CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, October 14, 2008

.::Hak Seorang Muslim Terhadap Muslim Yang Lain::.

Setiap Muslim  terhadap muslim yang lain mempunyai hak dan kewajipan yang banyak, diantaranya bolehlah dirujuk di dalam  buku kecil berjudul Risalatul-Mu'awanah tulisan Imam Habib Abdullah Haddad.

Rasulullah SAW telah bersabda:
"Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain enam perkara. Para sahabat bertanya: Apa dia wahai Rasulullah? Jawab baginda: Jika anda menemuinya hendaklah memberi salam. Jika ia mengundang kamu, hendaklah memenuhi undangannya. Jika ia minta nasihat, hendaklah menasihatinya. Jika ia bersin serta mengucap Alhamdulillah, hendaklah mendoakannya. Jika ia sakit, hendaklah menziarahinya. Jika ia mati, hendaklah turut hantar jenazahnya ke kubur"

Di antara hak-hak yang dituntut melakukannya antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain ialah memperbanyakan nasihat mengenai urusan agama, membantu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa kepada Allah SWT, serta mengajak untuk membuat ketaatan terhadap perintah-perintah Allah SWT.

Di antara hak-hak terpenting lagi ialah:
1) Menutup keaibannya.
2) Meringankan kesusahannya.
3) Membantunya dalam segala perkara yang penting dan perlu.
4) Memenuhi segala hajat dan keperluannya.
5) Menghapuskan duka nestapanya.
6) Membelanya jika terinaya
7) Menolongnya jika lemah.
8) Meringankan bebanan hidupnya.
9) menghormati yang tua.
10) Berbelas kasihan terhadap yang kecil.
11) Tidak menyusahkan seorang muslim yang lain, tidak menyia-menyiakannya, atau menghinanya, atau memandangnya rendah.
12) Tidak mencaci, atau mengejek-ngejeknya.
13) Tidak menipu seorang Muslim yang lain.
14) Tidak mendengki seorang muslim, atau memendam perasaan dendam terhadapnya, atau menyangka sesuatu yang tidak baik terhadapnya.
15) Hendaklah mengambil berat terhadap urusan kaum Muslimin, merasa gembira ketika mereka senang, dan bermuram-durja ketika mereka sedang dalam kesusahan.
16) Hendaklah mengharapkan sesuatu yang baik bagi mereka, sebagaimana ia mengharapkan bagi diri sendiri, dan membenci sesuatu yang tidak baik bagi mereka, sebagaimana ia membencinya untuk diri sendiri.

Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak sempurna iman seseorang kamu shingga ia mencintai saudaranya , sebagaimana ia mencintai diri sendiri".

Sabda  baginda lagi:
"Seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ibarat sebuah binaan, yang setengahnya mengukuhkan setengah yang lain".

Sabda baginda lagi:
"Barang siapa tidak mengambil berat terhadap urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka sendiri.

Sabda Baginda lagi:
"Barang siapa sentiasa mengambil berat tentang keperluan saudaranya, nescaya Allah sentiasa mengambil berat terhadap keperluannya.

Allah sahajalah yang menunjukan yang hak (benar) dan Dialah yang menunjuk jalan yang lurus.

*Sumber: Nasihat Agama dan Wasiat Iman ~ Imam Habib Abdullah Haddad.

Monday, October 13, 2008

.::Gambo Raya:Me & My Famili::.


Bergambar sebelum menziarahi sanak saudara yang lain


Bergambar bersama keluarga mertua

Thursday, October 9, 2008

.::Kesan Tarbiyah Ramadhan::.

Hari ini genaplah umurku 34 tahun. Alhamdulillah buat pertama kalinya setelah 34 tahun aku berjaya menjalani ibadah puasa sunat 6 di bulan syawal. Memang seronok dan puas hati. Memang kali ini semangat dan kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa sunat ini begitu terasa. Tidak seperti tahun-tahun lalu... mungkin ini adalah kesan dari 'tarbiyah ramadhan'. Aku amat bersyukur dengan kurniaan-Nya. Moga-moga aku akan di beri kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Sememangya tahun ini aku dapat rasakan ketenangan dalam menunaikan setiap ibadah yang wajib dan juga yang sunat. Bila difikir dan dikenang kembali kata2 ustaz yang memberi tazkirah di bulan Ramadhan lalu bahawa "jika kita nak tahu sama ada ibadah puasa kita di terima atau tidak kita kena lihatnya selepas ramadhan... sekiranya ada perubahan yang positif insyaAllah itu tandanya ibadah kita diterima dan jika tiada sebarang perubahan maka kita perlulah muhasabah diri kita... mungkin ada yang tak kena dengan ibadah puasa kita..."

Tuesday, October 7, 2008

.::Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal::.

MARILAH kita tanamkan sifat takwa kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, dengan cara dan jalan ini kita akan selamat dan berbahagia di dunia mahupun di akhirat iaitu dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala apa-apa jua larangan-Nya. 
Sesudah mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadan dan berjaya menjalankan ibadat puasa, umat Islam sekali lagi diberikan peluang merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu di bulan Syawal ini dengan satu lagi peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja untuk menambahkan pahala dan keberkatan di dunia iaitu dengan berpuasa enam. 

Di dalam bulan Syawal ini mengandungi beberapa keistimewaan yang dituntut oleh Islam supaya melakukannya.Terutama sekali puasa enam iaitu berpuasa enam hari di bulan Syawal. Berhubung hal ini hadis ada menerangkan yang bermaksud dari Abu Ayub An-Ansari Radiallahuanhu, 

Rasulullah SAW bersabda : 

"Barang siapa berpuasa bulan Ramadan, kemudian ia berpuasa pula enam hari pada bulan Syawal adalah seperti berpuasa sepanjang masa." 

Satu keistimewaan yang difahami dari sabda Rasulullah SAW itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling berharga disediakan kepada orang-orang yang mengejar nikmat dan kemurahan Allah SWT sepanjang hidup terdapat pula di bulan Syawal iaitu puasa enam hari di dalamnya. 

Ganjaran pahala diberikan oleh Allah Taala kepada mereka yang berpuasa enam di bulan Syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa sepanjang masa. Ganjaran yang begitu tinggi nilainya diberikan Allah SWT pada puasa ini dapatkan difahamkan kerana kebanyakan manusia tidak dapat melakukannya. Ini adalah berkait rapat dengan keadaan keliling yang lebih mencabar keimanan seseorang yang menunaikan puasa di waktu kemeriahan Hari Raya terhidang jamuan makanan yang enak-enak dan lazat ketika itu dan kerana pada masa itu sebahagian umat Islam tidak berpuasa dan ingin terus menikmati kuih-muih yang ada. 

Hanya sebahagian kecil sahaja yang masih melakukan ibadat puasa. Dengan ini seseorang yang berpuasa enam akan menghadapi persaingan hebat dengan suasana dan keadaan di masa itu yang benar-benar mencabar akan keimanannya dalam menahan hawa nafsu. 

Oleh yang demikian sudah sewajarnya mendapat pahala yang besar dan tinggi di sisi Allah Subhanahu Wataala bagi mereka yang berjaya menyahut cabaran ini. Dari itu marilah kita sama-sama mengejar ganjaran pahala yang amat besar itu, kerana peluang ini hanya terdapat di bulan Syawal. 

Berpuasa selama enam hari di bulan Syawal adalah sebagai petanda betapa seseorang itu telah meningkat iman dan takwanya kepada Allah SWT hingga sanggup berlapar dan dahaga semata-mata kerana taat kepada agama, pada hal orang lain menikmati aneka makanan dan juadah serta minuman yang lazat. 

Melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini sebaik-baiknya dimulakan pada Hari Raya kedua dan berturut-turut,tetapi jika tidak dapat berbuat demikian, boleh juga dilakukan bila-bila masa asalkan masih dalam bulan Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan berjumlah enam hari. 

Di antara kelebihan-kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal itu ialah : 

1. Puasa enam umpama sunat rawatib sesudah salat fardu bagi menampung kekurangan puasa fardu. 

2. Mengulangi puasa sesudah Ramadan menjadi tanda diterima puasa Ramadan yang kita kerjakan. 

3. Sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadan seperti nikmat kesihatan tubuh badan yang baik, ganjaran pahala yang berlipat ganda, Malam Lailatulqadar, ganjaran bersahur, berbuka puasa dan banyak lagi. 

4. Mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya. 

5. Memudahkan Malaikat Al-Maut mencabut nyawa. 

Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadilat-fadilat yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredaan-Nya jua. 

Firman Allah dalam Surah Al-An'aam ayat 16 yang tafsirnya : "Barang siapa membawa amal yang baik maka baginya pahala sepuluh kali lipat amalnya dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan)." 

Monday, October 6, 2008

.::Sejarah Sambutan Hari Raya::.

Hampir 2 minggu aku berehat dari menulis atau melawati mana2 blog. Kini Aku kembali... Sebelum itu aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin dan selamat berpuasa sunat 6 sepanjang syawal ini...


Sewaktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, baginda dapati penduduk Madinah yang sudah memeluk Islam, pada setiap tahun merayakan hari raya Nainuz dan Majrajan.
Baginda bertanya kepada kaum Muslimin yang turut merayakannya, "Hari apakah ini?" Jawab mereka, "hari raya kami. Pada hari ini kami bergembira sejak zaman jahiliah lagi."
baginda lalu bersabda, "Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari raya yang lebih baik dari kedua-duanya iaitu Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha".