Wednesday, February 22, 2012
.:: Apa Cer Bro... ::.
Posted by miezanz at 10:38 AM 0 comments
Labels: Politik
Monday, February 20, 2012
.:: Mana Satu Betul ::.
UMNO kata kepada orang Melayu "Jangan bagi undi kepada PAS sebab PAS ikut telunjuk DAP"...
Posted by miezanz at 3:05 PM 0 comments
Labels: Ehwal Semasa, Politik
Thursday, July 22, 2010
.::LEBIH BAIK BERPECAH DARIPADA BERSATU UNTUK DERHAKA KEPADA ALLAH::.
Posted by miezanz at 7:50 AM 0 comments
Labels: Politik
Tuesday, April 27, 2010
.::Hulu Selangor: Halalkan rasuah punca BN menang::.
Walaupun Kamalanathan berjaya memperolehi majoriti 1,725 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, namun belum pasti majoriti tersebut adalah sokongan bersih tanpa sebarang sogokan dari BN.
Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, BN menang setelah menabur projek segera semata-mata kemaruk untuk mendapat kembali kuasa yang telah hilang dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu.
(Gambar Hiasan)
"Sebagai bukti semasa ucapan Presiden BN sendiri yang disiarkan melalui televisyen semasa kempen untuk memenangkan calon mereka, beliau telah berjanji sekiranya BN menang pada hari Ahad maka pada Isnin rasuah tersebut akan diberikan.
Beliau juga berkata kempen yang dijalankan oleh BN adalah berat sebelah apabila media seperti televisyen dan radio digunakan dengan sepenuhnya tanpa memberi ruang kepada pihak lawan untuk mengamalkan sistem demokrasi adil dalam negara.
"Orang Melayu harus sedar apa yang dilakukan oleh BN bagi memenangkan mereka adalah dengan rasuah yang akhirnya akan menjadikan kita sebagai masyarakat yang sentiasa dirasuah untuk mendapat kemenangan."
Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain pula berkata, di bawah kekuasaan Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri maka rasuah adalah dihalalkan.
"Dengan jelas rasuah yang ditaburkan kepada penduduk di Hulu Selangor telah berjaya memenangkan BN walaupun mereka cuba menafikannya.
"Kita yakin indeks rasuah negara ini akan menjunam teruk selepas ini setelah berleluasanya kegiatan rasuah dikalangan pemimpin kerajaan," katanya.
Sumber: Harakahdaily
Posted by miezanz at 11:33 AM 0 comments
Labels: Ehwal Semasa, Politik
Thursday, April 8, 2010
.::Hulu Selangor: Apa khabar Pemimpin2 Kita?::.
Malas nak ulas... anda baca dan nilai sendiri... di manakah kita?
Posted by miezanz at 12:49 PM 0 comments
Labels: Politik
Monday, April 5, 2010
.::RM 100 buat warga emas::.
Rupa-rupanya warga emas tu semua tgh berkumpul menunggu giliran untuk mengambil wang RM 100.00 yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada semua warga Emas di Pulau Pinang. Meriah sekali suasana di situ namun semua tenang dan terkawal. Syabas buat para petugas.
RM 100 tuh kalau nak dinilaikan tidaklah besar mana pun. Apa sangatlah yang boleh dibelanjakan dengan RM 100 dalam zaman sekarang. Sekali pergi pasar pun boleh habis. Tapi sekurang-kurangnya ada jugalah RM 100.00 dalam poket. Macam nilah baru boleh dikatakan juara rakyat serta rakyat didahulukan...
Pelbagai kaum hadir untuk menerima saguhati dari Kerajaan Negeri
Tenang, warga emas bersabar menunggu giliran
Kaunter pendaftaran untuk memastikan mereka yang layak sahaja menerima saguhati
ceria, wang sudah dapat jom kita makan dulu
Posted by miezanz at 12:20 PM 0 comments
Labels: Politik
Friday, March 19, 2010
.::Lompat Si Katak Lompat :Part IV: Ustaz Ahmad Awang::.
Ustaz Ahmad Awang
Kiranya Anggota Parliman yang khianat pada partinya dan pengundinya yang memenangkannya dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008 tidak rojok kepada partinya atau tidak mengosongkan kerusinya dalam masa tujuh hari, Ahmad Awang mahu menganjurkan solat hajat tujuh hari atau tujuh malam.
