CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Friday, April 29, 2011

.:: Journey ::.

Menujui Destinasi...
29.04.11 menuju destinasi


Wednesday, April 27, 2011

.:: HDR | Austin Pool, Taiping ::.

Austin Pool, Taiping

.:: Kuala Sepetang | Keringat Senja ::.

Sambil-sambil layan HDR, terasa kagum melihat pekerja-pekerja di Kilang Arang, Kuala Sepetang mengerah keringat. Faktor usia bukanlah penghalang bagi mereka mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan yang sementara. Bermain sejenak di dalam jiwaku, dalam usiaku sebegini mampukan aku untuk melakukan kerja-kerja seperti mereka ini...


keringat senja II

keringat senja

Tuesday, April 26, 2011

.:: Layan HDR bersama Kabir Malek::.

Hujung minggu lepas, bersama-sama Kabir Malek dan beberapa lagi photographer dari Taiping dan Penang kami layan HDR di Bandar Taiping.

two way to choose
Abandoned | Mahakah Sesyen Taiping.

charcoal factory | Kuala Sepetang, Perak
Scapes | Kilang Arang, Kuala Sepetang.

Friday, April 22, 2011

.:: Blurism | ekspressi jiwa ::.

Gadhdhul Bashar
Gadhdhul Bashar
Tiada andaian yang KETIGA dan tidak ada jalan tengah di antara SYARIAT yang lurus dan NAFSU yang berubah-ubah.

sebuah harapan seribu impian
sebuah harapan seribu impian

menyusuri perjalanan ini
dalam mencapai sebuah harapan
menempuh pelbagai onak dan duri
bagi menggapai seribu impian

tidaklah aku terdaya
tidaklah aku termampu
telah aku curahkan daya dan doa
segalanya ku serah kepada- Mu

andainya ini terbaik untukku
Kau realisasikanlah
andai ini bukan untukku
aku redha dan pasrah

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui...

Blurism | Derita merindu
Derita merindu

Monday, April 18, 2011

.::HDR| Sawah itu::.

Alhamdulillah dengan izin-Nya, cuaca petang semalam amat baik... Sememangnya sudah agak lama aku tak layan HDR... Melihat jam sudah pukul 6 petang, aku terus capai kamera dan tripod sambil ajak anak-anakku untuk mengejar mentari beradu...

the sawah

sawah itu II
(antara yang sempat diproses)


Anak-Anakku | petang itu...
(ini bukan HDR)

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang

Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

lirik/ lagu : Anak-Anak Kita (M.Nasir)
#Airil Zaquan & Aereen Zarifah.

Tuesday, April 12, 2011

.:: My Cutest Sweetheart::.

my cutest sweetheart

My Cutest Sweetheart II

My Cutest Sweetheart III

anakku sayang

Friday, April 8, 2011

.::7 Golongan Yang Terselamat Di Padang Mahsyar::.

Dah terlalu lama tak update blog nih dgn ilmu bekalan akhirat... Maaflah kerana agak sibuk dengan dunia fotografi... Tapi InsyaAllah pada hari ini ada sedikit pengisian minda yang dapat dikongsikan...

Menjadi kebiasaan aku setiap kali hendak kembali ke pejabat selepas solat jumaat aku akan pasang Radio Mutiara FM... Walaupun pada waktu lain aku lebih selesa layan Sinar FM jer... Nak tau kenapa? Sbb time ini kat Mutiara FM akan disiarkan ceramah Agama. Kebetulan topik ceramag hari ini mmg menarik... 7 GOLONGAN YANG SELAMAT DI PADANG MAHSYAR.

Pastinya menjadi idaman setiap dari kita untuk dipermudahkan semasa dikumpulkan di Padang Mahsyar. Tiada siapa sanggup untuk berada di sana yang digambarkan matahari berada cuma sejengkal dari kepala. Namun kita masih belum terlambat untuk mencari serta menyediakan bekal bagi menghadapi hati yang tidak ada sesiapapun yang dapat menolong kita melainkan apa yang kita bawa .

Pada kesempatan ini aku nak share sikit apa yang dapat aku kumpulkan sepanjang perjalanan td moga2 dapat membantu kita jadikan panduan untuk mengumpul bekal yang akan digunakan di padang Mahsyar nanti.

semoga kita sama2 dapat muhasabah diri dan jadikan pedoman bagi menjadi kesejahteraan kita di PADANG MAHSYAR.

1.Belia-belia atau pemuda-pemuda yang hidupnya dalam keadaan ibadah kerana Allah swt.


2.Pemerintah atau pemimpin yang adil, yang melaksanakan hukum Allah swt.


3.Seorang lelaki yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid.


4.Dua orang lelaki yang berkasih-sayang kerana Allah.


5.Seorang lelaki yang mengingati Allah ketika berseorangan dan menangis kerana takut akan Allah swt.


6.Seorang lelaki yang apabila diajak oleh seorang perempuan untuk melakukan zina dan berkata, “Sesungguhnya aku takut kepada Allah swt”.


7.Seorang lelaki yang bersedekah umpanya, bersedekah dengan tangan kanan, sedangkan tangan kiri tidak mengetahui akan hal itu kerana sedekahnya adalah kerana Allah swt.

#feel free to spread this note...