CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Friday, November 21, 2008

.::Antara Minyak dan Maruah::.

Kini harga minya turun lagi... kini seliter minyak petrol sudah RM 2.70. Kini ramai yang boleh menraik nafas lega dengan penurunan harga minya tersebut. Kini tiada sapa lagi yang akan bersuara dengan kenaikan minyak yang mendadak satu ketika dahulu. Aku difahamkan harga ini akan turun lagi mungkin minggu depan atau mungkin juga bulan depan sama-sama tunggu dan lihat.

Itu soal minyak, semua orang bangun mempersoalkannya bila ianya naik mendadak. Bagaimana pula dengan masalah sosial yang melanda umat islam khususnya di negara ini? Ada sesiapa yang kesah dengan masalah ini? Ada sesiapa yang menghantar/ mengemukakan memorundum kepada pihak pemerintah?

Bila berbicara pasal keruntuhan moral khususnya dikalangan remaja islam masing-masing menuding jari antara satu sama lain. Padahal sudah menjadi tanggung jawab kita bersama untuk amal makruf nahi mungkar.

Di Pulau Pinang khususnya, umat islam seperti tidak ambil peduli dengan tindakan seorang pemimpin bukan islam yang sering melaungkan amal makruf nahi mungkar sedangkan beliau sendiri bukanlah seorang yang beragama Islam? Mengapa kita biarkan sahaja orang bukan islam mempergunakan ayat-ayat Al-quran untuk kepentingan politik mereka?

Masalah remaja kita yang kian meruncing dengan pelbagai budaya yang disadurkan dari acuan barat seperti yang terkini budaya shuffle... adakah ada pihak tertentu yang memandang serius perkara ini?

Bulan lalu kita dikejutkan dengan bantahan oleh beberapa NGO yang kononnya membela kaum wanita telah secara terang-terangan mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa bahawa kegiatan pengkid adalah haram. Betapa beraninya mereka ini mencabar intitusi tertinggi islam dalam negara ini? Apa tindakan kita? 

Iman runtuh akibat tidak dibajai dengan ilmu, kefahaman dan amalan

Benarlah, bahawa keruntuhan iman dan akidah apabila tidak dibaja dan dipelihara setiap hari dengan ilmu, pembacaan al-Quran, zikir atau wirid, ia akan mendatangkan masalah kepada orang tertentu, kerana iman boleh turun dan boleh naik, masyarakat umat Islam hari lebih cenderung melihat iman mereka turun dan merundum jatuh bagaikan pasaran saham di papan utama Bursa Malaysia.

Masalah pembuangan bayi orang Islam secara terbuka seperti yang dilaporkan oleh media cetak baru-baru semakin berleluasa, pecah amanah tabung haji, penghinaan terhadap baginda Rasulullah s.a.w serta para isterinya, penganjuran konsert dengan menampilkan individu artis yang kontroversi dari dalam dan luar negara, penganjuran pelbagai majlis anugerah bintang popular dan penyanyi dengan penampilan pakaian artis wanita yang separa telanjang di bulan-bulan haji yang menganjurkan kita supaya insaf dan patuh dan terlalu banyak lagi yang tidak mampu untuk menjelaskan kesemuanya, adalah menunjukkan keruntuhan iman, harga diri, minda yang begitu cetek terhadap agama Islam itu sendiri, sedangkan Islam seperti yang diketahui umum, adalah satu-satunya agama yang diperakui oleh Allah SWT.

Justeru, para alim ulama telah membahaskan isu berkenaan menerusi forum agama dalam laman web islamonline.net, islam-qa.com, islamweb.net dan pelbagai yang lain, ia bertujuan untuk menyelamatkan umat Islam dari menjadi mangsa keruntuhan iman yang semakin meruncing.

Walaupun terdapat larangan para alim ulama mengenai penganjuran sesuatu konsert seperti Jom Heboh, namum seolah-olah larangan daripada mereka yang berautoriti dalam bidang keagamaan tidak dipedulikan, ini menggambarkan betapa masyarakat pada hari ini tidak mementingkan aspek agama dalam kehidupan, dan tindakan itu memudahkan mereka terpesong daripada Islam, sedangkan sifat Islam itu sendiri adalah menyelamatkan, iaitu menyelamatkan manusia daripada terjerunus ke dalam api neraka dan menyelamatkan mereka daripada disentuh api neraka.

Apakah orang Islam perasan bahawa mereka semakin jauh daripada Islam apabila terlibat dalam penganjuran atau aktiviti yang melalaikan? Sesungguhnya mereka tidak akan perasan jika tidak mahu, jarang berada dalam masjid, surau atau tempat-tempat yang membahas dan membincangkan Islam dan tuntutannya.

Kerana pengalaman mengajar kita, bahawa manusia-manusia yang banyak habiskan (buang) masa di kedai-kedai kopi tanpa ada perancangan atau agenda padat mengenai Islam, percayalah sesungguhnya mereka telah diseret oleh syaitan dan iblis untuk meniti usia tua dengan amalan-amalan yang boleh menjauhkan mereka dari syurga Allah SWT.

Punca dan faktor yang menyebabkan manusia tidak beriman

Kalau hendak dihitung satu persatu mengenai faktor yang menyebabkan manusia beragama Islam tergelincir akidah mereka daripada kebenaran al-Quran terlalu banyak, namun dalam keterbatasan perbincangan ini, penulis hanya menyenaraikan beberapa faktor penting sahaja agar dapat dikongsi sama dengan rakan-rakan pembaca, supaya kita sama-sama dapat meluruskannya sebelum dijemput Allah untuk bertemu dengan-Nya.

Antara lain :

1- Tidak memikirkan dengan waras ikatan iman yang berpanjangan serta hubungan dengan Allah SWT.

2- Tidak menjadikan contoh teladan mengenainya yang pernah ditonjolkan oleh mereka yang terdahulu daripada kita di sepanjang sejarah penentangan antara hak dan batil di kalngan para ulama.

3- Tidak duduk dalam majlis-majlis ilmu terutama kelas-kelas fardu ain, kelas al-Quran, tafsir, hadis, program motivasi dan lain-lain yang boleh mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kepada Allah.

4- Berlakunya maksiat di tengah-tengah masyarakat yang tidak diubah dengan perkara makruf.

5- Sibuk dengan urusan keluarga untuk mencari keredaan isteri, anak-anak dan harta benda hingga tidak sanggup berkorban untuk agama.

6- Panjang cita-cita terhadap perkara dunia dan lupa jalan ke akhirat, walaupun kubur kata mari, rumah kata pergi.

7- Boros dalam perkara makan-minum, tidur yang berlebihan, berjaga malam bukan untuk beribadat, bersembang pada perkara yang sia-sia dan bergaul secara bebas antara lelaki dan perempuan.

0 comments: