CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Friday, August 7, 2009

.::Kepada Sahabat: Hamba Allah:Sekadar berkongsi Kepuasan::.

Terlebih dahulu ana ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung blog ana, hamba Allah kerana sudi singgah dan memberi komen dan teguran dalam blog ana. Terima kasih ana dahulukan atas teguran anta dalam ruangan .::miezanz's shout::. (rujuk imej dibawah).
Kepada hamba Allah, ana faham tentunya anta merujuk kepada posting ana .::Alhamdulillah:Terlaksana Sudah Azam::. Semasa ana menulis posting ini tidak terlintas di hati ana untuk berasa bangga dan riak atas kemampuan ana bertahajjud serta khatam Al-Quran awal pagi tadi. Tujuan ana menulis posting tersebut adalah pertama kerana ana terasa amat gembira dengan apa yang telah ana lakukan. Setelah kali pertama ana khatam Al-Quran semasa zaman persekolahan dahulu dan semenjak itu ana tidak pernah bukan sekadar membaca tapi membeleknya pun tak pernah. Namun Alhamdulillah dengan sifat Rahman dan RahimNya Allah s.w.t. telah membuka hati ana untuk membaca semula al-Quran semula. Namun pada mulanya ianya terdetik di hati untuk membaca Al-quran namun ana asyik bertangguh dan bertangguh. Akhirnya bila Muharam 1430 kian hampir, ana bertekad untuk memulakan langkah pertama membaca al-quran hingga khatam bermula dari tarikh 1 Muharam 1430 dengan azam akan ana khatamkan sebelum tibanya Ramadhan. Akhirnya dengan izin Allah s.w.t ana berjaya khatam sebelum subuh pagi tadi. Alhamdulillah... Rasa seronok dan puas tak dapat ana gambarkan sebab itulah ana menulis posting tersebut. Bayangkanlah setelah kali pertama ana khatam Al-quran pada usia belasan tahun dan selapas itu ana tinggalkannya tanpa ana membeleknya tapi pada usia 35 tahun ana berjaya sekali lagi habiskannya.

Tujuan lain ana menulis posting tersebut adalah bertujuan bagi mengajak sahabat-sahabat ana untuk sama-sama tidak meninggalkan Al-quran. Ana yakin ada dikalangan sahabat yang akan turut jejak ana khatam Al-quran sekurang-kurangnya setahun sekali. itulah tujuan lain ana menulis posting tersebut. Tidak sekali-kali ana ingin membangga diri dengan kemampuan ana melakukan ibadah tersebut. Tujuan ana sama sahaja seperti beberapa orang penulis yang menceritakan pengalaman mereka menunaikan ibadah haji sebagai motivasi dan pembakar semangat orang lain untuk turut menunaikan ibadah haji tersebut maka tujuan ana menulis posting tersebut dengan harapan ianya dapat membuka pintu hati sahabat-sahabat ana yang selalu mengunjungi blog ana sama-sama membaca al-Quran disetiap waktu yang terluang...

wallahualam...

1 comments:

gbone said...

apa2pon banyakkan bersabar bila hadapi dugaan..nk buat sesautu yg baik di mata kita,mmg kadang2 berlaku kekeliruan, salah erti dsb...dugaan2 beginilah yg Rasulullah pernah hadapi smpikan pernah menerima kekasaran yg amat dahsyat pon ada...tapi utk diri kita sensiri pon kena hati2 juga..takut ada yg tersalah anggap..
its your Blog, brother.org nk kata apa pon,its still your own blog..you've right to write apapon...