CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Friday, June 26, 2009

.::Jubah Buat Ibu::.

Email nih dah dua / tiga hari ana terima dan tak berkesempatan ana nak baca... Tiba-tiba petang nih ana ambil sikit masa membacanya apabila ana terima YM dari sahabat ana dari Sungai Besar Selangor yang pastekan sebahagian dari kandungan email yang sama yang ana forwardkan untuk dia... Bila ana baca separuh sahaja cerita email tu tanpa ana dapat tahan tiba-tiba ada manik-manik (tak ada kaitan dengan Manek Urai) air yang keluar dari mata ana... Jiwa lelaki ana tersentuh bila baca kisah dari email tersebut....

Email Received: Mimi a.k.a Salamiyah hj Ahmad
24/06/09

Salam all!
Rcvd this from a friend of mine. So touching!!! Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapa kami & saudara seagama kami..Amin!!

Baca sampai habis tau.....!

Jubah Buat Ibu

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. " Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu...sakit....maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi....Bu, jangan pukul bu...sakit bu..." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka..

" Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" " Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..' bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya.. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. 'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz.. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur. "waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian. "Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. "Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. "Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. "Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. " Ada " jawab Along pendek "Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku....atau...." Along menggeleng-gelengkan kepala. "semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. " Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya....saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan....saya....saya nak jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. " Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. "Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah." "Zam..kau ni....." "Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. "Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe.. Jadi pembantu dia", terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?" "Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, minggu depan..." "Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi. "Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. "Ha..hadiah....untuk.....ibu.........." ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!' Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan .. dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila.." cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

p/s : sayangilah ibu anda sementara beliau masih ada...

Regards,

Mimi Hj Ahamad

miezanz: Mimi hj Ahmad adalah junior ana masa di Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Thursday, June 25, 2009

.::"SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI"::.

Betul atau tidak, hanya sekadar menyampaikan sahaja supaya kita semua berhati-hati dalam pemilihan makanan yang menjadi sumber darah daging tubuh badan kita semua.

From: violet_chessy Subject: Siapa Kata Melayu Tak Makan "BABI" Date: Tuesday, June 23, 2009, 7:19 PM

Assalamualaikum semua,

Bab cerita pasal makan daging babi ni aku pun nak cerita sikit.Kawan aku sendiri yang cerita pengalamannya. Tiap-tiap malam selepas habis kerja dia selalu lepak kat kawasan gerai makan berdekatan tempat kerjanya.

Dia dan boyfriend dia suka sangat makan mee kari kat satu gerai ni, tokeynya cina dan pekerjanya minah indonesia. Dia pun tak kisah la..., satu malam dia balik kerja lambat, nak makan punya pasal dia pergi juga kat kedai tu, nasib baik tokey tu dah reserved untuk dia dan boyfriendfnya tu, sambil dia melayan makanan... tokey tu pun mengemas gerai dan mencuci periuk belanga.

Nak dijadikan cerita, kebetulan pula kawan aku ni nak cari air untuk basuh tangan. Dan dia pun menjengah ke tempat tokey tu sedang membasuh, dan ternampak tulang yang terkeluar dari periuk kuah mee kari tersebut dan dia pun bertanya.

"Eh pakai tulang ke masak kari, you kan tak makan daging.."

" Oooo... ini bukan lembu ini pork maa... baru sedap sikit masak kari, tak taruk tak sedap maa."

uuuweeek... kawan aku ni pun termuntah dan keluar semua isi perut. Kata kawan aku rasanya nak minum air tanah jek nak samak peruk dia. Nak buat macam mana selama ni dah bergelen mee dan kuah kari tu dah masuk dalam perut dia, dah jadi darah daging.

Dipendekkan cerita ni, selepas kejadian itu dia sebarkan hal yang terjadi... kepada semua orang yang dia kenal. Tak lama selepas itu gerai cina tu terus bungkus tak tau pindah kemana.

Moralnya: Jangan makan kat kedai cina walaupun pekerjanya warga Indonesia yang bertudung sekalipun atau pun yang ada logo halal.

MINTA TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS.

Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu... yang sebenarnya daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa "shape". Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia akan mudah dan senang pecah.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yang bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu "pork" iaitu daging babi manakala "pork product" yang lain seperti lard (minyak babi), pork fat (lemak babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yang biasa serve during breakfast), pork instestine (perut babi) dan lain-lain lagi tidak apa bagi Muslim.

Pengalaman bekerja di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, di situ terdapat satu BUTCHER Department.

