Sana sini semua orang berbincangkan mengenai DEB? Apakah itu DEB? Masih relevankah DEB? Mengapa sesetengah pemimipin parti politik terlalu ghairah mempertahankan DEB?
Mari kita perhalusi apa itu DEB.....
DASAR EKONOMI BARU (DEB)(1970–1990)
PENGENALAN
Dasar pemerintahan Inggeris yang mengamalkan kaedah “divide and rule” atau pecah dan perintah telah menimbulkan implikasi yang buruk terhadap perpaduan masyarakatMalaysia. Pengelasan kaum mengikut jenis pekerjaan dansistem pelajaran yang berbeza telah mengurangkan tahap interaksi penduduk
PERISTIWA 13 MEI 1969
Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di
kuasa antara orang Melayu dengan orang Cina. Andaian yang dipegang selama ini ialah perimbangan kuasa berlaku kerana kuasa politik dipegang oleh orang Melayu dan kuasa ekonomi dipegang oleh orang Cina. Menurut beliau, kemenangan orang Cina yang menganggotai parti pembangkang DAP dan Gerakan telah menyebabkan orang Melayu merasakan bahawa imbangan kuasa mulai memihak kepada orang Cina. Kebimbangan ini diperkuatkan lagi dengan tindak-tanduk penyokong-penyokong Gerakan dan DAP yang terdiri daripada orang-orang Cina yang mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina kedudukan orang Melayu.
HASIL PENYIASATA N
Penyiasatan rasmi yang dijalankan mendapati bahawa antara punca yang mendorong timbulnya perasaan kebencian antara kaum ialah kerana kempen pilihan raya yang berlangsung selama 6 minggu (dianggap terlalu panjang). Semasa berkempen, calon-calon yang berucap telah menggunakan isu-isu berbentuk perkauman bagi meraih simpati daripada pengundi-pengundi serta memastikan kemenangan mereka. Ungkit-mengungkit dan tindakan mempersoalkan persetujuan-persetujuan yang telah dicapai antara para pemimpin semasa proses menuntut kemerdekaan telah diperkecil-kecilkan dan diputarbelitkan. Hak istimewa orang Melayu telah dipersoalkan seolah-olah semua rancangan kerajaan adalah untuk kepentingan masyarakat Bumiputera semata-mata. Persetujuan tentang bahasa kebangsaan dan dasar pelajaran kebangsaan yang telah dipersetujui semua pihak pada tahun 1956 juga telah diungkit semula seolaholah bahasa Cina dan Tamil tidak mempunyai tempat langsung dalam dasar tersebut. Di samping itu, kerakyatan rakyat bukan Melayu turut dipersoalkan. Kempen-kempen yang berjalan telah membangkitkan perasaan dan kebencian antara kaum dan akhirnya, perarakan kemenangan selepas pilihan raya umpama mancis api yang menyalakan emosi perkauman yang meluap sehingga mengakibatkan tercetusnya pertelingkahan kaum yang serius pada 13 Mei 1969.
TINDAKAN KERAJAAN
Peristiwa berdarah 13 Mei telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Pengisytiharan ini telah diwartakan dan berkuat kuasa pada 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan Sistem Kerajaan Berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong. MAGERAN berfungsi untuk:
a) mengembalikan keamanan dan undang-undang negara;
b) menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna;
c) mengembalikan suasana harmoni dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.
Bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, sebuah lagi organisasi penting telah ditubuhkan iaitu Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Hasil perbincangan dan pemerhatian yang dilakukan oleh Majlis Perundingan Negara, satu masalah ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Selain dari itu, Majlis Perundingan Negara juga telah bersetuju untuk membentuk Dasar Ekonomi Baru yang akan menjadi jentera bagi menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Kerajaan juga telah bersetuju untuk membentuk sebuah organisasi yang diberi nama Jabatan Perpaduan Negara yang bertanggunjawab untuk menyelaras kerja-kerja muhibah. Di samping Jabatan Perpaduan Negara, Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.
Dasar Ekonomi Baru ialah satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua yang bertujuan untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di Negara ini. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara. Menyedari
hakikat bahawa matlamat untuk mewujudkan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang bersatu padu hanya boleh dicapai sekiranya penduduknya menikmati pengagihan ekonomi yang seimbang, DEB telah dirancang dengan mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain. Di samping itu, DEB yang digubal juga mengambil kira keadaan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum. Wujudnya kemiskinan dengan sendirinya telah menimbulkan ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta. Sewaktu tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, masalah kemiskinan di
(i) pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
(ii) penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970. Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB tercapai, kerajaan telah
(i) Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar;
(ii) Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
(iii) Menambah dengan cepat bahagian rakyat
(iv) Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
Secara keseluruhanya DEB telah berjaya membawa perubahan dalam tempoh 20 tahun pelaksanaannya, khususnya dalam mencapai matlamat membasmi kemiskinan. Namun begitu, usaha untuk menyusun semula guna tenaga perlu diperhebatkan lagi kerana matlamat yang ditetapkan tidak tercapai sepenuhnya. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, kerajaan telah membentuk Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan kesinambungan pelaksanaan DEB.
Masihkah relevankan DEB ini? Sipakah yang selama ini (selepas 1990) yg merasai nikmat DEB? adakah anda sebagai rakyat biasa merasinya? Atau yg mendapat nikmat DEB ini hanya mereka yg berkedudukan dalam politik serta kroni2 mereka yg kini jadi kronik akibat DEB mahu dihapuskan di Penang????
0 comments:
Post a Comment