CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, March 31, 2009

.::Jihad Ekonomi:Halalan Thoyyiba::.

Tahukah anda, 90% produk-produk bagi keperluan makanan adalah hasil buatan mereka yang bukan Muslim dan kebanyakan mereka adalah daripada kaum Cina. Walaupun di pasaran Malaysia sekarang, produk-produk yang dihasilkan mempunyai 'lesen' halal, namun perlu kita fahami bahawa sekiranya di sana adanya barangan yang sama yang dijual oleh orang Islam sendiri, adalah lebih 'afdhal' sekiranya kita sebagai ummat Islam membeli barangan Muslim.

Di Malaysia, kuasa membeli sebenarnya dikuasai oleh orang Islam sendiri iaitu sebanyak 60% berbanding lain-lainnya hanya sebanyak 40%. Seharusnya, orang-orang Islam sendiri berusaha untuk mnghasilkan dan menjual barangan Islam, seterusnya memenuhi tuntutan agama agar kandungan di dalam 'perut' kita nanti adalah daripada yang bukan sahaja Halal semata-mata bahkan yang Halal lagi baik (Halalan Thoyyiba).

Ayuhlah ummat Islam meninggikan syiar agama di setiap penjuru termasuklah dalam hal pemakanan. Ingat! Mencari yang Halal dan Baik adalah tanggungjawab kita semua sebagai Muslim.

Monday, March 30, 2009

.:: Berpolitik tidak kena mengena dengan akhirat? ::.

SOALAN: Ada pandangan mengatakan masalah berpolitik dalam mana-mana pertubuhan politik adalah masalah duniawi dan tidak ada kena mengena dengan akhirat. Perkara dunia habis di dunia, itulah realitinya. Oleh kerana itu tidak timbul soal parti politik mana harus diikut, mana yang harus ditolak, semuanya sama, apa pandangan Dato' - MOHD MUNIR, menerusi e-mel...

JAWAPAN: Tidak. Sama sekali tidak begitu. Islam adalah panduan hidup. Islam adalah cara hidup. Islam yang sebenar adalah yang tidak memisahkan di antara urusan dunia dan urusan akhirat.

Kedua-duanya berjalan serentak. Ianya bergandingan antara satu sama lain. Dunia adalah jambatan ke akhirat, apa yang anda lakukan di dunia ini, akan diambil kira di akhirat.

Itulah yang disebut dalam firman Allah (mafhumnya): "Maka sesiapa berbuat kebajikan meskipun seberat zarrah, nescaya akan diberi balasan di akhirat. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan, meskipun seberat timbangan zarrah, akan diberi balasan di akhirat." (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)

Ayat ini mengisyaratkan bahawa kerja-kerja manusia di dunia ini hanya ada dua jenis sahaja. Sama ada kerja baik atau kerja jahat.

Kerja politik pun demikian juga. Ada politik baik dan ada politik jahat.

Kerja politik adalah kerja besar dan berat. Guna dan kesannya juga amat besar.

Ada orang yang seluruh hidupnya dihabiskan dalam berpolitik, siang dan malam berpolitik. Maka rugilah dia jika Allah tidak mengambil kira perjuangan dan pengorbanannya itu, jika ia melakukan politik yang baik.

Dan, tidak adillah kepada Allah SWT jika dibiarkan orang yang melakukan politik jahat itu terus bermaharaja lela dan tidak dibalas di akhirat.

Kuasa politik adalah kuasa yang menentukan hala tuju negara. Rakyat akan terbawa ke dalam penghidupan yang diwarnakan orang politik yang diberi kuasa oleh rakyat.

Jika politik yang mementingkan parti dan kroni, maka untunglah yang mendapat habuan, manakala yang lain-lain akan menderita.

Jika politik yang jujur serta ikhlas, berjuang untuk mengajak manusia memartabat dan melaksanakan hukum Allah, melaksanakan perintah Allah sesuai dengan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi, maka akan untunglah insan yang akan mendapat ganjaran di akhirat.

Sekiranya politik itu zalim, yang berkuasa menindas rakyat dan mementing diri sendiri serta sanggup melakukan kezaliman, penindasan dan sebagainya, maka tentulah ada pembalasan di akhirat, atas perbuatan yang melanggar tatasusila dan undang-undang kemanusiaan yang wajib dipelihara.

Meskipun sudah ada penjelasan dalam media massa tentang Islam itu sebagai suatu cara hidup yang lengkap dan tidak berpisah antara urusan dunia dan akhirat, tiada pemisahan itu dalam Islam, namun kekeliruan masih ketara.

Saya cadangkan bagi mereka yang meragui tentang hakikat ini, merenung kembali kepada ikrar dalam solat kita hari-hari yang dibaca dalam doa iftitah (mafhumnya): "Sesungguhnya solatku, ibadatku, cara hidupku dan matiku, semuanya dilakukan untuk Allah, Tuhan sekelian alam."

Setiap kali solat kita membuat pengakuan mutlak bahawa seluruh hidup kita semuanya kerana Allah, tidak ada yang lain hanya semata-mata kerana Allah.

Berpolitiklah untuk Allah, bukan kerana dunia. Meskipun urusan di dunia, tetapi hendaklah kerana Allah. Berpolitik melalui jalan yang diredai Allah.