Maka beberapa ulama rasmi memberi ingatan keras kepada anjuran solat hajat itu. Seolah-olah solat hajat itu berhajat buruk. Tidak boleh solat hajat yang berhajat buruk.
Ada benar hukumnya, solat hajat tidak boleh untuk tujuan buruk.
Apakah Ustaz Ahmad Awang tidak tahu hukum itu?
Adalah wajar mufti dan sekalian ulama mengingatkan hukum itu. Apabila ulama rasmi mengeluarkan ingatan keras itu, tentunya mereka tidak menujukannya terhadap orang jahil tetapi ia ditujukan kepada Ahmad Awang, seorang ahli ilmu Islam yang ada kelayakan juga untuk menjadi mufti.
Tidakkah amat rendah pandangan mereka itu terhadap ilmu dan wibawa Ust. Ahmad Awang?
Sebagai manusia Ahmad Awang ada kelemahan dan ada kekuatannya. Tetapi beliau bukan orang jahil yang layak diberi amaran oleh mufti dan ahli-ahli ilmu yang lain.
Adalah benar dalam usia lanjutnya beliau seorang pemimpin tinggi PAS, tetapi beliau sebelumnya adalah Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia sekitar 30 tahun.
Persatuan Ulama itu diasaskan oleh Almarhum Ustaz Mahyudin Musa, seorang ulama yang dihormati yang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia. Jawatan terakhirnya dalam kerajaan ialah pegawai kanan agama di Kementerian Pelajaran.
Ustaz Mahyuddinlah Yang Dipertuanya yang pertama dan pertubuhan itu adalah bagi menyatukan para ulama Malaysia tidak kira yang berkhidmat dengan kerajaan dan di luar kerajaan.
Ulama adalah orang yang tahu akan keperluan bersatu, maka itu tempat mereka patut bersatu. Mufti dan apa jua kedudukan tinggi dalam kerajaan dan masyarakat wajar bersatu dan itulah tempatnya.
Kalau ulama termasuk mufti menyeru umat Islam supaya bersatu, maka mereka perlu dulu bersatu dan tempatnya yang paling baik ialah Persatuan Ulama yang diasaskan oleh Ustaz Mahyuddin itu dan tokoh itu adalah orang yang cukup dekat dengan pemimpin-pemimpin kerajaan – Perdana Menteri dan menteri-menterinya.
Apabila Ustaz Mahyuddin meninggal awal tahun 70an, Ustaz Ahmad Awanglah gantinya baik sebagai ketua PUM bahkan jawatan yang disandangnya di kementerian pelajaran.
Ustaz Mahyudin Musa pernah menjadi tenaga pengajar di Kolej Islam Kelang dan Ahmad Awang adalah antara pelajar pertama di Kolej Islam itu.
Adakah mufti dan ulama yang memberi ingatan keras kepada Ust.Ahmad Awang tentang solat hajat itu pernah menyertai dan menyokong PUM tidak diketahui.
Tetapi itu pertubuhan penting bagi para ulama dan ulama wajar menyokong pertubuhan yang mahu mendaulat dan memartabadkan para ulama dan institusi ulama.
Ulama di seluruh dunia telah ditekan dan ditindas oleh penjajah hingga ulama itu dilihat kecil dan tidak berwibawa. Itu jugalah nasib dan imej ulama di Tanah Melayu setelah dijajah dan selepas dijajah. Tiada orang yang lebih tahu bagaimana ulama perlu didaulatkan selain dari ulama sendiri.
Ustaz Mahyudin telah membuka medan itu dan ia disambung oleh Ustaz Ahmad Awang. Apakah Ustaz Ahmad Awang berjaya dengan PUM tidaklah ditentukan oleh pimpinannya saja tetapi sejauh mana ia didukung oleh para ulama termasuk mufti yang dipandang tinggi oleh masyarakat.
Tanggungjawab mufti bukan sekadar kerja-kerja rasmi jawatannya dalam kerajaan dan di samping menasihatkan sultan, tetapi membuat kerja-kerja Islam di tengah masyarakat dan medannya sudah disediakan iaitu PUM.
Tiada pengecualian bagi berbelas mufti di Malaysia dari menjadi anggota pertubuhan itu kiranya mereka tahu apa tanggungjawab seorang ahli ilmu dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat dan kerajaan.
Dalam apa keadaan, sama ada mufti dan ulama rasmi yang lain menyertai PUM atau tidak, Ustaz Ahmad Awang adalah juru cakap para ulama Malaysia seluruhnya. Sama ada mereka mengakuinya atau tidak, Ahmad Awang adalah amir mereka.
Kiranya beliau ada kelemahan, sekalian para ulama mesti membantunya. Kiranya beliau tiada kelayakan, maka para ulama antaranya para mufti yang ramai itu wajar tampil kedepan menggantikannya. Mungkin ulama tidak mengejar kedudukan. Tetapi mufti wajar tahu kewajaran ulama itu memimpin umat.
Tiada mufti dan ulama rasmi dan tidak rasmi mencabar Ahmad Awang semasa pimpinannya dalam Persatuan Ulama dalam tempohnya yang panjang itu. Beliau melepaskan pimpinan PUM itu kerana mahu bergiat dalam politik. Beliau mahu kebebasan PUM terpelihara.
Mungkin pimpinannya boleh dinilai, akan kelemahan dan kekuatannya. Tetapi tidak terdengar adalah mempertikai ilmu dan keupayaanya menguasai ilmu Islam.
Dengan ilmunya belum pernah beliau membuat pendapat yang ganjil seperti biawak itu halal dimakan atau untung lotri boleh digunakan bagi memajukan Islam atau sekular itu tidak salah.
Apa lagi tentang kewajaran solat hajat bagi mengadili orang yang khianat.
Justeru itu tidak wajar menyamakan beliau dengan ahli-ahli politik yang jahil.
Sumber: HarakahDaily
Posted by miezanz at 8:20 AM 0 comments
Labels: Politik
Monday, March 15, 2010
.::Lompat Si Katak Lompat: Part II ~ Munajat Rakyat::.
Setiba di Bagan Serai sudah hampir ke waktu Maghrib, baru ana teringat untuk semak beberapa SMS yang masuk tadi ana ignore sahaja kerana mata terlalu mengantuk. Belek2 SMS diterima, terpandang SMS dari Al-Banjari... "Solat Hajat di Balai Tassawur" ana terus capai camera dan berdoa agar selamat tiba dan sempat berjemaah disana.
Program dimulakan dengan penerangan/ penjelasan isu semasa oleh Ustaz Ahmad Awang. Mendengar penjelasan yg diberikan barulah ana tahu siapa itu Hj. Mohsin. Malam itu juga Ustaz Ahmad Awang turut menjelaskan tentang solat hajat yang hangat diperkatan di media arus perdana. Kata Ustaz Ahmad Awang, "saya tak kata nak buat solat hajat untuk minta Allah turun bala ke atas Mohsin, itu mufti yang kata. Kita solat hajat untuk Allah turunkan hukum (perintah) ke atas Mohsin setimpal dengan apa yang telah dia lakukan... " Maka jelaslah bahawa sekali lagi media arus perdana menjadi ejen kepada UBN.
Majlis malam tu turut memberi peluang kepada 2 orang ADUN Pakatan Rakyat (Selinsing dan Semanggol) menjelaskan siapa sebenarnya Mohsin...
Solat hajat akan diadakan setiap malam hingga cukup 7 malam... (kalau ana kat tempat Mohsin dah tentu kecut perut)... Dalam asyik ana mendengar penerangan, tetiba ana terpandang seraut wajah yang memang mencuri hati... siapa kah gerangannya? tungguuuu
Posted by miezanz at 10:50 AM 0 comments
Labels: Politik
Thursday, March 11, 2010
.::Lompat Si Katak Lompat::.
Ini kerana, katanya Umno tidak mampu menyelamatkan politik mana-mana individu yang masih menaruh harapan kepada parti itu kerana ia bukan sahaja reput sehingga ke usus bahkan lumpuh segala anggota.
Katanya, amat malang bagi seseorang yang mahu lagi berkhidmat dengan Umno sedangkan semua orang tahu parti itu tidak layak memerintah ekoran kelemahan dari berbagai aspek.
"Umno bukan lagi tempat untuk bergantung harap dalam politik kerana ia sudah reput sehingga ke usus dan yang lebih penting ia dah lumpuh segala-galanya," katanya ketika berucap pada program penutup Sambutan Ulangtahun Kedua Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak ekspo, di sini malam tadi.
Beliau menganggap tindakan beberapa ahli Parlimen PKR itu merupakan pembersihan parti untuk mendapatkan kepimpinan yang lebih setia, kemas, bertrampilan dan berjiwa rakyat.
Barisan Nasional (BN) tambahnya, hanya nampak gagah di mata media tetapi pada hakikatnya rakyat tahu pengaruh mereka kian menjunam walaupun berbagai program dilancar umpamanya 'Juara Rakyat'
Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri terpaksa merancang progam kononnya mengembalikan untuk Umno kepada rakyat setelah menyedari parti itu sudah kian jauh di hati rakyat.
"Juara Rakyat antara program Umno untuk kembalikan kepercayaan rakyat pada mereka. Jika tidak parti itu akan berada di tahap nyawa-nyawa ikan," tambahnya di hadapan puluhan ribu hadirin.
Beliau turut melahirkan keyakinan dengan pencapaian pemerintahan Pakatan Rakyat di empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan berbanding di waktu pemerintahan BN yang lebih kepada projek untuk kroni.
Katanya, apabila Kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan tender terbuka, pihak yang risau dan bimbang ialah kepimpinan Umno sendiri kerana mereka acap kali mendapat habuan dari projek yang diperolehi semasa BN dahulu.
"Itulah yang diinginkan oleh Umno jika mereka berikan sesuatu projek pasti minta habuan. Bila tender terbuka diperkenalkan untuk memberi ruang kepada kontraktor bukan mengamalkan kabel politik pasti segolongan yang rapat dengan kerajaan terdahulu tidak puas hati," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.
sumber: HarakahDaily
sekitar sambutan 2 tahun Pakatan Rakyat Memerintah Pulau Pinang:
Antara barisan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang hadir.
Gelombang Rakyat, puluhan ribu rakyat membanjiri Tapak Ekspo Seberang Jaya memberi isyarat amaran kepada UMNO/BN bahawa era mereka bakal berkubur.
"kawan-kawan"
Karpal Singh turut hadir serta berceramah walaupun terpaksa berkerusi roda.
Serius, Sdr. Yusmadi Ahli Parlimen Balik Pulau dan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng sedang memperkatakan sesuatu
Dua pemimpin yang dihormati, berkarisma ~ Zunar
Posted by miezanz at 11:03 PM 0 comments
Labels: photography, Politik
Monday, March 8, 2010
.::Rumah Terbuka CNY ADUN Titi Serong::.
Setibanya di lokasi (Taman Wawasan, Parit Buntar) kelihatan begitu ramai pengunjung yang hadir memeriahkan suasana. Keramahan layanan oleh para petugas membuatkan terik matahari yang membakar tidak begitu terasa. Kehadiran tetamu disambut dengan senyuman oleh YB dan Isteri serta para petugas yang berbaju batik dan yang berbaju T berwarna merah... Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum hadir memeriahkan majlis.
Kehadiran tetamu disambut meriah oleh tarian singa
"Saya bukan masuk Melayu tetapi saya masuk Islam"
YB menyampaikan Ang Pow kepada kanak-kanak, OKU dan warga Emas
Pelbagai Lapisan Masyarakat tidak lepaskan peluang bergambar bersama YB
Hadirin Menjamu Selara
Pelbagai gaya hadirin yang hadir
Para Petugas, Kelab Penyokong dan Unit Amal berganding bahu bagi melancarkan perjalanan majlis.
"wish you a prosperity"
Pelbagai lapisan masyarakat bersalaman dan mengucapkan tahun baru kepada YB
Wak Albanjari turut hadir membuat liputan
Posted by miezanz at 1:02 PM 0 comments
Labels: photography, Politik
Tuesday, March 2, 2010
.::Perak:Mungkinkah Pilihanraya Semakin Hampir::.
Melihat aktiviti BN di Bukit Gantang ,kelihatannya PRU Negeri Perak semakin hampir.UMNO atau Gerakan-MCA-MIC sudah mula bekerja dan bertemu masyarakat.Contohnya yang terbaru apabila Zambry berada di Kubu Kuat Pas Bukit Gantang pada Jumaat 26 Februari membawa bersama janji pembangunan.
Begitu juga apabila kita ke Pulau Pasir Hitam bersama DS Nizar pada 17 Februari ,kita bertembung dengan YB Ong Ka Chuan,Ketua MCA Perak.Peti Undi di sini agak unik,PRK baru-baru ini,BN mendapat 56 undi dan DS Nizar mendapat 56 undi.
Kita juga melihat kelibat YB Tan Lian Hoe,bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang di SJKC Sin Min,Simpang.Baru-baru ini dikatakan pula YB Rosli Husein beri angpau untuk pelajar SJKC Sin Min.
Murugiah juga sudah kelihatan bergerak bersama Kelab Penyokong BN.Kampung beliau dekat Termelok Trong.
LKIM juga sudah memberi bantuan sara hidup RM200.00 untuk nelayan Parlimen Bukit Gantang.Mereka yang tercicir juga dijanjikan akan diberi bayaran pada bulan Mac ini.
UMNO Bukit Gantang pula sudah menunjukkan mereka Islamik dengan mengadakan perarakan MaulidurRasul dari Kampung Banggol Pasir(kampung YB Rosli) ke Pekan Changkat Jering.Budak sekolah diangkut dengan bas.
Para guru disuruh Guru Besar dan Pengetua untuk turut beri kerjasama.Rosli politik sungguh. Dikatakan oleh satu sumber UMNO ambil nama sekolah yang engkar dan guru yang tidak mahu bawa pelajar!
Bulan September sesuai kerana 50000 pengundi baru berjaya dibawa masuk di Perak.Dengan proses bantahan dan suku kedua daftar pemilih selesai ,pengundi baru ini orang harapan BN.
*sumber: Harakah Daily
Posted by miezanz at 7:07 AM 0 comments
Labels: Politik
Friday, February 19, 2010
.::Pawana Search: Sinonim dengan Perak::.
Dalam perjalanan pergi kerja pagi tadi ana sempat layan lagu Pawana nyanyian search. Lagu feberet ana dari dulu... dengar cerita lagu nih jadi juara 100 rock di Sinar Fm. minggu lepas. Ana bukan nak cerita perihal kehebatan lagu Pawana nih tapi apa yang menarik adalah liriknya. Ceritanya begini... pagi tadi ana update status dalam facebook letak intro lirik Pawana. Jadi ada seorang sahabat minta ana sambung hingga habis... dalam dok sambung tuh ana perhatikan setiap lirik lagu tuh tiba-tiba ana terfikir bahawa liriknya amat sinonim dengan apa yang melanda politik negeri kelahiran ana Perak. Isu rampasan kuasa... liriknya memang tepat... tak percaya? cuba amati dan faham betul-betul....

Bermula sebuah cerita
Di zaman dulu kala
Mudahnya sederhana kehidupan
Mereka riang sentiasa dan gembira
Tanpa duka
Waktu berpesta pawana pun melanda
Meresap fikiran dan jiwa
Berubahlah semua
Jadi sombong serta alpa
Semua inginkan kuasa
Rebut dengan sengketa
Yang lemah jadi hamba
Berpecah antara mereka
Musnah di hembus pawana
Begitulah kisah hidup
Dari zaman ke zaman
Pawana menghembus akan hati insan
Cinta musnah dihembus pawana
Keinginan menghancur manusia
Posted by miezanz at 11:16 AM 0 comments
Labels: Politik
Monday, January 25, 2010
.::KENYATAAN MEDIA :MB Perak, Mahkamah Persekutuan putuskan 9 Feb::.
Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah . Demikian satu kenyataan rasmi yang dimaklumkan kepada Sekretariat pakatan Rakyat Negeri Perak oleh MB Rakyat perak, Dato Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin sebentar tadiBeliau juga memaklumkan telah menerima surat rasmi dari mahkamah berkenaan dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan.
Sehubungan dengan beliau memohon dari seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri Perak .
"Saya menyeru supaya semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemamuran untuk negeri Perak" Katanya dalam kenyataan itu.
KENYATAAN MEDIA/25 JAN 2010
YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Sekretariat Pakatan Rakyat
Negeri Perak.
Posted by miezanz at 3:06 PM 0 comments
Labels: Politik
.::DUN Perak Bubar?::.
Tapi penyokong BN lagi hebat, sanggup makan sahaja tanpa minum kerana tak puas hati. Peristiwa ini berlaku pagi semalam selepas solat subuh. Kebetulan pagi semalam ada seorang jemaah di Surau Ubudiah, Taman Serai Jaya yang mengadakan kenduri doa selamat di Warung Sham. Semua jemaah dijemput ke sana. Ana pun ikut jugalah walaupun pada awalnya ana ada plan nak pekena nasi gulai sembilang di Kuala Kurau dgn sahabat ana.
Kejadian berlaku apabila sahabat (penyokong BN) kebetulan duduk semeja dengan ana dan sahabat-sahabat lain. Tiba-tiba sahaja, seorang sahabat ana buka cerita pasal kenyataan DS Nizar bahawa sokongan melayu terhadap Pakatan Rakyat semakin merosot, lalu disambut oleh seorang lagi sahabat ana " Kalau macam tu takut apa nak bubar DUN?". Sahabat (BN) diam sahaja menghabiskan megi goreng dalam pinggannya. Perbualan di meja ana berkisar pasal politik Perak membuat sahabat (BN) tadi jadi tak selesa. Bukan niat kami nak kenakan beliau cuma secara kebetulan sahaja. Apabila selesai dia menghabiskan makanan dalam pinggannya dia terus belah tanpa menunggu air yang dipesan yang belum tiba, hingga para sahabat lain kehairanan....
Hebat betul....
Posted by miezanz at 12:06 PM 0 comments
Labels: Politik
Friday, October 23, 2009
Thursday, October 15, 2009
.::Kartun Zunar: Idea diterima::.
Posted by miezanz at 12:48 PM 0 comments
Tuesday, October 6, 2009
.::Bagan Pinang: Benarkah Azeez Kena Tumbuk::.
Sumber disedut dari HarakahDaily.Net
Bukti bergambar, Azeez bukannya ditumbuk!
KUA
LA LUMPUR, 5 Okt: Benarkah Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan baru-baru ini?
Laporan Azeez yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.
Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini membuktikan sebaliknya.
Ustaz Idris dalam kenyataannya, membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azeez adalah tidak benar apabila mendedahkan tiga keping gambar yang menunjukkan situasi sebenar semasa hari pencalonan tersebut.
(Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS)
"Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.
"Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian. 
"Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis,"jelasnya.
Tambahnya,ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.
"Rakaman gambar yang dibuat menunjukkan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.
"PAS mahu Azeez meminta maaf kepada rakyat Bagan Pinang dan seluruh negara atas pembohongan yang beliau lakukan. PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat,"tegas beliau sambil menambah bahawa rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon.
(Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden)
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa Azeez hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon semalam.
Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.
Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.
Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.
Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.
Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.
Sebelum ini, Azeez mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang pagi ini.
Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu.
"Yang saya tahu, lebih daripada sembilan orang kerumuni saya. Saya terima lebih daripada 20 tumbukan," katanya ketika dihubungi oleh sebuah akhbar portal. - mks.
Posted by miezanz at 8:23 AM 0 comments
Labels: Ehwal Semasa, Politik
Monday, October 5, 2009
.::Syawal: Indonesia tolak bantuan Malaysia kerana hasil PERJUDIAN!!::.
TERKAIT JUDI, WARGA SUMBAR TOLAK BANTUAN PEMERINTAH MALAYSIAHarian Kota, 2 Oktober 2009
JAKARTA - Berbagai bantuan telah mengalir dan mulai menumpuk di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat sejak Kamis lalu, hal ini cukup mengganggu kepadatan traffic di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, yang sudah cukup tinggi dan mengakibatkan sejumlah penerbangan mengalami delay. Bahkan pesawat yang ditumpangi Menteri Kesehatan Siti Fadilah Supari dan Menko Kesra Aburizal Bakrie sempat tertahan di udara Padang selama beberapa jam.
Namun ada yang menarik dari tumpukan bantuan tersebut, yaitu dipisahkannya bantuan dari Pemerintah Malaysia dengan bantuan dari negara-negara lainnya, hal ini di sebabkan karena adanya penolakan bantuan dari Pemerintah Malaysia dikarenakan alasan sumber dana Judi.
"Kami sangat berterimakasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia, namun karena dibeberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan judi, kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah malaysia dengan bantuan negara lain, akan tetapi banyak juga bantuan dari perkumpulan warga minang di Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak" ujar Kepala Distribusi Bantuan Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan Budi S Ervan.
Seperti diketahui Pemerintah Malaysia memiliki fasilitas perjudian terbaik dan terlengkap di Asia Tenggara dengan omset pendapatan 4 Milliar Dollar/tahun bernama Genting Highland, dan hal tersebut dinilai warga Sumatra Barat sangat bertolak belakang dengan budaya Muslim negeri Jiran tersebut.
Bantuan Pemerintah Malaysia berupa Mie Instan, Selimut, Tenda dan obat-obatan terlihat dibiarkan menumpuk di sisi kiri bandara Minagkabau dan sangat menggangu lalulintas bantuan korban gempa.
"Bantuan dari Negara Jepang yang tiba lebih dulu berupa 2500 Genset, 500 Tenda, 25 Instalasi penyaringan air, 400 Toilet portable dan 10 Kontainer Rumah Sakit Mini sudah kami sebarkan di 6 Kabupaten, sedang dari Pemerintah Amerika, Brasil, Jerman, Filipinna, Brunai, Australia, Thailand, Vietnam dan Russia berupa Beras, obat-obatan, tenda, selimut, bahan makanan, instalasi air yang total keseluruhan berjumlah sekitar 28.000 ton akan tiba mulai hari ini, kami berusaha berkadinasi Barkorlak dan Palang Merah Internasional untuk penyediaan tempat penyimpanan dan penyalurannya" ujar Budi S Ervan.
Harian Kota, Jumat (2/10/2009).
Posted by miezanz at 12:45 PM 1 comments
Labels: Ehwal Semasa, Politik
Tuesday, August 18, 2009
.::N11: Sapa Yang Boleh Masuk Syurga::.
Tersenyum ana bila tengok utusan malaysia hari nih dengan berita di muka hadapannya. Setiap kali adanya pilihanraya baik pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil isu masuk syurga selalu dimainkan dan dibesar-besarkan oleh media. Soal masuk syurga adalah urusan dan dengan rahmat Allah s.w.t. Kita sebagai hambanya hanya mampu berusaha supaya kita berada dalam golongan yang dijanjikan syurga. Bagi ana yang jahil nih kedua2 kenyataan disiarkan dalam Utusan Malaysia ada kebenarannya.Kenyataan 1
Ahli UMNO tak akan masuk syurga
BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.
"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Kenyataan 2
Tiada nas sertai Pas masuk syurga
PUTRAJAYA 17 Ogos - Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.
''Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak.
''Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
miezanz: habis sapa yang boleh masuk syurga???? Memang tak ada nas yang khusus mengatakan sokong PAS boleh masuk syurga namun bagi ana yang jahil nih, sapa yang sokong perjuangan Islam pastinya dialah yang disayangi oleh Allah s.w.t. dan barang sesiapa yang menyokong pemimpin yang zalim akan mendapat kemurkaan Allah s.w.t
Posted by miezanz at 9:56 AM 0 comments
Labels: Ehwal Semasa, lain-lain, Politik
Monday, August 17, 2009
.::N11: Sah hanya PR dan BN::.
SATU LAWAN SATU....Calon PAS, Salleh Man (kiri) bersalaman dengan calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman (kanan) selepas menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam di Pulau Pinang hari ini.
Khabar angin yang mangatakan Kamarul Ramizu Idris tidak menyerahkan borang pencalonan walaupun beliau kelihatan di tempat penamaan calon diadakan. Beliau kelihatan memasuki dewan penamaan calon pukul 9.56 pagi dan terus ke tandas, bukannya ke kaunter serah borang. Lapor mStar online.
Pada Jam 11.30 pagi : Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahya telah mengumumkan calon yang akan bertanding bagi Pilihanraya DUN Permatang Pasir (N.11) iaitu Salleh Man dari PAS dan Rohaizat Othman dari BN.
Posted by miezanz at 12:23 PM 0 comments
Labels: Ehwal Semasa, Politik




