CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, August 27, 2009

.::Isu Sebat: Jawapan Kepada Tun Det oleh UZAR::.

Oleh: UZAR : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin. net)

Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata :

"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."

Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.

ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA

Sebelum saya menghuraikan ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-

* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak).

* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.

* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak)

* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.

(Source: British Crime Survey 2007/08)

Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )

Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.

Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk)

Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.

Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini.

Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB' sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?.

Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dalam lain-lain negara aktif arak.

HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM

Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w

ما أسكر كثيره فقليله حرام

Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )

Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.

Firman Allah swt :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)

Lagi Allah menegaskan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)

Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.

Kerana itu nabi menyebut :-

الخمر أم الخبائث

Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)

Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.

HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK

Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawabnya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-

1) Hadis Nabi :

إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم

Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)

2. Hadis Nabi :

أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين

Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1]

3. Hadis Nabi

كان يضرب في الخمر بالنعال والجريد أربعين

Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [2]

4. Hadis Nabi :-

أن النبي صلى الله عليه وسلم : جلد في الخمربالجريد والنعال , ثم جلد أبو بكر أربعين فلما كان عمر ودنا الناس من الريف والقرى , قال : ما ترون في جلد الخمر؟ فقال عبدالرحمن بن عوف : أرى أن نجعلها كأخف الحدود , فجلد عمر ثمانين

Ertinya : Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]

5. Athar sahabat

قال علي : جلد رسول الله في الخمر أربعين , وأبو بكر أربعين , وعمر ثمانين , وكل سنة وهذا أحب إليّ

Ertinya : Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]

6. Hadis Nabi

أن رجلا رفع إلى النبي صلى الله عليه وسلم قد سكر ، فأمر قريبا من عشرين رجلا ، فجلدوه بالجريد ، والنعال

Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]

Jiak dikatakan, itu semua hadis, mana dalil al-Quran yang suruh, jawabnya adalah

وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Ertinya : Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ( An-Nahl : 44)

Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.

PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA

Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-

1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir.

Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.

Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.

Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta'zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan :-

a- Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta'zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.

b- Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta'zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta'zir tidak boleh melebihi hudud.

c- Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7]. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.

Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta'zir dan bukan hudud. Wallahu'alam.

2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.

Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.

Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.

BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?

Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.

Jika Hudud

Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.

Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.

Jika Ta'zir

Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.

Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.

SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?

Pertama

Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tiada layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menysatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebagai yang lain. Kerana Apa adil?? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia. Individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.

Kedua

Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :-

· Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10]

· Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.

· Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.

· Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.

· Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.

Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.

Ketiga

Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?.

Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa. Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes. Mungkin sahaja, si pesalah yang reda dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.

Keempat

Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan luar?. Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan ‘menghina mahkamah' (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?.

Kelima

Di dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w. Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman.?

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan kepada beberapa persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir,

DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?

Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.

DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?

Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.

DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?

Ini saya tidak pasti, tetapi sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semau hukum Islam sepatutnya dikanunkan.

Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH' jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan. ? Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah' pada sebuah mahkamah Syariah lagi.

DR.M : Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.

DR. M : Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.

DR. M : Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

Boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika nak lihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.

AKHIRNYA DIHARAP TUN DR MAHATHIR SUDI UNTUK MEMBACA ULASAN DAN JAWAPAN SAYA KEPADA SOALAN-SOALAN BELIAU INI.

Gambar : Kitab Fathul Bari Syarah Sohih al-Bukhari, Karangan Imam Ibn HajarAl-Asqolani.

Semoga beroleh manfaat, sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net

5 Ramadhan 1430 H

26 Ogos 2009

Monday, August 24, 2009

.::Ramadhan: Berehat Seketika::.

Salam Ramadhan kepada semua pengunjung yang sering singgah di blog ana. Terlebih dahulu ana nak maklumkan sepanjang minggu ini ana akan berehat dari berblog dan juga mengurangkan aktiviti-aktiviti maya ini. Bukannya apa, ana sekadar mahu pastikan momentum perjalanan Ramadhan ana berada dalam tempo yang tepat. Doakanlah kejayaan ana menempuhi impian ana dalam "RACE AGAINST TIME".... InsyaAllah minggu hadapan ana akan kembali semula memeriahkan dunia maya ini...

miezanz: sekiranya anda ingin hubungi ana, hubungi sahaja telefon bimbit ana...

Friday, August 21, 2009

.::Ramadhan:Andainya ini yang terakhir::.

Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog ini. Ana mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas ketelanjuran berbicara, berkasar bahasa, berselisih pandangan dan pendapat serta apa jua tulisan yang menyentuh hati dan perasaan kalian samada dalam sedar atau tidak...



MATI ITU PASTI,
HIDUP INSYAALLAH.
OLEH YANG DEMIKIAN, KEMAAFAN DARI KALIAN AMAT KUHARAPKAN.

Wednesday, August 19, 2009

.::Kaktus:Hobi Baru Ana::.

Memandangkan ana tinggal di Apartment, peluang nak bercucuk tanam terhad. Memang ana juga meminati aktiviti bercucuk tanam ni. Anak-anak kaktus ni ana beli semasa bercuti di Cameron Highland beberapa bulan lalu. Sebelum ni ana sekadar membiarkan dia berada dalam pasu kecilnya sahaja. Memang ada niat mahu letakkan anak-anak kaktus tu ke dalam pasu besar cuma faktor masa membataskan ana untuk mencari pasu yang sesuai. Akhirnya sabtu lepas ana berpeluang mencari pasu yang sesuai untuk anak-anak kaktus tu. Ana sebenarnya bukanlah pandai sangat dalam bab seni hias taman ni cuma sekadar suka-suka mengisi masa terluang saja.





Tuesday, August 18, 2009

.::N11: Sapa Yang Boleh Masuk Syurga::.

Tersenyum ana bila tengok utusan malaysia hari nih dengan berita di muka hadapannya. Setiap kali adanya pilihanraya baik pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil isu masuk syurga selalu dimainkan dan dibesar-besarkan oleh media. Soal masuk syurga adalah urusan dan dengan rahmat Allah s.w.t. Kita sebagai hambanya hanya mampu berusaha supaya kita berada dalam golongan yang dijanjikan syurga. Bagi ana yang jahil nih kedua2 kenyataan disiarkan dalam Utusan Malaysia ada kebenarannya.

Kenyataan 1

Ahli UMNO tak akan masuk syurga

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Kenyataan 2

Tiada nas sertai Pas masuk syurga

PUTRAJAYA 17 Ogos - Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.

''Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak.

''Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

miezanz: habis sapa yang boleh masuk syurga???? Memang tak ada nas yang khusus mengatakan sokong PAS boleh masuk syurga namun bagi ana yang jahil nih, sapa yang sokong perjuangan Islam pastinya dialah yang disayangi oleh Allah s.w.t. dan barang sesiapa yang menyokong pemimpin yang zalim akan mendapat kemurkaan Allah s.w.t

.::Ramadhan:Nilai Tambah Ibadah Puasa::.

Seperti di sampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Sharil Long dalam kuliah maghrib di Surau Kampung Jawa Butterworth baru-baru ini.

Di samping kita menunaikan ibadah-ibadah khusus sepanjang bulan Ramadhan seperti berpuasa (menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa), menunaikan solat fardhu kita juga yang mana ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t sebanyak 70 kali ganda solat di luar Ramadhan. Manakala ibadah sunat pula diberi ganjaran seperti melakukan ibadah fardhu (wajib). Maka amatlah rugi sekiranya kita hanya sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa sahaja tanpa memberikan nilai tambah kepada ibadah puasa kita.

