Angin bertiup semakin kencang, sama kencangnya dengan angin yang bertiup sebelum hujan petang semalam. Rata-rata sahabat-sahabat dari Pakatan Rakyat sudah ada yang berkira-kira yang PRK akan diadakan seawal bulan Mac ini. Ada juga yang mengatakan bahawa DS Nizar telah memenangi perbicaraan menentukan siapakah MB Perak yang sah (sedangkan keputusan belum keluar)... Hebat juga penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Perak membuat ramalan...
Tapi penyokong BN lagi hebat, sanggup makan sahaja tanpa minum kerana tak puas hati. Peristiwa ini berlaku pagi semalam selepas solat subuh. Kebetulan pagi semalam ada seorang jemaah di Surau Ubudiah, Taman Serai Jaya yang mengadakan kenduri doa selamat di Warung Sham. Semua jemaah dijemput ke sana. Ana pun ikut jugalah walaupun pada awalnya ana ada plan nak pekena nasi gulai sembilang di Kuala Kurau dgn sahabat ana.
Kejadian berlaku apabila sahabat (penyokong BN) kebetulan duduk semeja dengan ana dan sahabat-sahabat lain. Tiba-tiba sahaja, seorang sahabat ana buka cerita pasal kenyataan DS Nizar bahawa sokongan melayu terhadap Pakatan Rakyat semakin merosot, lalu disambut oleh seorang lagi sahabat ana " Kalau macam tu takut apa nak bubar DUN?". Sahabat (BN) diam sahaja menghabiskan megi goreng dalam pinggannya. Perbualan di meja ana berkisar pasal politik Perak membuat sahabat (BN) tadi jadi tak selesa. Bukan niat kami nak kenakan beliau cuma secara kebetulan sahaja. Apabila selesai dia menghabiskan makanan dalam pinggannya dia terus belah tanpa menunggu air yang dipesan yang belum tiba, hingga para sahabat lain kehairanan....
Hebat betul....

0 comments:
Post a Comment