Monday, June 6, 2011
.:: I S T I Q A M A H ::.
Posted by miezanz at 10:48 AM 0 comments
Labels: photography, Still Life, tazkirah, tips dan nasihat
Sunday, May 15, 2011
.:: Hadapkan Wajah Pada Deen Hanif ::.
~surah Yunus: 105~
Posted by miezanz at 3:37 PM 0 comments
Labels: photography, tazkirah
Monday, December 27, 2010
.::Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!::.
Seperti biasa sewaktu memandu kenderaan ana kadang2 memasang siaran radio kegemaran saya. IKIM.FM. Apa yang dibacakan selepas pengumuman waktu solat asar itu betul-betul menarik perhatian saya. Jadi tidak salah rasanya untuk saya berkongsi dengan pembaca sekalian. Mungkin Tuan-Tuan terlebih dahulu mendengarinya dari saya, tetapi bagi saya bicara ini amat menusuk ke sanubari saya yang kelam ini. Bersama-sama lah kita menghayatinya..... Tulisan yang dikongsikan ini mungkin sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh kita sekaligus mendapat bonus di akhirat kelak.... InsyaAllah....
Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambut mu sebelum rambut mu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardu Kifayah
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujud mu yang telah luput?
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah diri mu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosa mu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal.... Bukan yang pergi!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia.....
memanggil mu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkat mu ke suatu mercu.....
Yang lebih agung dari malaikat!
Tapi gunakanlah ia buat melayari bahtera akhirat!
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan....
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
Posted by miezanz at 2:59 PM 1 comments
Labels: photography, tazkirah
Wednesday, August 4, 2010
.::Senjata Mukmin::.
- Jalan menuju kejayaan dan keselamatan.
- Tangga untuk menuju kehadrat Allah.
- Tuntutan dan amalan para solihin dan arifin (golongan ahli sufi).
- Senjata untuk mengalahkan pihak musuh.
- Harapan golongan tertindas.
- Pembantu ketika senang dan susah.
- Bahtera pelayaran bagi orang yang melaksanakan perintah Allah dengan sebenar-benarnya.
- Pendamping antara seorang hamba dan tuhannya.
- Sebaik-baik penawar dan peyembuh yang mujarab.
- Intipati amal ibadat yang memiliki seribu rahsia dan fadhilat yang tidak terhitung banyaknya. Malah kata Nabi saw “Doa itu adalah ibadat seluruhnya” (H.R Tirmizi)
- Bukti seorang hamba itu menyerahkan diri kepada Allah dan bermunajat hanya kepadaNya.
- Bagi mereka yang tidak mahu berdoa, al-Quran menyifatkan mereka sebagai golongan yang angkuh dan sombong. Ia menepati ayat 60 surah Ghafir (al-mukminin) yang bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepada Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang yanag menyombongkan diri dari berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
Posted by miezanz at 10:37 AM 0 comments
Wednesday, April 21, 2010
.::Solat: Tapi Masih Seronok Buat Maksiat::.
Untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan itu, mari kita senaraikan peringkat-peringkat orang yang ada hubung kait dengan perintah sembahyang yang agung yang merupakan ibu segala ibadah di dalam Islam. Dengan mengenal kategori atau golongan umat Islam yang ada hubung kait dengan sembahyang itu dengan sendirinya akan terjawab mengapa ibadah sembahyang tidak dapat membangunkan umat Islam menjadi satu bangsa yang kuat dan agung, insya-Allah. Di antaranya:
1. Sudah ramai di kalangan umat Islam yang sudah tidak bersembahyang bahkan ramai yang sudah tidak tahu bersembahyang. Golongan ini berdasarkan sebuah Hadis, mereka sudah menjadi kufur.
2. Ada di kalangan umat Islam mengerjakan ibadah sembahyang secara jahil. Bacaannya tidak betul. Mereka tidak kenal syarat rukun sembahyang, sah batalnya, cara-cara bersuci sebelum mengerjakan sembahyang. Maka golongan ini tertolak ibadahnya dan berada di dalam dosa dan derhaka.
3. Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang, faham tentang ilmu sembahyang tetapi oleh kerana tidak boleh melawan nafsu, godaan dunia atau tarikan dunia terlalu kuat, maka mereka mengerjakan sembahyang tidak istiqamah. Kadang-kadang sembahyang, kadang-kadang tidak. Waktu sempat buat, bila sibuk tidak buat. Bila ada mood, sembahyang. Bila tidak ada mood, meninggalkan sembahyang. Inilah golongan fasik.
4. Ada golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang, walaupun ilmunya tepat, tapi waktu mengerjakan sembahyang tidak khusyuk. Fikirannya tidak sepenuhnya dengan sembahyang atau terus-menerus mengingat perkara-perkara lain. Fikiran dan jiwanya selalu sahaja melayang-layang dan mengembara ke alam kehidupan sehari-hari. Macam-macam perkara terlintas di dalam sembahyang. Itulah golongan yang lalai.
5. Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang sentiasa tarik tali di antara mengingati bacaan sembahyang dengan tidak. Bila lalai dibetulkannya semula. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Ingat dengan lalai sentiasa silih berganti. Mereka tidak mahu begitu tapi terjadi juga. Golongan ini adalah golongan yang lemah. Golongan ini terpulanglah kepada Allah Taala. Moga-moga yang sedarnya dikira, yang tidak sedarnya tidak dikira.
6. Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang bertepatan dengan ilmunya kemudian dapat menyorot dan menumpukan bacaannya di setiap perkataan dan lafaz yang diucapkan. Oleh yang demikian fikirannya tidaklah melilau-lilau atau teringat-ingat perkara-perkara yang lain selain daripada perkara-perkara yang ada hubung kait dengan sembahyang tapi tidak pula dapat memahami setiap perkataan atau lafaz yang diucapkan. Inilah golongan awamul muslimin.
7. Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang selain ilmunya tepat dapat pula menyorot dan mengikuti makna-makna setiap perkataan atau lafaz yang diucapkan atau dibacanya di dalam sembahyang. Setiap bacaannya dapat difahami, oleh yang demikian mereka dapat membuat penumpuan di dalam sembahyang hingga tidak teringat lagi perkara di luar sembahyang. Inilah golongan orang-orang yang soleh.
8. Golongan ini sama seperti golongan yang ketujuh tadi, tapi kelebihannya mereka dapat menghayati dan menjiwai setiap makna atau pengertian yang dibaca pada setiap perkataan atau lafaz yang dibacanya. Dengan perkataan yang lain setiap perkataan yang dibacanya, yang difahaminya dapat difikirkan dan dijiwai oleh hatinya. Inilah golongan muqarrobin.
9. Golongan ini selain daripada dapat memahami setiap yang dibaca di dalam sembahyang, setiap yang dapat difahaminya itu dapat difikirkan dan dijiwainya sungguh-sungguh hingga asyik, tenggelam dan mabuk dengan Tuhan sama ada mabuk takut atau mabuk rindu hingga alam sekelilingnya dan dirinya tidak disedarinya lagi. Itulah golongan siddiqin.
Setelah kita mengkaji, menganalisa peringkat orang yang mengerjakan ibadah sembahyang atau yang ada hubung kait dengan sembahyang, bahawa sembahyang yang boleh membangunkan iman, kesedaran bertuhan, penguat jiwa, membersihkan diri lahir dan batin daripada kejahatan dan dosa, yang boleh melahirkan disiplin diri di dalam kehidupan, yang boleh membangunkan akhlak yang tinggi, yang boleh bersatu padu, berkasih sayang, yang dapat melahirkan perasaan kehambaan yang tinggi dan boleh melahirkan manusia yang agung ialah tiga golongan sahaja. Iaitu golongan yang ketujuh, kelapan dan kesembilan.
Golongan yang lain itu sebahagiannya tidak sah sembahyangnya, semakin lalai di dalam sembahyang dan sebahagiannya lagi pula walaupun sembahyangnya sah dan di dalam sembahyang tidak mengingatkan perkara yang lain, namun tidak faham tentang sembahyang terutama apa yang dibaca, jauh sekalilah untuk dihayati, sudah tentulah sembahyangnya tidak memberi kesan kepada peribadi masing-masing. Sembahyangnya tidak akan dapat mendidik mereka, sembahyangnya tidak akan menjadi benteng daripada maksiat dan kemungkaran, sembahyangnya tidak dapat meneguhkan iman dan seterusnya sembahyang tidak akan dapat melahirkan jiwa tauhid dan rasa bertuhan.
Golongan yang sembahyangnya tidak boleh mendidik dan mencegah daripada maksiat dan kemungkaran, ada keterangan di dalam kitab berdasarkan Hadis:
Ertinya:
“Barangsiapa sembahyangnya tidak dapat mencegahnya daripada maksiat dan kemungkaran, tiada bertambah apa-apa daripada Allah Taala melainkan jauh daripada Tuhan.”
Sembahyang yang di antara tujuannya ialah hendak mendekatkan seseorang hamba itu kepada Allah Taala tapi berlaku sebaliknya iaitu jauh daripada Allah Taala. Waliyazubillah.
Posted by miezanz at 9:09 AM 2 comments
Tuesday, March 30, 2010
.::Hamba dan Khalifah::.
Sebenarnya tidak ada apa-apa perbezaan pada segi tuntutan dalam dua ayat ini. Tinggal lagi ia berangkai dan kait-mengait. Dua ayat tersebut sebenarnya lazim melazimi atau lengkap-melengkapi. Pertama, Allah mahu manusia menguatkan hubungan denganNya. Menjadi hamba yang dekat denganNya dan sentiasa dalam keadaan beribadah. Itu tuntutan pertama. Tuntutan kedua itu pula adalah sebagai khalifah. Tuntutan kedua tidak boleh dilaksanakan jika tidak selesai tuntutan pertama. Tuntutan kedua tidak boleh dimulakan tanpa dimulai dengan tuntutan pertama.
Sebagai khalifah, manusia ini adalah wakil Tuhan. Wakil Tuhan kena benar-benar kenal dan cinta Tuhan. Kena benar-benar menghayati zat, sifat dan peranan Tuhan. Tanpa ini semua, mana mungkin manusia dapat menjadi wakil Tuhan. Mana mungkin manusia dapat tadbir manusia lain, juga harta benda dan khazanah bumi. Kalaulah diibaratkan kita ini duta atau wakil kepada seseorang, hubungan kita dengan orang itu kena mesra dan kuat. Kita kena selalu contact. Malah kena faham sifat dan tugas orang yang kita wakili sebelum kita benar-benar boleh berperanan sebagai wakil orang tersebut. Begitulah juga kita dengan Tuhan. Tidak mungkin kita boleh selesaikan tugas sebagai khalifah selagi kita tidak selesaikan tugas sebagai hamba Tuhan.
Oleh itu, tidak semudah yang disangka untuk menjadi khalifah. Malah, khalifah kenalah benar-benar berperanan sebagai hamba Tuhan. Barulah khalifah itu layak menjadi khalifah. Kalaulah perkara ini difahami semua, tak ramailah orang yang mahu berebut menjadi pemimpin. Mereka takut nak memimpin sebab merasa diri tidak layak. Mereka merasakan hubungan mereka sebagai hamba Tuhan belum selesai dan tidak sempurna. Mereka merasakan mereka belum benar-benar memahami Tuhan untuk jadi wakil Tuhan mentadbir kepunyaan Tuhan di muka bumi.
Posted by miezanz at 8:47 AM 0 comments
Friday, January 15, 2010
.::Gerhana::.

jawapan:
Bismillahi wal hamdulillah ,
Jumhur Ulama menetapkan bahawa Solat 2 Gerhana (Matahari dan Bulan) dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakat mempunyai 2 rukuk , 4 kali bacaan al-fatihah dan 4 kali bacaan surah.Ini jelas diterangkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina A’isyah r.ha :
فعن عائشة قالت، خسفت الشمس في حياة النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ فخرج رسول الله ـ صلى الله عليه و سلم ـ إلى المسجد فقام فكبر وصف الناس وراءه، فاقترأ قراءة طويلة، ثم كبر فركع ركوعًا طويلاً هو أدني من القراءة الأولى، ثم رفع رأسه فقال: سمع الله لمن حمده ربنا ولك الحمد، ثم قام فاقترأ قراءة طويلة هي أدني من القراءة الأولي، ثم كبر فركع ركوعًا هو أدني من الركوع الأول ثم قال: سمع الله لمن حمده، ربنا ولك الحمد، ثم سجد ثم فعل في الركعة الأخرى مثل ذلك حتى استكمل أربع ركعات (الركعة الأولى المقصود بها الركوع) وأربع سجدات وانجلت الشمس قبل أن ينصرف ثم قام فخطب الناس فأثني على الله بما هو أهله ثم قال: (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله ـ عز وجل ـ لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة) رواه البخاري ومسلم،
Dalam hadis di atas diceritakan bagaimana cara dan kaedah solat 2 Gerhana sebagaimana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah saw. Ringkasnya adalah seperti berikut :
1. Takbir
2. Membaca Al-Fatihah
3. Membaca Surah yang panjang
4. Rukuk dengan lama , tetapi tidak selama / panjang seperti bacaan surah yang pertama.
5. Bangun daripada rukuk dengan menyebut “Sami Allahu liman hamidah , Rabbana Lakal Hamd”
6. Membaca Al-Fatihah dan surah , tetapi lebih pendek sedikit daripada bacaan surah yang pertama tadi.
7. Rukuk dan I’tidal
8. Sujud dan duduk antara dua sujud.
9. Sujud dan bangun untuk ke rakaat yang kedua.
10. lakukan perkara yang sama seperti rakaat pertama dengan 2 kali bacaan Al-Fatihah , 2 kali bacaan surah serta 2 kali rukuk.
11. lakukan seperti solat biasa hingga selesai.
Sebelum bersurai , disunnahkan juga untuk memberikan khutbah pendek bagi menceritakan kekuasaan dan keagungan Allah swt dengan mengambil kira bahawa 2 gerhana itu adalah merupakan salah satu tanda-tanda kekuasaan-Nya.
Apa yang penting ialah Qiyam dan rukuk yang kedua pada setiap rakaat solat tersebut mestilah lebih pendek / sekejap daripada Qiyam dan rukuk yang pertama.
Posted by miezanz at 4:28 PM 0 comments
Tuesday, December 29, 2009
.::Sahabatku di ICU lagi::.
Keadaan beliau memang agak kritikal. Ana cuba minta beliau agar berehat namun nampaknya keadaan beliau makin teruk... setelah berbincang dengan kakak pengantin (seorang doktor) ana terus bawa beliau ke Hospital... Semasa perjalanan ke Hospital ana memang berdebar-debar dan sentiasa berdoa agar Allah S.W.T memudahkan perjalanan kami. Alhamdulillah setelah hampir semua "traffic ligth" ana redah sahaja akhirnya kami tiba di Hospital Sri Manjung dan beliau diberikan rawatan seterusnya ditahan di ICU.
Ana doakan agar sahabat ana tabah melalui kehidupan beliau dan percayalah ana akan sentiasa bersama beliau disaat beliau memerlukan...
Dari kejadian ini mengingatkan ana betapa kerdilnya kita di sisi Allah S.W.T. Musibah yang diberikan sebenarnya memberi peringatan kepada semua baik bagi yang ditimpa musibah mahupun orang disekelilingnya. Kejadian pada hari tersebut benar-benar mengajar ana bahawa kita ini adalah hamba yang kerdil. Segalanya boleh berlaku dengan ketentuanNya...
Musibah penyakit banyak hikmahnya. Apabila diuji dengan penyakit dan penderitaan, manusia sedar kekuatan dirinya tidak mampu bertahan selamanya. Manusia mudah lupa jika sentiasa sihat. Bahkan, Firaun mengaku dirinya tuhan antaranya disebabkan dia tidak pernah ditimpa penyakit.
Ujian menderita akibat penyakit memberi kesan psikologi yang mendalam kepada manusia, berbanding dengan ujian lain. Apabila menderita penyakit berbahaya atau rasa kesakitan teramat sangat, maka terlintas mengenai kematian.
Apabila Allah menurunkan ujian, secara langsung mengingatkan kita kepada kekuasaan-Nya. Dia berkuasa menentukan segala yang diinginkan terhadap hamba-Nya. Segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada setiap orang boleh ditarik pada bila-bila masa dengan pelbagai cara.
Musibah adalah peringatan bagi manusia muhasabah diri kerana ujian mendorong perasaan insaf dan memperbanyakkan istighfar supaya tidak terus dalam kelalaian duniawi.
Memohon keampunan Allah boleh menghalang perasaan angkuh dan sombong. Selama ini kita hanya melihat nasib orang lain, dan kini tiba masanya terjadi kepada diri sendiri.
Bertaubat adalah tindakan spontan biasanya dilakukan oleh mereka yang ditimpa musibah. Ia bertepatan dengan sebab Allah menurunkan musibah ke atas diri seseorang sebagai tanda peringatan.
Orang beriman berasa bersyukur dikenakan musibah sebagai ujian atau sebagai menghapuskan dosa yang dilakukan. Antara dosa dilakukan manusia, ada yang Allah hapuskan melalui pembalasan dalam bentuk musibah.
Oleh itu, orang beriman yang memahami konsep balasan dan ujian diturunkan melalui musibah berasakan dirinya sebagai bertuah. Kesakitan di dunia ini menjadi penyelamat daripada kepanasan api neraka pada hari akhirat kelak.
Ketika Rasulullah SAW mengunjungi sahabat sedang sakit, Baginda bersabda yang bermaksud: “Bergembiralah, kerana Allah berfirman: “Inilah neraka-Ku, Aku menganjurkan menimpa hamba-Ku yang mukmin di dunia, supaya dia jauh daripada neraka pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim).
Pengampunan dosa melalui musibah hanya jika kita menginsafi musibah itu, yakni menerima musibah dengan reda, sabar dan memohon keampunan kepada Allah. Allah suka mendengar pengharapan dan doa hamba-Nya.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami pernah menimpakan azab ke atas mereka, namun mereka tidak tunduk kepada Tuhan dan mereka juga tidak berdoa kepada Allah dengan merendah diri.” (Surah al-Mukminun, ayat 76)
Berdoa adalah ibadat dan jika apa yang didoakan tidak dimakbulkan di dunia, balasan kebaikan tetap diperoleh di akhirat atas apa yang dilakukan. Mungkin juga doa itu dimakbulkan dengan digantikan kebaikan lain.
Mereka yang berasa keluh resah dan mempertikaikan musibah yang menimpa dirinya, maka tidak ada apa kebaikan diraih. Mereka itulah hamba yang benar-benar rugi di dunia dan akhirat. Ujian yang sepatutnya menaikkan darjat di sisi Allah tidak diduduki dengan baik.
Firman Allah yang bermaksud: “Mereka yang ditimpa musibah mengucapkan: “Kita semua kepunyaan Allah dan kepada Allah kita akan kembali. Mereka itulah akan mendapat keberkatan sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan juga orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 156 dan 157)
Kisah Nabi Ayub yang tabah menghadapi ujian ditimpa sejenis penyakit kulit luar biasa patut menjadi renungan. Akibat penyakit itu, keadaan badannya amat menakutkan mata memandang dan orang lain tidak sanggup melihatnya. Seluruh ahli keluarga tidak mahu mendampinginya, kecuali isterinya.
Iblis tidak senang melihat sifat isteri Nabi Ayub yang setia, lantas menggoda supaya dia meninggalkan Nabi Ayub.
Nabi Ayub berdoa agar cita-cita iblis tidak berjaya dan Allah memperkenankan doa Nabi Ayub serta membalas kesabarannya dengan kejayaan.
Posted by miezanz at 9:18 AM 0 comments
Thursday, November 5, 2009
.::Ibadah Qurban::.
- Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala.
- Dari sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.
PENSYARI‘ATAN DAN HIKMAHNYA
Qurban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }
Maksudnya:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)
- Hikmah disyari‘atkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.
- Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.
-
- Qurban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir, Imam Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih qurban adalah lebih afdhal daripada bersedekah dengan nilai harganya.
HUKUM MELAKUKAN QURBAN
- Hukum melakukan qurban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.
- Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
(Riwayat Tirmizi)PEMBAHAGIAN IBADAH QURBAN
Terdapat dua jenis qurban iaitu qurban wajib dan qurban sunat.
- Qurban Wajib
- Contohnya apabila seseorang menyebut, “Kerana Allah wajib ke atasku berqurban seekor kambing atau seekor unta ini” ataupun dengan menyebut, “Aku jadikan kambing ini sebagai qurban”
Qurban Nazar.
Sama sahaja hukumnya dalam hal sama ada yang menyebutnya itu seorang yang kaya ataupun seorang fakir.
- Binatang yang dibelikan untuk tujuan qurban oleh seorang fakir. Apabila seorang fakir membeli seekor kambing dengan niat untuk diqurbankan, maka ia menjadi wajib. Ini kerana membeli dengan tujuan berqurban oleh seseorang yang tidak wajib melakukannya dikira wajib kerana perbuatan ini dikira sebagai satu nazar.
Qurban Sunat
Qurban sunat ialah qurban yang dilakukan oleh seseorang yang berkemampuan melakukannya sama ada miskin ataupun yang bermusafir, yang tidak berniat nazar atau membeli dengan tujuan qurban.
SYARAT-SYARAT QURBAN
Syarat qurban dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
- Syarat Wajib/Sunat Qurban.
- Syarat Sah Qurban.
- Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban.
Syarat Wajib/Sunat Qurban
1. Untuk dijadikan ibadah qurban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu melaksanakannya.
2. Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang qurban yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang di bawah tanggungannya untuk hari raya dan hari–hari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi melakukan qurban tersebut.
3. Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia hendaklah merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.
Syarat Sah Qurban
- Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.
- Hendaklah qurban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.
- Hendaklah disembelih oleh orang Islam.
- Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.
Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban
- Islam.
- Merdeka.
- Aqil Baligh.
- Bermukim atau Musafir.
- Berkemampuan.
WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN
- Waktu bagi menyembelih qurban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut. Ini berdasarkan hadis Nabi yang diriwayat oleh Al-Barra’ bin ‘Azib :
“Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan qurban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (qurban) ini sedikit pun.”
BINATANG QURBAN
Perbincangan tentang binatang qurban ini meliputi empat perkara :
- Jenis binatang yang diqurban.
- Umur binatang qurban.
- Kadar binatang yang disembelih.
- Sifat–sifat binatang qurban.
Para ulama’ sependapat bahawa ibadah qurban tidak sah kecuali dengan menggunakan binatang an‘am, iaitu binatang jinak yang berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau, kambing biri–biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Oleh itu, tidak sah berqurban dengan menggunakan binatang yang lain daripada binatang an‘am ini seperti kerbau liar dan kijang.
- Firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ اْلأَنْعَمِ }
Maksudnya:
“Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syari‘atkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”
(Surah Al-Hajj 22:34)- Tidak terdapat sebarang dalil sama ada yang dinaqalkan daripada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam atau sahabat yang menunjukkan mereka berqurban dengan binatang selain daripada binatang-binatang ternakan (an‘am) ini. Oleh kerana qurban merupakan satu ibadah yang dikaitkan dengan binatang, maka ia hanya ditentukan kepada binatang an‘am sahaja sama seperti ibadah zakat.
- Adapun binatang yang lebih afdhal diqurban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri-biri atau kibasy kemudian kambing. Ini memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin.
- Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam juga telah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke Jumaat) maka dia seolah-olah telah berqurban seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat kedua maka dia seolah-olahnya berqurban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada saat ketiga maka dia seolah-olah berqurban dengan seekor kibasy yang bertanduk.”
2. Umur Binatang Qurban
Umur binatang yang hendak diqurbankan berbeza-beza mengikut jenis binatang iaitu:
- Unta disyaratkan telah berumur lima tahun dan masuk ke umur enam tahun.
- Kambing dan lembu disyaratkan telah berumur dua tahun dan masuk ke umur tiga tahun.
- Kibasy disyaratkan telah memasuki umur dua tahun.
- Bagi anak unta, lembu, kambing dan kibasy yang telah berumur dua tahun lebih (yang telah bersalin gigi) harus dijadikan qurban.
Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau kibasy hanya mencukupi sebagai qurban untuk seorang sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi qurban bagi tujuh orang. Ini berdasarkan hadith Jabir:
“Kami berqurban bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam semasa di Hudaybiyah dengan seekor unta atau seekor lembu untuk tujuh orang.”
- Dalam riwayat Muslim pula menyebut :
“Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengurbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.”
4. Sifat–Sifat Binatang Qurban
Sifat–sifat binatang qurban sama ada betina atau jantan yang digariskan oleh syara‘ adalah seperti berikut:
- Terang penglihatannya iaitu tidak buta.
- Tidak cacat seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau sebagainya.
- Gemuk, tidak harus pada binatang yang terlalu kurus.
- Ciri-ciri yang afdhal terdapat pada binatang qurban itu:
- Gemuk pada keseluruhan anggotanya.
- Bertanduk.
- Putih warna bulunya (pada kibasy).
- Jantan.
Sifat yang makruh pada binatang qurban:
- Rabit telinganya.
- Terpotong sedikit bahagian belakang atau depan telinganya.
- Tidak mempunyai tanduk sejak asalnya.
- Patah tanduk sebelah atau keduanya atau pecah bahagian tanduknya.
- Tanggal sebahagian giginya disebabkan tua atau jatuh.
- Kabur penglihatannya.
PERKARA SUNAT KETIKA BERQURBAN
- Sunat menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.
- Digantung tanda pada binatang yang hendak diqurbankan.
- Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.
- Disunatkan juga orang yang berqurban menyembelihnya.
- Sunat dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih qurban.
- Sunat memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan qurban.
- Sunat digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.
- Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.
- Sunat bagi mereka yang mahu melakukan qurban tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai berqurban.
- Binatang qurban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.
- Sunat ketika sembelihan qurban dilakukan adalah seperti berikut:
- Membaca basmalah.
- Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.
- Binatang diarahkan ke arah qiblat.
- Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.
- Berdoa.
12. Orang yang berqurban hendaklah membaca doa seperti berikut :“Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.”
13. Sunat wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya seperti:
“Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu. Terimalah Ya Allah daripada si pulan, si pulan.....”
PERKARA MAKRUH KETIKA BERQURBAN
- Berlaku kasar kepada binatang yang hendak diqurbankan seperti mengheret atau memukul semasa membawa ke tempat sembelihan atau seumpamanya.
- Memerah susu atau menggunting bulu atau mengambil sebarang faedah dari binatang yang hendak dijadikan qurban.
- Tidak menghadapkan ke arah qiblat semasa sembelihan dilakukan
. - Bercukur atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan qurban selesai dijalankan.
- Binatang yang telah dibeli untuk tujuan qurban adalah makruh dijual kerana ia telah ditentukan untuk qurban.
HUKUM DAGING QURBAN
- Qurban yang wajib iaitu yang dinazarkan ataupun yang ditentukan sama ada dengan menyebut, “Ini adalah qurban”, maka orang yang berqurban tidak boleh memakannya. Dia wajib menyedekahkan semuanya sekali.
