CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Friday, October 30, 2009

.::Terasa Rindu II::

Masih pasal rindu... ahahahahaha... kenapa tetiba ana jadi jiwang pulak? jawapannya semua pasal "Aku Budak Minang". Semalam, ana download e-book cerita nih maklumlah lepas tengok drama ni yang ana dah download rasa nak pulak baca semula komik nih yang dulu pernah jadi kegilaan ana. Cari punya cari akhirnya ana jumpa. dan malam tadi berkesempatanlah untuk mengulangkaji komik ni... Ntah mengapa tetiba mengalir air jernih dikelopak mata ana teringatkan kampung ana. Memang cerita ABM ni tak ada kena mengena dengan perjalanan hidup ana namun suasana sekeliling dalam cerita ABM memang dekat dengan ana.... Terasa nak balik kampung masa tu jugak namun terpaksa tangguh dulu sebab hujung minggu nih anak ana yang no.2 ada konvo...

kepada sesapa nak download e-book ABM boleh pegi kat SINI

Thursday, October 29, 2009

.::Terasa Rindu::.

Ntah mengapa tetiba terasa rindu sangat kat kampung ana. Terasa amat rindu. Dah hampir sebulan ana tak jenguk kampung. Terasa rindu kat abah dan mak... Terasa rindu pada kedamaian kampung dan terasa rindu pada teman-teman di kampung. Mungkin penangan drama bersiri "aku budak minang" yang bersiaran setiap selasa di TV2... membuatkan ana semakin rindu pada kampung....

Friday, October 23, 2009

.:: 1 Malaysia : Macam-Macam Ada!!!!!! ::.

Macam-macam perayaan sekarang nih. Rupanya 1 Malaysia pun ada hari raya jugak....

Wednesday, October 21, 2009

.::Hidayah: Penyakit Hati ~ Dengki::.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
" Penyakit dengki boleh membakar segala pahala kamu, sebagaimana api membakar kayu api ".
Daripada Abu Hurairah, Sunan Abu Dawud, Hadis no. 4257.

Jika kita berdengki, segala amalan solat, puasa dan segala pahala kita itu, Allah S.W.T berikan kepada orang yang kita dengkikan itu. Jadi, apa untungnya kita hendak berdengki khianat kepada orang lain walaupun kesan dari perbuatan itu boleh menguntungkan kita dalam jangka pendek, tetapi jangan kita lupa bahawa perbuatan itu b oleh menyebabkan kita rugi besar di akhirat kelak. Tidak ada pahala untuk kita sebaliknya dosa pula yang terkumpul. Di akhirat kelak, apa yang kita hendak lakukan dengan jumlah wang yang banyak? Pada ketika itu, bawalah sebanyak mana wang yang kita ada tetapi semuanya tidak laku. Di dunia inipun Ringgit Malaysia hanya sah laku di Malaysia sahaja; ia tidak laku di negara-negara lain. Sedangkan pahala ini adalah matawang akhirat. Oleh itu kita mesti membuat tukaran dengan apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini supaya ia menjadi pahala yang akan kita gunakan di akhirat kelak, Barulah kita tidak miskin hina di akhirat kerana kita memiliki matawang akhirat yang banyak iaitu pahala yang berlipat kali ganda jumlahnya.




Tuesday, October 20, 2009

.::Benarkan syarikat rokok taja kembali::.

IPOH - Kerajaan diminta membenarkan semula syarikat rokok menaja acara sukan bagi mengatasi masalah kewangan yang melanda persatuan-persatuan bola sepak negeri.

Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (gambar) berkata, langkah berkenaan sangat penting selepas banyak persatuan bola sepak negeri pada masa ini sering 'sesak'.

Mereka bukan sahaja kehilangan banyak punca kewangan malah tidak mampu menampung kos pengurusan berjumlah lebih RM3 juta setahun.

Katanya, sebelum ini sebuah syarikat rokok memberikan tajaan kira-kira RM40 juta setahun dan persatuan bola sepak negeri pula mendapat lebih kurang RM1 juta daripada tajaan tersebut.

''Saya akan membuat rayuan kepada kerajaan nanti supaya mempertimbangkan semula larangan tersebut kerana persatuan bola sepak negeri memerlukan pembelanjaan besar untuk pengurusan dan pembangunan sukan," katanya pada majlis jamuan Aidilfitri Maju Perak Berhad di sini, semalam.

Syarikat rokok itu menamatkan kontrak dengan FAM pada 2004 ekoran ketetapan Rangka Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) pada konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2003.

Melalui konvensyen yang disertai 192 negara termasuk Malaysia telah bersetuju semua anggota mengharamkan atau mengenakan sekatan terhadap pengiklanan, penajaan dan promosi tembakau.

Raja Ahmad Zainuddin yang juga Pengerusi Maju Perak Berhad berkata, walaupun WHO melarang syarikat rokok menaja acara sukan, masih ada pasukan bola sepak negara di dunia ini yang ditaja oleh syarikat pengeluar rokok.

''Lagipun, saya melihat penjualan tembakau tidak diharamkan dan saya tidak nampak sebab kenapa kerajaan tidak boleh mempertimbangkan semula larangan berkenaan," katanya.

Di samping itu, beliau mencadangkan kerajaan supaya memberikan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat swasta yang menaja sukan seperti yang diamalkan di negara-negara maju.

Katanya, langkah tersebut dapat menggalakkan penglibatan syarikat swasta dalam pembangunan sukan negara.

''Pada masa ini, syarikat swasta keberatan untuk menaja sukan kerana tidak diberikan pengecualian cukai. Ini bermakna mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak dua kali jika menaja sukan," katanya.

sumber: Utusan Malaysia

miezanz: Apa nak jadi dengan sukan kita. Kalau dah dulu diputuskan tiada penajaan oleh syarikat rokok dan arak kenapa sekarang nak dibenarkan pulak? Persoalannya kenapa syarikat swasta lain tidak berminat? FAM kena tengok balik mutu bolasepak negara....

Friday, October 16, 2009

.::Syawal:Elak Sifat Dengki Dengan Ucapan Tahniah::.

Dalam perkara yang menggembirakan hati sahabat, sayogia sebagai seorang kawan berkongsi rasa sukacita serta menyatakannya dengan lisan.

Erti bagi suatu persahabat ialah beri saham simpati semasa kejayaan gembira dengan tahniah, dan semasa dukacita dengan ucapa takziah.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud " Apabila kamu sayang kepada seorang kawan, hendaklah kamu katakan padanya." Gunakan ungkapan kata yang indah supaya dia merasa hidup tidak keseorangan, mempunyai teman, sahabat dan ada kawan yang bersimpati dengannya.

Apabila kita membuat pengakuan kasih padanya, suatu masa apabila berlaku situasi suram maka kita tidak cepat bersengketa dengannya. Ini kerana perkataan kasih yang pernah diungkapkan dorong suburkan persahabatan.

Islam mengajar supaya menzahirkan kata kasih mesra kepada kawan, keran cara itu menambah erat dan hormat hubungan dengan orang lain.

Andai dia tahu kita sayang padanya, dia mestibersikap demikian juga terhadap kita. Sentialah kasih itu semakin bertambah antara kedua-dua pihak kian berlipat ganda.

Sesungguhnya kasih mesra ssesama orang mukmin adalah sangat dituntut oleh syarak dan disukai oleh agama, lantaran itu Nabi s.a.w mengajar kita dengan sabdanya yang bermaksud, " Bertukar-tukarlah hadiah antara kamu nescaya menyuburkan kasih sayang".
Sungguh jelas nasihat Nabi S.A.W, iaitu jika saling berhadiah akan menyuburkan kasih sayang, dengan sendiri akan menjauhkan daripada perbalahan dan perseteruan satu sama lain.

Thursday, October 15, 2009

.::Kartun Zunar: Idea diterima::.

Beberapa minggu lalu, Saudara Zunar, minta sumbangan idea melalui facebook. So, ana berilah dia idea agar dia buat kartun berkisar dengan team F1 Malaysia yang kebetulan baru sahaja dilancarkan oleh DS Najib. Ana sekadar memberi cadangan tak sangka pula idea ana diterima dan tersiar di dalam Malaysiakini. Terima kasih kepada saudara Zunar...

gambar disedut dari Facebook. (Klik pada imej untuk paparan yg lebih besar)

Tuesday, October 13, 2009

.::Hidayah:Kompilasi Tafsir al-Quran::.

Lunch break tadi ana sempat singgah sekejap di kedai buku untuk cari buku sebab buku yang sedang ana baca dah nak habis. Belek punya belek dan akhirnya ana sambar buku yang bertajuk Hidayah karya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berikut sedikit ringkasan buku ini oleh pihak penerbit (Anbakri Publika)

Hidayah adalah petunjuk atau disebut guidance jika dialih ke bahasa Inggeris. Diksi Hidayah banyak dirakam di dalam al-Quran, antaranya:

Maksudnya: Sesungguhnya Al-Quran ini memberi hidayah ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (Surah al-Isra’:9)

Firman Allah SWT,

Maksudnya: “Tunjukkanlah kami jalan yang lurus(hidayah).” (Surah al-Fatihah :6)

Dikisahkan ketika Rasulullah SAW pernah menggariskan pada tanah suatu garisan. Kemudian Rasulullah membuat garis-garis yang bercabang daripada garisan induk tersebut. Lalu baginda membacakan ayat al- An’am ayat 153. Maksudnya: “Dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus maka ikutilah ia, dan janganlah kamu ikut akan jalan-jalan yang lain, kelak ia akan memecah belahkan kamu.”

Jelas di sini, hidayah adalah milik Allah dan ia diberikan kepada sesiapa yang Dia ingini. Setiap hamba wajar memohon dikirimkan hidayah agar setiap tindak tanduk sentiasa di dalam pimpinan dan rahmat Allah. Naskhah HIDAYAH adalah kompilasi tafsir al-Quran yang menautkan fikrah Tuan Guru Nik Abd Aziz.

Petikan dari Surah Yunus ayat ke-15 bermaksud: Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata berkatalah orang-orang yang tidak ingat bahawa mereka akan menemui Kami (untuk menerima balasan): “Bawalah al-Quran yang lain daripada ini ataupun tukarkanlah dia.” Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berhak menukarnya dengan kemahuanku sendiri; aku hanya tetap menuntut apa yang diwahyukan kepada aku sahaja. Sesungguhnya aku takut jika aku menderhaka kepada Tuhanku akan azab hari yang besar (soal jawabnya).

Nah, ini adalah bukti bahawa hidayah itu kadang kala telah datang menyapa kita, namun kita tegar membuang dan menepisnya dengan mencipta pelbagai alasan. Betapa cintakan dunia telah memalingkan hati dan fikiran insan untuk mendakap hidayah. Atas rasa kesedaran dan ingin memberi peringatan kepada sesama muslim, tercetusnya kompilasi Tafsir al-Quran dari surah Yunus, al-Hadid dan Munafiqun untuk lumati lalu dicernakan melalui amal yang didasari ketakwaan.

Anda pasti tersentuh tatkala mencicip tajuk demi tajuk seperti Para Nabi Allah Bukan Tukang Sihir, Politik Lain, Agama Lain?, Rakyat dan Kerajaan Mukmin, Negara Stabil, “Bawakan Aku KItab yang Lain”, Selarikan Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat dan Perhimpunan Mega di Padang Mahsyar. Apa yang mengujakan, metod yang dibawa oleh Tuan Guru sarat hidangan pelbagai analogi yang bersesuaian dengan realiti semasa. Ia asas kefahaman yang menerajui setiap kupasan ayat-ayat suci al-Quran dengan sokongan sunah nabawiah.

Hidayah…Tuhan kurniakan kepada sesiapa yang Dia ingini! Raihlah hidayah, barangkali ia ada disekeliling anda…

Friday, October 9, 2009

.::09~10~09: Terima Kasih Atas Ingatan::.

Pada kesempatan ini ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat, kawan-kawan, teman-teman serta semua atas ingatan dan ucapan serta doa selamat ulangtahun kelahiran ana ke-35 pagi tadi... Semoga Allah merahmati kita semua.

Image Hosted by ImageShack.us


sehingga 10.30 pagi

Thursday, October 8, 2009

.::Syawal:Peringatan oh Peringatan::.

Semakin hari semakin hampir. Itulah posting ana dalam fesbuk pagi-pagi tadi. Tentunya ada yang tertanya-tanya apa yang saya maksudkan dan ramai juga yang "just ignore" apa yang dicoretkan. Apa yang hampir? Banyak yang sedang menghampiri ana ketika ini. Antaranya adalah hari ini adalah hari ke-6 ana berpuasa sunat syawal (maknanya dah nak settle), hari ni 8 Oktober bermakna lagi sehari lagi untuk sambut ulangtahun ke 35.

Pagi-pagi tadi juga semasa di dalam bilik air, ana terpandang sehelai uban di rambut, "emmm satu peringatan bahawa detik kematian semakin hampir", bisik hati. Apa nak dikisahkan sangat dengan sehelai uban tu kerana sudah ramai sahabat-sahabat ana yang dah beruban walaupun seusia dengan ana. Lagipun ana jarang ada rambut, selalunya setiap minggu ana akan mencukur kepala ana cuma hujung minggu lepas tak sempat kerana ana tak pulang ke Perak (di sana lebih murah).

Wednesday, October 7, 2009

.::Bagan Pinang: Release Tension::.

Hari ni dah masuk hari ke 18 Syawal... Ana baru berpuasa 5 hari (termasuk hari ini). hari ni ana x mau cerita benda-benda yang berat. So ana nak ajak sahabat semua untuk senyum sikit bagi turun sikit tension tu...

.::LAWAK SAMDOL::.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Tuesday, October 6, 2009

.::Bagan Pinang: Benarkah Azeez Kena Tumbuk::.

Sumber disedut dari HarakahDaily.Net

Bukti bergambar, Azeez bukannya ditumbuk!

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Benarkah Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan baru-baru ini?

Laporan Azeez yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini membuktikan sebaliknya.

Ustaz Idris dalam kenyataannya, membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azeez adalah tidak benar apabila mendedahkan tiga keping gambar yang menunjukkan situasi sebenar semasa hari pencalonan tersebut.

(Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS)

"Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

"Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

(Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS)

"Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis,"jelasnya.

Tambahnya,ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

"Rakaman gambar yang dibuat menunjukkan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

"PAS mahu Azeez meminta maaf kepada rakyat Bagan Pinang dan seluruh negara atas pembohongan yang beliau lakukan. PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat,"tegas beliau sambil menambah bahawa rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon.

(Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden)

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa Azeez hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon semalam.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Sebelum ini, Azeez mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang pagi ini.

Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu.

"Yang saya tahu, lebih daripada sembilan orang kerumuni saya. Saya terima lebih daripada 20 tumbukan," katanya ketika dihubungi oleh sebuah akhbar portal. - mks.

Monday, October 5, 2009

.::Syawal: Indonesia tolak bantuan Malaysia kerana hasil PERJUDIAN!!::.

TERKAIT JUDI, WARGA SUMBAR TOLAK BANTUAN PEMERINTAH MALAYSIA
Harian Kota, 2 Oktober 2009

JAKARTA - Berbagai bantuan telah mengalir dan mulai menumpuk di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat sejak Kamis lalu, hal ini cukup mengganggu kepadatan traffic di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, yang sudah cukup tinggi dan mengakibatkan sejumlah penerbangan mengalami delay. Bahkan pesawat yang ditumpangi Menteri Kesehatan Siti Fadilah Supari dan Menko Kesra Aburizal Bakrie sempat tertahan di udara Padang selama beberapa jam.

Namun ada yang menarik dari tumpukan bantuan tersebut, yaitu dipisahkannya bantuan dari Pemerintah Malaysia dengan bantuan dari negara-negara lainnya, hal ini di sebabkan karena adanya penolakan bantuan dari Pemerintah Malaysia dikarenakan alasan sumber dana Judi.

"Kami sangat berterimakasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia, namun karena dibeberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan judi, kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah malaysia dengan bantuan negara lain, akan tetapi banyak juga bantuan dari perkumpulan warga minang di Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak" ujar Kepala Distribusi Bantuan Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan Budi S Ervan.

Seperti diketahui Pemerintah Malaysia memiliki fasilitas perjudian terbaik dan terlengkap di Asia Tenggara dengan omset pendapatan 4 Milliar Dollar/tahun bernama Genting Highland, dan hal tersebut dinilai warga Sumatra Barat sangat bertolak belakang dengan budaya Muslim negeri Jiran tersebut.

Bantuan Pemerintah Malaysia berupa Mie Instan, Selimut, Tenda dan obat-obatan terlihat dibiarkan menumpuk di sisi kiri bandara Minagkabau dan sangat menggangu lalulintas bantuan korban gempa.

"Bantuan dari Negara Jepang yang tiba lebih dulu berupa 2500 Genset, 500 Tenda, 25 Instalasi penyaringan air, 400 Toilet portable dan 10 Kontainer Rumah Sakit Mini sudah kami sebarkan di 6 Kabupaten, sedang dari Pemerintah Amerika, Brasil, Jerman, Filipinna, Brunai, Australia, Thailand, Vietnam dan Russia berupa Beras, obat-obatan, tenda, selimut, bahan makanan, instalasi air yang total keseluruhan berjumlah sekitar 28.000 ton akan tiba mulai hari ini, kami berusaha berkadinasi Barkorlak dan Palang Merah Internasional untuk penyediaan tempat penyimpanan dan penyalurannya" ujar Budi S Ervan.

Harian Kota, Jumat (2/10/2009).

.::Syawal: Riadah / Santai Hujung Minggu Part II::.

Semasa anak-anak asyik bermain dengan air ana ambik kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Alhamdulillah keadaan alam di sini masih lagi terpelihara...





















.::Syawal: Riadah / Santai Hujung Minggu::.

Minggu ni ana tak balik ke Perak. Maklumlah minggu raya dah seminggu ana bercuti di kampung. Jadi minggu ni ana bawa anak-anak dan isteri beriadah di Taman Bandaran a.k.a Youth Park Penang. Alhamdulillah cuaca hari tu baik so dapatlah anak-anak ana main sepuas-puasnya..






















(KLIK IMEJ UTK BESARKAN)



to be continue....