CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Friday, May 29, 2009

.::10 Sikap Buruk Manusia Yang Dicela Allah::.

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
—————————-
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
———————
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
———————–
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
—————-
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
———————
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
———————
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
——————-
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
———————–
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
———————————-
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
———————————–
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

* Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

Thursday, May 28, 2009

.::PRK Penanti: TG Nik Aziz::.

Malam tadi sekali lagi ana berkesempatan hadir dalam Ceramah Perdana, pilihanraya kecil Penanti. Kalau bukan kerana Tuan Guru Nik Aziz mungkin ana belum sampai ke Kampung Guar Jering. Buat pertama kalinya ana menjejakan kaki di kampung tersebut. Ana ke sana bersama dengan sahabat ana, Tuan Imam Masjid kubang Boya, Mat Izaham.


Kami bertolak setelah selesai menunaikan solat Isya di Masjid Kubang Boya. Kami tiba agak awal juga namun ketika itu kelihatan orang ramai sudah mula membanjiri sekitar tapak ceramah. Jalan dan mula sesak. Kami juga terpaksa parking kereta hampir 1 km dari tapak ceramah. Namun kerana Tuan Guru Nik Aziz ianya tidak menjadi halangan. Bukan senang untuk dapat mendengar ceramah beliau. Jadi peluang yang ada digunakan sepenuhnya.

Semasa kami tiba, wakil DAP sedang berucap dan ana bersama dengan Imam Mat melawat gerai-gerai dahulu dan membasahkan tekak terlebih dahulu. Kami kembali semula ke tapak ceramah ketika Sdr. Azmin Ali sedang menyampaikan ceramah beliau diikuti dengan DSAI. Suasana semakin sesak sebaik sahaja Tuan Guru Nik Aziz tiba.

Apabila tiba giliran Tuan Guru Nik Aziz naik ke pentas semua hadirin memberikan tumpuan sepenuhnya. Antara pesanan Tuan Guru Nik Aziz, adalah beliau meminta kita terus istiqamah dalam perjuangan dan mengingatkan kita untuk terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Beliau turut mengulas isu berkenaan Chin Peng yang dikatakan mahu kembali ke Malaysia. Menurut beliau, beliau telah ditanya oleh wartawan berhubung pandangan beliau isu komunis, beliau menegaskan bukan hanya komunis yang PAS tentang tetapi juga Nasionalis kerana kedua-duanya bercanggah dengan syarak. Akhir sekali Tuan Guru Nik Aziz berpesan "Pilihlah Parti Yang Menegakkan Keadilan dan Tolak Parti Yang Mengamalkan Kezaliman".

Ana sememangnya teruja setiap kali berkesempatan mendengar ceramah beliau. Ceramah tamat hampir ke jam 12.00 tengah malam. Apa yang pastinya kehadiran malam tadi memang ramai. Bukan hanya orang tempatan sahaja malahan turut dihadiari oleh orang luar dari pelbagai kaum dan keturunan. Semuanya hadir semata-mata mahu mendengar amanat yang di sampaikan oleh Tuan Guru Nik Aziz menunjukan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Antara pemimpin yang hadir pada malam tadi adalah Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Dr. Mujahid, MB Selangor, TS Khalid Ibrahim dan mungkin ramai lagi yang mungkin ana tak nampak.

Ceramah malam tadi memanglah membuatkan ana rasa puas....

(gambar2 di atas hanyalah sekadar gambar hiasan, tiada kena mengena dengan ceramah di Kampung Guar Jering)

Tuesday, May 26, 2009

.::PadaMu ku bersujud::.

Kali ni ana nak share dgn anda semua sebuah lagu dari Indonesia, terus terang ana katakan sebelum ni ana memang cukup anti dengan lagu-lagu dari seberang ni. Tapi lagu ni telah melekat pada ana. Antara faktornya adalah lirik lagu ni yang cukup menarik... Lirik yang mendekatkan kita denganNya... InsyaAllah...



.::PadaMu ku bersujud::.

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud


kalau anda ingin download lagu ni silakan....
DOWNLOAD >>

Monday, May 25, 2009

.::Hari Sukan Tadika Graduan Kecil::.

Semalam, hampir separuh hari ana habiskan di padang Kompleks Sukan Sony Seberang Jaya kerana 2 orang anak ana, Airil Zaquan dan Aereen Zarifah terlibat dalam Hari Sukan Tadika Graduan Kecil. Memang meriah sekali suasana hari semalam hinggakan ana tak sedar bahawa muka ana hitam dibakar terik matahari (pada hakikatnya ana dah memang hitam).

Ana malas nak cerita pasal kemeriahan suasana sukan semalam jadi biarlah hanya gambar sahaja yang bercerita.
[KLIK PADA IMEJ UTK BESARKAN]


Suasana tenang sekitar jam 9.00 pagi sebelum acara bermula


Keadaan tiba-tiba berubah apabila acara perbarisan bermula, semua ibubapa serta ahli keluraga menyerbu ke tepi padang hingga menyebabkan penonton di bawah khemah sekadar menonton belakang mereka...









Sungguh menghiburkan melihat aksi anak-anak kecil bersenamrobik...

Aidil haziq dan uminya...

Sempat berposing bersama isteri tercinta dan pelbagai aksi penonton/ibubapa yang hadir menyaksikan temasya sukan Tadika Graduan Kecil.



FUTSAL TIME!!!!
Kesian ana tengok anak-anak ni terpaksa bermain ditengah panas terik dan dalam keletihan setelah mengharungi pelbagai acara sukaneka... Anak ana (Airil Zaquan) berbaju hijau (penjaga gol) mungkin turun bakat ana jugak kot...

Lawak betul tengahhari tu apabila cikgu mereka boleh terlupa nak bawa jersi....
nasib baik tadika mereka dekat sahaja sempat juga pakai jersi...


(Antara aksi sebelum perlawanan bermula, ana terlupa nak ambil gambar sepanjang perlawanan kerana terlalu teruja)

Perlawanan tersebut akhirnya terpaksa diakhiri dengan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol dalam masa perlawanan. Akhirnya pasukan anak ana tewas dengan jaringan gol kontroversi.... (malas ana nak bising-bising hal anak-anak walaupun ada parents yang tak berpuas hati)

Majlis Penyampaian hadiah, Zaquan sekadar mendapat tempat ke enam manakala Aereen Zarifah termpat pertama (Keseluruhan mengikut rumah)

Berehat sebentar kerana pintu keluar penuh sesak sambil mengilangkan penat....