- Anak kepada binatang qurban yang ditentukan juga, perlu disembelih seperti ibunya, tetapi bezanya ia boleh dimakan kesemuanya oleh tuan yang mengurbankannya kerana disamakan dengan hukum susu, kerana tuannya harus meminum susu binatang qurban yang selebih daripada anaknya walaupun perbuatan itu makruh.
- Bagi qurban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang afdhalnya dia hendaklah memakannya beberapa suap sebagai mengambil berkat. Ini bersesuaian dengan firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ فَكُلُواْ مِنْهَا وَأَطْعِمُواْ الْبَآئِسَ الْفَقِيرَ }
Maksudnya:
“Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”
(Surah Al-Hajj, 22:28)- Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi pula ada menyebut bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memakan sebahagian daripada hati binatang qurbannya. Hukum memakan daging qurban pula tidak wajib, ini berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ وَالْبُدْنَ جَعَلْنَهَا لَكُم مِّن شَعَآئِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ }
Maksudnya:
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu.”
(Surah Al-Hajj, 22:36)Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa ia dijadikan untuk kita. Setiap perkara yang dijadikan untuk manusia, maka dia diberi pilihan sama ada mahu memakannya atau tidak.
- Orang yang berqurban juga boleh menjamu kepada kalangan yang kaya, tetapi tidak boleh diberi milik kepada mereka. Yang boleh cuma dihantar kepada mereka sebagai hadiah yang mana mereka tidak akan menjualnya atau sebagainya
. - Mengikut pendapat dalam qawl jadid, orang yang berqurban boleh memakan sebahagian daripada qurbannya. Mengikut qawl qadim pula harus memakan sebanyak separuh, manakala bakinya hendaklah disedekahkan.
- Sebahagian ulama’ berpendapat daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah, 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang berqurban.
- Pendapat yang asah pula, adalah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging qurban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir walaupun seorang. Walaubagaimanapun, yang lebih afdhal hendaklah disedekahkan kesemuanya kecuali memakannya beberapa suap untuk mengambil keberkatan seperti yang telah dijelaskan.
- Bagi qurban sunat pula, orang yang berqurban boleh sama ada bersedekah dengan kulit binatang tersebut atau menggunakan sendiri, seperti mana dia harus mengambil faedah daripada binatang itu semasa hidupnya. Tetapi bersedekah adalah lebih afdhal. Bagi qurban yang wajib pula, kulit binatang itu wajib disedekahkan.
- Qurban juga tidak harus dibawa keluar dari negeri asalnya sebagaimana yang ditetapkan dalam masalah membawa keluar zakat.
Posted by miezanz at 11:15 AM 0 comments
Labels: agama, tazkirah, tips dan nasihat
Wednesday, October 21, 2009
.::Hidayah: Penyakit Hati ~ Dengki::.
Daripada Abu Hurairah, Sunan Abu Dawud, Hadis no. 4257.
Posted by miezanz at 8:49 AM 0 comments
Labels: agama, tazkirah, tips dan nasihat
Friday, October 16, 2009
.::Syawal:Elak Sifat Dengki Dengan Ucapan Tahniah::.
Erti bagi suatu persahabat ialah beri saham simpati semasa kejayaan gembira dengan tahniah, dan semasa dukacita dengan ucapa takziah.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud " Apabila kamu sayang kepada seorang kawan, hendaklah kamu katakan padanya." Gunakan ungkapan kata yang indah supaya dia merasa hidup tidak keseorangan, mempunyai teman, sahabat dan ada kawan yang bersimpati dengannya.
Apabila kita membuat pengakuan kasih padanya, suatu masa apabila berlaku situasi suram maka kita tidak cepat bersengketa dengannya. Ini kerana perkataan kasih yang pernah diungkapkan dorong suburkan persahabatan.
Islam mengajar supaya menzahirkan kata kasih mesra kepada kawan, keran cara itu menambah erat dan hormat hubungan dengan orang lain.
Andai dia tahu kita sayang padanya, dia mestibersikap demikian juga terhadap kita. Sentialah kasih itu semakin bertambah antara kedua-dua pihak kian berlipat ganda.
Sesungguhnya kasih mesra ssesama orang mukmin adalah sangat dituntut oleh syarak dan disukai oleh agama, lantaran itu Nabi s.a.w mengajar kita dengan sabdanya yang bermaksud, " Bertukar-tukarlah hadiah antara kamu nescaya menyuburkan kasih sayang".
Sungguh jelas nasihat Nabi S.A.W, iaitu jika saling berhadiah akan menyuburkan kasih sayang, dengan sendiri akan menjauhkan daripada perbalahan dan perseteruan satu sama lain.
Posted by miezanz at 3:12 PM 0 comments
Labels: agama, tazkirah, tips dan nasihat
Friday, October 2, 2009
.::Syawal: Memambah Kuantiti Ibadah::.
Bahang sambutan ‘Idilfitri masih terasa. Dalam usaha meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, umat Islam sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi cuma enam hari sahaja, yang dikenali sebagai puasa enam.
Bagi mereka yang ingin memulakan puasa enam pada 2 Syawal 1426H secara berterusan, hari itu adalah ‘Hari Raya’ kedua bagi mereka, namun bagi yang belum memulakannya, masih belum terlewat melaksanakan amalan sunat itu selagi kita masih lagi berada di dalam bulan Syawal.
Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada bulan Syawal adalah untuk mendidik kesabaran insan, sekali gus tidak menjadikan Hari Raya sebagai tempoh untuk membalas dendam iaitu dengan mengambil pelbagai makanan lazat yang terhidang sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa.
Ia juga akan memberi kesempatan kepada tubuh badan kita untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. Justeru diutamakan puasa enam bermula pada 2 Syawal.
Namun begitu, puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari sepanjang bulan Syawal samada secara berterusan atau pun berselang seli. Namun, tiada hari yang paling afdhal untuk memulakan puasa sunat ini baik pada Hari Raya Kedua dan dilakukan pula secara berterusan sehingga hariraya ketujuh. Kerana dalam Islam melayan tetamu dan memenuhi jemputan adalah lebih aula...
Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadith daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith itu menjelaskan jika kita berpuasa pada Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam pada Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa, iaitu selama satu tahun.
Justeru, umat Islam perlu merebut peluang ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan menampal sebarang amalan yang berkurangan atau cacat dalam amalan fardhu.
Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada Ramadhan berkurangan atau pun cacat sedikit, maka puasa enam Syawal adalah sebagai penampal terhadap kekurangan atau kecacatan itu. Bagi wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, maka puasa enam memberi peluang yang baik kepada mereka untuk menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat. Ia juga dapat mengelakkan budaya atau sikap suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga Ramadhan hampir menjelang pada tahun akan datang.
Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang diperoleh umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakan puasa enam pada Syawal ini. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW, bersabda yang bermaksud: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 bulan sedangkan puasa enam hari (pada Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” – (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban)
Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Siapa berpuasa Ramadhan, lantas disambung dengan enam hari pada Syawal, maka dia bagaikan berpuasa selama setahun.” – (Hadith riwayat Al-Bazzar).
Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda, seperti disentuh dalam hadith.
Membiasakan puasa selepas Ramadhan memiliki banyak manfaat, di antaranya:
Puasa enam hari pada bulan Syawal adalah pelengkap dan penyempurnaan pahala daripada puasa setahun penuh;
Puasa Syawal dan Sya’aban bagaikan solat sunat rawatib, dan berfungsi sebagai penyempurnaan daripada sebarang kekurangan. Perkara ini kerana pada hari qiamat, perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunat.
Seperti keterangan Rasulullah SAW dalam beberapa riwayat, majoriti puasa fardhu yang dilakukan Muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan dan keadaan ini memerlukan sesuatu bagi menutup dan menyempurnakannya.
Membiasakan puasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan.
Segala amalan yang dikerjakan oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada Ramadhan tidak akan terputus dengan berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama dia masih hidup.
Posted by miezanz at 3:15 PM 0 comments
Wednesday, September 16, 2009
.::Ramadhan: Sudahkah Anda Menjelaskan Zakat Fitrah::.
Maka kita sebagai kaum muslimin dan muslimah yang mampu, diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah bagi dirinya sendiri dan bagi orang-orang yang menjadi tanggungannya.
Zakat ialah merupakan proses pembersihan diri dan satu cara untuk mendatangkan keberkatan kepada harta benda. Firman Allah SWT di dalam surah al-Taubah ayat : 103 yang bermaksud :
” Ambillah (sebagai) zakat dari sebahagian harta mereka (kerana) dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka.”
Kemudian Sabda Rasulullah SAW pula :
” Zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia, dan dari perkataan buruk dan sebagai pemberian makanan kepada orang miskin. Maka barangsiapa mengeluarkan sebelum solat aidilfitri (sembahyang hari raya puasa) maka ia adalah zakat yang makbul (diterima) dan barangsiapa yang mengeluarkan sesudah solat aidilfitri, maka ia merupakan sedekah seperti sedekah-sedekah yang lain.”
Puasa ramadhan seseorang itu akan tergantung antara langit dan bumi melainkan setelah menunaikan kewajipan zakat fitrah. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW :
” Puasa bulan ramadhan itu tergantung antara langit dan bumi dan tidak dapat diangkat melainkan dengan mengeluarkan zakat fitrah.”
Sesungguhnya zakat fitrah itu ada mempunyai sepuluh keistimewaannya. Antaranya ialah :
- Membersihkan diri daripada dosa-dosa
- Menyelamatkan diri daripada neraka dan siksaannya.
- Menjadikan puasa ramadhan itu diterima (makbul)
- Melayakkan diri untuk mendapat nikmat syurga.
- Keluar daripada kubur di dalam keadaan aman.
- Segala kebajikan ditahun itu diterima.
- Layak untuk mendapat syafaat Rasulullah SAW di hari kiamat.
- Dapat melalui ” Siratul Mustaqin ” seperti kilat.
- Diberatkan timbangan kebajikan dihari pembalasan nanti.
- Diselamatkan oleh Allah SWT namanya (pengeluar zakat fitrah) daripada senarai nama orang-orang yang mendapat kecelakaan.
Selain itu, perintah zakat fitrah itu mengandungi nilai-nilai hikmah kemanusiaan dan kemasyarakatan yang tinggi, antaranya ialah :
- Mengagihkan nikmat kesenangan, kemakmuran dan kekayaan itu kepada mereka yang kurang bernasib baik.
- Menanam perasaan bertanggungjawab, tolong-menolong dan bantu-membantu.
- Mengeratkan silatulrahim di antara mereka yang berada dengan mereka yang kurang bernasib baik.
- Mempamerkan konsep persaudaraan Islam yang sebenar.
- Menghilangkan jurang pemisah antara golongan yang berada dengan golongan yang kurang berada.
- Membuka jalan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan tidak berada untuk bersama-sama meraikan hari raya aidilfitri.
- Membuktikan kesyukuran seseorang itu kepada Allah SWT dan lain-lain lagi.
Justeru itu, zakat fitrah adalah satu kefarduan dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Ianya adalah salah satu daripada rukun Islam dan menjadi tanggungjawab tiap-tiap muslim menunaikannya dengan tidak mengharapkan apa-apa pembalasan dari yang menerima.
Adakah anda sudah menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah pada tahun ini ?
Posted by miezanz at 8:21 AM 0 comments
Friday, September 11, 2009
.::Ramadhan: Antara Babi dan Aurat::.
Apa yang menarik bagi ana dalam khutbah hari ini adalah bila beliau menyentuh soal aurat. Yang menarikinya beliau membandingkan aurat dengan babi. Katanya, babi hanya haram dimakan dan disentuh tetapi aurat bukan sekadar haram untuk disentuh tetapi haram juga bila melihatnya. Memang besar peranan dan tanggungjawab setiap individu muslim dan muslimat dalam hal menjaga / menutup aurat. kerana perumpaan yang dibawakan oleh al-Fadzil ustaz jelas menunjukan bahawa orang tidak menutup auratnya lebih hina dari babi...
Apa yang berlaku pada kita dan masyarakat sekeliling kita adalah meletakan babi ke satu kedudukan yang terlalu hina. Padahal kalau sekadar melihat babi dibawa di atas lori di jalanraya, atau melihat babi di Zoo, atau melihat babi yang siap di panggang di restoran cina tidak mendatangkan apa-apa kesalahan pada kita. Tambah teruk lagi, kita pastinya akan termuntah kalau ada dikalangan kawan kita yang bukan islam memakan babi di depan kita.
Sebaliknya kita dapat menerima kehadiran insan-insan yang kononnya mengaku Islam tetapi tidak menutup aurat. Kita boleh dengan tanpa rasa bersalah atau rasa berdosa berbual dengan mereka yang tidak menutup aurat seperti yang disyaratkan oleh syarak. Sepatutnya dalam kes ini kita sepatutnya memalingkan pandangan kita dari melihat insan-insan yang tidak menutup aurat ini kerana ianya haram untulk dilihat... Kalau melihatnya sudah dikira haram apatah lagi kepada individu yang membuka aurat tersebut?
Sama-sama kita renungkan... Semoga Ramadhan kali ini benar-benar mentarbiah diri kita agar kita dapat mencapai falsafah ibadah puasa kita iaitu melahirkan individu islam yang bertaqwa...
Posted by miezanz at 3:30 PM 0 comments
.::Ramadhan: Selamat memasuki fasa ke 3::.
Dalam kita mengharungi baki Ramadhan ini marilah kita muhasabah diri kita, melihat kembali kepada kualiti ibadah puasa kita. Apakah tahap atau standard puasa kita sama sahaja seperti tahun-tahun yang lepas, berlalunya Ramadhan tanpa meninggalkan apa-apa bekas atau apa-apa kesan pada jiwa kita. Jadi dengan baki Ramadhan yang tinggal 8-9 hari ini marilah kita meningkatkan kualiti puasa kita ke tahap semaksima mungkin kerana inilah peluang terbaik yang kita ada kerana Ramadhan tahun hadapan belum tentu milik kita... Mungkin Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir buat kita. Jadi pergunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin. Sama-sama kita meningkatkan kualiti puasa kita moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang bertaqwa, InsyaAllah.......
Dikesempatan ini juga ana memohon ampun dan maaf di atas segala segala ketelanjuran dan kelantangan ana menulis di blog ini. Dan ana juga mengucapkan Selamat Aidilfitri buat semua pengunjung blog ini... Maaf Zahir dan Batin..........
Posted by miezanz at 10:16 AM 0 comments
Tuesday, August 18, 2009
.::Ramadhan:Nilai Tambah Ibadah Puasa::.

Di samping kita menunaikan ibadah-ibadah khusus sepanjang bulan Ramadhan seperti berpuasa (menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa), menunaikan solat fardhu kita juga yang mana ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t sebanyak 70 kali ganda solat di luar Ramadhan. Manakala ibadah sunat pula diberi ganjaran seperti melakukan ibadah fardhu (wajib). Maka amatlah rugi sekiranya kita hanya sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa sahaja tanpa memberikan nilai tambah kepada ibadah puasa kita.
Antara perkara-perkara sunat yang disarankan oleh Al-Fadzil Ustaz Sharil Long adalah seperti berikut:
1. Memperbanyakan solat malam.
Bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w “Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi). Solat Sunat Tarawih juga merupakan sebahagian daripada ibadah solat malam dan disarankan agar kita tambahkan lagi dengan menunaikan solat sunat Tahajjud sebelum kita bersahur moga-moga kita mendapat rahmat dari Allah s.w.t.
2. Memperbanyakan Sedekah.
Bersedekah merupakan satu amalan yang amat-amat dituntut dalam Islam. Maka dalam bulan yanh penuh barakah dan penuh rahmat ini eloklah kita memperbanyakan bersedekah kerana ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t kepada kita amat besar sekali. Antara amalan yang sangat dituntut adalah memberi makan kepada orang yang berbuka puasa. Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmizi)
3.Menunaikan Solat Dhuha.
Solat dhuha merupakan antara solat sunat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).
“Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.
Justeru, sunah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah ini eloklah dijadikan amalan bertepatan dengan hadis yang bermaksud: Junjunganku tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan (13, 14 dan 15 haribulan daripada bulan Qamariah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan juga supaya aku mengerjakan solat Witir sebelum aku tidur.
Kelebihan
Setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Cuma usah pula hikmah dan fadilat ini yang diutamakan. Dibimbangi ia menjadi suatu tabiat di mana kita beramal lantaran hikmat semata-mata bukan lahir daripada rasa keinsafan diri.
“Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.
“Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.
4. Sentiasa Berwuduk
Kita juga disunatkan supaya sentiasa berada di dalam keadaan berwudhu bukan sahaja ketika hendak mengerjakan sembahyang tetapi juga di waktu-waktu lain kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaini wasallam sentiasa di dalam wudhu dan pernah bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa tidur dalam keadaan dirinya berwudhu dan dia mati pada malam itu, maka dia adalah syahid di sisi Allah Ta’ala."
5. Membaca Al-Quran
Oleh itu kita diingatkan agar jangan melupakan al-Quran yang dibaca (diingat atau dihafal) kerana nabi s.a.w pernah bersabda: "Seburuk-buruk orang di antara kamu ialah yang mengatakan,"Aku lupa ayat ini dan itu," tetapi sebenarnya dia melupakannya. Hafallah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu lebih cepat perginya dari dada kaum lelaki daripada unta (yang terikat)." (Syaikhan dan at-Tirmidzi). Rasulullah s.a.w juga telah bersabda: “Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu: "Adakah kamu al-Quran?" Lalu al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
Justeru itu marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah s.w.t dengan menambahkan pahala puasa kita InsyaAllah, dengan kita mencari malam Lailatul Qadr yang dijanjikan dengan kelebihan seribu bulan.
Posted by miezanz at 8:53 AM 0 comments
Labels: agama, tazkirah, tips dan nasihat
Wednesday, August 12, 2009
.::Ramadhan Kiam Hampir::.
Bulan yang penuh keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t. maka tidak hairanlah apabila hampir tibanya bulan Ramadan Rasul Allah s.a.w. dan para sahabat begitu gembira serta tidak sabar menanti ketibaannya. Mudah-mudahan kita juga bergembira dan teras rindu untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini.
Sebelum kita pergi lebih jauh marilah kita melihat apakah yang dikatakan puasa itu ? Puasa merupakan satu rukun daripada rukun Islam yang lima. Puasa bukan sahaja menahan diri daripada tidak makan dan minum disiang hari tatapi hendaklah menepati dan mematuhi segala syarat-syarat dan rukun-rukunnya termasuk perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa.
Puasa adalah suatu ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap muslim yang mukalaf dan tiada keuzuran syari', puasa dapat membentuk peribadi seseorang itu benar-benar bertakwa kepada Allah dan hidup dengan semangat yang tinggi bagi membela manusia terutama yang kurang bernasib baik dalam membentuk musyarakat dengan penuh sifat kasih sayang dan tolong menolong.
Puasa juga mampu membentuk musyarakat yang mulia dan diredhai Allah s.w.t. Puasa juga adalah merupakan satu pendidikan terhadap jiwa dan mampu mengangkat derjat orang yang mengerjakannya dengan kedudukan yang tinggi dan mulai di sisi Allah. Dengan berpuasa manusia dapat mempelajari satu hikmah iaitu bagaimana untuk memperbaiki sikap atau akhlak daripada sifat suka menurut hawa nafsu seperti hidup tertumpu kepada makan, minum dan memenuhkan perutnya sahaja kepada kehidupan yang sebenar yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.
Justeru, sebagai manusia kita begitu susah untuk memiliki sifat sabar dan kita sentiasa terdorong di bawah runtunan hawa nafsu. Maka, dengan berpuasa jika ia berjaya dilaksanakan ia mampu memupuk kesabaran dan memberikan kekuatan untuk melawan segala kehendak hawa nafsu, sekaligus ia akan mendidik manusia membiasakan diri dengan mengahadapi berbagai-bagai kesusahan serta teguh mengahadapi rintangan bagi menuju kepada kesempurnaan dan kemuliaan dalam kehidupan seharian, itulah hikmah yang tersembunyi di sebalik ibadah puasa.