Antara perkara-perkara sunat yang disarankan oleh Al-Fadzil Ustaz Sharil Long adalah seperti berikut:

1. Memperbanyakan solat malam.

Bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w “Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi). Solat Sunat Tarawih juga merupakan sebahagian daripada ibadah solat malam dan disarankan agar kita tambahkan lagi dengan menunaikan solat sunat Tahajjud sebelum kita bersahur moga-moga kita mendapat rahmat dari Allah s.w.t.

2. Memperbanyakan Sedekah.

Bersedekah merupakan satu amalan yang amat-amat dituntut dalam Islam. Maka dalam bulan yanh penuh barakah dan penuh rahmat ini eloklah kita memperbanyakan bersedekah kerana ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t kepada kita amat besar sekali. Antara amalan yang sangat dituntut adalah memberi makan kepada orang yang berbuka puasa. Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmizi)

3.Menunaikan Solat Dhuha.

Solat dhuha merupakan antara solat sunat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

“Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.

Justeru, sunah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah ini eloklah dijadikan amalan bertepatan dengan hadis yang bermaksud: Junjunganku tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan (13, 14 dan 15 haribulan daripada bulan Qamariah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan juga supaya aku mengerjakan solat Witir sebelum aku tidur.

Kelebihan

Setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Cuma usah pula hikmah dan fadilat ini yang diutamakan. Dibimbangi ia menjadi suatu tabiat di mana kita beramal lantaran hikmat semata-mata bukan lahir daripada rasa keinsafan diri.

“Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.

“Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.

4. Sentiasa Berwuduk

Kita juga disunatkan supaya sentiasa berada di dalam keadaan berwudhu bukan sahaja ketika hendak mengerjakan sembahyang tetapi juga di waktu-waktu lain kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaini wasallam sentiasa di dalam wudhu dan pernah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa tidur dalam keadaan dirinya berwudhu dan dia mati pada malam itu, maka dia adalah syahid di sisi Allah Ta’ala."

5. Membaca Al-Quran

Oleh itu kita diingatkan agar jangan melupakan al-Quran yang dibaca (diingat atau dihafal) kerana nabi s.a.w pernah bersabda: "Seburuk-buruk orang di antara kamu ialah yang mengatakan,"Aku lupa ayat ini dan itu," tetapi sebenarnya dia melupakannya. Hafallah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu lebih cepat perginya dari dada kaum lelaki daripada unta (yang terikat)." (Syaikhan dan at-Tirmidzi). Rasulullah s.a.w juga telah bersabda: “Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu: "Adakah kamu al-Quran?" Lalu al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Justeru itu marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah s.w.t dengan menambahkan pahala puasa kita InsyaAllah, dengan kita mencari malam Lailatul Qadr yang dijanjikan dengan kelebihan seribu bulan.

Monday, August 17, 2009

.::N11: Sah hanya PR dan BN::.

SATU LAWAN SATU....
Calon PAS, Salleh Man (kiri) bersalaman dengan calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman (kanan) selepas menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam di Pulau Pinang hari ini.

Khabar-khabar angin yang bertiup mengatakan pilihanraya kali ini akan berlaku pertandingan 3 penjuru hanyalah sekadar mensensasikan keadaan sahaja. Sehingga waktu penyerahan borang ditutup pada jam 10.00 pagi hanya wakil Pas dan UMNO sahaja yang menyerahkan borang.

Khabar angin yang mangatakan Kamarul Ramizu Idris tidak menyerahkan borang pencalonan walaupun beliau kelihatan di tempat penamaan calon diadakan. Beliau kelihatan memasuki dewan penamaan calon pukul 9.56 pagi dan terus ke tandas, bukannya ke kaunter serah borang. Lapor mStar online.

Pada Jam 11.30 pagi : Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahya telah mengumumkan calon yang akan bertanding bagi Pilihanraya DUN Permatang Pasir (N.11) iaitu Salleh Man dari PAS dan Rohaizat Othman dari BN.

.::Al-Fatihah: Giliran Bapa Saudara Pula Dijemput Kembali::.

Semalam ana memang hari yang mengenyangkan perut ana. Mana tidaknya, seawal jam 11.00 pagi ana perlu menghadiri majlis tahlil di rumah Pak Malik, kemudian, selepas solat zohor ada pulak jemputan ke satu lagi Majlis Tahlil di rumah belakang Shell, di hadapan Masjid Jamek Kubang Boya. Kedua-dua majlis tersebut ana hadir... Kenyang sangat ana semalam.

Hari ni seawal jam 1.00 pagi (masa tuh ana baru nak terlelap) ana terima panggilan dari ipar ana menyampaikan berita kematian bapa saudara kepada isteri ana di kamping. Pagi ni anak-anak ana tak ke sekolah kerana kami semua balik kampung untuk menziarahi jenazah bapa saudara yang meninggal. Sebelum bertolak balik ana singgah sebentar di Restoran Nasmir untuk memberi peluang isteri dan anak-anak bersarapan. Ana? Ana puasa hari ni...

Setibanya ana di rumah jenazah ana lihat telah ramai orang berada di halaman rumah. Turut kelihatan bersama mereka salah seorang bapa saudara lagi sedang berbual. Ana terus naik ke atas untuk menziarahi jenazah dan menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah moga-moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang bertaqwa.

Ana tak lama di sana kerana menurut bapa saudara lagi seorang, jenazah akan disembahyangkan pada pukul 3 di Masjid Kedai Dua, Jalan Siakap. Ana rasa lebih baik ana balik dahulu ke pejabat sementara menunggu masa untuk solat jenazah nanti. Sekejap lagi nanti, ana akan ke sana semula.. untuk urusan solat jenazah. Ya Allah permudahkanlah perjalanan ku ini... Hanya Engkau kami sembah hanya Engkau kami mohon pertolongan [1:4]

Friday, August 14, 2009

.::Permatang Pasir: Siapa Calon Kita::.

Malam ini segalanya akan terjawab. Bertempat di Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir akan berlangsung majlis mengumumkan calon bagi menghadapi PRK DUN Permatang Pasir yang dikhabarkan akan berlaku pertandingan 3 penjuru di antara PAS, BN dan wakil bebas yang sudah dua kali tewas.

Marilah kita sama2 memberi sokongan kepada calon kita. Ana, insyaAllah akan turut ke sana selepas kuliah Maghrib Ustaz Sharil Long di Surau Kampung Jawa, Butterworth. Selepas solat isya i/Allah ana ke sana.

Thursday, August 13, 2009

.::Al-Fatihah: Ustaz Asri Rabbani kembali ke Rahmatullah::.

Menurut akhbar online Berita Harian, Asri Ibrahim ketua kumpulan Rabbani meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Beliau meninggal dunia ketika berusia 40 tahun pada lebih kurang jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham dilaporkan pengsan ketika mengjalani penggambaran bagi rancangan Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Rakannya Azdan yang dipetik Berita Harian berkata bahawa jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Beliau yang popular dengan gelaran Ustaz Asri Rabbani dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

.::Puasa: 20 Ogos Tengok Anak Bulan::.

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa tahun ini yang bersamaan 1430 hijrah ditetapkan pada sebelah petang 20 Ogos ini.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataannya hari ini memberitahu, tarikh permulaan puasa akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen. (utusan online).

Tapi suasana pastinya berbeza di Permatang Pasir, walaupun anak bulan belum kelihatan namun bulan purnama dah mula naik di merata-rata tempat. Tambah meriah pada 17 Ogos nanti... silap-silap boleh tak nampak anak bulan kalau nak tengok anak bulan di Permatang Pasir, yang nampak nanti tentunya bulan Purnama. Harap-harap bila dah nak puasa kena tengok anak bulan, bila mengundi nanti jangan pulak lupa pangkah bulan...

Wednesday, August 12, 2009

.::Ramadhan Kiam Hampir::.