1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. "Pork casing" adalah saluran usus yang digunakan sebagai kulit sausage.

Semua ingredients untuk sausage di blend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah pecah. Jadi kalau sausage itu Ayam atau Daging ianya masih mengandungi babi.

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Bahan ini semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA.

3. Bagi sesiapa yang suka makan buffet, cold cuts yang disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi.

Menyentuh sedikit aktiviti kaum Cina , dan aku juga ada satu kisah yang menarik untuk diceritakan.

Salah seorang kawan telah menceritakan kepada aku, Bapanya adalah seorang pekerja TNB bahagian pembaik pulih bekalan elektrik. Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektirk di kawasan Jenjarum Banting.

Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja pembaikan pulih bekalan, beliau telah merayau-rayau di kawasan sekitar. Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki kawasan yang melibatkan penggunaan elektrik, jadi secara tidak sengaja beliau telah memasuki ke sebuah kilang memproses makanan, dilihatnya daging ayam berlongok-longok.

Kemudian daging-daging babi berlongok-longok disebelahan. Rupa-rupanya kilang tersebut membuat daging burger, daging-daging ayam dan babi tersebut dicampur dan digaul bersama kemudian dijadikan daging burger.

Beliau telah bertanya kepada salah seorang pekerja tersebut mengapa dicampurkan daging babi dengan daging ayam! Pekerja tersebut berkata kalau tak dicampur burger yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk. Dengan mencampurkan daging ayam dan babi burger mudah dibentuk. Katanya lagi, burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu.

Tapi jika mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut. Lu ingat itu supplier cukup ka untuk supply satu Malaysia (Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia). Pekerja tersebut siap kata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI" menyirap darah bapanya.

Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat serbuan tak ada apa-apa yang jumpa, kilang tersebut pun dah takda. Mungkin dah berpindah bila menyedari ada orang melayu yang sudah mengetahui aktiviti mereka.

P/S: Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah mungkin ada yang bercampur dengan daging babi.

Patutlah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi ada kat Malaysia. Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu. Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan.

Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu.

Isa: Wallahualammmm.... renung-renungkanlah... kalau takda beruk takan pokok boleh bergoyang... betul atau tidak cerita ni... kita sebagai umat Islam harus berwaspada dengan makanan yang kita makan... berbalik pada diri sendiri juga.

Miezanz:Thanx to bro Isa..., Dah 50 tahun lebih kita merdeka tetapi mengapa kita masih belum merdeka dalam bab makanan????

Wednesday, June 24, 2009

.::Belajar Al-Quran: Mengaji dan Mengkaji::.

Pada kesempatan kali ini ana nak share satu software yang berguna untuk anda semua. Software untuk kita belajar Al-Quran dan terjemahannya... Kita selama ini sekadar mengaji sahaja apakata kali ini sambil kita mengaji kita mengkaji pula....

Image Hosted by ImageShack.us




Features

* User Profiles - anyone in your household can have their own profile for memorization
* Drag and Drop ayas into you "heart" - a graphical way to view your memorization progress
* Drag and Drop whole suras you know already to get started.
* High Quality Uthmani Arabic Script
* English translation by Muhsin Khan (can be turned off)
* Transliteration to help pronounce
* Ability to choose different recitors (when recitor packs are released)
* (German, French, Malay, Indonesian, Spanish) translations (when using language packs)
* Loop Ayas - loop as many times as you want for memorization
* Loop Suras - loop whole sura
* Stack Mode - memorize ayas in the following manner: 1 | 1,2 | 1,2,3 | 1,2,3,4 | ...
* Single Aya Mode - if an Aya is too long, then select points in the audio to repeatedly loop
* Select a Aya range in the Sura
* Displays your Juz30 memorization progress
* Displays sura playback progress
* Pause Mode - add your own pauses (in seconds) in between ayas so you can repeat the aya yourself after hearing it

Image Hosted by ImageShack.us

selamat mendonlod dan selamat beramal

Monday, June 22, 2009

.::Mendekatkan diri dengan Alam::.

Seperti yang telah ana rancangkan dengan isteri ana untuk bawa anak-anak ana bercuti di Cameron Highland, sesudah subuh sabtu lepas ana dan keluarga bertolak dari rumah untuk ke Cameron Highland. Hati ana sedikit risau bila memikirkan kesihatan Airil Zaquan yang sekejap okay sekejap panas. Disebabkan hotel dah tempah kami tetap ke sana dan aku berdoa agar kesihatan Zaquan akan kembali normal.


Dalam perjalanan kami singgah sebentar di RnR Gunung Semanggol untuk bersarapan. Seperti biasa ana sekadar nasi lemak dan kopi 'o'. Alhamdulillah setelah selesai sarapan Zaquan sudah menunujukan tanda-tanda ceria dan dah macam tak demam lagi.... Alhamdulillah.....

Perjalanan diteruskan dan kelihatan Zaquan yang duduk didepan sebelah ana ceria sepanjang perjalanan. Ketika mula mendaki ke Cameron Highland Zaquan mula bertanya-tanya bila nak sampai Cameron Highland, mungkin dia dah jemu agaknya berada dalam kereta agak lama.

Lebih kurang jam 1030 pagi kami telah tiba di Cameron Highland. Kelihatan ceria sekali anak-anak ana, Aidil, Zaquan dan Aereen menikmati pemandangan yang indah sepanjang perjalanan. Ana pula sedang berkira-kira di mana ana hendak solat zohor nanti. Ketika ini ana bercadang untuk bersolat zohor di Tanah Rata sahaja.

Lawatan Pertama.
Setelah berbincang dengan isteri ana berkenaan destinasi kami, kami bersetuju untuk ke ladang teh. Jadi ana terus memandu ke destinasi. Setiba di lokasi walaupun pada mulanya terpaksa berpatah balik ke tanah rata kerana ana tak jumpa destinasi yang ditujui. Selepas berpatah balik akhirnya sampai juga ke destinasi. Airil Zaquan yang pagi tadi badannya yang panas kelihatan sudah benar-benar sihat. Alhamdulillah


Allah Maha Kaya
Setelah penat menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t di ladang teh, kami kembali ke Pekan Tanah Rata kerana masing-masing sudah menunjukkan tanda-tanda kelaparan. Di Tanah Rata, Alhamdulillah agak senang juga ana nak cari tempat untuk menjamu selara. Ana masih berkira-kira di mana ana nak solat zohor hari ini. Ketika ana sedang menyuapkan nasi untuk Airil Zaquan, ana terpandang satu poster ceramah yang menggamit hati ana untuk mendekati dan membacanya... Alhamdulillah... di Brichang ada masjid. Ana terus beritahu isteri ana bahawa ana akan solat zohor di Brinchang.

Selesai menjamu selera kami sekeluarga terus ke Brinchang untuk check in hotel. Tiba di hotel, sukar untuk mencari parking ana turunkan isteri dan anak-anak ana di hotel manakala ana mencari parking. Sekali lagi ana bersyukur, Alhamdulillah rupa-rupanya ana parking betul-betul di hadapan masjid. Ana rasa gembira sekali kerana masjid dan hotel ana tak sampai 200 meter. Dalam hati ana rasa amat gembira kerana pastinya ana dapat bersolat zohor secara berjemaah.

Setelah berehat sebentar di lobi hotel (bilik belum siap untuk kami masuk) kedengaran azan zohor, ana dan Aidil Haziq terus ke Masjid. Ana tersenyum bila melihat gelagat Aidil yang kesejukan semasa mengambil wuduk di masjid. Selesai solat ana kembali ke hotel untuk menghilangkan penat. Dalam fikiran ana pula berkira2 tentang program majlis ilmu yang akan di adakan di Masjid tersebut selepas solat isya. Hati ana meronta-ronta untuk berada dalam majlis tersebut. Apa-apapun ana hendak melelapkan dulu mata ana yang terasa mengantuk sangat....

Ana hanya sekadar dapat melelapkan mata seketika sahaja kerana anak-anak ana buat bising dalam bilik. Akhirnya isteri ana mengajak ana untuk bawa anak-anak pergi melawat Cactus Valley. Walaupun ana masih rasa letih tetapi memikirkan malam ni ana nak pergi dengar ceramah di Masjid Kayangan Brinchang ana gagahkan juga diri ana.

Tiba di Cactus Valley pukul 2.45 petang. Aidil Haziq sudah tak sabar-sabar nak masuk ke dalam. Apabila masuk ke dalamnya ana rasa terpaku dan teruja dengan keindahan seni taman dan flora-flora yang erdapat di sini. Betapa besarnya kurniaan Allah pada manusia. Betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t. "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Surah Ar-Rahman ayat 13. Ana begitu asyik sekali melihat flora-flora yang terdapat di sini sehingga terleka seketika dan tak terasa letih memandu pagi tadi.

Peringatan Dari Allah
Dalam ana menikmati keindahan flora yang terdapat di taman ini, ana di kejutkan dengan sapaan salam dari beberapa pelajar (ana kira mereka pelajar kerana kelihatan masih muda). Sapaan " Assalamualaikum Pakcik" benar-benar menusuk hati ana. Pada mulanya ana menjawab sambil menoleh ke belakang manalah tahu kalau ada orang lain di belakang ana. rupanya tiada siapa yang layak di panggil pakcik kat situ melainkan ana. Selepas itu ana hanya tersenyum memikirkan ana dah tua rupanya.

Ana berehat sebentar sambil merenung ke dalam diri ana kembali, ana bersyukur ana berada dalam situasi sekarang ini, tidak seperti beberapa tahun lalu. Seseungguhnya aku besyukur kepada Mu Ya! Allah kerana memberi aku jalan kembali. Terima kasih juga kepada pelajar-pelajar yang telah memberi salam "Assalamualaikum Pakcik" kepada ana.
Setelah puas dan masing-masing keletihan menikmati keindahan flora di Cactus Valley ini dan isteri ana juga telah pun membeli beberapa pasu anak pokok kaktus kami bergerak ke destinasi lain.. Akhirnya kami singgah pula di Cactus Point sekadar untuk meninjau harga di situ.

Di sini kami hanya singgah sebentar kerana waktu asar dah hampir... kami kembali semula ke hotel. Dalam perjalanan isteri ana singgah sebentar di tapak pasar malam kerana Aereen Zarifah beria-ia nak bantal strawberry. Ana bersama Zaquan kembali ke hotel, dan singgah sebentar di Masjid untuk bersolat Asar.

Setiba di Hotel ana berkira-kira untuk hadir majlis ilmu di masjid malam ini. Segala planning mesti baik supaya semua gembira. Yang paling penting ana perlu fikirkan adalah soal makan isteri dan anak-anak. Ana tanya isteri ana apa dia nak buat malam ni? dia hanya kata dah letih nak tidur saja. Dalam hati ana berkata Alhamdulillah.

Pukul 6.00 lebih kurang, ana menjenguk melalui tingkap bilik dan terus ke tapak pasar malam. Pada mulanya ana bercadang untuk keluar sorang sahaja tapi tiba-tiba isteri ana pun nak ikut. Jadi kami bertiga termasuk Aereen turun ke pasar malam untuk mencari juadah makan malam.

Dalam perjalanan ke pasar malam ana dan isteri singgah sebentar di gerai durian untuk makan durian di situ. Berselera sekali Aereen makan durian. Setelah habis sebiji durian, kami teruskan perjalanan mencari juadah makan malam di pasar malam.

Memang ramai sekali manusia mengunjungi tapak pasar malam ini. Pelbagai bangsa dan pelbagai usia. Namun ana agak kecewa juga kerana agak sukar mencari makanan di sini walaupun banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan namun ianya dimasak/dijual oleh orang bukan islam. Dan ada ketikanya membuat ana bertambah keliru apabila ada beberapa gerai yang dimiliki oleh bukan islam, tukang masaknya bukan islam tetapi yang membungkusnya pula elok bertudung. Apakah ini satu strategi pamasaran? Alhamdulillah pencarian kami akhirnya berakhir juga bila terjumpa gerai yang menjual nasi ayam yang dipunyai oleh orang islam. Alhamdulillah ada juga makanan untuk makan malam. Setelah dapat apa yang nak dibeli kami kembali ke hotel. Anak ana, Aidil dan Zaquan telah pun tak sabar-sabar untuk makan.

Ketika mereka menikmati nasi ayam yang dibeli dari pasar malam, ana bersiap-siap untuk ke masjid. Ana sekadar mengenakan t-shirt putih lengan panjang dan kain pelikat sahaja. Rasa segan pula nak pakai jaket. Dalam hati ana berkata takkan sejuk sangat. Selepas merasa sedikit nasi ayam dari Aidil ana terus ke Masjid.

Majlis Ilmu
Alhamdulillah... percutian ana di Cameron Highland kali ni amat bermakna. Bukan sekadar dapat merehatkan badan dan fikiran serta lari dari kesibukan dan kepanasan cuaca di butterworth, tetapi percutian kali ini ana dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t dan dapat berada dalam majlis ilmu / ceramah Isu Murtad yang disampaikan oleh Ustaz Masridzi Mat Sat, pengerusi Perkid, Selangor.

