Petang semalam ana berkesempatan untuk menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang diadakan oleh ADUN Titi Serong, DRS. KHALIL IDHAM LIM. Ana ke sana bersama beberapa sahabat jemaah Surau Taman Serai Jaya.
Setibanya di lokasi (Taman Wawasan, Parit Buntar) kelihatan begitu ramai pengunjung yang hadir memeriahkan suasana. Keramahan layanan oleh para petugas membuatkan terik matahari yang membakar tidak begitu terasa. Kehadiran tetamu disambut dengan senyuman oleh YB dan Isteri serta para petugas yang berbaju batik dan yang berbaju T berwarna merah... Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum hadir memeriahkan majlis.

Kehadiran tetamu disambut meriah oleh tarian singa
"Saya bukan masuk Melayu tetapi saya masuk Islam"
YB menyampaikan Ang Pow kepada kanak-kanak, OKU dan warga Emas
Pelbagai Lapisan Masyarakat tidak lepaskan peluang bergambar bersama YB
Hadirin Menjamu Selara
Pelbagai gaya hadirin yang hadir
Para Petugas, Kelab Penyokong dan Unit Amal berganding bahu bagi melancarkan perjalanan majlis.
"wish you a prosperity"
Pelbagai lapisan masyarakat bersalaman dan mengucapkan tahun baru kepada YB
Wak Albanjari turut hadir membuat liputan
0 comments:
Post a Comment