CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, December 31, 2008

.::Amalan Sunnah Dalan Bulan Muharram::.

Pendahuluan : Definisi bulan Muharram :

Al-Muharram atau bulan al-Muharram ialah bulan pertama dalam tahun Islam. Dinamakan sedemikian kerana orang arab jahiliyyah mengharamkan peperangan dalam bulan tersebut.(Lisan al-Arab, 2/845)
Walaupun orang arab jahiliyyah sesat dan kafir, mereka tetapi mengagungkan semua bulan-bulan ‘haram’. Sehinggakan jika seorang lelaki arab bertemu dengan pembunuh ayahnya di bulan-bulan ini, dia tidak akan membunuhnya.
Ia juga dinamakan ‘shahrullahilmuharram’ iaitu Muharram bulan Allah. Antara hikmah dinamakan sedemikian ialah:
1- Ianya bulan ‘haram’ yang pertama.
2- Rasulullah s.a.w. menamakannya sedemikian. (Hasyiat al-Suyuti ‘ala Sunan al-Nasa’i, 3/206)
3- Bagi tujuan mengagungkannya.(Lisan al-Arab, 2/845)

Amalan Sunnah dalam bulan Muharram:

1- Mengagungkan bulan Muharram.
عن أبي بكرة - رضي الله-عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ((إن الزمان قد استدار كهيئته يوم خلق الله السماوات والأرض ، والسنة اثنا عشر شهراً ، منها أربعة حرم : ثلاث متواليات ذو القعدة وذو الحجة والمحرم ، ورجب مضر الذي بين جمادى وشعبان )) الحديث . متفق عليه: رواه البخاري في صحيحه المطبوع مع فتح الباري (10/7) كتاب الأضاحي ، حديث رقم ( 5550) ، ورواه مسلم في صحيحه (3/1305) كتاب القسامة ، حديث رقم (1679).

Maksudnya: Daripada Abu Bakrah r.a. daripada Nabi s.a.w., sabdanya [Sesungguhnya zaman telah kembali kepada keadaan asalnya seperti hari Allah menjadikan langit dan bumi. Satu tahun ada dua belas bulan. Di antaranya empat bulan haram; tiga berturut-turut iaitu Zul Kaedah, Zul Hijjah dan Muharram serta satu berasingan iaitu Rejab yang lebih dihormati oleh Kabilah Mudar antara bulan Jamadil Akhir dan Sya‘ban.]

Antara cara mengagungkan bulan Muharram ialah dengan tidak berperang dan tidak terlibat dalam perkara yang mencetuskan peperangan.


2- Memperbanyakkan puasa pada bulan Muharram:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أفضل الصيام بعد رمضان شهر اللّه المحرّم، وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل)). أخرجه مسلم في الصيام (1163).
Maksud: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda [Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa Muharram bulan Allah. Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat malam.]

3- Puasa hari ‘Asyura:
‘Asyura berasal daripada perkataan ‘asyirah yang bermaksud kesepuluh. (Fathul Bari, 4/245)

3.1- Hukum puasa Asyura‘.

Puasa Asyura‘ adalah wajib sebelum kefardhuan puasa Ramadhan.
حديث عائشة رضي الله عنها قالت: كان يوم عاشوراء يوما تصومه قريش في الجاهليّة, وكان رسول اللّه صلى الله عليه وسلم يصومه، فلمّا قدم المدينة صامه وأمر النّاس بصيامه، فلمّا فرض رمضـان قال: ((من شـاء صامه، ومن شاء تركه) أخرجه البخاري في الصوم (2002)، ومسلـم في الصيام (1125).

Maksud: berkata Aisyah ‘Orang Quraisy pada zaman Jahiliyyah berpuasa pada Hari Asyura‘. Rasulullah juga berpuasa pada hari tersebut. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa pada hari itu. Apabila difardhukan puasa Ramadhan, Baginda bersabda [Sesiapa yang mahu dia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu dia boleh meninggalkannya]’.

3.2- Hikmah puasa Asyura‘.

Hari Asyura’ ialah hari di mana Allah telah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan kaumnya dari Fir‘aun dan bala tenteranya. Lalu Nabi Musa berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t. Maka Nabi Muhammad berpuasa pada hari itu dan memerintahkan umatnya berpuasa sama dan baginda bersabda [Kami lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu]. Muttafaq ‘alaih (al-Bukhari Kitab al-Saum, No. 2004 dan Muslim Kitab al-Siyam, No 1130).

3.3- Menggandingkan puasa sehari sebelum atau selepas puasa asyura‘.
عن ابن عبّاس رضي الله عنهما قال: لمّا صام رسول اللّه صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول اللّه، إنّه يوم تعظّمه اليهود والنّصارى, فقال: ((إذا كان عام المقبل إن شاء اللّه صمنا اليوم التّاسع))، قال: فلم يأت العام المقبل حتّى توفّي رسول اللّه صلى الله عليه وسلم أخرجه مسلم في الصيام (1134).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, ‘Apabila Rasulullah berpuasa pada hari Asyura‘ dan memerintahkan umatnya berpuasa sama, mereka berkata ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya ini adalah hari yang dimuliakan oleh orang yahudi dan Nasrani.’ MakaBagindabersabda [Sekiranya datang tahun depan, insyaAllah, kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan]’. Ibnu Abbas berkata, ‘Akan tetapi Rasulullah s.a.w. telah wafat sebelum ketibaan tahun itu’.

عن ابن عباس مرفوعاً: ((صوموا يوم عاشوراء وخالفوا فيه اليهود؛ صوموا قبله يوما أو بعده يوما)) رواه أحمد في مسنده (1/241).
Maksud: Berpuasalah kamu pada hari Asyura‘ dan berbezalah dengan orang Yahudi dengan berpuasa sehari sebelum atau selepasnya.

3.4- Puasa asyura‘ pada hari Sabtu.
Terdapat dua bentuk hadith dalam persoalan ini seperti berikut :

(1) Hadith yang melarang puasa pada hari Sabtu kecuali puasa wajib sahaja.
عن عبد الله بن بسر، عن أخته الصماء أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((لا تصوموا يوم السبت إلا فيما افترض عليكم، وإن لم يجد أحدكم إلا لحاء عنب أو عود شجرة فليمضغه)) أخرجه أحمد (4/189)، وأبو داود في الصوم (2421)، والترمذي في الصوم (744)، والنسائي في الكبرى (2759)، وابن ماجه في الصيام (1726) وغيرهم.

Maksudnya : Daripada Abdullah bin Busr daripada saudara perempuannya al-Samma’ bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda [Jangan berpuasa pada hari Sabtu kecuali yang difardhukan ke atas kamu. Sekiranya seseorang daripada kamu tidak mendapati keculi daun angggur yang kering atau kulit kayu, hendaklah dikunyahnya.]

(2) Hadith yang membolehkan puasa hari Sabtu secara umum.

وحديث أبى هريرة: نهى النبي صلى الله عليه وسلم عن صوم يوم الجمعة إلا مقرونا بيوم قبله أو يوم بعده، فاليوم الذي بعده هو يوم السبت.

Maksudnya : Rasulullah s.a.w. melarang puasa pada hari Jumaat kecuali bersama sehari sebelumnya (Khamis) atau sehari selepasnya (Sabtu).

Berdasarkan pekara ini, terdapat dua pendapat dalam masalah ini iaitu :
(1) Tidak boleh berpuasa Asyura’ pada hari Sabtu berdasarkan hadith pertama.
(2) Boleh berpuasa Asyura’ pada hari Sabtu berdasarkan hadith kedua.

3.5- Menggabungkan niat puasa Asyura’ dengan puasa qada’ atau nazar.

Sekiranya seseorang itu menggabungkan niat puasa hari Asyura‘ dengan puasa qada’, nazar atau kaffarah maka dia mendapat pahala puasa yang lebih utama.
Puasanya sah, tetapi pahala yang diperolehi ialah puasa wajib (qada’, nazar atau kaffarah) dan bukannya puasa Asyura‘.

3.6- Adakah perlu qadha kepada sesiapa yang berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh kemudian setelah itu didapati hari tersebut bukanlah hari Asyura?
Syeikh Ibn Baz berkata: Tidak perlu qadha dan Inshallah dia mendapat pahala penuh dengan berpuasa pada dua hari itu kerana sangkaannya bahawa hari tersebut adalah hari yang ke sembilan dan kesepuluh berdasarkan kalendar.

3.7 - Dalam keadaan dia mengetahui pada hari kedua yang disangkanya hari asyura pada hal besoknya baru hari asyura, maka adakah dia perlu berpuasa pada pada hari ketiga?
Berkata Ibn Baz: Yang lebih baik untuknya ialah menyambung puasa sehingga hari yang diyakini sebagai hari asyura tetapi sekiranya dia tidak berpuasa, maka tidak mengapa dan dia terlepas puasa hari yang kesepuluh.

Antara bid‘ah-bid‘ah pada hari Asyura’:

1. Bid’ah kesedihan dan mengambil hari Asyura sebagai hari berkabung. Ini adalah bid’ah yang dilakukan oleh golongan Rafidhah (Shi‘ah) pada hari tersebut.
2. Bid’ah kegembiraan dan mengambil hari hari asyura sebagai hari raya. Ini pula adalah bid‘ah golongan Nawasib (yang menentang Ali al-Bait).
3. Mengkhususkan hari tersebut dengan nengeluarkan zakat.
4. Menziarahi Kubur pada hari tersebut.
5. Menyediakan bubur Asyura’.


.::WASPADA SAMBUTAN TAHUN BARU::.

KEHADIRAN tahun baru dilihat sebagai satu hari perayaan yang disambut dengan pelbagai upacara yang kebiasaannya menelan perbelanjaan yang besar. Orang ramai diajak berkumpul di tempat-tempat yang tertentu sama ada secara terbuka mahupun tertutup dan mereka disajikan dengan pelbagai program hiburan yang mengasyikkan serta bertentangan dengan syarak.

Bahkan di sesetengah perhimpunan tersebut ia dicemari dengan aksi pergaulan bebas di antara kaum lelaki dan perempuan, pesta tari-menari, penggunaan pakaian yang menjolok mata bahkan adakalanya minuman keras turut disajikan sambil masing-masing menunggu kedatangan detik 12 malam yang menunjukkan masuknya tahun baru.

Maka sorak-sorai serta jerit-pekik gembira bergema apabila jam tepat menunjukkan pukul 12. Hiburan-hiburan berunsur maksiat ini akan berterusan sehingga ke pagi hari. Ini sebenarnya budaya kaum yang ingkar kepada perintah Allah yang telah menjadi ikutan muda-mudi Islam pada masa ini.

Budaya sebegini begitu giat dipropagandakan di negara-negara Islam melalui serangan ideologi oleh musuh-musuh Allah agar umat Islam terpesong daripada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Hakikatnya, kita telah diperingatkan tentang niat buruk golongan ini melalui Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)." (al-Baqarah: 120)

Malangnya terdapat di kalangan umat Islam yang tidak mengendahkan peringatan tersebut dan ramai yang bukan sekadar terlibat dalam upacara sambutan tahun baru ini malah ada juga yang menganjurkan, mempromosikan dan menggalakkan sambutan hari tersebut. Sebenarnya terdapat banyak sekali dalil-dalil daripada al-Quran mahupun sunah yang melarang perbuatan menyerupai tingkah-laku kaum yang menolak agama Allah di dalam perkara yang menjadi sifat dan khusus bagi mereka. Termasuk dalam perkara seumpama ini adalah meniru mereka dalam menyambut hari-hari perayaan dan pesta-pesta mereka.

Setiap sambutan yang dikhususkan pada hari tertentu dan sambutannya berulang-ulang setiap tahun serta diagung-agungkan oleh orang-orang bukan Islam maka ia termasuk dalam kategori hari-hari perayaan yang terlarang bagi umat Islam menyambutnya. Apatah lagi umat Islam mempunyai hari-hari perayaan tersendiri yang diredai oleh Allah SWT dan ia membatalkan seluruh hari-hari perayaan lain yang tidak disyariatkan.

Daripada Anas bin Malik r.a, dia berkata: "Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) pada masa jahiliah, maka Baginda bersabda: "Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri." (riwayat Imam al-Nasa'i di dalam Sunannya no: 959)

Daripada Tsabit bin Al-Dhahhak r.a bahawasanya dia berkata: Seorang laki-laki telah bernazar pada masa Rasulullah SAW untuk menyembelih unta sebagai korban di Buwanah. Lalu dia mendatangi Rasulullah SAW lalu berkata: Sesungguhnya aku telah bernazar untuk menyembelih unta sebagai korban di Buwanah. Lalu Nabi SAW bertanya: Apakah di dalamnya terdapat salah satu daripada berhala-berhala Jahiliah yang disembah? Mereka menjawab: Tidak. Baginda bertanya lagi: Apakah di dalamnya terdapat salah satu dari hari-hari besar mereka? Mereka menjawab: Tidak. Rasulullah SAW bersabda: Tepatilah nazarmu kerana tidak perlu menepati nazar di dalam berbuat maksiat kepada Allah dan di dalam hal yang tidak dipunyai (tidak mampu dilakukan) oleh manusia. (riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya no: 3313)

Lihatlah bagaimana berhati-hatinya Rasulullah agar kita tidak membuat sesuatu perkara yang bersamaan dengan tarikh hari-hari perayaan golongan yang syirik kepada Allah.

Tentu sekali menyambut hari-hari besar musuh-musuh Allah seperti pesta sambutan tahun baru bersama mereka di seluruh dunia memiliki implikasi yang lebih berat di sisi syarak.

Umat Islam dilarang mengikuti budaya-budaya sesuatu kaum yang bertentangan dengan syarak dan sesiapa yang meniru budaya tersebut maka di akhirat kelak mereka akan tergolong bersama-sama dengan kaum yang memusuhi Allah tersebut. "Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya no: 3512)

Tambahan pula Allah SWT telah menjadikan kelompok-kelompok yang ingkar kepada perintah-Nya memiliki hubungan yang akrab di antara satu sama lain. Maka keterlibatan orang-orang Islam dalam upacara-upacara golongan yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya menunjukkan mereka telah menjadi sebahagian daripada kelompok yang zalim tersebut sebagaimana ditegaskan dalam surah al-An'am ayat 129.

Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan terlarang yang menyerupai kaum yang memusuhi Allah, ia sebenarnya secara tidak langsung menampakkan seolah-olah kita kagum dengan golongan yang ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengagung-agungkan budaya mereka. Sikap sebegini dicela oleh Allah SWT melalui firman-Nya: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. (al-Mujaadalah: 22)

Seperti yang telah sedia maklum, upacara-upacara sambutan tahun baru ini kebanyakannya adalah pesta-pesta yang dipenuhi dengan perkara-perkara yang berunsur maksiat dan Allah SWT telah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang berpesta di atas muka bumi ini dengan perbuatan-perbuatan terlarang. Ini dijelaskan dalam surah Ghaafir ayat 75.

Berdasarkan paparan yang telah dikemukakan di atas, maka tidak boleh hukumnya seorang Muslim untuk menganjurkan, menghadirkan diri, mempromosikan ataupun membantu mengadakan perayaan-perayaan hari-hari besar yang tidak ada landasannya dalam Islam seperti sambutan tahun baru. Ini kerana ia termasuk perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti dalam surah al-Maaidah ayat 2.

Pun begitu, tidaklah pula menjadi kesalahan sekiranya setiap kali munculnya tahun baru, seseorang Muslim itu melakukan muhasabah terhadap apa yang telah berlaku dalam hidupnya dan berusaha untuk membuat perancangan dalam memperbaiki apa jua kelemahan yang ada dalam diri masing-masing.

Oleh itu, apabila tibanya tahun baru maka tidaklah dilarang untuk seseorang itu menanamkan azam baru yang positif serta selari dengan syarak dan hendaklah pula dia bersungguh-sungguh untuk memastikan azam tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar angan-angan.

Apa yang lebih baik, umat Islam mengutamakan tahun baru hijrah menurut kalendar yang telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dalam menetapkan azam baru ini. Penggunaan kalendar hijrah ini juga lebih wajar untuk diperluaskan dalam urusan-urusan harian seluruh umat Islam. Hendaklah umat Islam merasa bangga terhadap agama Islam yang dianutinya serta syiar-syiar yang berkaitan dengannya.

Janganlah kita menjadi umat yang tidak mempunyai pegangan, lantas mudah terikut-ikut dengan budaya-budaya asing yang cuba ditanamkan dalam masyarakat kita dengan tujuan untuk menjauhkan kita daripada jalan yang lurus lagi diredai Allah.

Hindarkan diri kita daripada menjadi ejen-ejen yang mempopularkan gaya hidup musuh-musuh Islam serta memasyhurkan budaya-budaya kuning mereka sehingga ia mengalahkan atau menggantikan cara hidup dan akhlak-akhlak yang Islamik.

*Sumber: Utusan

Tuesday, December 30, 2008

.::Hudud : Salahkah Pas Perjuangkannya???::.

Kita mulakan dengan sejarahnya. Sebahagian besar adalah dari rujukan buku "Hudud Hukum dan Perlaksanaan" oleh Prof Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail terbitan Karya Bestari Sdn. Bhd. Ianya amat sesuai sebagai satu bahan rujukan terutamanya kepada mereka yang suka bercakap tentang Hudud tetapi hanya sedikit sahaja pengetahuan tentangnya. Maka hasilnya lebih banyak mengelirukan terutama yang kurang faham tentang hukum hakam Agama Islam dan menyebabkan orang bukan islam emandang dari sudut yang negatif.

Sebelum kedatangan Islam, undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia (Tanah Melayu) ialah undang-undang adat Melayu yang kuat dipengaruhi oleh unsur-unsur hindu dan animisme. Apabila kedatangan Islam, undang-undang tersebut diubahsuai dengan memasukan unsur-unsur Islam dari masa ke masa. Catatan terawal berkaitan perlaksanaan undang-undang Islam ini adalah apa yang dicatatkan pada Batu Bersurat yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu pada 1898.

Inskripsi tersebut dipercayai bertarikh bertarikh 17 Rejab 702H bersamaan 22 Februari 1303. Antara catatannya adalah berhubung kesalahan zina dan hukumannya.
Pada Batu Bersurat tersebut tercatat "Orang berbuat balacara lelaki perempuan setitik Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang perlu seratus rotan. Jika merdeka beristeri atau perempuan bersuami ditanam hingga pinggang dikembalang dengan batu matikan".

