CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Monday, March 15, 2010

.::Lompat Si Katak Lompat: Part II ~ Munajat Rakyat::.

Sabtu lepas selepas penat membantu di rumah kenduri sahabat ana (Imam Masjid Kubang Boya) ana bergegas pula untuk balik ke kampung. Memang agak memenatkan. Mata mengantuk, badan terasa sengal-sengal. Perjalanan balik ana hanya pandu separuh jalan sahaja kerana rasa mengantuk yang amat sangat.

Setiba di Bagan Serai sudah hampir ke waktu Maghrib, baru ana teringat untuk semak beberapa SMS yang masuk tadi ana ignore sahaja kerana mata terlalu mengantuk. Belek2 SMS diterima, terpandang SMS dari Al-Banjari... "Solat Hajat di Balai Tassawur" ana terus capai camera dan berdoa agar selamat tiba dan sempat berjemaah disana.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Program dimulakan dengan penerangan/ penjelasan isu semasa oleh Ustaz Ahmad Awang. Mendengar penjelasan yg diberikan barulah ana tahu siapa itu Hj. Mohsin. Malam itu juga Ustaz Ahmad Awang turut menjelaskan tentang solat hajat yang hangat diperkatan di media arus perdana. Kata Ustaz Ahmad Awang, "saya tak kata nak buat solat hajat untuk minta Allah turun bala ke atas Mohsin, itu mufti yang kata. Kita solat hajat untuk Allah turunkan hukum (perintah) ke atas Mohsin setimpal dengan apa yang telah dia lakukan... " Maka jelaslah bahawa sekali lagi media arus perdana menjadi ejen kepada UBN.

Image Hosted by ImageShack.us

Majlis malam tu turut memberi peluang kepada 2 orang ADUN Pakatan Rakyat (Selinsing dan Semanggol) menjelaskan siapa sebenarnya Mohsin...

Image Hosted by ImageShack.us

Solat hajat akan diadakan setiap malam hingga cukup 7 malam... (kalau ana kat tempat Mohsin dah tentu kecut perut)... Dalam asyik ana mendengar penerangan, tetiba ana terpandang seraut wajah yang memang mencuri hati... siapa kah gerangannya? tungguuuu

Image Hosted by ImageShack.us