CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, November 10, 2009

.::Perlu Banyak Bersabar::.

Sejak dua tiga menjak nih ana rasa macam tak sabar saja. Tak sabar kerana apa? Sebenarnya benda ni dah lama ana pendamkan saja. Selama ni ana buat-buat tak kisah saja walaupun hati meronta-ronta. Kekadang tu memang meluap-luap rasa hati tapi ana pendamkan sahaja perasaan itu.

Itu dulu. Tapi dalam seminggu dua ni perasaan itu datang kembali lebih-lebih lagi ada pulak sorang dua kawan asyik meracuni jiwa ana. Lagipun kali ini harapan ana untuk melepaskan geram yang selama ini membungkam di jiwa ana berkemungkinan dapat ana realisasikan berdasarkan masa dan keadaan... Moga-moga Allah memberikan kekuatan kepada ana...

Apakah yang membuat ana geram? Kepada sahabat-sahabat yang ingin tahu harap bersabar. Apabila semua dah selesai ana akan beritahu kelak. Bukan ana taknak beritahu sekarang cuma kalau ana beritahu sekarang takut tak jadi pulak... Apa-apapun doakanlah semoga ana berjaya... Doa kalian amat-amat ana harapkan...