Mukaddimahnya ustaz dalam nada yang agak kesal kerana kehadiran jemaah yang tidak berapa ramai, sekadar 1 saf lebih sahaja. Namun majlis tetap diteruskan dan pelbagai cerita dan pengalaman telah dikongsikan oleh Ustaz berhubung kes-kes murtad. Majlis yang bermula selepas solat maghrib, tidak menjemukan walaupun ianya berakhir sekitar jam 10.30 malam. Cuma ana rasa kurang selesa kerana kesejukan. Hampir menggigil ana bila sesekali angin sejuk menerpa masuk ke ruang masjid. Ana tetap gagahi untuk terus istiqamah hingga selesai majlis ini. Apabila selesai ceramah dan masa untuk solat isya, semasa ana bangun untuk mengambil wudhu, terasa segala sendi-sendi ana ketat... terasa keras semacam sahaja... selesai solat isya, ana kembali ke hotel.

Tiba di hotel, anak-anak semua dah lena. Ana ajak isteri ana untuk keluar ngeteh di bawah. Setelah berpusing cari kedai makanan islam akhirnya kami singgah di satu food court untuk sekadar menikmati kopi dan teh tarik... selesai minum kami balik untuk tidur...

selesai hari pertama yang penuh bermakna...

Hari kedua
Malam tadi ana tk cukup tidur kerana kesejukan... puas ana berselimut namun masih terasa sejuknya... Sebelum subuh sudah beberapa kali ana terjaga... Ketika inilah barulah terasa betapa nikmatnya cuaca di Butterworth, walaupun panas tetapi ana tetap tidur lena. Pukul 5.30, ana menung dalam bilik air memikirkan sama ada mahu mandi atau tidak? Akhirnya ana kuatkan semangat untuk mandi juga... Semasa ana bersipa-siap untuk ke masjid, azan subuh sudah kedengaran. Ana bergegas ke masjid... terasa nyaman dan segar udara di sini Alhamdulillah...

Selesai solat ana kembali ke hotel dan mengejutkan Aidil supaya solat subuh. Kesian ana tengok dia yang kesejukkan.

Susahnya nak bersarapan
Setelah semua dah siap, kami turun dari hotel dan check out. Destinasi pertama pagi ini adalah untuk bersarapan. Puas ana berpusing-pusing untuk mencari kedai/ gerai islam yang menjual roti canai sebab Aidil mahu makan roti canai. Akhirnya setelah puas melilau di sekitar Brinchang ana tak jumpa lalu kami ke Tanah Rata. Alhamdulillah... dengan izin Allah s.w.t di Tanah Rata ada satu gerai menjual roti canai milik orang islam. Kami singgah dan bersarapan di situ.

Selepas bersarapan kami terus ke Kea Farm untuk membeli sedikit sayuran dan sterusnya kami ke Butterfly Farm. Aidil asyik sebut-sebut mahu ke sini walaupun dia agak takut dengan serangga. Setelah puas di butterfly farm kami terus ke Boh Plantation di Sungai Palas.

Dengan jalan sempit terpaksa dilalui untuk sampai ke destinasi amat menyeronokan dihiasi dengan pemandangan yang cukup indah, satu nikmat kurniaan ilahi yang dapat dinikmati. Ana frust juga kat sini tak boleh nak ambil gambar banyak2 sebabnya bateri henpon ana dah nak habis.. jadinya sekadar boleh simpan dalam memori ana sahajalah...

selesai di boh plantation kami bertolak balik ke butterworth membawa bersama seribu kenangan. Selamat tinggal Cameron Highland... jumpa lagi InsyaAllah...

Wednesday, June 17, 2009

.:: Makin bercelaru::.

Dah lama ana tak menulis perihal politik semasa. Selama tidak menulis hal politik ana sentiasa berharap dan berdoa semoga suasana politik terutamanya dalam Pakatan bertambah baik. Apa yang ana harapkan selepas berakhirnya Muktamar ke 55 akan berakhirlah kemelut dalaman satu-satunya Parti Islam di negara ini. Kalau sebelum muktamar isu Erdogan dan Ulamak dimain-mainkan oleh media arus perdana. Cuma sesekali kedengaran juga bunyi-bunyi sumbang berkenaan kerajaan perpaduan di dondangkan. Namun selepas ana mendengar ceramah TGNA semasa kempen PRK Penanti bulan lalu ana yakin bahawa isu kerajaan perpaduan sudah selesai. Setelah beberapa kali TGNA bertegas bahawa PAS tidak berminat untuk duduk semeja dgn UMNO namun gendang kerajaan perpaduan masih kedengaran dan pukulannya semakin kuat hingga membingitkan telinga.

Semalam dengar khabarnya Timb. Presiden ada bertemu dengan UMNO berhubung dengan kerajaan perpaduan. Hari ini pulak S/Usaha Agong pulak dalam kenyataan medianya, Mustafa Ali mensyaratkan supaya PKR dan DAP hendaklah diterima oleh UMNO dalam perbincangan untuk Kerajaan Perpaduan. Ini adalah syarat baru, jelas beliau. Maksudnya, syarat lama ialah PAS dan UMNO sahaja. Bila dibangkang oleh akar-umbi PAS barulah letak syarat baru. Rujuk Sini dan sini.

Terbaru TGNA telah menggesa Timb. Presiden supaya mengundurkan diri jika mahu bekerjasama dengan UMNO. Sila Rujuk Di sini, di sini, di sini dan di sini juga.

*Miezanz: memang benarlah ujian semasa kita kalah dulu tidak sehebat semasa kita sudah mula menang sekarang ini... dulu kita semua istiqamah tapi kini apa cerita? Betullah kata Bang Mat Sabu semasa membahaskan ucapan dasar Tuan Presiden " Perkara yang mudah untuk disebut tapi susah nak buat adalah istiqamah" Kalau Saf kepimpinan dah mla bercelaru.... apalah nasib kita di akar umbi ini?

.::Petua untuk dimurahkan rezeki dan dijauhkan kesulitan::.

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.

Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.

Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.

Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Friday, June 12, 2009

.:: Haram Bersalam Lelaki-Perempuan::.

Perkara asas berkaitan hukum halal haram bagi umat Islam antaranya berjabat tangan dan bersentuhan yang sepatutnya semua rakyat mengetahuinya dan menganggap ianya sensitif pada umat Islam. 51 tahun Malaysia merdeka, pemerintahan negara yang dipimpin oleh Melayu Islam gagal dalam memberi penerangan kepada rakyat keseluruhannya bahawa bersentuhan dan berjabat tangan bagi bukan muhrim adalah haram.

Ianya menjadi kesulitan apabila bagi mereka yang menjaganya berhadapan dengan mereka yang tidak memahaminya lebih-lebih lagi melibatkan orang kenamaan,orang atasan dan majlis-majlis rasmi. Menjadi sesuatu yang janggal apabila kita tidak menyambut salamnya (bukan muhrim) tetapi jika menyambutnya kita berdosa.

Sepatutnya masalah ini tidak lagi timbul setelah 51 tahun kita merdeka lebih-lebih lagi Malaysia diperintah oleh orang Islam. Ianya tidak mungkin menjadi masalah kepada mereka yang bukan Islam jika diberi penerangan kerana atas nama menghormati agama lain lebih-lebih lagi ianya tidak merugikan mana-mana pihak.

APA DALIL BERSALAMAN LELAKI-WANITA ITU HARAM?
Kita dalam membicarakan hukum bersalam ini antara lelaki yang sudah dewasa dengan wanita bukan muhrim yang sudah dewasa bukan dan tidak membicara hukum bersalaman dengan wanita tua sesangat atau budak perempuan yang masih kecil. Perlu diberi perhatian.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatuna Aisyah mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah berkata: " Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'ah mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'ah kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Hadith di atas amat jelas menunjukkan bahawa Rasulullah tidak bersalaman dengan wanita bukan muhrim walaupun mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Rasulullah, rasulullah tidak menyambut mereka dengan bersalaman tetapi Rasulullah bersalam pula dengan lelaki iaitu para sahabat lelaki yang membai'ah baginda dengan cara bersalaman.

Dari ini membuktikan sunnah Rasulullah sekiranya berlaku pada kita wanita yang bukan muhrim menghulur tangan untuk bersalaman dengan kita atau lelaki bukan muhrim menghulur tangan kepada wanita itu bersalaman maka sunnah dan terbaiknya adalah kita TIDAK menyambut dengan bersalaman tetapi dengan memberi isyarat lain atau mengucapkan salam atau selamat kepadanya sahaja tanpa bersalam.

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata: "Maksud ucapan Rasulullah: "Benar-benar telah bai'ah kamu dengan ucapan." Adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan.

