CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Monday, March 31, 2008

manusia oh manusia....marilah kita renungkan.....


Jangan Suka Mendedah Tubuh

Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak,
sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.





Setia Terhadap Pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.


Kecantikan Dalaman
Jadilah seperti durian,
jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.



Jaga Kesucian Dalam Pergaulan

Jadilah seperti sengkuang.

Walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi ubinya tetap putih bersih.


Selalu Bertindak Adil
Jadilah seperti tandan petai,
bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang,
tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.


Semakin Tua Semakin Bijaksana
Jadilah seperti cili.
Semakin tua, semakin pedas.




Jangan Bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

terubatlah rindu....


di sinilah aku dihalirkan, dibesarkan dan mula mengenal dunia....


hujung minggu lepas aku telah balik kampung untuk menjenguk kedua orang tua aku dikampung...
terubat sudah rinduku pada mereka...
xbanyak berubah suasana kampungku... cuma yang berbeza skunk, xramai pemuda kampung aku yg tinggal dikampung... yg tinggal cuma generasi abah aku jer yg masih menghuni kampung tu...

kemana pemuda2 kampung ku? rata2 mereka semua dah berhijrah ke kota utk mencari rezeki yg tinggal hanyalah generasi abah aku jer... namun keharmonian dan kedamaiannya masih terpelihara...

terfikir aku, apa akan jadi kalau generasi ini telah tiada? masih akan wujudkah kampung ku?

masih seperti dulu....

Friday, March 28, 2008

Perkembangan Mutakhir Mungkin Menggemparkan?

Sumber-sumber memberitahu aku bahawa beberapa perkembangan politik menggemparkan mungkin akan berlaku di Malaysia dalam tempoh terdekat.
Perkembangan ini dikatakan mungkin membawa impak besar kepada Barisan Nasional (BN) dan juga Barisan Rakyat (BR) di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Bagaimanapun, buat setakat ini aku x dibetitahu apa maklumat berhubung perkara tersebut. Aku dapati tidak wajar untuk membuat apa-apa spekulasi mengenainya. Marilah kita ikuti perkembangan selanjutnya dengan cermat, sabar dan tenang.

Berseiapsedialah mengahdapi segala kemungkinan dengan penuh kewarasan.....

Sesungguhnya Allah akan membantu kita insya Allah.....

nak balik kg ker x....

lepas aku nonton slot cerekarama(insan) last week aku rasa rindu kat mak dan ayah aku kat kampung.... dah lama aku x jenguk diorg... takut juga jadi cam citer tuh... so ingat esok nak balik kglah...
bagi aku citer tu (insan) mmg baik dr segi moralnya (walaupun aku hanya sempat tengok bila nak abis jer malam tuh aku balik lambat dr surau) sbb memberi ingatan kepada kita supaya menghargai ibu dan ayah kita sementara diorg masih ada....
kata tok imam pada lelaki yg sedih dibawah pokok kat kubur tuh betul2 mnyentuh hati aku...
ahhhhh..... apa2 pun esok aku mesti balik jumpa diorg... mesti diorg pun rindu kat aku dan anak2 aku....

Thursday, March 27, 2008

Temubual Harakah bersama MB Perak

HARAKAH:Bagaimana perasaan Tuan Haji setelah dilantik menjadi Menteri Besar Perak?

IR MOHAMMAD NIZAR: Assalamualaikum wbt, saudara-saudara yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian daripada Harakah.

Syukur alhamdullilah buat masa ini ketiga-tiga parti di negeri Perak ini telah bersetuju untuk menerima PAS sebagai peneraju dan memberi sokongan kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang melantik saya sebagai menteri besar.

Oleh itu 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), 18 DAP, 7 KeADILan dan 6 PAS bersetuju sebulat suara, kesemuanya menyokong saya sebagai menteri besar tanpa berbelah bahagi. Jadi penubuhan kerajaan campuran ini adalah di atas dasar ingin melaksanakan kerajaan yang adil, yang amanah, berkebajikan, telus dan berwibawa.

Apabila saya diberi amanah untuk menerajui kerajaan campuran ini sudah tentulah perasaan saya adalah pertamanya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Yang keduanya perasaan cemas. Kenapa cemas...sebab ia merupakan suatu suasana yang belum pernah diterokai oleh mana-mana pihak khususnya di negara ini.

Jadi kita tidak ada garis panduan, kita tidak ada nasihat daripada mana-mana pihak dan jika kita nak cuba rujuk kepada 'set-up' yang ada di Kelantan jauh sekali, modul yang ada di Kedah juga tidak bersesuaian, contoh yang ada di Pulau pinang jauh berbeza, dan set-up di Selangor juga tidak boleh dimanfaatkan.

Akhirnya pimpinan PAS terpaksa bekerjasama dengan KeADILan dan DAP bagi membincangkan jalan tengah yang boleh diterima walaupaun tidak sepenuhnya.

Oleh itu terbit perasaan cemas, perasaan takut dan rasa ngeri pun ada. Malah ada juga perasaan pilu...

Tetapi dalam banyak-banyak perasaan ini yang membuatkan saya 'boleh pergi' (mampu meneruskan tanggungjawab) itu adalah perasaan keyakinan kepada Allah SWT.

Kerana ini adalah perkara yang tidak pernah dimimpikan oleh PAS Perak, jadi kita rasakan apabila ia ditakdirkan begitu, sudah pastilah Allah SWT memberikan jalan keluar sesuai dengan firman-Nya dalam surah At-Talaq yang bermaksud apabila '...kita bertawakal kepada Allah maka dia-Nya akan memberi jalan keluar...'

Itulah pengharapan yang tinggi membuatkan kami di Perak ini khususnya pimpinan daripada al-Fadil Ustaz Ahmad Awang selaku Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Perak bersama seluruh sembilan orang lagi ahli Harian yang lain.

Sebab kita hanya minta hari itu (pilihan raya umum) nak menang, kot boleh pun jadi pembangkang, habis-habis hebat pun jadi pembangkang yang kuat, tetapi Allah ini Maha Mengetahui benda-benda sedemikian.

Sehingga satu lonjakan yang kita tidak boleh duga, penghormatan daripada parti KeADILan dan DAP kepada kami pun menunjukkan ini pun ada merupakan kurniaan Allah. Jadi kita terima ketetapan itu.

Harakah:Bagaimana pula dengan proses awal penubuhan kerajaan campuran dan lantikan Tuan Haji selaku Menteri Besar yang pada mulanya mengundang perselisihan faham?

IR MOHAMMAD NIZAR: Bekenaan dengan masalah yang kita hadapi dalam penubuhan itu, sudah tentu adalah perselisihan faham. Terengganu yang mana kerajaan majoritinya adalah Umno, yang orang satu agama satu bangsa pun ada masalah, apatah lagi kami di sini.

Dan tiga parti, dan tiga bangsa maka sudah tentulah masalah jauh lebih besar tetapi alhamdulillah dengan kaedah-kaedah dan pengharapan yang tinggi itu, maka dapat dilaksanakan sehinggalah sampai ke tahap menteri besar itu boleh mengangkat sumpah.

Alhmadullilah buat masa ini, perasaan takut dan cemas tadi semakin berkurangan walaupun masih lagi kadang-kadang itu perasaaan bimbang kerana yang nak kita hadapi ini adalah perkara yang tidak menentu.

Jadi yang kita buat 'jambatan' ini, yang boleh menyeberang satu anak sungai tetapi banyak lagi sungai-sungai yang di depan itu yang mana jambatannya belum kita ketahui ada atau sebaliknya. Itulah perasaan yang dicurigai dan menghantui.

Walau bagaimana pun pengharapan kepada Allah itu masih kuat dan kita berkeyakinan suasana yang ada pada hari ini adalah merupakan ketentuan-Nya, jadi kita menerima.

Harakah:Tuan Haji banyak menyebut bahawa Tuan Haji bukanlah menteri besar PAS, KeADIlan dan DAP tetapi menteri besar seluruh rakyat namun rakyat di bawah atau mungkin ada suara-suara daripada orang kecewa dengan pilihan raya lepas memomokan yang Tuan Haji ini menjadi boneka kepada DAP?

IR MOHAMMAD NIZAR: Saya tidak nafikan tanggapan sebegitu rupa memang ada terutama daripada musuh tradisi PAS iaitu BN. Walau bagaimanapun pada hakikatnya hari ini, pada awal-awal lagi DAP dan KeADILan memberi sokongan sepenuhnya terhadap pemerintahan dan teraju ini kepada PAS.

Yang keduanya segala syarat-syarat yang ditetapkan untuk sampai ke tahap membina kerajaan yang berteras kepada nilai-nilai universal ini, diterima oleh KeADILan dan diterima oleh DAP.

Yang ketiganya jika ianya dianggap sebagai boneka, sudah tentulah beberapa portfolio-portfolio yang penting dalam kerajaan negeri Perak akan cuba dikuasai oleh mereka.

Tetapi setakat ini segala-gala portfolio yang besar-besar, yang dasarnya adalah dasar yang kukuh ianya diserahkan kepada Menteri Besar.

Saya tidak nafikan tanggapan itu akan berterusan.

Yang keempatnya, perjalanan saya dengan masyarakat sepanjang 10 hari setelah menerima titah angkat sumpah menjadi menteri besar itu, penerimaan masayarakat berbilang kaum sama ada daripada Cina mahupun India cukup-cukup baik dan amat mengkagumkan.

Pada satu sesi di mana ada hampir-hampir 6,000 anggota masyarakat Cina, saya diminta untuk berucap sedikit, boleh katakan dari segi penerimaan itu amat menggalakkan dan menakjubkan.

Dan saya merasakan tanggapan negatif itu tidak benar dan memang kita terima hakikat ini bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan campuran dan saya tidak mewakili mana-mana parti dan individu. Saya mewakili keseluruhannya. Cuma masa dan waktulah yang akan membuktikan sama ada ianya boleh ataupun tidak.

Dan seperkara lagi yang tidak menunjukkan ia boneka ialah apabila DAP merancang untuk memulaukan sesi angkat sumpah itu dan saya sempat membincangkan perkara-perkara tersebut dengan Paduka Tuanku yang menyebabkan dikeluarkan satu kenyataan rasmi pimpinan DAP memohon keampunan daripada Tuanku Sultan Perak.

Akhirnya pada 17 Mac, Yang Berhormat Lim Kit Siang sendiri telah mendapat titah daripada Paduka Sultan untuk beliau bukan sahaja hanya membuat kenyataan tetapi secara fizikalnya memohon ampun dan itu merupakan satu penghormatan yang mana unsur-unsur boneka itu tidak wujud.

Maknanya akhir-akhirnya kembali kepada tahap menghormati keputusan yang dibuat oleh Paduka Seri Sultan Perak.

Harakah: Tempoh hari di Perak, ada juga beberapa perhimpunan awal yang didalangi oleh Umno dalam soal untuk membangkitkan sentimen melayu mungkin dan bagaimana situasi serta keadaan sekarang di peringkat bawahan ini?

IR MOHAMMAD NIZAR: Pada awal-awalnya memang ada, satu barisan tindakan yang dipelopori oleh penyokong Umno barangkali, cuba mengadakan perhimpunan di Padang Polo, namun oleh kerana ketiadaan permit ianya telah berubah ke satu lokasi yang lain tetapi sambutannya agak hambar kerana mereka juga agak tersepit.

Kerana sekiranya mereka mengenengahkan isu boneka ini banyak sangat, maka ianya akan memberi kesan kepada ketaatan mereka kepada kebawah Duli Tuanku Sultan Perak.

Oleh itu mereka cukup berhati-hati dan apa yang mereka utarakan adalah menghormati keputusan dan mereka minta orang yang hadir itu menghormati keputusan daripada Istana. Jadi untuk itu walaupun mereka nak mengelurkan kenyataan boneka ini, mereka agak tersepit kerana apabila mereka sebut, sudah tentulah mereka tidak menghormati keputusan Istana.

Dan Istana melantik saya sebagai menteri besar adalah berdasarkan kepada faktor-faktor dan penilaian oleh Tuanku sendiri terhadap tiga calon yang diutarakan untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Jadi ketiga-tiga calon ini telah dianalisis secara terperinci dalam semua aspek oleh Paduka Seri Sultan dan apabila istana membuat kenyataan memperkenankan dan bertitah bahawa pimpinan daripada PAS yang mana Mohammed Nizar ini menjadi menteri besar, maka dengan sendirinya kalau mereka bertindak 'membonekakan' iaa akan sampai ke tahap tidak menghormati keputusan.

Selain disebutkan soal menterjemahkan manifesto pilihan raya, kerajaan adil beramah dan berkebajikan, mungkin boleh dirumuskan dalam bentuk yang boleh menunjukkan misi Tuan Haji sendiri di Perak?

ImageIR MOHAMMAD NIZAR: Yang khususnya apa yang nak saya sampaikan kepada penduduk di Perak adalah...kerana rakyat Perak kombinasi kaumnya menunjukkan bahawa kita tidak boleh bangkitkan dalam isu-isu bangsa dan kaum ini sangat.

Sebab masyarakat Cina boleh dikatakan ada sekitar 41 peratus manakala Melayu 50 peratus dan selebihnya kaum-kaum lain.

Untuk itu apa yang ingin saya sampaikan selain nilai-nilai unversal itu, adalah kerajaan ini adalah kerajaan mesra rakyat, mesra perniagaan, mesra pelabur dan mesra fahaman ataupn mesra agama.

Oleh itu rakyat di negeri Perak faham bahawa kerajaan ini tidak akan meninggalkan dan menganiaya bangsa lain kerana teras kita adalah mesra rakyat, mesra perniagaan, mesra pelabur dan mesra fahaman dan mesra agama.

Malah secara khususnya kita dalam usaha nak menterjemahkan nilai-nilai universal tadi dalam konteks peradabadan dan perjalanan kerajaan ini ...insya-Allah.

Harakah: Apa langkah-langkah awal yang dilakukan oleh Tuan Haji setelah menjadi MB Perak dalam menunaikan tuntutan rakyat, adakah mencontohi kerajaan Pulau Pinang yang didakwa kononnya menghapus DEB atau merujuk kepada kerajaan Kedah yang akan mengurangkan cukai tanah yang tinggi sebelum ini?

IR MOHAMMAD NIZAR: Hal itu suatu hikmat apabila kita terpaksa mengambil masa seminggu untuk membincangkan struktur yang paling sesuai dalam rangka untuk menubuhkan kerajaan campuran ini, maka dalam peluang tempoh tujuh hari itu, perlakuan yang berlaku di Pulau Pinang dan kerajaan Kedah termasuk di Selangor memberi gambaran kepada kita untuk menganalisis kesan hasil apa yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar di negeri masing-masing.

Secara tidak langsung memberi pengajaran kepada kami berhubung ada pekara-peerkara yang boleh disebut dan ada yang tidak boleh disebut malah ada perkara yang perlu disebut tetapi dengan nada yang cukup-cukup lunak.

Itulah hikmahnya dan jika diperkenankan lebih awal kerajaan negeri Perak ini kemungkinan kita akan tersasul malah kenyataan saya mungkin tersasar dan akan mewujudkan suasana yang sukar dihadapi.

Untuk itu kita menyatakan bahawa tawaran kami adalah berdasarkan kepada tawaran pilihan raya yang baru ini.

Jadi perkara yang disentuh pada awalnya setelah angkat sumpah ialah memansuhkan segala-gala notis untuk kompauan kepada setiap Majlis Perbandaran...kita ada 15 Majlis Perbandaran di Perak ini untuk sekali itu sahaja ini termasuk salah laku 'parking' letak kereta dan juga kepada penjaja. Itu sahaja. Lain daripada itu kita tidak sentuh.Sudah tentu ini memberi kesan baik kepada raakyat.

Lain kita tidak sentuh kerana kita khuatir kombinasi kaum yang ada akan mengundang kepada perkara-perkara yang kurang manis.

Harakah : Tuan Haji ada menyebut tentang kerajaan yang mesra pelabur dan tadi pun Dato' Seri Anwar ada sebut tentang untuk menumpukan kepada peningkatan ekonomi di lima negeri yang diperintah Barisan Alternatif (BA), seolah-olah ada mesej yang nak disampaikan bahwa akan berlaku sekatan ekonomi khususnya daripada kerajaan Pusat, adakah Tuan Haji menjangka perkara itu dan apakah tindakan menangani isu itu?

IR MOHAMMAD NIZAR : Pertamanya saya nyatakan pada awal tempoh hari bahawa kerajaan campuran ini berpaksikan atas nilai-nilai universal itu sendiri dan kita akan menyampaikan kepada rakyat bahawa hasilnya ialah memberi manfaat kepada rakyat.

Yang pertamanya kebajikan, jadi rakyat ingin lihat apakah bentuk kebajikan yang tercerna hasil daripada kita yang membuatkan kerajaan yang adil dan telus ini. Mesti ada bentuk kebajikan kepada mereka dalam apa bentuk sekali pun...dalam bentuk sosialnya, pendidikannya.

Yang keduanya, kita mesti tunjukkan bahawa kerajaan ini mempunyai sifat-sifat 'kemesraan' dan tidak menakutkan pelabur-pelabur dalaman dan luaran.

Perkara-perkara yang menakutkan ialah sekiranya tiada 'continuity', kesinambungan daripada kerajaan terdahulu BN kepada kerajaan baru.

Kalau peralihan itu memberi beberapa simbol-simbol bahawa ada pertukaran dan perubahan besar yang melibatkan dasar maka ini akan menimbulkan kekhuatiran.

Oleh itu apa yang kita jangkakan ialah portfolio-portfolio di bawah menteri besar terdahulu adalah lebih kurang sama dengan menteri besar yang ada hari ini dan itu sekaligus memberi ketenteraman kepada peniaga-peniaga khususnya pelabur-pelabur.

Saya bagi contoh ada satu pelabur yang memang sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan kerajaan negeri yang terdahulu (BN) yang kemudiannya menyatakan untuk memikirkan semula perjanjian tadi memandangkan kerajaan baru (BA) telah ditubuhkan dan berfikir untuk melabur di lokasi lain.

Saya sendiri telah menghubungi pelabur tersebut yang berasal daripada negara Timur Tengah, dan setelah diterangkan secara peribadi...dia berbahasa Arab dan saya juga boleh berbahasa sama dan alhamdullilah ia berjaya dipulihkan dan pelabur tersebut akhirnya mahu meneruskan hajatnya untuk melabur di negeri ini.

Yang ketiga yang kita katakan mesra ini ialah, semangat Persekutuan. Maknanya kerajaan yang ada pada hari ini tidak sekali-kali akan menunjukkan apa-apa ruang yang boleh menyebabkan rakyat berpendapat bahawa akan terjejas hubungan antara negeri dengan Persekutuan.

Oleh itu semangat 'Federalisme' itu akan sentiasa dijunjung dan kita tidak mahu terjejas. Dalam semua aspek dan kita tidak akan menafikan apa sahaja dasar-dasar misalnya Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ini akan memberi ransangan ataupun pengajaran kepada kami untuk tidak menyentuh kalau kita merasakan ia 'sarang tebuan'.

Apabila ia disentuh sudah pastilah ada kucar-kacir. Kita mahu menjamin bahawa rakyat tiada pemikiran kedua yang mengurangkan keyakinan kepada keranjaan negeri yang baru.

Dalam proses awal ini kita berjaya menangkis apa juga perkara yang melambat dan menghantui proses kerajaan baru ini malah kita akan berusaha untuk mengelak liku-liku yang akan menjejaskan hubungan antara kerajaan persekutuan dan negeri.

Harakah : Bagaimana dengan perancangan Wilayah Pembangunan Koridor Utara (NCER), adakah akan diteruskan?

IR MOHAMMAD NIZAR: Barangkali secara kebetulan dan paling tepat ialah takdir Allah SWT, saya berkesempatan berjumpa dengan orang kuat NCER sendiri iaitu Dato' Seri Anuar Zaini memberi rakaman penghargaan kepada saya dan merasakan bahawa 'looking forward to various state newly government� untuk menjalinkan hubungan baik, untuk menjayakan NCER ini.

Saya menyambut baik dan dalam pertemuan itu Dato' Seri Anuar sendiri menyatakan bahawa ada beberapa perancangan dan perancangan itu tidak bersifat politik.

Oleh kerana BN menetapkan untuk memenuhi janji-janjinya dalam NCER, maka kita akan terus menyokong kerana itu azam YAB Perdana Menteri sendiri malah sudah ada perhubungan rapat yang telah terjalin antara saya sendiri dengan peneraju NCER ini.

Kita bermatlamat dan berharap bahawa pelaksanaan NCER ini sudah tentulah akan memberi peluang dari segi pekerjaan, pembangunan dan infrastruktur negeri ini.

Kita tidak perlu persoalkan buat masa ini sebab kita rasakan NCER ini boleh diteruskan termasuk apa yang dirancang oleh Jabatan Perdana Menteri dan sebagainya.

Harakah :Dalam pada itu timbul di beberapa negeri kemungkinan di Perak dari segi salah-laku yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu termasuk isu fail-fail hilang seumpamanya, jadi adakah berlaku di sini atau pentadbiran Tuan Haji akan membongkar dan mengambil tindakan-tindakan atas salah laku berkenaan?

IR MOHAMMAD NIZAR: Yang ini juga merupakan elemen yang cukup kita berhati-hati dan mengambil pengajaran daripada negeri-negeri lain.

Hal ini memberi gambaran kepada masyarakat seolah-olah ada usaha untuk 'mencari kesalahan' ataupun 'witch hunting'. Kita seboleh-bolehnya tidak ada perasaan berdendam begitu.

Pada malam 8 Mac itu, setelah keputusan diumumkan ramai penyokong BA ini mula berkerumun dan mengepung bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) dan pejabat Menteri Besar sehinggakan polis dan anggota keselamatan terpaksa membuat tindakan. Jadi kita terpaksa menenangkan suasana.

Saya sendiri telah berhubung dengan Ketua Polis Perak, Dato� Zulkifli Abdullah sendiri sedangkan pada malam itu saya baru berjaya dipilih sebagai Adun Pasir Panjang, tetapi dalam suasana nak membina sebuah kerajaan, saya telah dipanggil oleh anggota keselamatan untuk menenangkan suasana.

Jam 4 pagi (9 Mac) saya beritahu kepada semua pimpinan PAS dan penyokong yang mengepung bangunan itu supaya bertenang dan setelah mendapat kepastian daripada Ketua Polis, barulah kita bersurai.

Kita telah diberi jaminan oleh Ketua Polis Perak bahawa tidak ada apa-apa barang yang keluar masuk daripada bangunan itu kecuali barangan peribadi atau persendirian dan anggota keselamatan telah memenuhi jaminan mereka.

Kita tidak ada niat untuk membongkar kerana kita merasakan perkara itu akan menokok-tambahkan kemarahan rakyat. Biarlah apa yang berlaku itu akan dinilai oleh rakyat sendiri.

Kita tidak mahu ia akan memberi gambaran yang negatif kepada kerajaan negeri yang baru, termasuk imej buruk kepada bukan sahaja kepada ahli-ahli PAS tetapi penyokong yang hendak menyokong kita seandainya perkara-perkara yang didakwa dan salah-laku itu tidak wujud.

Pendekatan dan 'approach' yang saya lakukan ini diterima baik oleh rakan-rakan, supaya tidak menujukkan kerajaan ini mempunyai sifat dendam dan hanya nak mencari kesalahan sahaja.

Walaupun perkara itu mungkin ada kerana sepanjang perjalanan kita nanti ia mungkin akan terserlah, kalau ianya berlaku kita akan berhubung dengan agensi kerajaan yang lain seperti Badan Pencegah Rasuan (BPR) untuk membuat tindakan mengikut proses undang-undang.

Kita tidak akan membuat tindakan sendiri, mencungkil atau mencari kesalahan orang. Jika ada, biarlah BPR dan polis atau agensi berkaitan melaksanakan tanggungjawab mereka.

Harakah: Mungkin ada sesuatu yang Tuan Haji ingin perkatakan kepada barisan kepimpinan kerajaan terdahulu yaang diketuai oleh Dato' Seri Tajol Rosli?

IR MOHAMMAD NIZAR: Dalam ucapan semasa angkat sumpah, saya memberi penghargaan terima kasih kepada bekas menteri besar Dato' Seri Tajol Rosli dan wakil-wakil rakyat Umno di atas khidmat yang mereka telah sumbangkan kepada penduduk di negeri ini.

Saya juga membuat mengalu-alukan sekiranya ada perkara-perkara baik yang difikirkan perlu dan ingin mereka sampaikan, berilah cadangan itu kepada kami. Dan kita juga tidak secara terus-meneruskan menyatakan apa sahaja yang dirancang oleh mereka dalam konteks sedang, dalam dan akan dilaksanakan, kita akan terus cantas ... tidak sama sekali.

Kita akan mengkaji apa yang manfaatkan rakyat, kita akan teruskan. Mana-mana yang perlu 'ditablekan' semula kita akan kaji balik.

Jadi untuk itu kita tidak mahu membanyakkan musuh. Sudahlah musuh yang ada pun kita perlu tangkis inikan pula nak menambah musuh yang baru ... saya rasa itu tidak cermat dan tidak manfaat.

Harakah: Harapan Tuan Haji sendiri dan saranan kepada rakyat khususnya di Perak? Berdepan situasi politik hari ini?

IR MOHAMMAD NIZAR: Kepada semua khususnya rakyat di negeri ini berilah kesempatan saya dan kerajaan campuran yang baru sekurang-kurangnya 100 hari. Tak pastilah sama ada 100 hari ini merupakan 'magical numbers' tetapi tiga bulan itu adalah suatu tempoh yang adil bagi menilaikan dan memberi peluang.

Sebab suasana di Perak merupakan 50 tahun dalam dakapan BN, jadi apa yang berlaku ini, satu perkara yang tidak boleh diduga dan tidak dapat kita 'imagine' malah nak dibayangkan sikit pun tak boleh.

Jadi untuk itu kita minta ya ... harapan kita supaya rakyat di Perak ini memberi sokongan.

Yang keduanya apa sahaja tohmahan-tohmahan, apa sahaja perkara yang tidak datang daripada sumber kerajaan campuran negeri Perak berupa sistem pesanan ringkas (SMS), surat-surat layang janganlah diambil kira dan dipedulikan.

Anggap itu sebagai taktik-taktik musuh menggunakan logo PAS dan menyatakan bahawa kerajaan ini akan mengharamkan macam-macam, anggap itu sebagai tidak betul.

Harapan saya kepada seluruh ahli-ahli PAS, penyokong PAS dan KeADILan untuk sama-sama kita berazam dan memohon pertolongan daripada Allah SWT mudah-mudahan dipanjangkan hayat dan dikukuhkan kerjaaan ini.

Kerana inilah merupakan struktur yang boleh memberikan suatu alternatif kepada rakyat negeri Perak yang boleh mencerminkan peradaban seluruh rakyat di negara ini.

Takdirnya struktur di Perak ini boleh bertahan, maka ianya merupakan 'the ideal example' (contoh terbaik) bagi negeri-negeri lain ... atas sebab-sebab dan sifat uniknya. Jika Perak boleh bertahan apatah lagi di negeri-negeri yang tidak mempunyai kombinasi kaum seumpama ini.

Untuk itu saya merayu dan mengharapkan ... berilah peluang.

Wednesday, March 26, 2008

Ujian Dementia

Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....



Ready? GO!!! (lihat bawah)












Soalan Pertama:


A nda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?






~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~






Jawapan:
Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?




Soalan Kedua:


J ika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)



~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~






Jawapan:
Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?







Soalan Ketiga:

S oalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan hanya menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...



Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..









~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.




Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .



Soalan keempat:


Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?








~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Adakah jawapan anda
Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!



Okay, cuba jawab soalan bonus:


S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.



Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?









~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~





Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati


Mudah sahaja.

Antara Kelantan, Kedah, Penang, Perak & Selangor Dulu dan Kini

"Jika dilihat dari asal dan asas perjuangan ketiga-tiga parti berkenaan, sudah tentu patutnya kerajaan yang dipimpin oleh PAS di Kedah dan Kelantan akan mampu membuktikan mereka paling bersih, telus dan amanah. Ini kerana pemimpin mereka menjadikan Islam sebagai tunjang perjuangan politik mereka.

Islam mewajibkan kita sentiasa bersih dari penyelewengan amanah kepimpinan, Islam ajar pemimpin agar tawaddhu dan bersedia menrima teguran baik dari ahlinya dengan minda berfikir dan hati sedar, sentiasa fikri kebaikan maksimum untuk rakyat lebih dari dirinya sendiri"

"Namun, itu jika ikut dari apa yang sepatutnya la"

"Jika dilihat dari apa yang ada secara praktikal pula mungkin akan akan yang berbeza" tambah saya lagi secara ringkas

"Kenapa pula beza" Tanyanya mendesak ingin tahu.

"Dari sudut logik, duit dan pangkat serta kuasa ini bukan calang-calang ujian. Ia boleh sahaja membuatkan ramai orang tersungkur termasuk golongan ustaz dan ilmuan Islam. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada pelaburan cepat kaya melalui internet. Bukankah ia banyak juga disertai oleh mereka yang bergelar ustaz dan berlatar belakangkan agama. Ini membuktikan harta mampu menjatuhkan iman mereka yang punyai ilmu agama"

Jika Tanpa Pantauan Telus Tanpa ‘Double Standard'

Justeru, ini membuktikan tanpa pantauan berterusan, seorang ustaz atau siapa saja walaupun berlatar belakangkan pengajian Islam atau dalam parti Islam, mereka boleh saja menyeleweng dan tersungkur apabila mendapat kuasa dan pangkat, apatah lagi parti yang berlatar belakangkan demokratik dan keadilan umum sahaja

"Atas asas itu, mungkin saya kira kerajaan Selangor, Perak dan Perak mungkin akan lebih mampu bersifat telus berbanding Kelantan dan Kedah." Kata saya..

"Isyh,, biar betul ni ustaz, masih kurang faham le" berkerut dahinya kali ini.

"Maksud saya, di Selangor dan Perak, kerajaan negeri mereka betul-betul bercampur. Sebagai orang luar, ingat sekali lagi, saya sebagai orang luar. Setakat ini saya melihat hubungan parti-parti dalam Barisan Alternatif tidaklah serapat parti-parti komponen BN seperti MIC, MCA dan UMNO"

Namun hubungan sebegini ada hikmahnya juga, malah tidak keterlaluan jika saya katakan masih ada di lubuk hati masing-masing rasa sangsi antara satu sama lain. Hasil dari itu, apa yang positif adalah setiap wakil parti akan menjadi check and balance bagi prestasi dan pergerakan exco parti yang lain di samping bekerja bersungguh bagi buktikan kemampaun, ketelusan diri kepada ahli parti lain..

Secara logiknya keadaan ini akan mampu menutup banyak ruang salah laku dari exco setiap parti, sukar untuk masing-masing mengambil kesempatan atas kuasa yang sedang dipegangnya, kerana percampuran tadi menyebabkan masing-masing diteropong dari dekat oleh rakan-rakan alternatif mereka selain oleh BN.

Selain itu, wakil dari parti Islam atau wakil beragama Islam juga mungkin akan lebih tercabar dalam melakukan tugasan mereka dan akan lebih terbuka untuk mendedahkan dakwah kepada wakil bukan Islam dalam kerajaan campuran mereka. Ini akan menghasilkan kerja yang lebih kemas dan mantap sama ada secara terpaksa atau dengan ikhlas.

Ketiak saya bertugas di bank-bank Islam dulu, saya masih ingat beberapa orang pengurus di bank yang asyik mencari alasan untuk buat benda atau produk yang biasa mereka buat walaupun sudah diberitahu ia tidak menepati Shariah. Namun pegawai dan Naib Presiden non Muslim, sekali dengar sudah faham dan amat menghormati fatwa jauh lebih baik dari orang Islam sendiri. Malah banyak kali dalam meeting-meeting, si pegawai non muslim mengingatkan bahawa cara ini tidak menepati Shariah. Keadaan ini baik untuk sentiasa mengingatkan si Muslim.

Keadaan ini mungkin boleh jadi berbeza dengan Kelantan dan Kedah. Oleh kerana mereka dipimpin majoritinya oleh exco dari satu parti sahaja. Tanpa penjagaan sebaiknya amat amat DIBIMBANGI jika terdapat salah laku pun, ia boleh didiamkan akibat timbul perasaan segan, takut dan macam-macam lagi untuk menegur rakan separti sendiri, bimbang teguran akan membawa mudarat kepada persahabatan, parti secara umum dan macam-macam lagi. Hanya iman masing-masing yang mengawal mereka, berbanding di negeri bercampur tadi, iman dicampur dengan pantauan rakan parti lain. Sedikit kelalaian akan menyebabkan mereka tidak lagi perform dalam tugasan.

Ingat Ingat Dan Ingatlah

Nasihat kita bersama untuk semua pemimpin, sebelum tenggelam dalam nafsu kepada harta diperolehi dari jawatan yang dipimpin, sedarilah bahawa jawatan tidak kekal. Janganlah sampai sedang berseronok dengan harta, pangkat dan pengaruh yang disangka kekal dan mustahil untuk jatuh itu. Tiba-tiba jatuhlah ia dengan izin Allah, jatuh tergolek. Jatuh boleh datang dalam bentuk tewas kerusi, tidak dilantik semula dan lebih dahsyat adalah tiba kematian tanpa petanda. Firman Allah swt :-

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Ertinya : Katakanlah: ""Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu ( AL- IMran : 26 )

Lagi Penyakit Dalaman Satu Parti

Selain itu, boleh wujud satu keadaan dimana teguran itu walaupun benar, ia menyebabkan penegur dianggap musuh dalamannya, pembangkangnya, pendengki dan pelbagai lagi. Hasilnya penyakit ini akan merebak hingga terpecahnya kesatuan dan lemahlah gerakan.

Saya tidaklah mengatakan ia akan sudah berlaku dan banyak berlaku tetapi saya hanya katakan ia mungkin boleh berlaku. Kerana saya ada sedikit pengalaman melihat apa yang berlaku di Terengganu satu ketika dahulu. Tidak perlulah saya ceritakan di sini namun, saya katakan ada yang tidak kena berlaku sehingga menjadi barah dan virus yang amat melemahkan, menghilangkan hormat dan kepercayaan kepada tok wakil ini.

Malah saya yakin, dari ramai-ramai yang terpilih menjadi exco itu dan ini, sudah tentu akan dapat dilihat kemampuan masing-masing dalam menjalankan tugasan dan amanah. Oleh kerana manusia ini berbeza-beza kemampuannya, sudah pasti ada yang dapat dilihat sebagai ‘kurang mampu' berbadning yang lain. Tatkala itu akan wujudnya keperluan menukarnya dengan individu yang baru.

Namun akibat mereka semua satu gerakan dan parti, biasanya AMAT AMAT SUKAR untuk sesiapa sahaja mempelopori cadangan untuk menggantinya dengan orang lain. Jika dilakukan juga, amat mudah perasaan amarah jahat menetas dalam hati dan akhirnya mewujudkan kem demi kem, sangka buruk demi sangka buruk. Akhirnya wujudlah budaya cantas mencantas, tuduh menuduh, fitnah memfitnah sesama sendiri.

Justeru hati-hatilah dengan permainan jawatan, pangkat dan harta. Jika tanpa gaji yang besar pun apa yang saya sebutkan di atas boleh berlaku, apatah lagi dalam waktu jawatan itu dikelilingi kemewahan atau harta.

Di kesempatan ini, hadis yang amat popular di bawah amat baik untuk ingatkan kita sekali kepada semua wakil rakyat berjawatan exco dan berjawatan dalam kerajaan baru. Bantulah diri dan rakan agar tidak termasuk dalam kumpulan menzalimi dan mereka yang dizalimi. Sabda Nabi s.a.w :-

انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أو مَظْلُومًا فقال رَجُلٌ يا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إذا كان مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إذا كان ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قال تَحْجُزُهُ أو تَمْنَعُهُ من الظُّلْمِ فإن ذلك نَصْرُهُ

Ertinya : Bantulah saudaramu yang sedang menzalimi orang lain dan saudaramu yang sedang menjadi mangsa kezaliman, lalu berkata seorang lelaki : "Wahai rasulullah s.a.w, Aku membantunya sekirnaya dia dizalimi tetapi bagaimana pula aku membantunya sedangkan di sedang menzalimi" ?

Jawab Nabi : "Dengan menghalangnya dari terus melakukan kezaliman, itulah dia ertinya kamu membantunya"( Bukhari, 6552, 6/2005)

Dan sebagai akhirnya, friman Allah ini sebagai nasihat kepada diri, pembaca dan tentunya mereka yang sedang di alam baru sebagai tok wakil dan exco.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاء لِلّهِ وَلَوْ عَلَى أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالأَقْرَبِينَ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقَيرًا فَاللّهُ أَوْلَى بِهِمَا فَلاَ تَتَّبِعُواْ الْهَوَى أَن تَعْدِلُواْ

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran.. ( An-Nisa : 135 )

"ooo begitu pandangan ustaz" terlopong dia mengangguk

"Tapi ia hanya pandangan yang bebas di tolak dan diterima, tiadalah bagus sangat pun, hanya pandangan biasa dari orang biasa. Ok ye..mari kita bersangka baik kepada penegur dengan kandungan membina dan mereka yang ingin menasihat, Apapun, perkembangan dari luar setakat ini. Nampak banyak pendedahan yang menggalakkan, seperti :-

1) Setuju declare harta kepada umum..tetapi saya sedang tunggu ni siapa nak mulakan.

2) Kedah umum turunkan cukai tanah di Kedah 30 %. Di sini

3) Perak dan Selangor declare tidak pecat kakitangan berbeza ideologi politik jika benar-benar berkualiti kerjanya.

4) Semua kerajaan negeri-negeri yang baru umumkan nak bersih dari rasuah. Namun semua orang boleh cakap, kita tunggu nak tengok sekarang.

5) Ada yang isytihar potong elaun exco untuk rakyat, dan tidak dibenarkan exco buat bisnes agar tidak terdapat konflik interest dan yang boleh bawa kepada salah guna kuasa dan rasuah. Ini bagus, tetapi bagaimana jika adik beradik sebagai proksi pula?. Kena semak juga ye.

6) Ingin perkenal program bekalan air percuma kepada rakyat Selangor sehingga 20 meter padu berkuat kuasa April. Untuk tujuan itu diwarwarkan akan menyemak kontrak air di Selangor kerana didapati mengayakan satu pihak dan merugikan rakyat, Ini bagus tapi ingin dilihat akan diberi kepada siapa pula. Kami ingin lihat tender terbuka berdasarkan merit tanpa rasuah. Sumber di sini.

7) JKKK and Tabika Kemas dibiar operasi macam biasa, Cuma silibus akan disemak sikit..ini juga tindakan yang ingin dilihat, toleransi dengan mereka yang berbeza fahaman politik.

8) Sumber kekayaan Selangor akan ditadbir secara berkesan. Sumber di sini; ini baik lafaznya, namun praktikalnya yang sedang dan akan dipantau oleh rakyat.

9) Penang dan Perak membatalkan saman oleh PBT. Tawaran ini meliputi semua saman yang dikeluarkan majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membabitkan penjaja dan letak kereta sehingga 17 Mac 08. Ini baik namun ada buruknya juga.

10) Cadangan menjual semua rumah exco Selangor yang dulunya bernilai RM 21 atau RM 40 juta bagi tujuan membangunkan negeri. Ini juga baik. Sumber di sini.

Selain dari apa yang disebut di atas, saya juga ingin melihat perancangan terperinci tentang menghidupkan institusi masjid dan ilmu dalam masyarakat. " Saya menamatkan bicara.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Tuesday, March 25, 2008

Pakatan 5 negeri bentuk dimensi baru politik Malaysia

KOTA BHARU, 25 Mac (Harakah) - Dimensi baru politik Malaysia mulai terserlah sekarang selepas rakyat di lima negeri menolak keangkuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Mulai kelihatan pakatan di antara kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor selepas halangan besar di bawah kuasa BN berjaya ditumbangkan.

Khamis lalu, kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Kedah sambut dengan protokol kerajaan negeri terbabit.

"Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tiba dengan penerbangan Firefly di Lapangan Terbang Bayan Lepas disambut pemimpin kerajaan Pulau Pinang.

"Kereta khas milik kerajaan Kedah menyambut Menteri Besar Kelantan di tempat pendaratan kapalterbang. Beliau disambut wakil kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan pemimpin Kedah.

"Kemudian diiringi ke Alor Setar dengan kereta bersama pemimpin kerajaan kedua-dua negeri," kata pegawai pengiring daripada Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, Wan Zulkefli Wan Mohamad.

Menurutnya kemesraan jelas terbayang apabila pemimpin kerajaan baru di Kedah dan Pulau Pinang menyambut ketibaan Menteri Besar Kelantan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kata beliau Tuan Guru Nik Abdul Aziz disambut sebagai tetamu negeri sebelum menghadiri ceramah di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat bersama Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan juga dijemput menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al Bukhary iaitu masjid terbesar di Kedah.

Katanya, biar pun Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah acap kali datang ke Kedah dan Pulau Pinang namun tidak pernah sambutan sedemikian rupa.

Manakala hari ini pula Menteri Kedah dijemput sebagai tetamu kerajaan Kelantan sempena majlis kesyukuran kemenangan kerajaan Barisan Alternatif di negeri ini pada pilihan raya umum lalu.

Ceramah khas sempena program berkenaan akan diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) bermula jam 9.30 malam ini yang menampilkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Azizan, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan anggota Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali.

Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Yassin Yusof berkata, sebanyak tujuh ekor lembu dikorbankan hari ini.

"Sebanyak 30 kawah nasi dan 30 kawah gulai sedang dimasakkan petugas-petugas PAS dari Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa untuk jamuan orang ramai yang bermula selepas solat Asar.

"Selepas solat Asar juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan berucap ringkas untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas-petugas PAS yang bekerja keras pada pilihan raya umum lalu.

Menurutnya juga Menteri Kedah dijangka tiba di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10 pada petang ini sebelum menghadiri ceramah di Putik.


Katanya, kerajaan negeri juga menyediakan makan malam sebagai meraikan rombongan Menteri Besar Kedah.

Takbiirrrr

tudung: antara tuntutan dan fesyen

sekarang nih masyarakat kita memandang pemakaian tudung bukan kerana tuntutan untuk menutup aurat tetapi lebih kerana berfesyen semata2. sesetengahnya hanya memakai tudung apabila hadir dalam majlis2 tertentu shj seperti menziarahi jenazah (itupun sekadar meletakan selendang diatas kepala dan rambut dibiarkan keluar), ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah syariah, menghadiri kuliah agama sekadar beberapa contoh. Namun begitu ramai juga kaum hawa yg bertudung diluar sana tetapi sayangnya cara mereka bertudung tidak menepati tuntutan syarak.... sama2 kita lihat contoh di bawah...







moga2 kita tahu tujuan kita memakai tudung...

selawat....

Wednesday, March 19, 2008

MB Perak.....


IR. HAJI MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN

PENDIDIKAN :
1.SM A.C.S KAMPAR
2.SM TEKNIK IPOH
3.NORWICH CITY COLLEGE OF SCIENCE TECHNOLOGY, U.K[ A – LEVEL ]
2.UNIV OF ASTON IN BIRMINGHAM, UK [ BSC MECH. ENG ]

PENGALAMAN PEKERJAAN:
1.PENGURUS PROJEK KPPD [ UDA ]
2.PENGURUS KANAN DAYA URUS SDN. BHD. [ UDA ]
3.PENGARAH URUSAN PEN – URUS HARTA S / R [ PDC PENANG ]
4.PERUNDING [ M/E] MECS ENGINEER

KEGIATAN MASYARAKAT:
1.PENGERUSI GABUNGAN MEMBANTAH KENAIKAN AIR PERAK
2.TIMB. SETIAUSAHA PPK

JAWATAN DALAM PAS :
1.SETIAUSAHA PAS PERAK
2.YANG DIPERTUA PAS KAMPAR

maulidur rasul lagiii

emm baru habis meeting/ taklimat utk sambutan maulidur rasul peringkat negeri. Aku ntah camana boleh plak terpilih utk menyertai perarakan esok pagi.... Mesyuarat/ taklimat sepatutnya bermula jam 11.00 pg tapi lewat dimulakan kerana pegawai yg dilantik sebagai pengerusi, pukul 11.30 baru keluar dr pejabatnya di Penang (pulau) dan terpaksa menyeberang ke tanah besar sbb taklimat diadakan di Perai.... Dalam surat panggilan tuh siap beri amaran jika gagal hadir saman perilaku (tindakan tatatertib) akan dikeluarkan, lalu terdengar beberapa suara sinis yg menyatakan kita saman jer dia balik... mesyuarat mula pukul 12, so pukul 1.15 baru tamat...

keputusan dlm taklimat tuh semua peserta kena pakai baju melayu lengkap bersamping.... kesian kengkawan aku yg xder sampin... aku nasib baik masih boleh pakai sampin masa kawen dulu... Besok juga aku kena kuar awal sebab program akan bermula pukul 7.45... maknanya lepas solat subuh aku kena kuar lerr... nasib baik cuti esok boleh ganti ari lain...

hari jumaat cam biasa aku xmasuk opis sbb aku terlibat dgn program KMK....

nyway.... Selamat Menyambut MAulidur Rasul, marilah kita sama2 memperbanyakan berselawat ke atas Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W moga2 kita mendapat rahmat.... insyaallah....

Betulkah UMNO Memperjuangkan DEB utk Melayu???

Apabila lima negeri BN kalah pemimpin Umno sudah gelabah macam gila talak. Kalau Wilayah Persekutuan ada Dewan Undangan Negeri bermakna BN terpaksa angkat tikar bantal sebanyak enam negeri. Kita melihat bagaimana telatah pemimpin Umno dan beberapa artikel dalam akhbar penyambung fitnah telah mengatakan bahawa kekalahan Umno-BN bermakna meruntuhkan ketuanan Melayu. Agenda untuk mengangkat taraf hidup orang melayu akan berkubur kerana Umno sudah tewas. DEB akan hancur.

Aku tertanya-tanya bilakah Umno berjuang untuk membasmikan kemiskinan. Yang aku tahu Umno menjadikan miskin dan kejahilan rakyat sebagai senjata untuk terus berkuasa.

Bukankah Umno sendiri yang membunuh DEB ketika melaksanakan Wilayah pembangunan Iskandar. Kenyataan pemimpin Umno dan Tan Sri Musa Hitam mengatakan bahawa ketepikan DEB dalam membangunkan WPI. Kenapa tidak ada siri demonstrasi membantah kenyataan pemimpin Umno.

Sebenarnya pemimpin Umno bersifat hipokrit sahaja dalam apa sahaja dasar yang mereka perkenalkan. Mereka bukan ikhlas tetapi hendak menipu dan umpan politik sahaja. Dasar dan amalan yang mereka perkenalkan kepada rakyat hanyalah lipstik untuk melindung agenda perut dan tembolok masing-masing.

Sama juga dasar penerapan nilai Islam yang diperkenalkan pada tahun 1981 dahulu hanya untuk sekat kebagkitan Islam supaya orang tidak sokong PAS. Begitu juga dengan Islam Hadhari hanya hendak tipu golongan agama supaya bersekongkol dengan kezaliman Umno-BN. Demikian juga dasar DEB yang diperkenalkan bukannya mereka ikhlas untuk menjayakan. Kalau betul mereka ikhlas sudah tentu ia sudah berjaya. Sejak dilaksanakan pada tahun 1971 dan tamat 1990 untuk mencapai ekuiti bumiputera 30% malangnya apabila tamat pada tahun 1990 ia hanya mencapai 18%. Lebih malang lagi ekuiti Bumiputera menurun lagi kepada 15% pada tahun 2000.

Siapa yang memerintah negara selama ini. Mandat yang besar diperolehi setiap kali pilihan raya, pemimpin Umno-BN telah khianat. Setelah rakyat ajar dalam pilihan raya ke-12 baru rasa bengkak kepala dan terjaga daripada tidur. Kenapa sekarang baru hendak lihat Melayu Pulau Pinang perlu dibela? Siapa yang jadi broker tanah di sebelah Balik Pulau bertukar tangan kepada orang lain?

Sebelum pemimpin Umno merapu dan melalut maka terlebih dahulu tolong jawab dan kita fikirkan perkara-perkara berikut yang sepatutnya diselesaikan oleh pemimpin Umno yang kononnya memperjuangkan Dasar Ekonomi Baru.

1. Kenapa setelah 50 tahun Umno berkuasa gagal membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu, sedangkan Perdana Menteri dan menteri Kabinet majoriti adalah orang Umno. Begitu juga dengan Menteri Besarnya adalah orang Umno.

2. Sejak Rancangan Malaysia Pertama sampai kesembilan kerajaan telah membelanja wang rakyat sebanyak RM1.2 trilion tetapi orang Melayu masih miskin. Ke manakah projek DEB untuk membasmi kemiskinan.

3. Kenapa kadar kemiskinan di kalangan bumiputera Melayu masih tinggi berbanding dengan bangsa lain. Menurut Dato' Zainal Osman bekas Timbalan Menteri Luar Bandar Dan Wilayah pada 7/12/07 ialah kadar kemiskinan Bumiputera 8.3%, India 2.9% dan China 0.6%. Kenapa masih tinggi lagi orang Melayu miskin. Siapa yang memerintah selama ini PAS atau Umno, DAP atau Umno, PKR atau Umno?

4. Bukankan wang PPRT sebanyak RM32 juta yang sepatutnya diberi kepada mereka yang miskin telah disonglap dan diberi kepada seorang Dato' yang bukan Melayu untuk tanam bunga orkid dan pelihara ikan. Orang miskin gigit jari dan gigit lidi. Pemimpin Umno yang diamanahkan wang PPRT bebas ke sana kemari. Macam mana orang Melayu hendak boleh berdikari kalau pemimpin sendiri pun jadi pencuri, maka orang Melayu miskin kurus macam ular lidi.

5.Apakah ini dasar DEB yang beri komisyen RM530 juta kepada seorang Melayu, untuk beli kapal selam Scorpene. Cuba bayangkan kalau wang sebanyak ini dibuat rumah kepada rakayat yang tidak bertanah yang berharga RM30,000. Maka seramai 17,666 buah rumah dapat diberi secara percuma. Sekurang-kurangnya orang di Pekan Pahang tidak ada lagi yang duduk dalam pondok buruk yang tidak layak berada di kawasan Timbalan Perdana Menteri.

6. Apakah dasar DEB yang membolehkan satu ketika dahulu Khairy Jamaludin yang mampu beli saham ECM Libra yang bernila RM9.2 juta. Daripada mana beliau dapat wang sebanyak itu. Apakah bapa dia salah seorang hartawan. Kita tidak pernah dengar bapanya seorang yang tersenarai sebagai orang yang kaya sebaris dengan Ananda Krishnan, Syed Mokhtar Bukhari. Kalau beliau bekerja selama 10 tahun dengan gaji sebulan RM10,000 sebulan, Khairy baru dapat simpan wang sebanyak RM1.2 juta. Itupun beliau simpan tak makan dan tidak minum, hanya makan rumput dan batu sahaja. Kesemua ini adalah lambang penyelewengan dalam DEB

7. Kemana pergi tanah rizab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin Umno. Tahun 1985 sahaja tanah rizab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. Sekarang berapa lagi tinggal?

8. Siapakah yang menghalau orang Melayu di Kampung Berembang, adakah ini kerja DAP. Sedangkan mereka yang berada di Kampung Berembang adalah penyokong tegar Umno. Mungkin doa orang yang kena zalim tidak ada hijab maka Khir Toyo merundum daripada takhta.

9.Adakah Patrick Lim yang menjadi penggerak DEB di Terengganu sehingga Terengganu sekarang berjaya meningkat taraf hidup orang Melayu yang tidak ada lagi yang miskin. Adakah ini manusia yang Umno bercakap hendak memperjuangkan orang Melayu dan marah kepada mereka yang hendak mengkritik DEB.

10. Siapakah yang merampas tanah yang diberi oleh kerajaan PAS di Terengganu sebanyak 65156 lot kepada rakyat tanpa mengira kaum. Kebanyakan adalah orang Melayu. Bukankah dengan cara pemberian tanah salah satu daripada usaha kerajaan PAS Terengganu untuk membasmi kemiskinan yang bertepatan dengan DEB, tetapi dikhianati oleh pemimpin Umno yang kononya memperjuangkan DEB. Sekarang musibah sedang menimpa kepada Dato' Seri Idris Jusuh. Makbul doa orang yang dizalimi

11. Kalau benar Umno mendakwa mereka tunggak DEB kenapa Umno tidak bela orang Melayu di negeri Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Kenapa asyik berulang alik ke Kelantan untuk merampas negeri yang dikuasai oleh PAS. Apa dosa pemimpin PAS yang sebangsa dengan pemimpin Umno yang telah berjaya meletakkan Kelantan sebagai negeri contoh kejayaan orang melayu di Negara ini.

Sebenarnya apa yang berlaku Umno mengkhinat DEB dan hanya menjadi senjata untuk menarik kembali sokongan apabila sudah kalah. Manakala PAS pula perjuangannya yang konsisten telah melaksanakan apa yang di kehendaki dalam DEB.

akhir kata aku pinjam kata2 Nabil (raja lawak) lu oarng pikirlah sendiriiii...... assalamualaikum..

Tuesday, March 18, 2008

Senarai Penuh Kabinet Abdullah Badawi :

Perdana Menteri: Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri: Dato' Seri Najib Tun Razak

JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri: Dato' Ahmad Zahid Hamidi
Menteri: Dato' Zaid Ibrahim (senator)
Menteri: Dato' Amirsham A Aziz (senator)

Timbalan: Dato' Johari Baharum
Timbalan: Dato' Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan: S K Devamany
Timbalan : Dato' Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Menteri : Dato' Seri Syed Hamid Albar

Timbalan : Dato' Chor Chee Heung
Timbalan : Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN

Menteri : Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Timbalan : Dato' Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Dato' Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Menteri : Dato' Ong Tee Keat

Timbalan : Dato' Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA

Menteri : Dato' Ir. Mohd Zin Mohamed

Timbalan : Dato' Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Menteri : Dato' Peter Chin Fah Kui

Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI

Menteri : Dato' Shaziman Abu Mansor

Timbalan : Dato' Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan : Dato' Liew Vui Keong
Timbalan : Dato' Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Menteri : Dato' Mustapa Mohamed

Timbalan : Dato' Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Menteri : Dato' Shahrir Abdul Samad

Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN

Menteri : Dato' Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan : Dato' Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Dato' Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN

Menteri : Dato' Ahmad Shabery Cheek

Timbalan : Dato' Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

Menteri : Dato' Shafie Apdal

Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Menteri : Dato' Dr. S Subramaniam

Timbalan : Dato' Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI

Menteri : Dato' Dr Maximus Ongkili

Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Menteri : Dato' Ong Ka Chuan

Timbalan : Dato' Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Dato' Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Menteri : Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak

Timbalan : Dato' Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Menteri : Dato' Seri Dr Rais Yatim

Timbalan : Dato' Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Menteri : Dato' Ismail Sabri Yaakob

Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri : Dato' Liow Tiong Lai

Timbalan : Dato' Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Menteri : Dato' Noh Omar

Timbalan : Dato' Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT

Menteri : Dato' Dr Ng Yen Yen

Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN

Menteri : Dato' Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri : Dato' Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Menteri : Dato' Zulhasnan Rafique

Timbalan Menteri : Dato' M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Menteri : Dato' Seri Khaled Nordin

Timbalan Menteri : Dato' Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Dato' Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Menteri : Dato' Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri : Dato' Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh

sambutan maulidur rasul......

tinggal beberapa hari lagi seluruh umat islam akan merayakan sambutan maulidur rasul... tapi agak menyedihkan apabila kurangnya promosi serta publisiti berhubung sambutan ini.... adakah masyarakat kini sudah lupa pada tarikh keramat ini?

SEJARAH MAULIDUR RASUL....

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.

Rasulullah s.a.w. telah dilahirkan di sini.

Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

HUKUM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

  1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."

  2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."

  3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.