Seorang yang menjalani ibadat puasa, apakah rahsia yang tersembunyi di dalam dirinya yang dapat menghalang ia daripada makan dan minum, kalaulah tidak kerana keimanannya kepada Allah ? Apakah benteng yang menghalangnya daripada melakukan maksiat, kalau tidak ada keimanannya kepada Allah? Justeru, keimanan seseorang muslim yang mendalam terhadap Allah itulah yang menjadikan dia patuh kepada segala perintah Allah, setiap yang disuruh dikerjakannya dan apa yang dilarang ditinggalkannya.
Begitu juga, seseorang akan segera bertaubat, menyesal dan kembali kepada Allah sekiranya melakukan sesuatu larangan yang ditegah oleh Allah. Lantaran itulah keimanan menjadikan kita penuh ikhlas dan suci hati mengerjakan ibadah puasa yang difardhukan.
Puasa juga membersihkan jiwa daripada terlampau mengejar dunia dan bermati-matian bertungkus lumus mencari keseronokan hidup. Dengan ini, perasaan cintakan kebendaan tidak berjaya mencengkam ke atas perjalanan hidup manusia sehingga terciptalah satu corak kehidupan yang dipenuhi dengan berbagai kelebihan dan keperibadian yang tinggi, pelbagai hikmat dan fadhilat dapat diperolehi dari berpuasa, antara fadhilat-fadhilat yang terdapat dalam ibadat puasa telah ditegaskan oleh Allah s.w.t. didalam surah al-Ankabut ayat 58 : yang bermaksud : " Dan orang-orang yang beriman serta beramal Soleh, kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh ". Dan Hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang berbunyi :
Maksudnya : " Solat lima waktu yang didirikan satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar " ( H.R. Muslim )
Dalam menjalani ibadah puasa, kita akan dapat merasai hikmah yang indah dan faedah yang besar seterusnya kita akan bersyukur kepada Allah yang memfardukan puasa ke atas kaum muslimim. Dengan kita mentaati segala syarat-syaratnya dan menunaikannya dengan sebaik-baik yang dikehendaki, akan jadilah kita seorang muslim yang bertakwa kepada Allah sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : " Puasa itu adalah perisai selama ia tidak dirosakkan dengan sebab berbohong atau mengumpat " . Dan dalam Hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda :
Bermaksud : " Bukanlah berpuasa itu menahan diri daripada makan dan minum sahaja, akan tatapi berpuasa itu juga menahan diri daripada berkata-kata dengan perkataan-perlataan yang kotor dan kata-kata kesat ".
Di sini jelaslah kepada kita bahawa puasa itu merupakan satu perisai yang akan melindungi dari kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri dari terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar, tolong menolong dan simpati di antara satu sama lain, puasa juga akan menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah.
Kebanyakan kita telah mengetahui bahawa mengikut ilmu Psikologi setiap orang yang dilahirkan ke alam dunia ini mempunyai beberapa kehendak dan naluri. Justeru, naluri-naluri tersebut perlukan kepada bimbingan dan didikan supaya ia menjadi subur dan berkembang mengikut kehendak yang ditetapkan oleh syariat Islam. Dalam perkara seperti ini langkah yang paling berkesan ialah dengan berpuasa. Dimana dengan berpuasa mengajar manusia supaya makan sekadar yang patut sahaja dan menahan nafsu dari segala keinginan yang bertentangan dengan syariat agama. Selain dari itu seseorang yang berpuasa boleh mencapai puasa yang istimewa dengan enam syarat. Maka sempena kita akan menyambut Ramadan beberapa hari lagi, marilah kita berazam melaksanakannya dengan persediaan berikut :
1. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah.Oleh yang demikian marilah kita meraikan bulan puasa yang mulia yang bakal tiba dengan penuh perasaan gembira dan marilah kita gunakan peluang keemasan yang diberi Allah untuk mengerjakan amal kebajikan dan menjauhkan segala amalan yang dimurkai Allah. Hanya orang yang berpuasa sahajalah akan meresap ke dalam jiwanya sifat-sifat yang luhur dan bersikap sederhana dalam segala tindak tanduk serta tidak melampaui batas. Orang yang berjaya dididik oleh puasa akan bertambah rajin dan berperibadi mulia, sehat, berdisiplin, cekap lagi beramanah, bertakwa kepada Allah suka berjuang untuk agama, masyarakat dan negara.
2. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.
3. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram, kerana Allah menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.
4. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.
5. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.
6. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.
Maksudnya : "( Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah ) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan antara yang benar dan salah. Olah itu, setiap yang diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. Dan sesiapa yang sakit atau musafir maka bolehkah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dengan ketetapan yang demikian itu Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadan dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuknya dan supaya kamu bersyukur ". ( Surah al-Baqarah ayat : 185 )
Sumber: al-banjari online 2009
Posted by miezanz at 2:42 PM 0 comments
Labels: agama, tazkirah, tips dan nasihat
.::Solat Malam: Bila Lagi???::.
Copy / Paste dari Blog : KEHIDUPAN RINGKAS TAPI SIGNIFIKAN
Sa

Bangunlah pada 1/3 malam yang tersisa. Marilah kita bersolat malam, solat hajat dengan penuh keikhlasan dan berterusan. Mohon keampunan Allah, agar Allah melindungi kita, isteri [suami], anak-anak, sanak saudara dan kaum muslimin dan muslimat.
Rasulullah [salawat dan salam kepada baginda, kaum keluarga dan sahabat handai] ada bersabda [hadis Qudsi] yang bermaksud:
“Tuhan kita turun ke langit dunia, ketika tinggal 1/3 yang akhir dari waktu malam, lalu menyeru:
Adakah siapa yang mahu berdoa supaya Aku mengabulkannya?
Adakah siapa yang mahu meminta supaya Aku memberi kepadanya?
Adakah siapa yang mahu meminta keampunan supaya Aku mengampuninya?”
Baginda [salawat dan salam kepada baginda, kaum keluarga dan sahabat handai] juga bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)
Di siang hari, marilah kita bersolat berjemaah di masjid, menghampiri Dia dengan cara yang bersungguh-sungguh, lalu kita sujud dan menginsafi dan mengakui tentang kekuasaan dan kehebatan Allah.
Bila lagi? Di kala Allah mengulangi peristiwa-peristiwa yang diceritakan di dalam Al-Quran, manusia masih lagi dengan sifat bongkak, riyak dan tidak menyedari yang Allah boleh menghentikan sesuatu wabak itu dengan sekali perintah sahaja.
Bila lagi? Untuk tidak berasa takut dan gentar dengan dugaan ini dengan meyakini tentang kehebatan dan kekuasaan Allah sebagai penolong dan pembantu yang kekal abadi. Bergeraklah ke arah Dia, semakin hampir kita denganNya, semakin dekat Dia menghampiri kita dengan nur kasih-sayangNya.
Bila lagi? Saya bertanya kepada diri sendiri!
Posted by miezanz at 8:24 AM 0 comments