CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, July 31, 2008

Autorun Virus Remover v2.3 build 0618

Autorun Virus Remover can detect and clean hundreds of usb/autorun viruses and it will block viruses and trojans trying to attack when USB device is inserted. Autorun Virus Remover provides 100% protection against any malicious programs trying to attack via USB storage(USB driveUSB stickpen drive flash drive flash card secure digital card removable storage portable storage;ipod media player).

Compare Autorun Virus Remover with other antivirus solutions, you will find out its highlights: Autorun Virus Remover provides 100% protection against any threats via USB drive, however, the majority of other products are unable even to guarantee 90% protection. Autorun Virus Remover can detect and clean the usb virus/worm/trojan such as Ravmon,auto.exe in your computer or usb drive,it could solve the problem that unable to open a drive by double clicking. It also removes the leftovers of virus by removing the autorun.inf files and cleaning up your system registry, so you won't see the autoplay item anymore.

Features:
* 100% protection against any threats via USB drive
* The best solution to protect offline computer
* The world's fastest and smallest antivirus software
* Require no signature updates
* 100% compatible with all software

* Easy to use

OS : Windows 2000, Windows XP or Vista.

download?

Koleksi Ceramah Ustaz Dato' Harun Din

Ustaz Dato' Harun Din

Wednesday, July 30, 2008

Ceramah Akhil Hayy - Antara Rock Dan Dakwah

Tuesday, July 29, 2008

Doktor: Tiada kesan Saiful diliwat

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.

Menurut Malaysiakini, salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.

Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.

berita selanjutnya HarakahDaily

Monday, July 28, 2008

Ceramah Agama - Mufti Perlis

Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

Isu Muhabalah
Part 1
Part 2

Kuliah 20 April 2008

Friday, July 25, 2008

Kembali ke sekolah (part II)


Hujung minggu nih aku sekali lagi akan ke sekolah lamaku untuk mengahdiri mesyuarat akhir sebelum AGM yang akan diadakan pada 2 dan 3 Ogos depan. Kalau ikutkan penat dan kos memang tidak berbaloi, tapi bagi aku, semua tuh x penting. Yang penting adalah peluang yang ada inilah ukt aku jumpa kengkawan lama yg dah bertahun x pernah jumpa. Lagipun kalau duduk rumah jer boring juga....

harap2 ramai kengkawan aku hadir pada ahad nanti dan akan lebih ramai yg akan join pada agm tuh nanti... Aku dah cuba sedaya upaya untuk menghubungi semua rakan setingkatan aku dulu untuk join program nih, harap2 mereka juga mempunyai perasaaan yg sama seperti kami yg terlibat secara langsung dalam menjayakan AGM ini iaitu untuk mengeratkan semula silaturrahim antara semua bekas pelajar.

Memang x dinafikan kekadang tuh komitmen harian akan membataskan segalanya kini almaklumlah rata2 dah berkeluarga. Namun apa salahnya untuk kali ini luangkan sedikit masa untuk bertemu semula rakan2 lama yg sudah terlalu lama tak berjumpa...


Carilah ketenangan di masjid, surau

Di mana remaja dalam hal ini?

Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan 'mat/minah rempit', menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.

Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan 'Islamik', malah ada ketikanya memalukan Islam itu sendiri.

Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat di kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.

Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud: "rDan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah 'Ashabul Kahfi' dan 'Ashabul Ukhdud'.

Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah pada hari akhirat. Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bermaksud: "Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan." (Hadis riwayat Mu'az Bin Jabal).

Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak 'enjoy', tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam.

PAS konsisten pertahankan prinsip

Kebelakangan ini kita banyak melihat PAS khasnya melalui Dewan Pemudanya sering melakukan protes sama ada terhadap kerajaan negeri milik bersama Pakatan Rakyat mahupun kerajaan yang diterajui BN. Ianya bukan sesuatu yang baru tetapi lebih kerap kebelakangan ini.

Terbaru Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah menyerahkan nota bantahan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur berhubung konsert yang melibatkan artis Indonesia kontroversial, Inul, yang dijadual diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 27 Julai ini.

Sebelum itu Pejabat Daerah Johor Bharu telah membatalkan konsert yang sama yang sepatutnya diadakan di daerah tersebut 19 Julai lalu. Khabarnya Dewan Pemuda PAS Johor adalah antara yang terlibat membantah program itu.

Mengapa penting sangat kita membantah acara-acara ini, sebagaimana Dewan Pemuda Selangor merasakan penting membantah konsert Ella dan Mas Idayu di Stadium Shah Alam baru-baru ini?

Sudah pastilah ianya kait-mengait dengan asas dan dasar perjuangan kita. PAS adalah sebuah gerakan Islam dan jelas terpahat kukuh Islam sebagai dasarnya dan Islamlah juga tujuan dan matlamat perjuangannya. Lantaran itu terpikullah atas kepala bahu setiap ahli dan pendukungnya, amanah untuk memastikan yang Islam dalam apa keadaan sekalipun diperjuang, dipertahan dan dipelihara.

