Hujung minggu lalu aku balik kampung lagi walaupun kesihatan aku masih kurang baik...
Ketenangan dapat aku rasai apabila melihat sawah padi yg menghijau... Terasa rindu pula untuk bermain lumpur disawah seperti zaman kanak-kanak dahulu... Meredah sawah padi mencari ikan sepat, keli dan haruan... Namun itu semua hanya tinggal kenangan sahaja... Sawah padi sekarang tidak lagi seperti dahulu, prosesnya sudah jauh berbeza dari dahulu. Namun yang tetap sama adalah kehijauannya yg menenangkan setiap jiwa yg melihatnya....
Kini setiap kali aku kembali ke kampungku akan aku gunakan setiap saat yang berharga itu untuk aku menatap keindahan alam ciptaan Allah s.w.t dan sesungguhnya aku berasa bersyukur kerana aku dilahirkan di sini. Walaupun kampungku ini tidaklah semaju kampung-kampung lain namun aku rasa adalah lebih baik ianya kekal begini. Biarlah anak-anakku tahu di sinilah ayah mereka dilahirkan dan dibesarkan. Di sawah inilah ayah mereka ini bermain lumpur, menangkap ikan, menjerat burung...
Rumahku...
Disinilah aku dilahirkan dan mengenal dunia. Disinilah aku membesar. Kini rumah ini seakan sepi... sepi kerana kami adik beradik semuanya kini tidak lagi tinggal disini. Masing-masing mempunyai komitmen masing-masing. Aku di Butterworth, Adik aku yang no.2 sudah berkahwin dan beli rumah di Bagan Serai. Manakala adik aku yang no.3, kerja di Ipoh. Akhir sekali adik aku yang bongsu menuntut UiTM Seri Iskandar. So, yang tinggal hanyalah abah dan mak sahaja di sini...
Wednesday, May 14, 2008
Balik kampung lagi...
Posted by miezanz at 8:58 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment