segala yang diinginkan terhadap hamba-Nya. Segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada setiap orang boleh ditarik pada bila-bila masa dengan pelbagai cara.

Musibah adalah peringatan bagi manusia muhasabah diri kerana ujian mendorong perasaan insaf dan memperbanyakkan istighfar supaya tidak terus dalam kelalaian duniawi.

Memohon keampunan Allah boleh menghalang perasaan angkuh dan sombong. Selama ini kita hanya melihat nasib orang lain, dan kini tiba masanya terjadi kepada diri sendiri.

Bertaubat adalah tindakan spontan biasanya dilakukan oleh mereka yang ditimpa musibah. Ia bertepatan dengan sebab Allah menurunkan musibah ke atas diri seseorang sebagai tanda peringatan.

Orang beriman berasa bersyukur dikenakan musibah sebagai ujian atau sebagai menghapuskan dosa yang dilakukan. Antara dosa dilakukan manusia, ada yang Allah hapuskan melalui pembalasan dalam bentuk musibah.

Oleh itu, orang beriman yang memahami konsep balasan dan ujian diturunkan melalui musibah berasakan dirinya sebagai bertuah. Kesakitan di dunia ini menjadi penyelamat daripada kepanasan api neraka pada hari akhirat kelak.

Ketika Rasulullah SAW mengunjungi sahabat sedang sakit, Baginda bersabda yang bermaksud: “Bergembiralah, kerana Allah berfirman: “Inilah neraka-Ku, Aku menganjurkan menimpa hamba-Ku yang mukmin di dunia, supaya dia jauh daripada neraka pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim).

Pengampunan dosa melalui musibah hanya jika kita menginsafi musibah itu, yakni menerima musibah dengan reda, sabar dan memohon keampunan kepada Allah. Allah suka mendengar pengharapan dan doa hamba-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami pernah menimpakan azab ke atas mereka, namun mereka tidak tunduk kepada Tuhan dan mereka juga tidak berdoa kepada Allah dengan merendah diri.” (Surah al-Mukminun, ayat 76)

Berdoa adalah ibadat dan jika apa yang didoakan tidak dimakbulkan di dunia, balasan kebaikan tetap diperoleh di akhirat atas apa yang dilakukan. Mungkin juga doa itu dimakbulkan dengan digantikan kebaikan lain.

Mereka yang berasa keluh resah dan mempertikaikan musibah yang menimpa dirinya, maka tidak ada apa kebaikan diraih. Mereka itulah hamba yang benar-benar rugi di dunia dan akhirat. Ujian yang sepatutnya menaikkan darjat di sisi Allah tidak diduduki dengan baik.

Firman Allah yang bermaksud: “Mereka yang ditimpa musibah mengucapkan: “Kita semua kepunyaan Allah dan kepada Allah kita akan kembali. Mereka itulah akan mendapat keberkatan sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan juga orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 156 dan 157)

Kisah Nabi Ayub yang tabah menghadapi ujian ditimpa sejenis penyakit kulit luar biasa patut menjadi renungan. Akibat penyakit itu, keadaan badannya amat menakutkan mata memandang dan orang lain tidak sanggup melihatnya. Seluruh ahli keluarga tidak mahu mendampinginya, kecuali isterinya.

Iblis tidak senang melihat sifat isteri Nabi Ayub yang setia, lantas menggoda supaya dia meninggalkan Nabi Ayub.

Nabi Ayub berdoa agar cita-cita iblis tidak berjaya dan Allah memperkenankan doa Nabi Ayub serta membalas kesabarannya dengan kejayaan.

Thursday, December 17, 2009

.::MAAL HIJRAH 1431::.

Image Hosted by ImageShack.us
Semoga kehadiran tahun baru hijrah membawa makna yang lebih besar dalam kehidupan kita semua. Semoga kita terus istiqomah mencari keredhaan ilahi...

Tuesday, December 15, 2009

.::EOS 7D: Weekend Program::.

Hujung minggu ni cuti lagi, bermula dengan sambutan tahun baru hijrah pada hari jumaat maka secara otomatik cuti hujung minggu menjadi 3 hari. Ana tak ada sebarang planning untuk ujung minggu nih. Cuma sebelah pagi tadi ana buka blog Pyan Habib ternampak entry yang menarik... rasanya kalo tak ada apa-apa program lain ana akan ke sana... insyaAllah...

Monday, December 14, 2009

.::EOS 7D: bila balik kampung::.