Kemudian muncul pula Undang-Undang Melaka yang ditulis pada sekitar 1523-1524, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Walaupun pada asasnya undang-undang tersebut adalah undang-undang adat namun pengaruh Islam jelas dan ketara sekali. Selain mengandungi ungkapan-ungkapan berasaskan Islam seperti "Hukum Allah" dan sebagainya, peruntukan-peruntukan yang terdapat didalamnya jelas sama dengan apa yang terdapat dalam kitab-kitab Feqah.

Seperti juga Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Pahang ditulis pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafar Muhyiddin Shah (1592-1616), Undang Undang Johor pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Al-Ghazi bin Abdul Jalil Shah (1203), begitu juga dengan Undang-Undang Kedah (1211) diikuti dengan undang-undang Negeri Sembilan dan Perak. Semuanya terdapat peruntukan-peruntukan kesalahan Hudud.

Ini telah menunujukan bahawa undang-undang Islam telah dilaksanakan dan diterima pakai di negara ini. Sama ada dilaksanakan sepenuhnya atau sebaliknya bukanlah persoalannya. Apa yang penting ia telah diterima oleh pemerintah dan dan rakyat demi kebaikan bersama.

Segalanya berubah apabila kita mula dijajah, bermula dengan Portugis pada 1511 dan berakhir dengan Inggeris pada 1957 undang-undang tersebut telah turut dijajah dan digubah mengikut selera penjajah.

Inggeris telah menubuhkan Mahkamah-mahkamah Inggeris mengikut sistem kehakiman Inggeris. Hakim-hakimnya terdiri daripada orang-orang Inggeris dan dibantu oleh beberapa pembesar Melayu. pada 1937 satu enakmen yang dikenali sebagai Undang-Undang Sivil 1937 telah digubal dan kemudianya diperluas melalui undang-undang sivil 1951 dan dipakai di seluruh Tanah Melayu selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Akhirnya pihak Inggeris berjaya menyisihkan kedudukan undang-undang Islam yang dulunya undang-undang negara tetapi akhirnya ianya terbatas kepada hal berkaitan nikah cerai dan seumpamanya yang ditadbir oleh mahkamah kadi atau disebut dengan Mahkamah Syariah dalam bidang kuasa yang teramat sempit.

Itulah rentetan sejarah yang dikutip dari buku karangan Prof Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail. Pas, sebagai parti Islam berusaha untuk memperkasakan semula undang-undang Islam yang pernah diamalkan dinegara ini dan diterima oleh pemerintah dan rakyat.

Umno pula disamping tidak melafazkan memperjuangkan undang-undang Islam sentiasa dilihat seolah-olah mempertahankan sistem perundangan yang dibawa oleh penjajah sekali gus menolak usaha Pas melaksanakan Hudud.

SALAHKAH PAS MEMPERJUANGKAN HUDUD.......

Wednesday, December 24, 2008

.::دعا : اخير تاهون دان اول تاهون::.


Kita semua tahu di dalam calendar tercatit 29 Disember 2008 jatuh pada 1 Muharram 1430 Hijrah iaitu tahun baru Islam. Jadi wajar la kita semua ambil peluang ini dengan membaca doanya :  Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :-“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”. 

Ini lah Doa nya : 

Barangsiapa yang membaca doa AKHIR tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini“.

Doa Akhir Tahun:


Maksudnya:   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut. 

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. 

Pesanan untuk semua : Ambillah peluang keemasan ini, jangan lepaskan peluang. Rebut lah wahai umat Muhammad, mudah-mudahan Allah memberikan Pengampun nya kepada kita umat yang banyak berbuat dosa dengan sengaja ataupun tidak.

Monday, December 22, 2008

.::Beriadah bersama keluarga::.

Hujung minggu lalu aku. Dah lama aku tak bawa anak-anak bersiar-siar. Selalunya setiap hujung minggu kami akan pulang ke Perak, cuma hujung minggu lalu kami tak balik kampung. Destinasi kami adalah Youth Park, Penang. Kenapa aku pilih untuk ke sana? Jawapannya mudah saja, kat sana macam2 ada dan udaranya segar.... 

Aereen Zarifah dan Uminya...

Airil Zaquan mencuba permainan buaian...

Aereen Zarifah bermain buaian...

Aidil Haziq dan Aereen Zarifah

Aidil Haziq bergayut di monkey bar sambil diperhatikan oleh Aereen Zarifah

Aereen Zarifah turut berposing...

Aidil Haziq

Aereen Zarifah....

Aereen Zarifah

Anak sulungku, Aidl Haziq memang suka aktiviti yang adventure....

Airil Zaquan, anak kedua turut lakukan apa yang dibuat oleh abangnya.

Bab posing memang dah boleh dinafikan...

Aidil Haziq turut posing dengan telur dinosaurs

Excercise......


Wednesday, December 17, 2008

.::DOA YANG DISUKAI OLEH ALLAH::.

Menurut sebuah riwayat dari Abdullah bin Mas’ud r.a ketika RasululLah berjalan bersama dengan Abu Bakar dalam masjid, baginda mendengar doa Ibn Mas’ud menyebabkan baginda berkata kepada beliau : Mohonlah apa sahaja kerana doamu akan dimakbulkan. Abu Bakar kemudiannya telah bertanya kepada Ibn Mas’ud apakah yang telah diucapkan itu. Abdullah bin Mas’ud memberitahunya bahawa beliau telah mendahulukan di pangkal doa dengan pujian kepada Allah kemudian diikuti dengan doa di bawah. 
Riwayat dari kitab Bughyatul Haris no 1067 .

اللَّهُمَّ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ،وَعْدُكَ حَقٌّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَالـْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّوْنَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ حَقٌّ

MAKSUDNYA : ya Allah, tiada Tuhan yang benar melainkan Engkau, janjiMu adalah benar, perjanjian denganMu adalah benar dan syurga itu adalah benar, dan neraka itu adalah benar dan Nabi Muhammad itu adalah benar.

Sumber: Ustaz Zahazan Muhamed.

Tuesday, December 16, 2008

.::Release Tension::.

Sejak dari lepas isya semalam kepala rasa berdenyut jer... Ingatkan bila dah tidur hilanglah sakit kepala tuh, rupa-rupanya masih lagi terasa... Nak kata terlalu banyak berfikir, tak juga. entahlah...

Sampai ke tengah hari tadi pun masih lagi terasa. Jadi aku ambil keputusan untuk rehat awal. Hari ni aku ambil keputusan untuk solat zohor di Masjid Kapitan Keling.
Setelah berjalan lebih kurang 15 minit akhirnya sampailah aku ke destinasi... Memang agak jauh juga tapi kerana aku dah biasa ke sini taklah terasa sangat. 

Suasana masjid masih lagi sunyi, cuma beberapa jemaah sahaja yang sedang beriktikaf di dalamnya.

Senibinanya cukup indah dan menenangkan... terasa semakin kurang sakit kepala aku... Selesai berwuduk lalu aku menunaikan solat sunat tahiyat masjid dan terus beriktikaf... terasa tenang dan damai sekali, terlupa segala bebanan tugas di pejabat...

Ya Allah, Ya Tuhanku, ampunkanlah segala dosa-dosaku serta dosa kedua ibubapaku dan dosa seluruh muslimin dan muslimat...

Selesai solat zohor terasa ringan sedikit kepala aku. Memang betullah kata para ulamak, terapi yang paling mujarab dan paling murah dan mudah adalah dengan mendekati diri kepada Allah.



Pelan Ke Masjid Kapitan Keling




.::Bila xder benda nak buat::.




sekadar nak hilangkan tensen....

Thursday, December 11, 2008

.::Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa: Peringatan buat kita::.

Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan satu bencana alam yang dasyat iaitu tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Seluruh rakyat Malaysia khususnya bersimpati dengan mangsa-manga tragedi tersebut.

Adakah ini kejadian alam semata-mata atau ianya adalah amaran dari Allah s.w.t kepada umat manusia yang kini semakin alpa dan lalai dalam mentaati suruhan-Nya. Apabila berlaku tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa semua lapisan masyarakat bangun menyuarakan pandangan berhubung pembinaan rumah di kawasan bukit dan dilerengnya. Alangkah malangnya bagi kita, apabila kita lihat keruntuhan akhlak remaja kita yang kian meruncing tidak banyak individu serta organisasi yang bangun untuk memperbetulkannya....

Kenapa Allah SWT menurunkan bala ke atas hamba-Nya? Mengapa ia tidak ditimpakan ke atas generasi akan datang? Adakah bala yang ditimpakan itu membuktikan kemarahan Allah ke atas diri kita yang terpaksa menanggung risiko akibat perbuatan orang lain?

Apabila dilihat telatah, gelagat dan perwatakan umat Islam hari ini memperlihatkan benar-benar mereka mengundang bala daripada Allah SWT. Kita amat berharap agar cukuplah bala yang ditimpakan sejak peristiwa Highland Tower (Dec 1993), tsunami (Dec 2004) dan yang terbaru tanah runtuh di Bukit Antarabangsa (dec 2008) agar ia tidak berulang dengan yang lebih besar daripada itu. Bermacam-macam persoalan timbul mengenai bala yang merisaukan banyak pihak.

Tapi apakah sebenarnya bala itu? Bala yang diambil daripada perkataan Arab iaitu 'bala' bermakna hukuman daripada Allah akibat salah laku manusia kerana mengingkari sepenuhnya atau sebahagian daripada perintah Allah SWT.

Bala ini pernah terjadi di zaman para Anbiya' sebelum Nabi Muhammad s.a.w., seperti yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran menerusi ayat 133 surah al-'Araf~ yang bermaksud: Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi).

Begitu juga Allah menceritakan mengenai kaum Nabi Lut yang melakukan perbuatan terkutuk yang disifatkan oleh Nabi Lut sendiri sebagai perbuatan yang tidak pernah berlaku di dunia sebelum itu, maka Allah musnahkan mereka tanpa memberi peluang untuk mereka bertaubat ke jalan kebenaran, sila rujuk ayat 81 surah al-'Araf~.

Kesalahan yang patut terima hukuman

Sesungguhnya bala tidak akan diturunkan oleh Allah ke atas manusia, melainkan kerana didahului dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Bezanya umat nabi-nabi terdahulu dikirimkan bala tanpa memberitahu isyarat kehadirannya, namun bagi umat Nabi Muhammad s.a.w., isyarat atau tanda-tanda kehadiran bala itu dapat dikesan oleh mereka yang kuat berpegang kepada agama dengan pelbagai kaedah, pendekatan dan bentuk tertentu.

Ini menandakan bahawa Allah SWT amat sayang kepada kita hingga menzahirkan isyarat atau tanda agar kita segera mengingati-Nya, boleh juga disifatkan diri kita sebagai hamba emas yang amat disayangi di sisi Allah, cuma umat ini sahaja yang tidak mengenal erti kasih sayang Allah.

Jelas di sini bahawa kesalahan umat terdahulu hingga ditimpakan pelbagai bentuk bala daripada Allah, kerana melakukan perkara-perkara yang becanggah dengan ajaran nabi-nabi mereka, tetapi kita perlu ingat, bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh mengirim bala kepada kita serupa dengan apa yang pernah berlaku pada zaman lampau dan juga mampu mengirim bala yang tidak pernah ketika itu.

Ini dapat kita lihat pada hari ini seperti penyakit HIV, selesema burung yang menggerunkan banyak pihak, penyakit kaki, tangan dan mulut dan macam-macam lagi, ia dikirimkan agar manusia kembali ke pangkal jalan.

Sepatutnya sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. kita berjaya meloloskan diri daripada bala-bala yang disebutkan di atas, tetapi kenapa berlaku juga? Ia merupakan satu persoalan yang patut segera mencari jawapannya.

Ini tidak lain kalau tidak kita melakukan perkara yang menyanggah tuntutan agama, terdapat selain kita yang sanggup menggadai maruah agama.

Mari kita selidik secara halus tindakan manusia hari ini yang mengundang bala daripada Allah, program hiburan keterlaluan walaupun telah disanggah dan diingatkan oleh golongan ulama khususnya para mufti seperti JomHeboh, Mentor musim kedua, Akademi Fantasia musim keempat, kelima dan banyak lagi.

Cuba kita perhatikan reaksi manusia selepas tamat program-program seumpama itu, laporan akhbar arus perdana menyebut, 70 pasangan Melayu daripada peringkat usia 15-40 tahun disaman atas pelbagai kesalahan hingga ibu bapa mereka turut dipanggil ke pejabat agama.

Kesalahan mereka yang dikenal pasti kerana meminum arak, berkhalwat dan bermacam-macam jenis maksiat yang canggih-canggih, ini tidak termasuk laporan yang menyebut 21 kes anak luar nikah berlaku dalam tempoh sebulan baru-baru ini.

Kita dikejutkan dengan berita seorang ibu muda yang sanggup menjerut leher kedua anak lelakinya dengan wayar seterika hingga membawa kepada kematian.

Laporan akhbar arus perdana juga ada menyebut menyebut mengenai gejala samseng pelajar-pelajar perempuan yang memukul, menerajang rakan mereka di alat sulitnya hingga menyukarkannya untuk menduduki peperiksaan SPM, terdapat juga gejala samseng ini menular di sekolah-sekolah menengah hingga ada pelajar perempuan yang mengugut rakan mereka untuk menyebarkan gambar bogelnya setelah dia dipaksa berbuat demikian atas kesalahan yang kecil dan bermacam-macam lagi.

Muka surat depan akhbar Berita Harian bertarikh 21 November 2007 (Rabu) yang memaparkan gambar-gambar model yang kononnya mempamerkan aksesori barangan kemas pada majlis pelancaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007. Persoalannya adakah pihak editorial BH tidak ada sensitiviti mengenai penampilan para gadis yang mendedahkan aurat apatah lagi pada majlis hiburan yang mengundang bala daripada Allah SWT.

Begitu juga dengan kerajaan Malaysia yang mengundang pemain tenis nombor dua dan lapan dunia, Rafeal Nadal dari Sepanyol dan Richard Gasquet dari Perancis, masalahnya dari paparan iklan terdapat penaja arak Heineken di gelanggang permainan tersebut, apatah lagi perlawanan itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dan isteri, Menteri Belia dan Sukan serta orang-orang kenamaan.

Apa untungnya perlawanan itu diadakan di Malaysia, arak menjadi antara penaja, isteri TPM juga sibuk hendak bersalam dengan pemain-pemain tersebut dengan penampilan yang tidak selari dengan ajaran Islam Hadhari, para penonton juga tidak kurang yang berpakaian tidak senonoh dengan memakai pengikat kepala tertulis Nadal.

Tidakkah orang-orang besar negara seperti TPM rasa bahawa dia akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT pada hari Kiamat dengan membiarkan banyak perkara yang menyinggung kesucian islan berlaku di hadapan mata?

Sama-samalah kita fikirkan sebelum terlambat, tidakkah kita perasan mengapa Allah sudah mula menurunkan banjir kilat dan hujan lebat di negeri Johor, sama-samlah kita renung dan muhasabah diri akan kesalahan yang telah kita buat.

Faktor atau punca berlaku bala

Dalam kesempatan ini, forum agama cuba menyelongkar pendekatan daripada hadis-hadis sohih Nabi Muhammad s.a.w. sejak 14 abad yang lalu yang menyebut secara jelas faktor, sebab atau punca berlaku bala yang dikirim oleh Allah SWT ke atas umat baginda:

1- Ilmu Islam akan beransur hilang sedikit demi sedikit.

2- Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam              tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka.

3- Muncul golong anti hadis (yang tidak dibendung).

4- Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan.

5- Terlampau mewah.

6- Menghimpun harta sebanyak mungkin (hingga lupa untuk menggarap ilmu             agama).

7- Tipu menipu dalam perkara dunia.

8- Saling bertengkar dalam urusan remeh-temeh (yang sepatutnya boleh                 dimaafkan).

9- Tersebar luas hasad dengki serta hasut menghasut di kalangan mereka.

10- Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang di negara umat Islam        sendiri.

11- Berleluasa amalan rasuah dengan pelbagai bentuk dan helah.

12- Orang yang baik terlalu sedikit, malah orang yang jahat semakin ramai.

13- Muncul orang yang tidak peduli sumber harta yang diperolehinya.

14- Riba wujud di mana-mana.

15- Ramai yang minum arak dan menamakannya sebagai bukan arak.

16- Golongan lelaki semakin sedikit dan golongan wanita semakin ramai.

17- Golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.

18- Ibu melahirkan tuannya.

19- Bangunan pencakar langit.

20- Muncul ramai ahli ibadat tapi jahil dan ramai golongan ulama tapi fasiq.

21- Orang yang berpegang dengan Islam bagai menggenggam bara api.

22- Berlaku peperangan demi peperangan.

23- Masa akan menjadi singkat.

24- Muncul galian-galian bumi.

25- Ujian yang dahsyat terhadap iman.

26- Peperangan di kawasan sungai Furat kerana menyebut kekayaan.

27- Ketiadaan iman untuk bersolat jamaah.

28- Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat menghadap Allah.

29- Bermegah-megah dengah keindahan masjid dan kosong dengan pengisian          agama.

30- Menggadai agama kerana dunia.

31- Pelaksanaan haji dan umrah bukan kerana Allah.

32- Harta negara bertukar tangan di kalangan pemimpin.

33- Sesuatu amanah dianggap sebagai batu loncatan untuk mengaut keuntungan.

34- Bayaran zakat dianggap sebagai denda/saman.

35- Suami yang terlalu tunduk kepada isteri.

36- Anak-anak yang menderhaka terhadap ibu mereka.

37- Muncul ramai orang yang patuh dan setia yang tidak berbelah bagi kepada           kawan dan rakan.

38- Golongan bapa yang hampa kerana disia-siakan oleh anak-anak mereka               sendiri.

39- Berlaku pertengkaran dalam masjid.

40- Apabila orang yang rendah maruahnya dipilih menjadi ketua sesuatu kaum.

41- Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.

42- Apabila minuman keras tersebar luas.

43- Ramai golongan lelaki yang memakai sutera.

44- rtis-artis wanita diagung-agungkan.

45- Alat-alat muzik diguna-pakai (sebagai mata pencarian).

46- Kesilapan manusia hari ini mengutuk generasi terdahulu.

Apabila perkara yang disebutkan itu berlaku, maka kata Nabi, tunggulah ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, puting beliung dan bahaya-bahaya yang lain serta hingga berlaku penukaran corak dan rupa.