Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
" Penyakit dengki boleh membakar segala pahala kamu, sebagaimana api membakar kayu api ".Daripada Abu Hurairah, Sunan Abu Dawud, Hadis no. 4257.
Jika kita berdengki, segala amalan solat, puasa dan segala pahala kita itu, Allah S.W.T berikan kepada orang yang kita dengkikan itu. Jadi, apa untungnya kita hendak berdengki khianat kepada orang lain walaupun kesan dari perbuatan itu boleh menguntungkan kita dalam jangka pendek, tetapi jangan kita lupa bahawa perbuatan itu b oleh menyebabkan kita rugi besar di akhirat kelak. Tidak ada pahala untuk kita sebaliknya dosa pula yang terkumpul. Di akhirat kelak, apa yang kita hendak lakukan dengan jumlah wang yang banyak? Pada ketika itu, bawalah sebanyak mana wang yang kita ada tetapi semuanya tidak laku. Di dunia inipun Ringgit Malaysia hanya sah laku di Malaysia sahaja; ia tidak laku di negara-negara lain. Sedangkan pahala ini adalah matawang akhirat. Oleh itu kita mesti membuat tukaran dengan apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini supaya ia menjadi pahala yang akan kita gunakan di akhirat kelak, Barulah kita tidak miskin hina di akhirat kerana kita memiliki matawang akhirat yang banyak iaitu pahala yang berlipat kali ganda jumlahnya.
0 comments:
Post a Comment