Dari Abdullah bin Amr bin al-Asr. berkata: "Rasulullah tidak pernah berjabat tangan tangan denganperempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)


Dalil kedua,

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan.”
(HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i)

Dari Ma’qil bin Yasaar katanya, “Rasulullah telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah menyentuh; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya.”

Rasulullah juga bersabda: “Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)” (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid).

Dalil-dalil di atas amat menunjukkan pengharaman bersalam lelaki dengan wanita yang bukan muhrim.


BENARKAH DISANA ADA DALIL MENGHARUSKAN PERSALAMAN LELAKI-PEREMPUAN?
Mereka yang beria-ia sangat mempertahankan hukum bersalaman lelaki-wanita sering mengunakan hujjah yang mereka sendiri palsukan. Mereka mempergunakan beberapa hadith yang menyebut nabi memberi salam kepada sahabiyah. Amat malang hadith tersebut terang-terang menunjukkan nabi memberi salam dan BUKAN BERSALAMAN dengan wanita. Ya, dalam islam diharuskan kita memberi salam kepada muslimah dan DIHARAMKAN kita bersalaman dengan wanita.

Hakikatnya tiada langsung dalil yang mengharuskan hukum bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah yang bukan muhrim ini bahkan Rasulullah sebagai ikutan kita tidak pernah melakukannya. Amat sedih golongan pengaku sebagai pengikut Sunnah tidak menghidupkan sunnah Nabi, Nabi tidak bersalaman dengan wanita bukan muhrim.

Amat sedih lagi mereka itu mengharamkan bersalaman antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita selepas solat berjemaah kononnya atas dasar bid'ah masuk neraka tetapi MENGHALALKAN pula persalaman antara wanita dengan lelaki dan lelaki dengan wanita. Ini membuktikan dakwaan mereka sebagai Salafi, Ittiba'us Sunnah dan lain2 lagi hakikatnya adalah tipu helah pengkhianat Sunnah sebenar!!!.


KALAU WANITA TU HULUR TANGAN DAHULU KITA BOLEH SAMBUT?
Jawapanya sudah pasti tidak boleh, haram hukumnya walaupun wanita ajnabiyah itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kita dihadapan khalayak ramai sekali pun, haram bagi wanita itu dan haram bagi lelaki menyambut tangannya untuk bersalam, samaada tanpa bersyahwat atau tidak, terselamat dari fitnah atau tidak ianya adalah tetap HARAM.

Soalan ku lontarkan kepada pemuka sunnah yang palsu. Nabi bersalaman (berjabat tangan) dengan perempuan yang bukan muhrim ke tidak?!

Ketahuilah bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan.” (HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i)

Mana laungan sunnah kamu semua?! kamu sanggup bertasamuh dan bertolak ansur dalam isu persalaman wanita-lelaki dan perkara lain yang sejalan dengan hawa nafsu kamu tetapi pada masa yang sama kamu kafirkan orang buat maulid dan menetapkan mereka ahli bid'ah masuk neraka!
Kamu marah orang berzikir nama Allah beramai-ramai pada masa yang sama kamu biarkan tarian bogel beramai-ramai dari kalangan 'anak'anak' kamu sendiri!
Kamu marah orang baca qunut selalu waktu yang sama kamu sendiri mengkafirkan umat islam selalu!
Kamu marah orang bertalqin tetapi kamu menyokong industri muzik haram dan bank riba!

Di mana amanah?! di mana laungan sunnah?!

Wallahi! dakwaan kamu kononnya bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah bukan muhrim ini harus merupakan kepalsuan yang tidak berdalil dan tidak berfakta!


NASIHAT
Berikan dan sampaikan salam, jawab salam, bersalamanlah diantara yang halal bukan yang haram. Sesungguhnya bersalaman lelaki dengan perempuan itu adalah haram...

Sumber: www.abu-syafiq.blogspot.com

Cara elak bersalam dengan bukan muhrim

1. Bila menerima sijil atau anugerah, penyampai anugerah itu bukan muhrim, dan dia menghulurkan tangan.

2. Bila kita melawat rumah orang, dan tuan rumah menghulurkan tangan.

3. Bila tetamu datang, dan dia menghulurkan tangan.

Dalam semua kes, kita menghadapi dilema apabila orang yang bukan muhrim menghulurkan tangan untuk berjabat. Kita mesti terfikir “alamak kenapa dia hulur ni”, dan kita perlu membuatsplit second keputusan samada mahu salam untuk menyenangkan hati dia, atau enggan salam untuk menjaga hubungan dengan Allah azza wa Jalla. Tetapi jangan kalau dia tak hulur, kita hulur pula!!

Ini adalah beberapa tips saya mahu kongsi bersama untuk mengelakkan kita berjabat tangan dengan bukan muhrim.

1. Apabila mendekati tetamu, letakkan tangan di belakang anda. Ini merupakan signal pertama bahawasanya kita tidak mahu bersalam.

2. Tetapi jika dia tetap hulur, kata kat dia “maaf tuan/puan, saya ada air sembahyang” (walaupun takde wudhu’, bantai je ckp, lebih baik tipu demi menjaga kesucian kita)

3. Selalunya dia kata “owh it’s ok”.

4. Tetapi jika dia tetap berdegil, kata kat dia “tak nak!!” (kpd sesiapa yang berani sahaja)

5. If not, kalau terdesak sangat, panjangkan lengan baju sampai menutupi tangan, dan salam lah.

Ini merupakan beberapa langkah untuk mengelakkan berjabat tangan secara BERHIKMAH. Tetapi kalau anda seorang yang sangat kuat imannya, boleh juga elak jabat+dakwah dia terus.

“Maaf tuan/puan, HARAM!”

Bergantunglah kepada keupayaan kita.

Semoga kita dapat mengaplikasikan cara ini demi ALLAH ta’ala.

Ukhwah fillah Abadan abada!


*miezanz: keterangan gambar: ROSMAH Mansor bersalaman dengan Lee Kuan Yew ketika menerima kunjungan hormat bekas Perdana Menteri Singapura tersebut di kediaman Perdana Menteri di Kuala Lumpur, kelmarin.

Sumber : Utusan Malaysia Online


Wednesday, June 10, 2009

.::Hijrah: Malek Noor boleh mengapa tidak kita?::.

Artikel ni ana sedut dari blog Wak Al-Banjari untuk dikongsi bersama sebagai ingatan dan pedoman untuk kita semua...

Artikel kali nie panjang sikit tapi kami mintak-mintak sangat anda baca. Memang tersentuh jiwa raga baca cerita Malek Noor dan kisah insaf dia. Patut lebih banyak selebriti-selebriti tampil dan ceritakan seperti apa yang Malek Noor cerita nie. Barulah boleh bagi role model sikit kat rakyat Malaysia. Baca artikel ini selengkapnya untuk ketahui kisah Malek Noor dan cerita insafnya.

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal. “Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

Zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

“enghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

Monday, June 8, 2009

.::11 tanda2 bahagia / sengsara::.

Bahagia dan sengsara ada petandanya.

Berikut ini adalah tanda bahagia dan sengsara dalam kehidupan kita.


Tanda-tanda Bahagia

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia (zuhud) dan senang kepada urusan akhirat

2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran

3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan

4. Sangat memelihara sholat lima waktu

5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak

6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik

7. Rendah diri

8. Bersifat dermawan yang ikhlas

9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain

10. Bermanfaat kepada orang lain

11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya


Tanda-tanda Sengsara

1. Rakus terhadap harta dunia

2. Kemahuan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelezatan dunia

3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)

4. Menganggap enteng sholat 5 waktu.

5. Bersahabat dengan orang-orang fasik

6. Buruk prilakunya

7. Sombong dan tinggi hati

8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain

9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman

10. Pengecut

11. Lupa terhadap mati


(Dipetik dari kitab Tanhibul Ghafilin)"

Thursday, June 4, 2009

.:: INDAHNYA BERBAIK SANGKA::.

“Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka).

Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Q.S Al-Hujuraat : 6

Manfaat Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologi yang menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

Ruginya Berburuk Sangka

Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya :
"
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
Q.S Al-Hujuraat : 12

Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah : "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi

Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda :
"
Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta". HR. Bukhari

Larangan Berburuk Sangka

Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih-benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.

Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan.
Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

Wednesday, June 3, 2009

.::memulakan solat setelah lama meninggalkannya::.

Dewasa ini tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.

Tapi ana percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.

Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.

Yang nyata, ana tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini.

Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.

Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Untuk mengingatkan diri ana sendiri dan para pembaca, izinkan ana berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.

Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.

Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.

Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).

Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.

Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.

Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline
boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.

Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.

Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.

Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.

Wallahu a’lam.