Jika anda terbabit dengan politik yang menentang hukum Allah atau politik yang hendak dicapai itu bukan untuk memartabatkan agama Allah, maka ianya berlawanan dengan sifat manusia yang dijadikan sebagai khalifah Allah.

Oleh yang demikian, anda akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang anda lakukan.

Penderhakaan terhadap Allah adalah suatu jenayah agama yang amat besar. Allah mengingatkan kita dengan perintah-Nya seperti firman-Nya (mafhumnya): "...Dan sesiapa yang menderhakai Allah, maka sesungguhnya dia berada dalam kesesatan yang amat nyata." (Surah al-Ahzab, ayat 36)

Jika sudah sesat maka Allah menyatakan lagi (mafhumnya): "...Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya disediakan di akhirat kelak neraka jahanam yang kekal mereka di dalamnya buat selama-lamanya." (Surah al-Jin, ayat 23)

Oleh kerana itu, berpolitiklah dengan politik yang betul, bukan main tangkap muat atau terikut-ikut atau terpengaruh dengan pujukan ahli-ahli politik yang tidak berpendirian.

Anda ada panduan yang boleh menentukan sendiri politik yang sebenar, mana yang memberi keuntungan dunia dan di akhirat, atau pun sekurang-kurangnya anda akan memperolehi keuntungan di akhirat jika anda berpolitik untuk memartabatkan Islam sebagai agama yang suci murni. Wallahu a'lam.

Sumber: HarakahDaily.net

Friday, March 27, 2009

.::Perangkap Laju di Bukit Gantang::.


Hari ini topik yang ingin diceritakan adalah tentang speed trap (perangkap had laju). Ana percaya ramai yang tidak tahu di kawasan Parlimen Bukit Gantang ini terdapat banyak perangkap had laju. Maklumlah penamaan calon dan hari pengundian pun makin hampir justeru, ana tidak menolak perangkap had laju ini akan dipasang oleh Polis lebih kerap seperti tatkala perayaan Hari Raya Aidil Fitri menjelma. Kapada para pengguna laluan di Parlimen Bukit Gantang berhati-hati lah dengan perangkap had laju ini:-

1) Betul2 di hadapan JPJ Taiping.. Waktunya seawal jam 8pagi hingga 4.30 ptg. Di sini kerap ada.


2) Selepas Klinik Changkat Jering hala jalan ke Kuala Kangsar betul-betul di hadapan masjid.


3) Bawah pokok manggis di hadapan kuari sebelum laksa buyung.

4) Di depan masjid Bukit Gantang.


5) Turun jambatan Highway hala ke Trong sebelum Sekolah agama Bt 8 hingga Kolam Air Panas.


Kepada para pengguna perangkap had laju ini sentiasa dipasang oleh polis namun tempatnya senantiasa berubah-ubah . Yang pasti kalau nampak kereta proton wira warna biru ditempat2 yang dinyatakan bermakna adalah perangkap tersebut.


Ingat ! had lajunya adalah 60 km sejam.

sumber:
ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Wednesday, March 25, 2009

.::Syafaat Nabi | pakaian dan cara hidup nabi::.

Syafaat Nabi secara mudahnya ialah “recommendation” dari Nabi Muhammad kepada umatnya di hari akhirat. Untuk mudah mendapatkan syafaatnya, amalkanlah sunnah-sunnah nabi, walaupun yang kecil-kecil.

Ikut cara pakaian nabi, akhlak nabi dan suruhannya.

  • Nabi bila solat tidak pernah memakai baju lengan pendek,
  • sentiasa tutup kepala dan
  • kain/seluarnya tidak lebih dari paras buku lali.
  • Nabi selalu berserban dan berjubah putih. Serban jenis yang dililit di kepala bukan seperti orang Arab pakai sekarang (yang seperti tudung perempuan).
  • Nabi makan di atas lantai, bukan di meja dan menjilat jari lepas makan.

Tuesday, March 24, 2009

.::Dari DUN ke Parlimen::.

Malam tadi terjawablah sudah teka-teki siapa yang akan bertanding di dalam PRK P59 Bukit Gantang. Malam tadi Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) mengumumkan calon PAS yang akan menentang calon dari BN Ismail Safian (boss ana masa ana kerja di MDK suatu ketika dahulu).

Ana agak terkilan kerana tidak dapat turut serta dalam kemeriahan malam tadi. Ana hanya mengikuti perkembangan hanya melalui SMS saja. Tak berbaloi rasanya ana nak ke Bukit Gantang semata-mata nak tau siapa calon kita. Bukan bermakna ana tak bersemangat cuma di sini ana ada kuliah maghrib rasa sayang juga nak tinggalkan.

Walaupun ana tak ke sana, dengan kemajuan teknologi dapat juga ana share kemeriahan malam tuh dengan anta semua...
Image Hosted by ImageShack.us

Majlis malam tadi diserikan dengan persembahan dikir Barat

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Antara pemimpim Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan

Image Hosted by ImageShack.us

TGHH menyampaikan ucapan seterusnya mengumumkan calon PRK P59

Image Hosted by ImageShack.us

Calon PAS diperkenalkan (walaupun semua orang dah kenal)

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Puluhan ribu para penyokong yang hadir memberi sokongan padu

.::KDN gantung akhbar PAS, PKR::.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Malaysiakini difahamkan surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5 petang semalam.

Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN itu dipetik.

Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas.

Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.

Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN.

Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000.


Monday, March 23, 2009

.::Berubah wajah::.

Maaf kepada semua pengunjung blok ini, ana sedang membuat sedikit perubahan ke atas layout blog ini. harap anta semua dapat bersabar...

.::KELEBIHAN MENGHADIRI MAJLIS ILMU ::.

Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin:

"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":
1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.

4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahamt ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.
5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.
7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.

photo by: miezanz @ majlis maulidurrasul, Masjid Jamek Kubang Boya 24 Rabiul Awal 1430.

Friday, March 20, 2009

.::21 Jump Street Kembali Beraksi::.

Semalam ana terima call dari sahabat lama dari KL. Dulu kami sama-sama bertugas dalam Cawangan Narkotik. Beliau kini bertugas di USK. Dia called bagi tau seorang lagi sahabat ana juga dulu dalam Narkotik akan ke Pulau Pinang untuk jumpa ana. Terkejut juga ana dari mana dia dapat no. telefon ana. Dulu kami bertiga memang rapat walaupun mereka bertugas di HQ dan aku di Penang tapi oleh kerana kami selalu disatukan dalam banyak tugasan menjadikan kami rapat.

Selepas selesai menjemput anak ana dari tusyen, ana terus jumpa sahabat ana di Butterworth. Dia minta tolong ana untuk bantu dia selesaikan siasatannya di Penang. Sekali lagi ana terkejut kerana dalam ramai-ramai di Penang ana yang diminta pertolongan. Teruja juga ana kerana masih ada lagi yang menghargai kemampuan ana yang tak seberapa.

Tugasan sahabat ana ni agak rumit kerana melibatkan kes 39(b) dan yang lebih merumitkan ianya melibatkan orang dalam yang satu ketika dulu agak rapat dengan ana. Pada mulanya serba salah juga ana untuk membantu sahabat ana ini, namun oleh kerana ianya kes 39(b) ana terima juga walaupun tanpa sebarang bayaran. Ana sememangnya bersemangat kalau ianya melibatkan kes 39(b) kerana ianya melibatkan soal nyawa insan lain.

Terima kasih kepada 2 orang sahabat ana yang menaruh kepercayaan kepada ana, walaupun ana bukan lagi bertugas di lapangan siasatan/operasi. Namun kerana sahabat dan juga minat ana tetap akan bantu sahabat ana menjayakannya... insyaAllah.

Thursday, March 19, 2009

.::Solat Berjamaah Satu Tuntutan::.


Solat berjemaah pada masa kini didalam masyarakat kita hanya dijadikan sebagai upacara sempenaan tertentu sahaja seperti ada majlis-majlis rasmi dan keramaian atau dijadikan acara mingguan dan tahunan sahaja seperti solat jumaat dan hari raya. Persoalaannya kenapa kebanyakkan dari kalangan kita orang Islam memandang remeh hal solat berjamaah serta beranggapan ianya tidak penting.

Kepentingan solat lima waktu sememangnya diketahui umum oleh kita semua umat Islam, sehingga ia diletakkan pada kedudukan kedua dalam rukun Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah dan disebut sebagai tiang agama.

Begitupun, keadaan umat Islam pada zaman ini yang sebahagiannya didapati sengaja mencuaikan perintah Allah ini, apatah lagi untuk menunaikannya secara berjemaah, adalah suatu hakikat yang amat menyedihkan hari ini.

Solat berjemaah pada masa kini didalam masyarakat kita hanya dijadikan sebagai upacara sempenaan tertentu sahaja seperti ada majlis-majlis rasmi dan keramaian atau dijadikan acara mingguan dan tahunan sahaja seperti solat jumaat dan hari raya. Persoalaannya kenapa kebanyakkan dari kalangan kita orang Islam memandang remeh hal solat berjamaah serta beranggapan ianya tidak penting. Sedangkan lambang kesatuan dan kekuatan umat Islam terletak didalam satu barisan bermula dari solat berjamaah. Firman Allah SWT dalam surah al-Shaff ayat 4 :

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela agamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.

Tanggapan bahawa solat berjemaah tidak penting adalah sangkaan yang salah dan bertentangan dengan perintah Allah SWT, sebagaimana firman Nya dalam surah al-Baqarah ayat 43 :

Maksudnya: dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang Yang rukuk.

Maksud suruhan rukuk bersama orang-orang yang rukuk dalam ayat di atas, ialah suruhan supaya solat-solat fardhu itu dilakukan secara berjamaah.

Dalam ayat lain menjelaskan bertapa dituntutnya solat berjemaah sekalipun pada masa peperangan kita dituntut melaksanakannya. Perkara ini boleh dilihat dalam surah an-Nisaa ayat 102 Firman Nya :

Maksudnya: dan apabila Engkau (Wahai Muhammad) berada Dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu Engkau mendirikan sembahyang Dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak Yang lain (yang kedua) Yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing.

Maksud dari ayat di atas dapat difahami bahawa Allah SWT menjelaskan kepada kita tuntutan dan cara melakukan solat fardhu berjamaah pada masa peperangan. Jika solat fardhu dalam masa peperangan dituntut supaya dilakukan secara berjamaah, maka tuntutan solat fardhu supaya dilakukan secara berjamaah dalam suasana aman damai adalah lebih dituntut dan diutamakan.

Tuntutan solat fardhu lima waktu secara berjemaah ini adalah sunnah Nabi SAW yang sewajibnya kita sambut dan ikuti bukan hanya menyambut hari kelahiran Baginda SAW setiap tahun sedangkan sunnahnya tidak disambut dan diikuti. Malangnya, apa yang diperintah dan dituntut oleh Rasul tidak diikuti dan diamalkan, malah apa yang tidak diperintah pula yang dilakukan. Inilah yang mengundang musibah dan bala daripada Allah terhadap umat-umat yang terdahulu.

Nabi SAW memberi ancaman yang keras terhadap kaum lelaki yang selalu meninggalkan solat berjemaah dengan sengaja tanpa uzur syarei, sebagaimana sabda baginda SAW dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah RA bermaksud:

“Seberat-berat solat ke atas golongan munafiq ialah solat `Isya’ dan solat Subuh. Jika mereka tahu kelebihan pada kedua-dua solat tersebut, tentu mereka akan menunaikannya (secara berjemaah) walaupun dengan cara merangkak (ke tempat solat).

Sesungguhnya aku berhasrat (disatu masa) memerintah (sahabat-sahabat) menunaikan solat (fardhu secara berjemaah) dengan memerintah seorang lelaki bersolat (menjadi imam) bersama-sama sahabat (yang hadir), kemudian aku akan keluar dengan sekumpulan lelaki bersama seberkas kayu api untuk mencari mereka yang tidak menunaikan solat fardhu (secara berjemaah) maka aku akan bakar rumah-rumah mereka.”

Bertapa penting dan besar kedudukan solat fardhu lima waktu secara berjemaah disisi Islam, sehinggakan ianya diberi kelebihan pahala dua puluh tujuh kali ganda bagi orang yang bersolat secara berjemaah daripada bersolat bersendirian, sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar ra bermaksud: “solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda pahala”

Marilah kita beramai-ramai menunaikan solat fardhu lima waktu secara berjemaah dimana sahaja kita berada, sama ada di pejabat, di pasaraya, di sekolah, taman rekreasi dan yang paling utama solat berjemaah ini dilakukan di masjid.

Solat berjemaah adalah lambang kekuatan dan keutuhan umat Islam serta cahaya keimanan mereka. Tanda kelemahan kesatuan umat Islam serta malap keimanan mereka adalah bilamana mereka meninggalkan solat secara berjemaah. Diantara perbezaan seorang muslim yang sejati dan munafik adalah pada solat mereka. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 142:

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). Apabila mereka hendak berdiri sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang sekali).

Tuesday, March 17, 2009

.::MP3: Tafsir Surah Ar-Rahman::.

Image Hosted by ImageShack.us

Koleksi Mp3 tafsir Surah Ar-Rahman seperti yang disiarkan di Radio IKIM.fm

berminat untuk download?

*Terima kasih kepada mymaktabaty.com

.::Kelebihan Berselawat::.

Pada suatu hari, Abul Laits As Samarqandi sedang dalam perjalanan bermusafir bersama-sama ayahnya. Tiba-tiba dengan takdir Allah, ayahnya jatuh sakit.Semakin hari sakit ayahnya semakin melarat sehingga meninggal dunia.

Tinggallah Abul Laits sendirian untuk meneruskan perjalanannya. Dia menunggu-nunggu jika muncul rombongan kafilah untuk meminta pertolongan menguruskan jenazah ayahnya itu. Ketika menunggu, dia terlihat jenazahayahnya bertukar menjadi hitam pekat. Dia tertanya-tanya mengapa wajah ayahnya berubah.

Abul Lait kemudian tertidur kerana terlalu keletihan. Ketikai tulah dia bermimpi seorang pemuda yang bercahaya wajahnya."Siapakah saudara?" Tanya Abul Laits."Saya ialah Muhamad bin Abdullah."Mengertilah Abul Laits yang hadir dalam mimpinya itualah Rasulullah SAW. Hatinya sungguh gembira."Ya Rasulullah, apakah maksud dan tujuan kedatangan tuan ini?" "Saya datang keranahendak menziarahi jenazah ayahandamu. "Setelah diizinkan, Rasulullah pun membukakain yang menutupi mayat ayah Abul Laits.Baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT. Ketika itu juga Abul Lait melihat wajah ayahnya yang gelap tadi telah bertukar menjadi bercahaya. "Wahai Rasulullah, apakah yang menyebabkan wajah ayahku menjadi hitam? "Ayahmu semasa hidup telah berbuat dosa dalam keadaan orang lain tidak mengetahuinya.Tetapi pada waktu malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur, dia telah bangun dan merintih kepada Allah. Dia mengadu kepada Allah akan hal dirinya yang sering berbuat dosa kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya.Ayahmu juga sentiasa basah lidahnya dengan berselawat untuk saya. Oleh sebab itu, pada hari kematiannya Allah memerintahkan saya untuk menziarahi mayatnya".

Begitulah kisah yang dapat dipaparkan buat kali ini. Manusia memang selalu berbuat kesalahan kerana tidak mampu melawan hawa nafsu.Namun begitu, apa yang penting ialah kesedaran dan keinsafan perlu sentiasa ada dalam diri kita. Kemudian kita bersungguh-sungguh mengadu dan memohon keampunant erhadap dosa-dosa yang dilakukan. Semoga dengan rahmat Allah yang maha luas itu, Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yangs entiasa bertaubat daripada dosa samalah seperti orang yang tiada dosa. Namun begitu, bertaubat hendaklah dengan sebenar-benarnya daripada hati yang tidak ingin lagi mengulangi dosa-dosa yang pernah dilakukan. Iktibar daripada kisah ini juga menunjukkan betapa besarnya fadilat berselawat. Terdapat banyak kelebihan berselawat antaranya Rasulullah SAW pernah bersabda: "Orangyang paling utama bagiku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat untukku. Barangsiapa yang membaca selawat 100 kali untukku pada hari Jumaat, kelak pada hari kiamat dia datang dengan wajah bersinar-sinar. Sekiranya sinar itu dibahagi-bahagikan kepada semua makhluk, nescaya mencukupi."

.::Join Tabligh???::.

Hang join tabligh ke sekarang? Itulah antara pertanyaan yang keluar dari mulut beberapa kawan di tempat baru ni. Terkejut juga ana dengan soalan yang ditanya. Ana cuba tanya semula dari mana cerita ini timbul. Jawab seorang kawan ana, "entahlah tapi ramai kata hang masuk tabligh". Ana hanya tersenyum. Jawab ana, "salahkah kalau ana join tabligh". Kata kawan ana mungkin ramai yang nampak ana selalu pakai jubah dan serban katanya. Ana tanya dia lagi, jadi kalau orang yang pakai jubah tu tablighlah?. Ana kata pada kawan ana, inilah sikap orang kita, bila nampak seorang yang dulu perangainya jauh dari Allah dan tiba-tiba jadi baik dan berjubah serta berserban dah dianggap masuk tabligh. Mudah sangat membuat andaian tanpa bertanya terus pada individu berkenaan.


Monday, March 16, 2009

.::Bakal Haji dan Solat Jenazah::.

Ketika pulang ke Bagan Serai hujung minggu lalu, ana telah dijemput untuk menunaikan solat jenazah di Masjid Negeri Bagan Serai. Solat jemaah dijadualkan akan dilaksnanakan pada pukul 11.00 pagi. Ana bersama jemaah dari Surau Ubudiah Taman Serai Jaya tiba di perkarangan Masjid Bagan Serai pada jam lebih kurang pukul 10.45 pagi. Ketika itu, masjid sedang dipenuhi oleh bakal Jemaah Haji yang sedang berkursus. Tak lama menunggu jenazah pun tiba di masjid dan terpaksa menunggu kerana kursus haji masih berlangsung. Sementara menunggu ana mengambil kesempatan untuk sama-sama mendengar syarahan yang disampaikan oleh penceramah kursus tersebut.

Kursus tamat tepat jam 11.00 pagi. Ana turut membantu membawa jenazah ke ruang solat untuk disolatkan. Dalam fikiran ana, alangkah bertuahnya jenazah ini kerana pastinya akan ramai akan menyempurnakan solat jenazah untuknya, maklumlah ramai bakal jemaah haji yang sedang berkursus. Sayang sekali apabila jenazah dibawa masuk dan apabila solat jenazah hendak dimulaka, hanya dalam 4 hingga 5 saf sahaja. Ini berlaku kerana kebanyakan peserta kursus Haji tidak turut serta dalam solat jenazah itu.

Hati kecil ana lalu berkata, mengapa ini terjadi? Bagi bersangka baik ana mengandaikan mereka masing-masing ada urusan lain, maklumlah sekarang musim kenduri kahwin. Tapi telahan hati ana silap, setelah selesai solat jenazah, ana keluar dan dapati masih ramai peserta kursus haji tadi masih belum pulang dan berlegar-legar di kawasan letak kereta. Mengapa insan yang menerima jemputan untuk ke tanah suci tidak mahu menunaikan ibadah fardhu kifayah? Adakah solat jenazah hanya kepada mereka yang menerima undangan sahaja? Memanglah ianya fardhu kifayah tetapi adalah lebih baik kalau peserta kursus tadi turut serta menunaikan solat jenazah yang cuma mengambil masa tidak sampai 5 minit... Alangkah ruginya kita kalau tak mahu mengambil peluang untuk mencari bekalan untuk akhirat...

Wallahualam....

.::Hari Pertama Di Tempat Baru::.

Hari ni ana kembali bertugas di Kompleks Pencegah Perai. Bezanyz kali ini bukan Bahagian Pencegahan tapi Cawangan Industri Pengecualian. Sambutan awal di sini nampaknya baik tapi tak tahulah... harap2 suasana sebegini akan berkekalan.

Selepas jumpa dengan Boss baru dia bagi aku tugas utk menyelia permohonan remisi, bunyi macam biasa jer sebab dulupun ana buat remisi jugak. Apa-apapun ana tak kisah..

Sunday, March 15, 2009

.::Masih Wujud Budaya Gotong-Royong::.

Malam tadi ana seperti biasa bila balik ke kampung isteri ana, ana akan solat berjemaah di surau Taman Serai Jaya.

Selesai solat isya, para jemaah dijemput untuk menghadiri mesyuarat bagi Majlis Kenduri di rumah Tn. Hj. Abdul Halim Saad. Apa yang ana mahu ceritakan di sini adalah berkenaan budaya kenduri secara gotong royong yang begitu popular di kalangan masyarakat melayu suatu etika dahulu. Walaupun dalam zaman yang serba sibuk ini dan rata-rata malis kenduri kahwin biasanya dibuat secara tempahan katering sahaja. Namun bila sekali sekala bila ada majlis kenduri kahwin yang dibuat secara gotong royong ini pastinya akan menggamit kenangan di zaman kita kanak-kanak dahulu.

Memang tidak dinafikan kebanyakan ibubapa pada zaman ini menggunakan khidmar katering kerana kerana kurangnya tenaga kerja bagi menjayakan majlis kenduri kahwin secara gotong royong. Kebanyak dikalangan kita semua sibuk dengan komitmen terhadap kerjaya membataskan penglibatan kita dalam majlis kenduri secara gotong royong. Tahniah kepada keluarga Tn. Hj. Abdul Halim Saad kerana masih mengekalkan budaya gotong royong dalam menjaya majlis perkahwinan anak mereka pada 21 Mac nanti.


Image Hosted by ImageShack.us
Hj. Abdul Halim Saad memulakan mesyauarat

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Para jemaah yang hadir

Image Hosted by ImageShack.us
Para hadirin dijamu dengan bihun goreng dan agar-agar

Image Hosted by ImageShack.us
Sebahagian hadirin yang sedang menjamu selera

Friday, March 13, 2009

.:: Anwar n Pak Lah @ Nurul Iman::.


Part 1



Part 2

.:: Hari Terakhir di BTSP::.

Jumaat, 13 Mac. Hari ini merupakan hari terakhir ana bertugas di BTSP (Bangunan Tuanku Syed Putra), Pulau Pinang. Memang pada mulanya ana rasa malas untuk ke pejabat pada awalnya tapi ana gagahkan juga kerana ana fikirkan ana belum lagi memohon maaf dari rakan-rakan sepejabat. Antara faktor yang mambuatkan ana rasa malas nak ke pejabat adalah kerana staff di pejabat ana buat jamuan untuk ana dan 2 lagi rakan ana yang turut bertukar. Sebenarnya ana malas nak tengok dan jumpa mereka yang hipokrit di pejabat tu.. tapi bila fikir pasal kawan-kawan yang lain ana gagahkan juga untuk ke pejabat.

Selama 2 tahun lebih ana bertugas di Bahagian Cukai Dalaman terlalu banyak pengalaman yang ditimba terutama mengenai sikap staff di pejabat yang bermuka-muka. Di depan kita betapa manisnya mulut tapi di belakang mereka tikam kita. Sememangnya ana tak pernah rasa seronok bertugas di sana walaupun ana cuba menyeronokan hati. Kini Alhamdulillah ana tak perlu lagi jumpa mereka yang hipokrit tu lagi...
Selamat tinggal Cukai Dalaman, selamat tinggal BTSP.

Kepada kawan2, seikhlas hati ana mohon ampun dan maaf seandainya sepanjang berada di Bahagian Cukai Dalaman ada ana membuat salah dan silap sama ada dalam sedar atau pun tanpa sedar. Kepada para jemaah di surau BTSP, juga ana mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan ana yang dilakukan dengan sengaja atau tidak. Terima kasih kerana sudi dan percaya pada ana untuk menjadi imam...

Selamat tinggal Bangunan Tuanku Syed Putra....

Wednesday, March 11, 2009

.::Jom Baca Al-Quran::.

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya. Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:"Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya".

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:"Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya".

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:"Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain".

Tempoh hari ana ada uploadkan flash untuk belajar tajwid bagi memudahkan kita membaca Al-quran dan hari ni ana uploadkan pulak Al-Quran tajwid untuk dijadikan amalan kita semua. Moga-moga kita dapat beramal dengannya InsyAllah...
(Kulit Al-Quran)

<<KLIK IMEJ UTK BESARKAN>>

DOWNLOAD???



Tuesday, March 10, 2009

.::Solat Dhuha - Murahkan rezeki, menolak kepapaan::.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.

Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya. Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah,dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya :

Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :

Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :

Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”

(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :

Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”

( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :

Ertinya : ” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:

Maksudnya : ” Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”

Wasalam

.::Berita Kematian::.

Sepanjang hujung minggu ini ana lalui pelbagai perkara suka dan duka. Antaranya berita kematian. Bermula pada pagi Sabtu ana terima SMS dari kawan ana di Bagan Serai mengkhabarkan kawan ana telah kembali ke rahmatullah. Ana tidaklah begitu rapat dgn allahyarham namun saling mengenali kerana ada masanya kami selalu bermain bola tampar bersama sekiranya ana pulang ke rumah mertua ana. Allah lebih menyanyangi arwah kerana arwah telah kembali menemui Allah pada Usia 40-an. Terkilan juga ana kerana tak sempat untuk ziarah serta menyembahyangkan jenazah arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Manakala pagi Ahad pula ana terima pula SMS dari abah ana beritahu Mak Long Amah telah meninggal. Persoalan pertama yang terlintas di kepala ana adalah siapakah Mak Long Amah? Lalu ana terus telefon abah untuk kepastian. Akhirnya barulah anan tahu bahawa Mak Long Amah adalah sepupu mak ana. Patutlah ana tak berapa kenal sebab ana memang kurang rapat dengan saudara-mara sebelah mak ana. Ana diberitahu oleh abah bahawa jenazah akan disembahyangkan pukul 11.00 pagi. Ana serba salah kerana pada jam 10.30 ana ada jemputan majlis tahlil dan marhaban sempena perkahwinan anak kawan ana di Taman Serai Jaya. Akhirnya ana ambil keputusan untuk pergi dahulu ke rumah arwah Mak Long Amah dan apabila selesai ana akan kembali ke rumah kawan ana.

Sepanjang dua hingga 3 minggu ini ana telah menerima perkhabaran tentang kematian insan-insan yang ana kenali. Minggu lalu semasa pulang ke rumah Abah, Abah beritahu Pakcik Kaq (Bakar b. Lat a.k.a Lebai Kaq). Abah juga beritahu bahawa Maklang Timah (bau-bau bacang dengan famili ana) sedang tenat. Pada tengahari Isnin lepas Abah SMS ana beritahu Maklang Timah juga telah kembali ke rahmatullah. Malangnya ana tidak dapat balik ke kampung kerana ada tugas yang perlu diselesaikan...

Semua ini menyedarkan dan mengingatkan kita semua bahawa semakin hari kita semakin menghampiri saat kematian. Adakah kita sudah bersedia? Apakah bekalan kita sudah cukup bagi kita menemui-Nya? Kepada rakan-rakan, kawan-kawan, sahabat marilah kita menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Isikan waktu yang terluang dengan mengingati-Nya.

Friday, March 6, 2009

.::Teruja::.

Malam tadi bertempat di Dewan Seminar Masjid Seberang Jaya ana dapat menghadiri ceramah yang disampaikan oleh insan yang begitu istimewa, penulis buku Travelog haji dan Travelog Dakwah iaitu Profesor Dr. Hj. Muhd Kamil b. Hj. Ibrahim.

Dalam keadaan yang bergegas kerana terpaksa menghantar anak ke tusyen di rumah gurunya di Bukit Minyak sebelum berpatah balik ke Seberang Jaya. Perjalanan yang tidak begitu jauh jaraknya terasa begitu jauh kerana hati tak sabar untuk mendengar ceramah dari beliau.

Setibanya di Masjid Seberang Jaya ana terus meninjau-ninjau di mana ceramah diadakan. Akhirnya ana terpandang ke Sebuah Pintu yang erbuka dan ana dapati Prof sedang berceramah. Tanpa dipelawa ana terus masuk Alhamdulillah masih ada ruang kosong dan dan ana mencari posisi yang sesuai supaya ana dapat melihat penceramah dengan jelas.

Walaupun isi kandungan ceramah hanya berkisar pengalaman prof ketika menunaikan ibadat haji seperti yang terkandung dalam buku karangan beliau "Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman" namun hati saya tetap tersentuh dan air mata tetap bergenang dikelopak mata sama seperti ketika membaca buku tersebut.

Azan Isya berkemundang dan ceramah behenti seketika bagi memberi ruang kepada hadirin untuk solat. Ana berharap agar ada kesempatan untuk bertemu dengan Prof namun tak kesampaian kerana Prof telah menjamakan solatnya (maklumlah berstatus musafir). Selesai solat Isya ana kembali ke Dewan Seminar bagi meneruskan mendengar ceramah.

Kali ini hati ana agak gusar kerana memikirkan sempatkah ana habiskan mendengar ceramah kerana ana perlu menjemput anak sulong ana balik dari tusyen. 

Walaupun setiap penceritaan yang disampaikan ana telah mengetahui melalui buku "Travelog Haji", namun ana tetap terasa sayu dan merasakan betapa kerdilnya diri ini.

Seperti yang ana risaukan memang ana tak berkesempatan untuk bersemuka dengan Prof kerana anak terpaksa meninggal ceramah beliau yang belum habis bagi menjemput anak ana balik dari tusyen.

Dalam perjalanan balik ana pusing sekali lagi depan Masjid eSberang Jaya dengan harapan program belum tamat namun harapan tinggal harapan, kelihatan orang ramai telah mula keluar meninggalkan erkarangan masjid. Dalam rasa kecewa kerana tak semapt bertemu Prof, ana terus telefon Prof. Seperti biasa Prof tak menjawab panggilan ana tapi ana yakin Prof akan telefon saya kembali. Seperti yang dijangkakan, Prof telah hubungi ana. Perasaan teruja tak dapat digambarkan dan ana sempat berbual dengan Prof. Semoga di kesempatan lain ana dapat pula bersemuka dengan Prof. 

Ana doakan semoga Prof sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah s.w.t dan Allah s.w.t mempermudahkan urusan dakwah yang Prof lakukan... 

Thursday, March 5, 2009

.::Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah::.

Isu dalam artikel ini telah ditulis oleh Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin setahun yang lalu. Dicadangkan untuk pembacaan.

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.

Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?

Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.

Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.

Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia,

Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).

Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian,

Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.

Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.

Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.

Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).

Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.

Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!

Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.

Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.

Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.

Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3).

Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.

Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.

Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?

Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.

Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.

Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.

Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.

Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

.::Travelog Dakwah Meniti Hari Esok::.

TDMHE mengupas hampir kesemua persoalan itu, berdasarkan pengalaman peribadi seorang hamba Allah bernama Prof. Dr. Haji uhd Kamil Ibrahim. Sebagaimana bukunya yang terdahulu, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, buku ini juga mengundang pelbagai perasaan. Penulisan yang disertai dengan roh dan keinsafan serta ketakutan (takut dikatakan riyak, sombong dan angkuh) benar-benar menyentuh perasaan bagi sesiapa yang melihat dengan mata hati. -Norhayati binti Ramlee, Wartawan MIDI.

Aturan ayat dan frasa kata yang mudah, tetapi menyentuh dan terkesan adalah jalinan cerita persis teguran sayang dan ajakan kasih kepada pembaca yang betul-betul tulus berfikir dan mengambil iktibar.
-Che Zuina Ismail,
Ketua Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam,
Universiti Teknologi MARA, Johor.

Penceritaan bersahaja yang disampaikan secara tidak langsung mencabar minda kita supaya bersama-sama menyumbang dalam usaha meneguhkan lagi kefahaman berhubung Islam di mana juga kita berada.
-Imran Abdullah,
Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO,
Paris, Perancis.

Sebelum ini ana sudah membaca buku karya Prof. Kamil Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman. Sedikit sebanyak berjaya mengubah diri ana kearah yang lebih positif. Minggu lalu ana ada mendengar mengenai buku ini melalui radio IKIM dan agak mengecewakan apabila dikhabarkan buku ini sudah sold out. Lalu ana terus menghubungi Prof. Kamil bertanyakan tentang buku TDMHE. Alhamdulillah Prof Kamil kata beliau cuba untuk dapatkan buku tersebut untuk saya dan minta saya SMSkan alamat kepada beliau.

Selasa, 3 Mac, setelah pulang dari kerja ana terkejut apabila ana nampak ada sampul besar dalam post box ana. Tanpa tunggu lagi ana terus buka sampul tersebut dan di dalamnya... buku yang ana impikan kini dalam tangan ana. Ana amat teruja dan terus menelefon Prof. Kamil ucapkan terima kasih.

Kepada teman2 dan sahabat ana mencadangkan anda semua dapatkan buku ini kerana ianya memang cukup menarik dan menyentuh jiwa. Ana dah dapat buku nih direct dari penulisnya sendiri.

Terima kasih Prof. Kamil kerana sudi menghantar buku ini terus kepada saya bersama autograf sekali...

InsyaAllah selepas solat maghrib ana akan menghadiri ceramah yang akan disampaikan oleh Prof. Kamil di Masjid Seberang Jaya.

Tuesday, March 3, 2009

.::Rentetan Peristiwa Bersejarah 3 Mac 09::.

Orang ramai kelihatan berkumpul untuk memberi sokongan kepada PR


FRU bersiap sedia untuk bertindak.Aduhaii..


ADUN PR hendak memasuk SUK tetapi dihalang oleh FRU dan Polis.


YAB MB dengan wajah tenang walaupun ujian besar yang melanda.ALLAH bersama-sama orang yang sabar.


Sidang DUN berlangsung mengundang sejarah.Speaker Dewan, YB V.Sivakumar memulakan sidang DUN walaupun berdiri.Syabas!


ADUN Canning menyampaikan usul.


ADUN Teja membentangkan usul sambil berdiri


SETUJU!walaupun sidang DUN dibawah pokok, namun perjalanan sidang tetap lancar.TAHNIAH!


Senyum kepuasan setelah selesai sidang akhbar

sumber: ADUN TITI SERONG:
http://aduntitiserong.blogspot.com/

Monday, March 2, 2009

.::Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal::.

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

.::Satu Penghargaan::.

Lain macam sahaja tajuk kali ini. Perhargaan yang ana maksudkan adalah satu perhargaan yang mungkin pada sesetengah insan lain biasa sahaja tapi bagi diri ana, ianya cukup besar sekali. Tentu anda semua tertanya-tanya apakah bentuk penghargaan yang ana terima?

Sebenarnya minggu lalu selepas selesai solat isya, seperti biasa ana tidak terus pulang ke rumah tapi berehat sebentar sambil berbual dengan beberapa jemaah. Kebetulan pada malam itu ada dua orang imam turut sama berbual. Topik malam itu berkisar mengenai "Pak Ya" (imam). Beliau akan berpindah ke Padang Serai apabila rumah yng dibelinya di sana siap kelak. Beliaun mencadangkan agar pihak jawatankuasa segera mencari mencari pengganti beliau agar tidak timbul masalah kemudian. Dalam perbualan tersebut tiba-tiba sahaja nama ana disebut. Terkejut juga ana, maklumlah siapalah ana jika hendak dibandingkan dengan jemaah yang lain. Mereka bersungguh-sungguh melobi ana... ana hanya tersenyum dan menjawab belum sedia lagi...