Insyallah tidak berapa lama lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan lagi, bulan yang penuh dengan keberkatan yang dijanjikan oleh Allah swt kepada kita dan umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan bulan Ramadan al-Mubarak.

Bulan yang penuh keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t. maka tidak hairanlah apabila hampir tibanya bulan Ramadan Rasul Allah s.a.w. dan para sahabat begitu gembira serta tidak sabar menanti ketibaannya. Mudah-mudahan kita juga bergembira dan teras rindu untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini.

Sebelum kita pergi lebih jauh marilah kita melihat apakah yang dikatakan puasa itu ? Puasa merupakan satu rukun daripada rukun Islam yang lima. Puasa bukan sahaja menahan diri daripada tidak makan dan minum disiang hari tatapi hendaklah menepati dan mematuhi segala syarat-syarat dan rukun-rukunnya termasuk perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa.

Puasa adalah suatu ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap muslim yang mukalaf dan tiada keuzuran syari', puasa dapat membentuk peribadi seseorang itu benar-benar bertakwa kepada Allah dan hidup dengan semangat yang tinggi bagi membela manusia terutama yang kurang bernasib baik dalam membentuk musyarakat dengan penuh sifat kasih sayang dan tolong menolong.

Puasa juga mampu membentuk musyarakat yang mulia dan diredhai Allah s.w.t. Puasa juga adalah merupakan satu pendidikan terhadap jiwa dan mampu mengangkat derjat orang yang mengerjakannya dengan kedudukan yang tinggi dan mulai di sisi Allah. Dengan berpuasa manusia dapat mempelajari satu hikmah iaitu bagaimana untuk memperbaiki sikap atau akhlak daripada sifat suka menurut hawa nafsu seperti hidup tertumpu kepada makan, minum dan memenuhkan perutnya sahaja kepada kehidupan yang sebenar yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.

Justeru, sebagai manusia kita begitu susah untuk memiliki sifat sabar dan kita sentiasa terdorong di bawah runtunan hawa nafsu. Maka, dengan berpuasa jika ia berjaya dilaksanakan ia mampu memupuk kesabaran dan memberikan kekuatan untuk melawan segala kehendak hawa nafsu, sekaligus ia akan mendidik manusia membiasakan diri dengan mengahadapi berbagai-bagai kesusahan serta teguh mengahadapi rintangan bagi menuju kepada kesempurnaan dan kemuliaan dalam kehidupan seharian, itulah hikmah yang tersembunyi di sebalik ibadah puasa.

Seorang yang menjalani ibadat puasa, apakah rahsia yang tersembunyi di dalam dirinya yang dapat menghalang ia daripada makan dan minum, kalaulah tidak kerana keimanannya kepada Allah ? Apakah benteng yang menghalangnya daripada melakukan maksiat, kalau tidak ada keimanannya kepada Allah? Justeru, keimanan seseorang muslim yang mendalam terhadap Allah itulah yang menjadikan dia patuh kepada segala perintah Allah, setiap yang disuruh dikerjakannya dan apa yang dilarang ditinggalkannya.

Begitu juga, seseorang akan segera bertaubat, menyesal dan kembali kepada Allah sekiranya melakukan sesuatu larangan yang ditegah oleh Allah. Lantaran itulah keimanan menjadikan kita penuh ikhlas dan suci hati mengerjakan ibadah puasa yang difardhukan.

Puasa juga membersihkan jiwa daripada terlampau mengejar dunia dan bermati-matian bertungkus lumus mencari keseronokan hidup. Dengan ini, perasaan cintakan kebendaan tidak berjaya mencengkam ke atas perjalanan hidup manusia sehingga terciptalah satu corak kehidupan yang dipenuhi dengan berbagai kelebihan dan keperibadian yang tinggi, pelbagai hikmat dan fadhilat dapat diperolehi dari berpuasa, antara fadhilat-fadhilat yang terdapat dalam ibadat puasa telah ditegaskan oleh Allah s.w.t. didalam surah al-Ankabut ayat 58 : yang bermaksud : " Dan orang-orang yang beriman serta beramal Soleh, kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh ". Dan Hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang berbunyi :

"الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانِ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ."

Maksudnya : " Solat lima waktu yang didirikan satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar " ( H.R. Muslim )

Dalam menjalani ibadah puasa, kita akan dapat merasai hikmah yang indah dan faedah yang besar seterusnya kita akan bersyukur kepada Allah yang memfardukan puasa ke atas kaum muslimim. Dengan kita mentaati segala syarat-syaratnya dan menunaikannya dengan sebaik-baik yang dikehendaki, akan jadilah kita seorang muslim yang bertakwa kepada Allah sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w. :

"اَلصِّيَامُ جُنَّةٌ مَالَمْ يَخْرِقْهَا بِكَذِبٍ اَوْ بِنَمِيْمَةٍ."

Maksudnya : " Puasa itu adalah perisai selama ia tidak dirosakkan dengan sebab berbohong atau mengumpat " . Dan dalam Hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda :

"لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشُّرْبِ إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفْثِ."

Bermaksud : " Bukanlah berpuasa itu menahan diri daripada makan dan minum sahaja, akan tatapi berpuasa itu juga menahan diri daripada berkata-kata dengan perkataan-perlataan yang kotor dan kata-kata kesat ".

Di sini jelaslah kepada kita bahawa puasa itu merupakan satu perisai yang akan melindungi dari kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri dari terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar, tolong menolong dan simpati di antara satu sama lain, puasa juga akan menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah.

Kebanyakan kita telah mengetahui bahawa mengikut ilmu Psikologi setiap orang yang dilahirkan ke alam dunia ini mempunyai beberapa kehendak dan naluri. Justeru, naluri-naluri tersebut perlukan kepada bimbingan dan didikan supaya ia menjadi subur dan berkembang mengikut kehendak yang ditetapkan oleh syariat Islam. Dalam perkara seperti ini langkah yang paling berkesan ialah dengan berpuasa. Dimana dengan berpuasa mengajar manusia supaya makan sekadar yang patut sahaja dan menahan nafsu dari segala keinginan yang bertentangan dengan syariat agama. Selain dari itu seseorang yang berpuasa boleh mencapai puasa yang istimewa dengan enam syarat. Maka sempena kita akan menyambut Ramadan beberapa hari lagi, marilah kita berazam melaksanakannya dengan persediaan berikut :
1. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah.

2. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.

3. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram, kerana Allah menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.

4. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.

5. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.

6. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.
Oleh yang demikian marilah kita meraikan bulan puasa yang mulia yang bakal tiba dengan penuh perasaan gembira dan marilah kita gunakan peluang keemasan yang diberi Allah untuk mengerjakan amal kebajikan dan menjauhkan segala amalan yang dimurkai Allah. Hanya orang yang berpuasa sahajalah akan meresap ke dalam jiwanya sifat-sifat yang luhur dan bersikap sederhana dalam segala tindak tanduk serta tidak melampaui batas. Orang yang berjaya dididik oleh puasa akan bertambah rajin dan berperibadi mulia, sehat, berdisiplin, cekap lagi beramanah, bertakwa kepada Allah suka berjuang untuk agama, masyarakat dan negara.

Maksudnya : "( Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah ) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan antara yang benar dan salah. Olah itu, setiap yang diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. Dan sesiapa yang sakit atau musafir maka bolehkah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dengan ketetapan yang demikian itu Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadan dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuknya dan supaya kamu bersyukur ". ( Surah al-Baqarah ayat : 185 )

Sumber: al-banjari online 2009

.::Solat Malam: Bila Lagi???::.

Copy / Paste dari Blog : KEHIDUPAN RINGKAS TAPI SIGNIFIKAN


Saya selalu terfikir, manusia sering sibuk dengan pelbagai gosip dan gambaran tertentu bila ditimpa musibah. Kenapa tidak begitu, kenapa tidak begini? Mari kita berdiam diri, bermuhasabah dan melakukan sesuatu yang sememangnya dijanji Allah.

Bangunlah pada 1/3 malam yang tersisa. Marilah kita bersolat malam, solat hajat dengan penuh keikhlasan dan berterusan. Mohon keampunan Allah, agar Allah melindungi kita, isteri [suami], anak-anak, sanak saudara dan kaum muslimin dan muslimat.

Rasulullah [salawat dan salam kepada baginda, kaum keluarga dan sahabat handai] ada bersabda [hadis Qudsi] yang bermaksud:

“Tuhan kita turun ke langit dunia, ketika tinggal 1/3 yang akhir dari waktu malam, lalu menyeru:

Adakah siapa yang mahu berdoa supaya Aku mengabulkannya?
Adakah siapa yang mahu meminta supaya Aku memberi kepadanya?
Adakah siapa yang mahu meminta keampunan supaya Aku mengampuninya?”

Baginda [salawat dan salam kepada baginda, kaum keluarga dan sahabat handai] juga bersabda yang bermaksud:

Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)

Di siang hari, marilah kita bersolat berjemaah di masjid, menghampiri Dia dengan cara yang bersungguh-sungguh, lalu kita sujud dan menginsafi dan mengakui tentang kekuasaan dan kehebatan Allah.

Bila lagi? Di kala Allah mengulangi peristiwa-peristiwa yang diceritakan di dalam Al-Quran, manusia masih lagi dengan sifat bongkak, riyak dan tidak menyedari yang Allah boleh menghentikan sesuatu wabak itu dengan sekali perintah sahaja.

Bila lagi? Untuk tidak berasa takut dan gentar dengan dugaan ini dengan meyakini tentang kehebatan dan kekuasaan Allah sebagai penolong dan pembantu yang kekal abadi. Bergeraklah ke arah Dia, semakin hampir kita denganNya, semakin dekat Dia menghampiri kita dengan nur kasih-sayangNya.

Bila lagi? Saya bertanya kepada diri sendiri!

Monday, August 10, 2009

.::H1N1:Antara Ikhtiar Kita::.


Semua orang pastinya dalam keadaan resah gelisah bila mengenangkan fenomena Selsema Babi yang sedang melanda dunia khususnya negara kita. Sudah 1 Malaysia wabak ini menyerang.

Selain dari pelbagai bentuk pencegahan awal kita ambil seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan seperti mengurangkan aktiviti di tempat yang ramai orang, selalu membasuh tangan, memakai topeng, serta segera mendapatkan rawatan doktor sekiranya mempunyai tanda-tanda dijangkiti oleh selsema babi.

Kita sebagai orang islam, janganlah kita lupa untuk berdoa kehadrat Ilahi kerana semua yang berlaku di atas muka bumi ini adalah dengan izinnya jua. Maka itu selain kita menunaikan solat hajat memohon agar kita dijauhkan dari bala bencana serta wabak yang menimpa, kita juga bolehlah mengamalkan doa setiap kali selepas solat.

Doa yang dicadangkan adalah seperti di bawah:
juga boleh dibacakan pada air untuk diminum.

Friday, August 7, 2009

.::Kepada Sahabat: Hamba Allah:Sekadar berkongsi Kepuasan::.

Terlebih dahulu ana ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung blog ana, hamba Allah kerana sudi singgah dan memberi komen dan teguran dalam blog ana. Terima kasih ana dahulukan atas teguran anta dalam ruangan .::miezanz's shout::. (rujuk imej dibawah).
Kepada hamba Allah, ana faham tentunya anta merujuk kepada posting ana .::Alhamdulillah:Terlaksana Sudah Azam::. Semasa ana menulis posting ini tidak terlintas di hati ana untuk berasa bangga dan riak atas kemampuan ana bertahajjud serta khatam Al-Quran awal pagi tadi. Tujuan ana menulis posting tersebut adalah pertama kerana ana terasa amat gembira dengan apa yang telah ana lakukan. Setelah kali pertama ana khatam Al-Quran semasa zaman persekolahan dahulu dan semenjak itu ana tidak pernah bukan sekadar membaca tapi membeleknya pun tak pernah. Namun Alhamdulillah dengan sifat Rahman dan RahimNya Allah s.w.t. telah membuka hati ana untuk membaca semula al-Quran semula. Namun pada mulanya ianya terdetik di hati untuk membaca Al-quran namun ana asyik bertangguh dan bertangguh. Akhirnya bila Muharam 1430 kian hampir, ana bertekad untuk memulakan langkah pertama membaca al-quran hingga khatam bermula dari tarikh 1 Muharam 1430 dengan azam akan ana khatamkan sebelum tibanya Ramadhan. Akhirnya dengan izin Allah s.w.t ana berjaya khatam sebelum subuh pagi tadi. Alhamdulillah... Rasa seronok dan puas tak dapat ana gambarkan sebab itulah ana menulis posting tersebut. Bayangkanlah setelah kali pertama ana khatam Al-quran pada usia belasan tahun dan selapas itu ana tinggalkannya tanpa ana membeleknya tapi pada usia 35 tahun ana berjaya sekali lagi habiskannya.

Tujuan lain ana menulis posting tersebut adalah bertujuan bagi mengajak sahabat-sahabat ana untuk sama-sama tidak meninggalkan Al-quran. Ana yakin ada dikalangan sahabat yang akan turut jejak ana khatam Al-quran sekurang-kurangnya setahun sekali. itulah tujuan lain ana menulis posting tersebut. Tidak sekali-kali ana ingin membangga diri dengan kemampuan ana melakukan ibadah tersebut. Tujuan ana sama sahaja seperti beberapa orang penulis yang menceritakan pengalaman mereka menunaikan ibadah haji sebagai motivasi dan pembakar semangat orang lain untuk turut menunaikan ibadah haji tersebut maka tujuan ana menulis posting tersebut dengan harapan ianya dapat membuka pintu hati sahabat-sahabat ana yang selalu mengunjungi blog ana sama-sama membaca al-Quran disetiap waktu yang terluang...

wallahualam...

.::Allah Memelihara Al-Quran::.

Email dari seorang sahabat : Azrul.

Bersempena dengan Nifsu Syaaban semalam, pagi ini ana hidangkan kepada anda suatu artikel yang lain sikit. Selalu bergosip sahaja pun tak elok jugak kan? Sekali-sekala apa salahnya merenung keajaiban dan kebesaran agama Islam.Dari email yang ana terima, ada koleksi gambar-gambar sebuah van yang terbakar. Hangus. Habis hancur semuanya. Tapi di dalamnya ada senaskhah Al-Quran yang tidak terbakar. Kalau difikir secara logik akal selepas melihat keadaan van tu, sepatutnya memang Al-Quran ni pun turut serta hangus. Tapi sesungguhnya kebesaran agama Islam mengatasi segalanya.Marilah kita bersama-sama sempena dengan Nifsu Syaaban ni mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amal. Semoga semua amalan kita diterima Nya. Renung-renungkan dan selamat beramal.

.::Manisnya Tahajjud::.

Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.

Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.

Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."

Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.

Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."

Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hambaNya yang menghidupkan malam.

Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."

Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dealam golongan mnusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."

I CANNOT DO EVERYTHING,
BUT STILL I CAN DO SOMETHING,
AND BECAUSE I CANNOT DO EVERYTHING,
I WILL NOT REFUSE THE SOMETHING I CAN DO.

dipetik dari: Cina Islam