CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, September 9, 2008

.::Ramadhan:Dulu dan kini::.

Di kesempatan ini aku nak berkongsi pulak pengalaman sambut Ramadhan dulu dan sekarang. Perbezaan sambutan Ramadhan dulu (zaman kanak-kanak) dan sekarang. Memang banyak perbezaannya...

Bazaar Ramadhan:

Dulu,
Seingat aku zaman aku kanak-kanak dulu tak ada bazaar ramadhan nih (di kampung aku). Kalau ada pun cuma orang jual air tebu dan buah tembikai sahaja. Tapi suasana tetap meriah. Meriah dengan aktiviti bertukar-tukar juadah, tapi aku tak ambil kisah sangat sebabnya aktiviti nih hanya kaum wanita dan kanak-kanak perempuan jer. Aku masih ingat lagi, masa aku masih bersekolah rendah aku selalu ikut abah ke kedai untuk beli ais batu sebab di rumah aku belum ada peti ais. Selalunya lepas asar aku akan menenggek di belakang basikal abah...

Sekarang,
Zaman dah berubah, merata-rata ada bazaar ramadhan, meriah dengan kehadiran manusia yang berpusu-pusu memilih juadah untuk berbuka. Aku pun yidak ketinggalan sesekali memeriahkan keadaan itu. Sekarang ini giliran anak-anak aku pula ikut aku ke bazaar ramadhan.

Aktiviti di bulan Ramadhan

Dulu,
Zaman kanak-kanak dulu, selalunya memang agak terhad aktiviti di bulan ramadhan nih. Sepanjang bulan ramadhan tiada aktiviti mandi sungai dan kejar-kejar. Namun aktiviti lain tetap juga berjalan seperti main guli, gasing, getah dsb. Seingat aku, waktu paling meriah sepanjang ramadhan masa dulu adalah pada waktu malam. Bukan kerana pergi Terawikh, tetapi sepanjang malam di bulan ramadhan nih aku dan kawan-kawanku mendapat lesen besar untuk keluar waktu malam. Jadi inilah peluang kami nak "qada" balik aktiviti sebelah siang yang x dapat nak buat.

Sekarang,
Kini, alhamdulillah setiap kali ramadhan aku dapat berada di masjid ataupun di surau untuk menunaikan solat sunat Terawikh.

Mercun

Dulu,
Masuk jer bulan Ramadhan, merata-rata kedai ada jual mercun. Tapi mercun dulu tidaklah sehebat mercun sekarang. Mercun dulu sekadar mercun roket, dan mercun papan sahaja itupun dah dikira hebatlah... Tapi kalau nak lagi kuat/ hebat kami akan buat meriam buluh. Bahaya memanglah bahaya tetapi kami dulu tidaklah berani nak tokok tambah atau 'modified', kami main ala kadar sahaja janji ada bunyi....
(don't do this at home:- photo by: ChrElm

Sekarang,
Memang sukar nak cari mercun dipasaran secara terbuka, tetapi 'black market' banyak, dan bermacam-macam jenis. Semuanya bunyi hebat-hebat belaka. Baru seminggu berpuasa sudah mula terdengar bunyi letupan mercun sekali sekala. Dan amat menyedihkan dah ada yang tercedera akibat bermain mercun buatan sendiri. Mungkin bunyi letupan mercun yang dibeli belum cukup kuat agaknya.

Rancangan Televisyen

Dulu,
Entahlah aku tak berapa ingat tapi cuma aku rasa program yang paling senonim dengan bulan ramadhan masa zaman aku bersekolah menengah adalah drama rumah kedai (lakonan : Kartina Aziz, Harun Salim Bachik) siri drama nih selalu jadi slot utama setiap ramadhan di tv3.

Sekarang,
Pelbagai program disiarkan di tv, hingga aku tak tahu mana satu nak tonton. Cuma antara yang jadi 'feberet' aku adalah Jejak Rasul (tv3) dan Syahadah (RTM1). Lain-lain aku tak berapa minta nak tonton.

Persiapan Raya

Dulu,
Sedar-sedar semua dah disediakan. Apa yang aku tahu hanya plan untuk berhari raya. Yang lain semua mak dan abah yang uruskan. Tak payah susah-susah nak fikir. Itu zaman kanak-kanak. Bila dah masuk sekolah menengah dah pandai pilih sendiri tapi masih guna duit mak dan abah, cuma bila dah form4 aku dah start beli baju guna duit sendiri (duit biasiswa), sekurang-kurangnya kurang juga beban mak dan abah.

Sekarang,
Semuanya kena sediakan, pakaian anak dah tentu, Tahun nih isteri aku dah belikan baju untuk anak-anak aku, so tinggal sikit saja lagi yang nak tambah. Baju melayu aku dah tempah, cuma tahun nih ingat nak beli jubah pulak lagi sehelai cukuplah...

0 comments: