CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, April 1, 2009

.::Syarat-syarat pemimpin menurut islam::.

Sebelum meneruskan pembicaraan di sini, mari kita buka minda seluas-luasnya dan ingat bahawa kita adalah seorang Muslim yang mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH. Ketepikan dahulu soal parti mana yang kita sokong. Kosongkan jiwa anda dari mana-mana pengaruh.

Baiklah. Sekarang kita sebagai seorang Muslim yang belum menyertai mana-mana parti. Apa yang ada di hadapan kita sekarang ialah Al-Qur'an dan Hadis. Kita ambil terjemahan ayat Qur'an dari Surah Al-Baqarah (2) : ayat 208 ;"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."Dalam ayat ini Allah memerintahkan kita agar menjadi seorang Islam yang tulen.

Bahasa mudahnya seluruh hidup hanya berpandukan Al-Qur'an dan Hadis. Amal 'ibadah, makan-minum, pakaian, pekerjaan, jodoh, rumahtangga, pergaulan, hubungan dengan masyarakat, ekonomi, politik dan segala-galanya mesti menuruti apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan yang diajar oleh Rasulullah. Termasuklah soal memilih pemimpin (khalifah) ini.Kita mesti ingat, setelah kewafatan Rasulullah, perkara pertama yang dibuat oleh para sahabat adalah berbincang tentang siapa yang akan dilantik menjadi Khalifah pertama bagi memimpin negara pada ketika itu. Ringkasnya, seluruh sahabat sepakat melantik Saiyidina Abu Bakar. Sebenarnya para sahabat menyedari bahawa sebelum kewafatan Rasulullah, Baginda telah memberi isyarat dengan meminta Abu Bakar menjadi Imam solat berjamaah pada hari kewafatannya.

Setelah semuanya sepakat memilih Abu Bakar, barulah jenazah Rasulullah diuruskan.Di sini jelas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya soal pilih pemimpin.Seterusnya dalam Al-Baqarah (2) : ayat 30 ;"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di mukabumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."Apa tanggungjawab Khalifah ?Dalam ayat 30 ini, Ulama' tafsir menjelaskan tanggungjawab Khalifah ialah seseorang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengatur kehidupan manusia di mukabumi ini dengan berdasarkan Wahi (Wahyu) dan syari'at Allah supaya kehidupan manusia itu teratur dan mempunyai tujuan-tujuan hidup yang suci murni untuk mencapai keredhaan Allah. (Sila Rujuk Tafsir Pimpinan Ar-Rahman)Para Ulama' Muktabar pula menyebut tanggungjawab Khalifah (pemimpin) ini ialah menegakkan agama dan mentadbir (siasah) dunia dengannya (agama).

Apa pula maksud 'agama' dalam ayat "mentadbir dunia dengan agama" ini.Rasulullah SAW menjelaskan maksud AGAMA ialah ;"Undang-undang dan cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas makhluk."Baiklah. Pemimpin yang bagaimana kita wajib pilih ?Allah telah memberi garis panduan yang jelas kepada kita semua tentang ciri-ciri pemimpin yang wajib kita pilih dalam Surah As-Sajdah (32) : ayat 24 ;"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami."Mengapa Allah perintahkan Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah ?

Rasulullah berhijrah ke Madinah kerana mahu tegakkan dahulu Negara Islam di sana. Di Mekah pada waktu itu belum boleh ditegakkan Negara Islam sebab penentangan masih terlalu kuat daripada kalangan puak musyrikin Mekah yang diketuai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab.Sudah jelas kepada kita semua bahawa Politik (siasah syar'iah) itu ada di dalam Islam. Rasulullah SAW sendiri adalah seorang Perdana Menteri bagi Negara Islam Madinah. Baginda juga seorang ahli politik yang cekap dan bijaksana.Jika ada di kalangan individu Muslim yang mengatakan bahawa Rasulullah tidak pernah berpolitik, saya nasihatkan agar individu tersebut mendapatkan 'rawatan segera' sebelum terlambat.

Apa hukumnya bagi seseorang mengatakan "politik suku dan agama suku" ?Fatwa seorang Ulama' Masyhur, Syeikh Mustafa Sabri (1869 - 1954) yang hidup di zaman Pemerintahan Islam Khalifah Uthmaniyyah menyebut :"Jalan paling mudah untuk menjadi KAFIR apabila memisahkan agama dengan politik."Apakah kriteria pemimpin yang wajib kita ta'ati ?Dalam Al-Qur'an, Allah jelaskan dalam Surah An-Nisaa' (4) : ayat 59 ;"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya."

Apa maksud "Ulil-Amri" ? Maksudnya pemimpin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Mentadbir dan memerintah negara dengan berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah. Melaksanakan Hukum dan Undang-Undang Allah. Malangnya hari ini ramai umat Islam dalam negara tidak berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah dalam soal pilih pemimpin. Masalah ini berlaku ekoran daripada majoriti umat Islam masih berpegang kepada satu fahaman yang mengatakan agama lain, politik lain. Inilah fenomena yang amat membimbangkan kita kerana fahaman sebegini boleh menyebabkan Iman seseorang boleh terbatal tanpa sedar.

Bagi golongan Ulama' Pengampu (ulama' jahat) pula, mereka inilah yang banyak menyesatkan umat Islam dengan menyembunyikan kebenaran yang diketahui demi mempertahankan jawatan dan pangkat mereka (habuan dunia). Allah SWT melaknat golongan ini sepanjang hayat mereka selagi mereka tidak bertaubat dengan menyatakan kebenaran yang disembunyikan itu.Dalam Al-Qur'an, Surah Al-Baqarah (2) : ayat 159 yang bermaksud ;"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Akhir sekali, mari perhatikan maksud ayat dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 berikut ;"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! "Dalam ayat ini Allah menjelaskan tentang balasan yang diterima oleh golongan manusia yang salah pilih

Semoga kita membuat pilihan yang tepat dan betul dan mendapat keredhaan ilahi...

sumber: unanjaga

0 comments: