Kita masih lagi berbicara tentang Ramadhan. Bulan bagi orang-orang yang soleh diisytiharkan sebagai bulan berpesta ibadah. Apa saja perbuatan atau tindak-tanduk yang dikategorikan sebagai amal makruf, maka perbuatlah. Dan niatnya sudah pasti hanya kerana Allah dan bukannya kerana yang lain.
Ini adalah asas yang cukup penting menjamin nasib yang menguntungkan. Justeru bagaimana harus layak meraih aneka ganjaran yang ditawarkan, buat sedikit dibayar banyak?
Maksudnya, amal kebaikan yang dikerjakan sepanjang Ramadhan diberi ganjaran yang jauh lebih tinggi daripada kadar yang biasa diperolehi dalan 11 bulan yang lain. Dalam sebuah hadis yang panjang Nabi SAW memberitahu "...Sesiapa yang ingin menghampirkan diri kepada Allah melalui amalan baik di bulan ini, makaakan dibalas kepadanya dengan ganjaran seolah-olahmelakukan amalan fardhu di bulanyang lain pada tahun itu. Sesiapa yang melakukan amalan fardhu akan dibalasi dengan 70 amalan fardhu pada bulan yang lain..." (Riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Salman r.a)
Orang yang membuat sesuatu kerana Allah, tidak terusik emosinya jika tidak mendapat perhatian daripadaorang lain atau pihak tertentu, bahkan ucapan terima kasih sekalipun. Iktikad dan keyakinannya jelas - Allah tahu dan Allah menilai apa yang dia buat. Nilaian di sisi Allah adalah sebaik-baik nilaian.
Secara logiknya tiada seorangpun yang menukar nilaian Allah dengan nilaian manusia. Tetapi kenyataannya yang berlaku kebanyakannya sering bersalahan dengan logik tersebut. Dan Allahbersifat Maha Adil, kepada siapa yang hendak kita tonjolkan makrufyang dibuat, kepada orang itulah harus diminta "upahnya".
Berbuat Sebaik Mungkin
Petikan hadis di ataspun sudah cukup jelas. Nabi SAW menyebut " menghampirkan diri kepada Allah", bukan menghampiri diri di hati mertua, di hati pengikut, di hati anak-anak dan sebagainyanya. Satu lagi faktor berbuat kerana Allah ialah berbuat dengan sebaik yang boleh. Mengambil iktibar daripada sejarah dua oarang anak Nabi a.s yang mempersembahkan korban kepada Allah SWT. Yang terbaik lebih diterima olehAllah SWT.
Di satu sudut lain pula, perkara "tinggalakan mungkar" juga hendaklah diambil kira. Ia bergerak seiring dnegan "kerjakan makruf". Malah inilah hakikat sebenar puasa - (menahan diri). Menahan diri daripada segala yang dilarang oleh Allah SWT, terutamayang berbentuk mungkar dan dosa. Dosa adalah kegelapan dan kegelapan adalah hijab.
Jangan dihijab (disekat) rahmat Allah yang mahu masuk ke dalam hati. Di bulan inilah satu-satunya peluang terbaik untuk kita menebus segala-galanya - dengan Allah dan juga sesama manusia. Dengan Allah kita mohon taubat dan keampunan sebanyak-banyaknya, disertakan azam untuk tidak mengulangi lagi salah dan dosa lalu.
Begitu juga sesama manusia, selain banyakan berdoa memohon keampunan, kebaikan, keselamatan untuk orang yang ingin kita tuntut kemaafannya itu. Mdah-mudahan doa kita itu diaminkan oleh para malaikat. Dan kita pun akan mendapat kebaikan serupa :- "Barang siapa yang mahu mendoakan saudaraku yang sedang tidak ada, maka malaikat mewakilinya akan berkata 'Amin! Semoga kamu juga seperti itu.'" (Riwayat Muslim daripada Abu darda' r.a)
Mungkar yang bagaimanakah sering memerangkap orang-orangyang sedang berpuasa? Mungkar angkara lidah, angkara mata, angkara telinga dan pancaindera lain. Kalaupun mungkar-mungkar ini tidak membatalkan puasa di sudut fekah, tetapi ia berkuasa menghapus pahal ibadah puasa yang sedang dijalani. Berlapar dan berdahaga tidak dinilai oleh Allah SWT!
Allah memperingatkan kita melalui sebuah hadis Qudsi, "Dan siapa yang anggota-anggotanya tidak berpuasa daripada perkara-perkara yang aku haramkan maka tidaklah Aku berhajat agar dia meninggalkan makan dan minumnya kerana-Ku". (Riwayat Abu Nuaim daripada Ibnu Masiud r.a)
Amaran Allah ini disokong oleh baginda SAW,"Ramai daripada mereka yang berpuasa tidak memperolehi apa-apa melainkan lapar, dan ramai yang berdiri malam (beribadah malam) nemun tidak mendapat apa-apa kecuali letih berjaga malam." (Riwayat Ibnu Maja dan an Nasa'i daripada Abu Hurairah r.a)
Tinggalkan Mungkar Keran Allah
Menjauhi mungkar seperti mengata, melihat aurat orang lain, mendengar orang mengumpat dan sebagainya juga tidak boleh dengan 'kerana' yang selain daripada Allah. Allah suruh tinggalkan mungkar makatinggalkanlah mungkar itu kerana mematuhi perintah-Nya. Brulah beroleh pahal dan meninggalkan bekas di hati.
"Jangan mengumpat nanti batal pahala puasa," tegur seseorang kepada rakannya. Betullah teguran itu, tetapi bagaimana pula jika umpatan itu berlaku pada bulan selain Ramadhan? Tetap juga tidak boleh. Barangkali inilah sebabnya kenapa selepas berlalu bulan Ramadhan, lidah yang udah boleh dikekangdaripada bercakap kotor kembaliaktif dengan tabiat buruknya.Rupa-rupanya menjauhi mungkar lidah hanya kerana hendak menjada puasa.
Begitu juga dengan usaha menperbanyakan amalan sunat seperti solat dhuha, membaca membaca Quran beberapa kali sehari, bersedekah dan sebagainya, hanya kerana pahala berganda di bulan Ramadhan. habis Ramadha ia pun terhenti. Kebiasaan begitu tak ubah seperti tradisi tahunan setiap kali tibanya Ramadhan.
Sebab itulah orang-orang soleh zaman silam menyambut Ramadhan bermula dari bulan Rejab lagi. segala macam amalan sunat yang lazimnya menjadi kegilaan mereka pada bulan Ramadhan (bulan lain juga), mereka perkemaskan dan pertingkatkan seawal bulan Rejab lagi. Supaya masuk Ramadhan semakin tersa kemanisannya. Tidak lagi terputus setelah tamat Ramadhan.
Sebaliknya kita, dalam bulan ramadhan itulah semuanya hendak dimulakan. Meriahnya sekitar dua minggu pertama sahaja, kemudian menurun dan menurun. Masuk sepuluh terakhir, masjid dan surau idak lagi berseri seperti hari-hari awal Ramadhan. Tumpuan sudah beralih arah!
0 comments:
Post a Comment