Allah SWT berfirman:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya. (ali Imran: 104)

Lalu dalam hal ini, PAS lah puak itu, dan tindakan PAS melalui Dewan Pemudanya itu merupakan manifestasi dari pegangan ahli-ahli PAS terhadap ayat ini malah seluruh yang dituntut dan diseru serta dijanjikan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan oleh Rasul s.a.w. melalui sunnahnya.

Kerana itu PAS tidak boleh berdiam diri dalam isu-isu kemasyarakatan dan negara khasnya yang melibatkan Islam, nasib dan masa depannya. Isu-isu Islam sama ada yang kecil atau remeh sehinggalah yang besar dan yang berkaitan dengan kenegaraan, hukum dan perundangan akan terus diperjuangkan sebagaimana yang ternukil di dalam perlembagaan parti.

Mungkin ada sesetengah pihak merasakan tindakan PAS membuat bantahan terhadap konsert itu sesuatu yang tidak signifikan. Ternyata mereka ini tidak mengenali PAS. PAS sama ada dalam keadaan ia menang besar atau tinggal satu kerusi parlimen, tanpa satu negeri pun yang ditadbir, tetap konsisten dalam usaha-usahanya. Jika tidak ia seolah menggugurkan prinsip dan dasar perjuangannya yang didukung sejak lebih 50 tahun lalu.

Kerana itu sejarah telah membuktikan PAS, sama ada dalam keadaan bersendirian atau bertahaluf dengan pihak lain, tidak pernah sekali-kali bersetuju atau bersedia menggadaikan prinsipnya kerana kemahuan kawan atau tuntutan kuasa. Dalam apa keadaan pun redha Allah adalah lebih penting dari redha manusia dan populariti. Inilah dasar yang dipertahankan oleh para pengasas kita, membawa ke zaman Almarhum Dr Burhanuddin, Almarhum Prof Zulkifli, sehingga ada yang keluar masuk penjara, tercedera hatta syahid di Memali.

Kerana itu PAS akan terus berjalan sama ada bersendirian atau berkongsi kuasa bagi menerokai jalan untuk memungkinkan Islam mendapat ruang dan peluang untuk dilaksana dan dinobatkan. Sesiapa sahaja yang membuka ruang dan peluang itu akan menjadi rakan PAS dan sesiapa sahaja yang mengekang atau menghalangnya akan ditinggalkan oleh PAS.

Kita mahu melihat 50 tahun berikutnya, PAS menempuh era baru dimana dasar dan perjuangannya diberi pengiktirafan dan dihormati serta diterima oleh semua. Itulah perjuangan kita dahulu dan itulah perjuangan kita insya Allah sampai bila-bila.

Bersama Dr Haron Din: Kenapa politik negara makin kalut?

SOALAN: Politik Malaysia hari ini sudah sampai ke kemuncak kalut atau kelam kabut. Selepas satu isu, beralih kepada isu lain yang kebanyakannya membebankan fikiran rakyat jelata. Terbaru rakyat dikejutkan dengan isu rasuah berprofil tinggi, dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim terbabit dalam kes liwat lagi dan pelbagai isu lain. Sebagai seorang Muslim saya amat keliru, soal dosa pahala tidak diperdulikan lagi, media dengan bebas mengasak dengan bangga mengaibkan hamba-hamba Allah yang tidak dipastikan kebenarannya, mengapa hal sebegini Dato'? - HASBULLAH MARZUKI, Bandar Baru Bangi

JAWAPAN: Memang benar kata anda itu, bahawa keadaan politik di Malaysia amat-amat kalut dan berserabut.

Jika rakyat yang mengikutinya akan pening kepala, sudah tentu mereka yang terbabit dalam politik lebih merasai keserabutannya.

Terlalu banyak isu yang menyentuh negara, melibatkan kredibiliti pemerintah, sekali gus meletakkan rakyat keseluruhannya dalam keadaan kebingungan dan huru hara penghidupan.

Perihal ketidak puas hati rakyat terhadap kerajaan semakin jelas apabila kenaikan harga barang-barang keperluan seharian amat menekan, diikuti dengan indeks rasuah yang semakin melonjak, kes-kes rasuah berprofil tinggi terbongkar satu demi satu dan diikuti dengan fitnah yang tidak habis-habis.

Tuduhan liwat serta fitnah yang melampau ini kadang-kadang dilihat sebagai suatu sandiwara.

Mengapa semuanya ini berlaku? Jawabnya mudah, ia adalah kerana manusia tidak takut dosa, tidak gerun dengan ancaman Allah SWT, tidak peduli apa yang hendak terjadi pada hari pembalasan.

Manusia kini seolah-olah tidak memperdulikan soal neraka dan syurga. Asalkan hati mereka mendapat kepuasan di dunia, mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Soal maruah, soal mengaibkan manusia dan apa sahaja yang seumpama dengannya tidak pernah menjadi perhitungan.

Inilah sebabnya hal-hal yang saya nyatakan di atas boleh berlaku.

Malah berbagai-bagai konspirasi boleh dilakukan tanpa segan silu kerana manusia telah dikuasai oleh tuntutan keduniaan yang melampau dan gila kuasa yang tidak terbatas.

Merujuk kepada fitnah liwat yang saudara bangkitkan dalam persoalan, pada saya, jika hukum-hukum Islam berjalan atau berfungsi, saya tidak fikir orang berani melontar fitnah sebegitu.

Ini kerana sekadar mendakwa seseorang itu melakukan liwat tanpa cukup bukti yang nyata dan kukuh, hukuman sebaliknya akan dijatuhkan ke atas si penuduh.

Orang yang membuat tuduhan tanpa cukup saksi, akan dijatuhkan hukuman qazaf mengikut suatu pendapat fuqaha.

Qazaf adalah menuduh zina, tanpa membawa empat orang saksi yang adil, yang benar-benar melihat perbuatan tersebut.

Jika penuduh gagal membuktikannya, maka si penuduh akan dikenakan hukuman, seperti firman Allah (mafhumnya): "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik pekertinya melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi, maka hendaklah disebat mereka dengan 80 kali sebatan (selepas itu); janganlah kamu menerima persaksian mereka buat selama-lamanya, kerana mereka adalah orang-orang yang fasik." (Surah an-Nur, ayat 4)

Ayat ini tidak merujuk kepada wanita sahaja, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menuduh zina tanpa cukup bukti, maka akan dikenakan hukuman qazaf.

Timbul persoalan, bolehkah qazaf ini digunakan juga kepada sesiapa yang menuduh orang lain melakukan liwat? Atau didakwa dia diliwat, apakah termasuk dalam konteks ini?

Dalam mazhab as-Syafie, dengan merujuk kepada Kitab al-Muhazzab, juzuk dua, halaman 237, ada dinyatakan, maksudnya; "Sekiranya seseorang berkata (menuduh) kepada seorang lain, 'kamu adalah peliwat atau si fulan meliwat saya atau mengaku dirinya diliwat' (tanpa paksaan), maka itu adalah kazaf, sama dengan kazaf zina, wajib dikenakan hukuman qazaf."

Ini bererti bahawa yang menuduh liwat, sama dengan menuduh zina, wajib diproses mengikut hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Apabila hukum Islam tidak berfungsi dan diketepikan maka berleluasalah tuduhan-tuduhan yang seperti itu, kerana tidak ada sesuatu yang menjadi penghalang atau merasa gerun untuk melakukannya.

Alangkah rugi dan kecohnya masyarakat apabila tuduhan-tuduhan liar sebegini, masih menjadi mainan orang-orang tertentu menuduh orang-orang lain dengan pelbagai tuduhan.

Ingatlah, meskipun hukuman-hukuman had seperti yang disebutkan di atas, tidak dapat dilaksanakan buat seketika ini, akan tetapi insafilah bahawa hukuman Allah di akhirat nanti, pasti menunggu semua yang terlibat.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam sebuah hadis yang mahsyur (mafhumnya): "Sesungguhnya hukuman dunia adalah lebih ringan daripada hukuman di akhirat."

Ini membawa maksud, bahawa segala kesalahan yang ada peruntukkannya dalam al-Quran atau as-Sunnah, jika dilaksanakan di dunia seperti kehendak Allah, maka ianya adalah paling ringan bagi orang yang terlibat menerimanya.

Jika mereka terlepas daripada menerimanya di dunia, maka di akhirat nanti mereka akan menerima hukuman yang lebih berat daripada Allah SWT. Wallahua'lam.

Thursday, July 24, 2008

Perihal Yahudi, Umat Islam Masih Tidak Sedar

Pernahkah kita terfikir mengapa bangsa Yahudi menjadi bangsa yang begitu kuat pada hari ini? Walhal mereka adalah bangsa yang dikutuk dan dihina bukan sekadar dalam al-Quran, malah turut tersebut dalam kitab-kitab lain sehingga dianggap sebagai bangsa perosak.

Dalam sejarah dunia, Yahudi pernah dianggap parasit sehingga Jerman di bawah Nazi pimpinan Adolf Hitler tidak teragak-agak melakukan penyembelihan enam juta umat Yahudi ketika Perang Dunia Kedua melalui peristiwa Holocoust.. Sekalipun ada pihak yang mendakwa peristiwa ini dakyah Yahudi tetapi perlu diingat bahawa tidak pernah dalam sejarah moden sesebuah bangsa dihina sebegitu hebat.

Dianggarkan terdapat 14 juta Yahudi di seluruh dunia pada hari ini. Tujuh juta berada di Amerika Syarikat, lima juta di Asia dan dua juta di Eropah manakala 100 000 lagi di Afrika. Umat Islam pula dianggarkan 1.4 bilion yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum di atas muka bumi ini. Ini bermakna bagi setiap Yahudi terdapat 100 umat Islam tetapi mengapa Yahudi hari ini beratus kali ganda kuat berbanding semua kekuatan umat Islam yang ada di dunia?

Albert Enstine, saintis berketurunan Yahudi dinobatkan sebagai Person of The Century oleh Time. Sigmund Frud yang menemui teori Psikoanalisis juga seorang Yahudi. Karl Marx, Paul Samuelson, Milton Friedman dan beribu lagi sarjana tersohor serta manusia popular di dunia adalah berbangsa Yahudi.

Selain itu beratus lagi sarjana dan cendekiawana Yahudi telah memberi sumbangan dalam peradaban dunia. Benjamin Rubin mencipta jarum vaksin moden (picagari), Albert Sabin membangunkan vaksin polio yang pertama, Gertude Elion menemui dadah melawan leukemia, Baruch Blumberg membangunkan vaksin untuk Hapititis B, Paul Ehrlich menemui rawatan penyakit siflis, Elie Metcnikoff memenangi hadiah Nobel melalui kajiannya mengenai penyakit berjangkit.

Benard Katz memenangi hadiah Nobel melalui kajian transmisi meuromuskular, Andrew Schally memenangi hadiah Nobel melalui indocrinology (kegagalan sistem indokrin yang menyebabkan diabetis dan hyperthyroidism). Aaron Beck menemui terapi kognitif (terapi merawat pesakit mental), Gregory Pincus membangunkan pil kontraseptif pertama, George Wald memenangi hadiah Nobel hasil penemuan lanjut mengenai mata manusia. Stanley Cohen memenangi hadiah Nobel hasil kajiannya mengenai embriologi (kajian janin manusia) dan Willem Kolf mencipta mesin dialisis buah pinggang.

Untuk tempoh 150 tahun lalu, 14 juta Yahudi telah memenangi sedozen hadiah Nobel tetapi umat Islam yang hanya berjumlah 1.4 bilion hanya 3 hadiah Nobel. Mengapa Yahudi begitu berkuasa?

Stanley Mezor mencipta cip pemprosesan data yang pertama, Leo Szilard membangunkan rektor nuklear yang pertama, Peter Schultz mencipta kabel fiber optik, Charles Adler mencipta lampu isyarat, Benno Strauss menemui besi keluli, Isador Kissee menghasilkan filem bersuara, Emile Berliner mencipta telefon moden dan Charles Ginsburg mencipta perakam video.

Ahli perniagaan tersohor dunia berketurunan Yahudi adalah seperti Ralph Lauren dengan jenama Polo, Levis Strauss, Howard Schultz (Starbuck), Sergey Brin (Goggle), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Dona Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rosenberg (Dunkin Donuts)

Presiden Universiti Yale, Richard Levin Yahudi. Begitu juga dengan Henry Kessinger (Setiausaha Negara Amerika Syarikat), Alan Greenspan (Penasihat Presiden Amerika Syarikat), Joseph Lieberman dan Madeline Albright (Setiausaha Negara Amerika Syarikat), Casper Weinberger (Mantan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat), Maxim Litvinov (Mantan Menteri Luar Kesatuan Soviet/USSR), Isac Issacs (Gabenor Janeral Australia), Benjamin Disraeli (Penulis British Tersohor), Yevgeny Primakov (Mantan Perdana Menteri Rusia), Bary Goldwater serta kumpulan penyelidikkan saintis di seluruh dunia majoritinya adalah diketuai Yahudi.

Walter Annenberg juga seorang Yahudi yang membina ratusan perpustakaan sehingga mencecah nilai RM 7.2 bilion. Dalam sukan Olimpik, Mark Spitz mencipta sejarah memenangi tujuh pingat emas acara renang dalam satu pertandingan, Lenny Krayzelburg memenangi tiga pingat emas. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker kesemuanya adalah Yahudi asli.

Tidak cukup dengan itu tahukah anda juga bahawa Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Goldie Hawn, Cary Grant, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk kesemuanya juga adalah artis dan bintang popular Hollywood berketurunan Yahudi. Malah dunia perfileman dan industri Hollywood itu sendiri dibuka oleh Yahudi.

Tambahan lagi Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Old Couple), Andrew Vaina (Rambo) Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One flew over the Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks dan Ivan Reitman (Ghostbusters) adalah semuanya Yahudi.

Malah yang menguasai dan menjadi pelobi utama Kongres Amerika Syarikat adalah Suruhanjaya Hal Ehwal Amerika Israel (AIRPAC). Jika Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menemui teori bumi ini rata, AIPAC sudah pasti akan menghantar resolusi menekan Dewan Kongres Amerika Syarikat untuk menghantar ucapan tahniah kepada Israel atas penemuan tersebut.

William James antara manusia terbijak di dunia dengan IQ antara 250 hingga 300 juga berketurunan Yahudi. Persoalannya mengapa mereka begitu hebat? Kerana Yahudi menikmati pendidikan terbaik. Mengapa pula umat Islam terus mundur? Kerana kita umat Islam kurang mementingkan ilmu dalam pembinaan peradaban dan kemajuan yang kita kecapi pada hari ini.

Daripada 1, 476 233 470 umat Islam di dunia pada hari ini iaitu satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta lagi di Amerika. Semuanya Islam dan dari setiap satu penganut Hindu dan Buddha ada dua umat Islam serta bagi setiap satu Yahudi ada 100 umat Islam. Namun mengapa umat Islam lemah? Benar sabda Rasulullah bahawa umat Islam akhir zaman ibarat buih di lautan sekalipun banyak tetapi hanya mengikut arus ke mana ia pergi.

Terdapat 57 negara OIC dan dijumlahkan kesemuanya terdapat lebih kurang 500 universiti yang dimiliki umat Islam bersamaan tiga universiti untuk setiap tiga juta penduduk. Di Amerika Syarikat terdapat 5758 universiti dan India 8407 universiti. Namun pada tahun 2006 kajian oleh Universiti Jiao Tong yang membuat perangkaan akademik bagi seluruh universiti di dunia. Tidak ada satu pun universiti umat Islam berada di tangga 500 teratas dan terbaik dunia.

Data yang dikumpulkan oleh Program Pembangunan PBB (UNDP) pula menunjukkan kadar celik huruf di negara yang majoritinya penduduk beragama Kristian berada pada paras 90 peratus dengan 15 daripadanya memiliki kadar 100 peratus. Bagi negara yang majoritinya umat Islam pula adalah sekitar 40 peratus dan tiada negara Islam yang mencatatkan kadar celik huruf sepenuhnya sedangkan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah di Jabal Nur, Gua Hira adalah Iqraa (bacalah!).

Sebanyak 98 peratus penganut Kristian yang celik huruf menamatkan sekolah menengah, Cuma 50 peratus umat Islam yang berbuat sedemikian. Sekitar 40 peratus umat Kristian yang celik huruf ini pula melanjutkan pengajian sehingga ke universiti tetapi tidak lebih dua peratus umat Islam yang berbuat sedemikian.

Negara Islam mempunyai 230 saintis bagi setiap juta umat Islam. Amerika Syarikat pula memiliki 4000 saintis bagi sejuta penduduk sementara Jepun memiliki 5000 saintis bagi setiap juta rakyatnya. Di seluruh Arab dianggarkan terdapat 35 000 penyelidik sepenuh masa dan 50 juruteknik bagi setiap juta penduduknya tetapi penganut Kristian memiliki 1000 juruteknik bagi sejuta penduduknya.

Bagi setiap negara Islam kita hanya membelanjakan sekitar 0.2 peratus KDNK bagi tujuan Penyelidikkan dan Pembangunan (R&D) dan ini memberikan isyarat yang jelas betapa pembudayaan ilmu yang lemah dalam dunia Islam menyebabkan kita tidak memiliki keupayaan untuk menjadi pendominasi lapangan ilmu pengetahuan.

Akhbar dan buku boleh dijadikan pengukur dalam menentukan sama ada ilmu pengetahuan dihayati masyarakat dengan berkesan atau tidak. Di Pakistan terdapat 23 syarikat akhbar bagi 1000 rakyatnya sedangkan di Singapura terdapat 360 syarikat akhbar bagi 1000 penduduknya. Jika di United Kingdom (Britain) terdapat 2000 judul buku bagi setiap juta penduduknya dengan 20 judul bagi setiap angka yang sama di Mesir pula tidak ada. Kesimpulannya dunia Islam gagal menguasai ilmu pengetahuan dengan baik.

Hasil eksport produk berteknologi tinggi (termasuk bioteknologi) digunakan pula sebagai pengukur sama ada ilmu pengetahuan berjaya diaplikasikan dalam dunia Islam atau tidak. Pakistan mengeksport produk teknologi tinggi sekitar satu peratus. Manakala Arab Saudi, Kuwait, Maghribi dan Algeria pula mengeksport sekitar 0.3 peratus. Singapura pula mengeksport 58 peratus produk berteknologi tingginya ke seluruh dunia. Kesimpulannya kita masih lemah dan kurang berjaya dalam mengaplikasaikan penguasaan ilmu bagi peningkatan kualiti hidup kita.

Mengapa kita tidak berkuasa? Kerana kita gagal menguasai ilmu pengetahuan dengan baik. Mengapa tidak berkuasa? Kerana kita gagal meningkatkan kesedaran dan penghayatan kita terhadap ilmu, hikmah dan pedoman dalam kehidupan seharian kita. Mengapa kita lemah bagaikan buih dilautan seperti sabda Rasulullah? Kerana kurangnya keupayaan dan kesungguhan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian sedangka kita sedar betapa masa depan dunia dan peradaban baru yang hendak kita bina adalah dengan ilmu pengetahuan yang kita sia-siakan selama ini.

Sesuatu yang menarik tentang KDNK 57 negara OIC hanyalah berjumlah RM 7.2 trilion tetapi Amerika Syarikat secara peribadi memiliki penghasilan produk perkhidmatan bernilai RM 432 trilion, China RM 28.8 trilion, Jepun RM 14 trilion tetapi negara-negara seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Qatar secara puratanya menghasilkan produk dan perkhidmatan bernilai RM 1.8 trilion sementara Spanyol menghasilkan produk bernilai RM 3.6 trilion, Poland RM 1.7 trilion dan Thailand RM 9.1 trilion. Jadi, mengapakah umat Islam yang terbina dan bermula dengan wahyu Iqraa masih tidak berkuasa? Jawapannya kerana kita tidak mengendahkan dan menghayati kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian kita berbanding bangsa-bangsa lain teramsuklah musuh kita Yahudi.

ENGLISH IS EVERYTHING. dulu ARABIC IS EVERYTHING. dua2 ini adalah bahasa tamadun, bahasa ilmu, bahasa ekonomi pada sesatu tamadun dan bahasa Al Quran.

ps: buku dan sumber kajian para saintis islam dicuri dan di’hakmilikkan’ oleh kaum yahudi… sumber asal dihapuskan… x de sape kisah sbb umat islam x tau kepentingan ilmu dari dulu sampailah kini… “Mereka yang berilmu mampu menakluki dunia….”

Ceramah Agama : Ustaz Dato' Ismail Kamus

Ustaz Dato Ismail Kamus

Wednesday, July 23, 2008

Solat bezakan Muslim dan kafir

KATA Saidina Umar, sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya bererti dia memelihara agamanya dan sesiapa yang mensia-siakannya ia mensia-siakan kewajipan agama yang lain.

Solat adalah tiang agama dan semulia-mulia rukun Islam yang lima selepas dua kalimah syahadah. Tanpa solat runtuh agama seseorang itu.

Jika diibaratkan dengan jasad manusia, kedudukannya ialah kepala. Orang yang tidak berkepala tidak akan hidup, demikian juga tidak akan hidup agama bagi orang yang tidak mengerjakan solat.

Dalam kitab at-Tanwir, Sidi Ahmad bin Ata’illah berkata: Solat amatlah besar kemuliaannya dan keadaannya di sisi Allah amatlah berat. Kerana itu Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.”

Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai amalan paling mulia, katanya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.”

Baginda juga bersabda maksudnya: “Orang yang mengerjakan solat adalah ia bermunajat (mengadap dan merayu) kepada Tuhannya.”

Perintah terhadap solat dan gesaan supaya memeliharanya banyak dijelaskan dalam al-Quran. Sudah pasti dengan perintah itu, tiada sesiapa dapat menyangkal kewajipan mengerjakannya, walau dalam keadaan apa sekalipun.

Antaranya terkandung dalam surah al-Baqarah, maksudnya: “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu, khasnya solat Wusta (solat Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk.” (al-Baqarah:238)

Solat lima waktu mesti dikerjakan setiap Muslim yang cukup syaratnya, baik lelaki mahupun perempuan, tua dan muda.

Tidak mampu berdiri kerana uzur, dikerjakan dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu lagi, dalam keadaan baring, malah jika masih tidak mampu dengan isyarat.

Penegasan ini menunjukkan solat adalah perkara yang besar, tidak boleh diringankan, jauh sekali meninggalkannya.

Malah, solat juga adalah syiar yang membezakan antara Muslim dan bukan Muslim. Syiar Islam dengan sendirinya terpancar apabila umat Islam mengerjakan solat, lebih-lebih lagi dengan solat berjemaah di masjid.

Kita harus berwaspada dengan sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Jaminan berbaik-baik di antara kita dengan mereka yang mendakwa dirinya orang Islam ialah mengerjakan solat. Oleh itu sesiapa yang tidak solat, sesungguhnya termasuklah dia dalam hukum orang kafir.

Al-Quran turut memberikan amaran terhadap mereka yang meninggalkan solat, seperti dalam surah Maryam, maksudnya: “Kemudian mereka (yang taat) digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat), maka mereka akan menghadapi azab di dalam neraka. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh.” (Maryam: 59-60)

Ibn Abbas berkata, seperti yang disebutkan as-Syams az-Zahabi dalam kitabnya al-Kabair: “Mencuaikan solat yang tersebut dalam ayat ini bukan maknanya mereka meninggalkan solat sama sekali, tetapi maksudnya, mereka mentakhirkan (melengahkan) solat sehingga keluar waktunya.”

Perkara itu dijelaskan Said bin Musayib, dengan menyatakan: “Orang itu tidak solat Zuhur melainkan selepas masuk waktu Asar (dan seterusnya mengenai waktu lain).

Justeru, sesiapa yang mati dalam keadaan yang demikian dan dia tidak bertaubat, balasan ditetapkan baginya azab seksa di neraka.

Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahnya). Dan (ingatlah) sesiapa yang melakukan demikian, mereka itulah orang yang rugi.” (al-Munafiqun:9)

Menurut sesetengah ahli tafsir, mengingati Allah (zikir kepada Allah) di sini ialah solat lima waktu. Sesiapa yang cuai kerana harta benda, anak pinak dan segala urusan hidupnya, jadilah dia orang yang rugi.

Menjadi tanggungjawab bagi Muslim juga mengambil berat terhadap ahli keluarganya, mengajar dan menyuruh mereka mengerjakan solat, malah menasihati mereka supaya sentiasa memelihara solat fardu yang lima.

Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun sabar menunaikannya....” (Taha:132)

Nabi sendiri sentiasa mengambil berat dan mengawasi keluarganya khusus berkaitan solat. Baginda dan keluarga apabila menghadapi kesukaran, lazimnya mengerjakan solat sebanyak-banyaknya.

Cara seperti ini juga sebenarnya menjadi amalan nabi sebelum Baginda dan ia sewajarnya menjadi sunnah ikutan kita kerana banyak kelebihannya, malah menjadi sebab yang membawa rahmat, murah rezeki dan menolak bala bencana.

Wassalam.

Di Sebalik Wajah ? Antara Hati, Peribadi, Dan Gaya

Dialog Satu:

Eh! Shima... Cantiknya kau hari ini. Fesyen baru nampak. Fuh! Jeans baru. Fit habis...

Em, iye ke? Em, thanks.

Dialog Dua:

Nama awak Fahdli kan?

Ye, nama saya Fadhli.

Saya terpaksa mendenda awak kerana memakai baju round neck (tidak berkolar). Sebagai seorang pelajar di sini, sepatutnya awak sedia maklum akan peraturan ini bukan?

Dialog Tiga:

Weh Diana, cuba kau tengok mamat tu... Kaya gila, baru masuk semester dua kat sini dah bawa BMW.

Mana kau tahu dia kaya? Mana tahu tu kereta family dia ke apa ker?

Itu tak penting, tapi, yang penting, gaya dia tu menunjukkan dia mesti orang kaya. Mesti ?grand? kalau aku jadi girlfriend dia...

Dialog Empat:

Peh! Rock habis beb gaya lu malam ni. Ni baru gua respect...

Ceh! Baru lu tau sapa gua sekarang arr...


Inilah dia hakikat ?life style? hari ini. Hakikat remaja dan belia masa kini. Penampilan dan gaya adalah element penting dalam kehidupan masa kini. Tidak dinafikan, ianya memang penting. Gaya dan penampilan memang penting.

Gaya dan penampilan menunjukkan kematangan dan keperibadian sesorang individu. Ianya memperlihatkan apa yang tersirat di hatinya. Dalam bentuk persembahan melalui kaedah style berpakaiannya. Penampilan dan karaktor yang baik, menunjukkan peribadi yang baik. Begitulah kebiasaannya.

Namun, pada penilaian sipakah status baik dan buruk itu semua...?

Dalam kita sibuk menjaga gaya dan penampilan, setakat manakah kita benar-benar dipandang cantik dan hebat agaknya? Adakah cukup sekadar cantik dan nampak grand di mata manusia? Dengan gaya sophisticated atau modern style-nya. Memang sebahagian manusia memandang semua itu terlalu tinggi. Namun, satu pandangan yang amat penting, yang tidak wajar kita ketepikan. Bagaimana penilaian Allah s.w.t. terhadap gaya kita itu?

Inilah yang sering kita terlupa ataukah mungkin sengaja dilupakan. Pernahkah kita memikirkan perihal penampilan diri kita ini samaada dipandang baik atau tidak di sisi Allah s.w.t.? Inilah penilaian pemakaian (standard) yang paling utama yang perlu kita dahulukan dalam menentukan gaya (etika) berpakaian. Penilaian Allah s.w.t. adalah perkara paling penting menentukan kita ini mulia atau sebaliknya.

Sama-samalah kita nilai samaada style berpakaian kita menepati standard Allah s.w.t. atau pun tidak. Apakah standard Allah s.w.t. itu? Di mana kita perlu merujuknya? Ya, iaitulah al-Qur?an dan Hadis Rasulullah s.a.w. Janganlah sekali-kali kita mengabaikan rujukan utama kehidupan kita itu.

Ya, rujukan dari dua sumber inilah yang sering kita abaikan. Walhal, inilah manual kehidupan kita. Oleh itu, pastikanlah standard berpakaian kita, tidak kira lelaki mahupun wanita, hendaklah melepasi (lulus) apabila disemak dengan dua sumber itu. Pernahkah anda semak? Kalau belum pernah, sama-sama lah kita semak. Ajak kawan-kawan yang lain sekali. Dapatkan bantuan daripada mereka yang lebih arif (berilmu).

Lihatlah kecantikan dan hakikat keindahan panduan fesyen pakaian yang sebenar yang digariskan oleh Allah melalui al-Qur?an dan Hadis Rasul-Nya. Tidaklah patut sebagai insan yang beriman dan normal daya fikirnya, menidakkan keindahan serta kesyumulan panduan tersebut...

Sebagai penutup, perhatikan maksud hadis ini;

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan amalan kamu.? (Hadis Riwayat Muslim)

Di samping penampilan kita, Allah menitikberatkan kesucian hati kamu yang sentiasa menjaga keikhlasan dalam menekuni dan mencermati perjalanan mencari keredhaan Allah. Dengan hati yang bersih yang penuh keimanan, maka-nya lahirlah amalan-amalan yang baik dari diri kita semua. InsyaAllah.

Firman Allah s.w.t. (maksudnya):

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (al-A'raaf: 26)

Ketaqwaan di sini adalah merujuk kepada ketaatan kita kepada Allah secara keseluruhannya (dengan ilmu yang sihat). Meliputi semua aspek dan tidak hanya dalam etika berpakaian. Maka-nya, daripada ketaqwaan itulah... lahirnya kehebatan penampilan diri yang sebenar samaada di sisi Allah s.w.t. sendiri atau pada penilaian manusia yang beriman dan insan-insan yang lainnya.

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan dengki dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh Kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campur harta dengan harta yang haram;
17. Jangan derhaka ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak zikir dan doa kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila atas sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan bermusuhan, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering berselawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti berbicara yang tidak berguna;
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang dalam kesulitan
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih maju dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombongkerana kaya;
81. Jadilah manusia yang bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk beriadhah yang sesuai dengan tututan agama dan kemampuan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita buruk berkaitan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakkan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

Himpunan Doa Harian mp3

Majlis Ilmu

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ
&
SEMINAR TASAWUF DAN TARIQAH

SERTA MAJLIS HAUL TARIQAH NAQSYABANDIAH AL-KHALIDIYAH

Tempat : MASJID NUR SALAM
Kg Kubang Jelai
Tokai, Pendang,
Kedah.

Tarikh : 26 Julai 2008 / 23 Rejab 1429
(sabtu)

Masa : 8.00 pagi.

AHLI PANEL:

1. Prof. Dr. Jahid b. Hj. Sidek - Mantan Pensyarah UM.
Tajuk: Kedudukan & Kepentingan Khalwat Dalam Tariqat.

2. Ustaz. Lutfi b. Syed Omar - Pensyarah KUSZA
Tajuk : Zikir Ismu Zat Menurut Perspektif Islam

3. Ustaz Hj. Muhammad Fuad b. Kamaluddin Al-Rembawiy Al-Malili - Ajk Fatwa Negri Sembilan
Tajuk : Fitnah & Tribulasi Orang-orang Sufi Dalam Menegakan Tasawuf

4. Ustaz Hj. Shahul Hamid b. Seeni Md. Al-Naqsyabandi Al Filfilani - Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran & pengajian Islam Darul Tahzib Teluk Kumbar Pulau Pinang
Tajuk : Tariqah Naqsyabandiah dan Sunnah, penglibatan Ulamak Hadis dalam Tawasuf dan Tariqah.

5. Dr. Abd Aziz b. Hanafi - Pensyarah Insaniah

Monday, July 21, 2008

Ceramah Agama - Akhil Hayy

Back to school

Semalam aku kembali semula ke sekolah yg pernah mendewasakan aku dengan pelbagai kenangan yg sukar aku lupakan. Tujuan aku ke sana adalah untuk bermesyuarat sempena AGM Bainunalumni yg akan diadakan awal bulan depan.

Kali terakhir aku ke sini lebih 10 tahun yg lalu, kini segalanya telah banyak berubah, kalau dulu hanya beberapa blok sahaja bangunan sekolah kini sudah berblok-blok....

Setelah 19 tahun aku meninggalkan sekolah ini, namun segala kenangan muncul kembali setelah aku menjejakkan kai ke sekolah ini...segala kenangan pahit dan manis menerpa ke jiwaku... Tambah pula dengan kehadiran kengkawan yg sama2 bersekolah dulu, kenangan makin menerpa... tak sabar nak tunggu AGM nanti....

Friday, July 18, 2008

Antara Lelaki dan Wanita

Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.
Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.
Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

Wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda.

Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka, lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem..ehemm. .. dan macam-macam lagi.

Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita?Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza.

Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi. Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, pabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat.

Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya?

Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres. Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah . Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah, dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan. ..... kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.

Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja.

Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah lelaki dan wanita berbeza berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun.

Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu , maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu atheist


Kali nih aku nak share satu e-book yg agak menarik (bg pendapat aku)...

sinopsis sket: cita ni berkaitan dengan seorang pemuda yang mengelar dirinya penulis dalam cita ni. dia dalam perjalanan nak balik ke umah dia kat penang (bukit mertajam) dari shah alam naik ketapi. dlm perjalanan tu(dlm ketapi) dia terserempak ngan gadis melayu. xpkai tudung pon. dia igtkan kompem orang islam ni. slalu mmg ramai camtu sampai susah nak bezakan. Dia senyum kat gadis tu bila gadis tu pndng dia sbb xnak dicop sombong lak. tapi gadis tu usha cam pelik ja. Masa dia dok tgh nak lelap dah, gadis tu tegur dia. dah la dia ni dressing selekeh gile, cam kutu la plak, gadis tu gelakkan dia sbb pakai selipar yg dipotong kat depan(selipar surau!!). dia ckp kasut boot dia kena kebas kat surau time dia smyg tadi. "tu la awk, sapa suruh sembahyang..". erk! dia terkejut. biar benar gadis ni!....... ada dua pilihan utk anda download...rapidshare atau Usaupload...

(rapidshare)

(Usaupload)

password dia: hadi22324

(Harap tidak disalah gunakan e-book ini... aku upkan disini bukan tujuan komersial tapi sekadar berkongsi ilmu....)

Lelaki Acuan Al-Quran


KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH
AL QURAN DAN AL HADIS


1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamanNya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling memperbetulkan sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.