Alhamdulillah, perancangan untuk pulang ke kampung dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Selepas bersarapan di Bagan Dalam, kami sekeluarga terus bertolak balik ke kampung. Anak kedua ana dah tak sabar-sabar nak terus ke kampung tokwannya (abah ana), Tapi ana terpaksa singgah dahulu rumah mertua sebab ana kena hadir ke kenduri sahabat ana di sana dahulu. Sampai sahaja dirumah mertua ana, ana terus ke kenduri tersebut.

Image Hosted by ImageShack.us

Puas juga dapat shoot gambar pengantin... tambah seronok lagi bila dapat bergambar dengan Ahli Parlimen Bagan Serai yang cukup mesra dengan para tetamu. Beliau tak kekok untuk bermesra dengan siapa sahaja... memang pemimpin yang berjiwa rakyat (macam kempenlah pulak... tapi itu adalah kenyataan)...

Image Hosted by ImageShack.us
bersama dgn YB (pic edited)

Sebelah petang ana terus ke rumah abah bawa anak-anak. Ketika sampai cuaca masih panas terik membuatkan ana berfikir dua-tiga kali untuk keluar menembak. Akhirnya ana tunggu hingga selepas asar baru nak bergerak.


Image Hosted by ImageShack.us

Ana keluar dgn anak sulong ana, bawa motor mak pusing-pusing kampung. Banyak lagi gambar yang diambil cuma belum sempat nak upload.... bila kelapangan nanti ana akan upload lagi. Biarlah kali ini sekadar preview saja...

Next day (ahad) kalau ikut rancangannya ana nak shoot sunrise di Tasik Bukit Merah tapi tak jadi sebab ana balik lewat dari surau sebab lama sangat melepak dengan sahabat-sahabat di kedai kopi. Akhirnya ana terus sahaja ke Kuala Gula.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Keringat tua- usia bukan penghalang untuk mencari sesuap nasi...

Friday, December 11, 2009

.::EOS 7D: rindu kampung halaman::.

Last ana balik kampung masa raya Qurban yg lalu. Itupun sekejap saja, sebab hari raya qurban tu ana buat kenduri sebab anak kedua ana akan berkhatan.

Esok memang ana dah plan nak balik kampung. Esok juga sahabat ana buat kenduri Kahwin anaknya. Jadi rasanya lepas pegi kenduri tu barulah ana balik ke kampung ana. Harap-harap cuaca esok baik sebab ana nak shoot sepuas-puasnya petang esok... Dalam kepala dah plan lokasi-lokasi untuk ana shoot esok...

Ahadnya pula ana cadang nak shoot mentari pagi (sunrise) kat tasik bukit merah... so sesapa nak join ana boleh saja... xder apa2 syarat...

Friday, December 4, 2009

.::sibuk dgn hobi baru::.

Salam sejahtera kepada semua pengunjung setia blog ana ini. Pastinya kalian tertanya-tanya dan berasa agak pelik bila lihat ada sedikit perubahan pada posting-posting ana kebelakangan ini. Bukanlah ana mahu beralih angin dengan tidak lagi membuat posting-posting yg berkaitan keagamaan dan politik, cuma sekarang ini ana sibuk dengan kekasih baru ana. Hahahahaha jangan salah sangka, kekasih yang ana maksudkan adalah sebuah kamera DSLR yang baru ana beli seminggu sebelum Aidil Adha lalu. Dah lama ana meminati dunia fotografi nih hanya baru sekarang ana mampu mempunyai gadget yang diidamkan. Sebelum nih ana sekadar mengambil foto dari kamera henpon saja.

Bila dah ada senjata baru ni, maklumlah baru dapat asyik mengusung senjata tu saja bila ada masa terluang. Sebab itulah beberapa posting sebelum nih semuanya ana berasaskan gambar-gambar.(tengah asyik ). Selain tu ana juga sedang bertatih berHDR. Apa benda HDR tuh? kepada yang belum tau boleh rujuk SINI atau SINI. Ana bukanlah mahir cuma sekadar suka2 sahaja.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
(cubaan mengHDRkan yang tak menjadi)

InsyaAllah minggu depan mungkin ana akan kembali dengan posting-posting seperti biasa dan akan sesekali diselitkan juga gambar2 terkini yang ana ambil dari kamera ana.

Esok, anak kedua ana, Airil Zaquan akan ana khatankan dia di Klinik di Seberang Jaya. Appointment ana dah set dengan pihak hospital. Harap-harap segalanya akan berjalan lancar. Sebelum pukul 9.00 pagi esok ana akan berada di Poliklinik Ikhsan untuk proses mengkhatankan Airil Zaquan....

Pada kesempatan ini ana juga ingin mengucapkan takziah kepada sahabat ana, Saiful Bahri a.k.a Gbone kerana ibu kesayangan telah dimasukan ke hospital kerana masalah kesihatan yang agak serius. Ana doakan agar beliau sabar dah tabah mengahadapi segala dugaan yang menimpa. Ana harap segala yang berlaku tidak menganggu intensif beliau di USM.

Monday, November 30, 2009

.::Qurban 1430::.

Tahun ini ana sekali lagi berkesempatan untuk turut serta dalam majlis Qurban yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Ubudiah, Taman Serai Jaya (berhampiran rumah mertua ana). 3 ekor lembu tumbang di dalam majlis tersebut. Ana tak lama di majlis itu kerana kepala ana rasa berdenyut saja sejak bangun dari tidur. Mungkin terlebih makan kambing agaknya pada hari raya semalamnya.


Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, November 26, 2009

.::Salam Aidil Adha::.

Image Hosted by ImageShack.us

Monday, November 16, 2009

.::Banjir @ Alor Pongsu::.




Petang semalam ana sempat melawat kawasan banjir di Alor Pongsu, Bagan Serai. Teruk juga banjir kali nih....

Tuesday, November 10, 2009

.::Perlu Banyak Bersabar::.

Sejak dua tiga menjak nih ana rasa macam tak sabar saja. Tak sabar kerana apa? Sebenarnya benda ni dah lama ana pendamkan saja. Selama ni ana buat-buat tak kisah saja walaupun hati meronta-ronta. Kekadang tu memang meluap-luap rasa hati tapi ana pendamkan sahaja perasaan itu.

Itu dulu. Tapi dalam seminggu dua ni perasaan itu datang kembali lebih-lebih lagi ada pulak sorang dua kawan asyik meracuni jiwa ana. Lagipun kali ini harapan ana untuk melepaskan geram yang selama ini membungkam di jiwa ana berkemungkinan dapat ana realisasikan berdasarkan masa dan keadaan... Moga-moga Allah memberikan kekuatan kepada ana...

Apakah yang membuat ana geram? Kepada sahabat-sahabat yang ingin tahu harap bersabar. Apabila semua dah selesai ana akan beritahu kelak. Bukan ana taknak beritahu sekarang cuma kalau ana beritahu sekarang takut tak jadi pulak... Apa-apapun doakanlah semoga ana berjaya... Doa kalian amat-amat ana harapkan...

Friday, October 30, 2009

.::Terasa Rindu II::

Masih pasal rindu... ahahahahaha... kenapa tetiba ana jadi jiwang pulak? jawapannya semua pasal "Aku Budak Minang". Semalam, ana download e-book cerita nih maklumlah lepas tengok drama ni yang ana dah download rasa nak pulak baca semula komik nih yang dulu pernah jadi kegilaan ana. Cari punya cari akhirnya ana jumpa. dan malam tadi berkesempatanlah untuk mengulangkaji komik ni... Ntah mengapa tetiba mengalir air jernih dikelopak mata ana teringatkan kampung ana. Memang cerita ABM ni tak ada kena mengena dengan perjalanan hidup ana namun suasana sekeliling dalam cerita ABM memang dekat dengan ana.... Terasa nak balik kampung masa tu jugak namun terpaksa tangguh dulu sebab hujung minggu nih anak ana yang no.2 ada konvo...

kepada sesapa nak download e-book ABM boleh pegi kat SINI

Thursday, October 29, 2009

.::Terasa Rindu::.

Ntah mengapa tetiba terasa rindu sangat kat kampung ana. Terasa amat rindu. Dah hampir sebulan ana tak jenguk kampung. Terasa rindu kat abah dan mak... Terasa rindu pada kedamaian kampung dan terasa rindu pada teman-teman di kampung. Mungkin penangan drama bersiri "aku budak minang" yang bersiaran setiap selasa di TV2... membuatkan ana semakin rindu pada kampung....

Friday, October 23, 2009

.:: 1 Malaysia : Macam-Macam Ada!!!!!! ::.

Macam-macam perayaan sekarang nih. Rupanya 1 Malaysia pun ada hari raya jugak....

Thursday, October 15, 2009

.::Kartun Zunar: Idea diterima::.

Beberapa minggu lalu, Saudara Zunar, minta sumbangan idea melalui facebook. So, ana berilah dia idea agar dia buat kartun berkisar dengan team F1 Malaysia yang kebetulan baru sahaja dilancarkan oleh DS Najib. Ana sekadar memberi cadangan tak sangka pula idea ana diterima dan tersiar di dalam Malaysiakini. Terima kasih kepada saudara Zunar...

gambar disedut dari Facebook. (Klik pada imej untuk paparan yg lebih besar)