Esok ana akan ke Ipoh, Ke sekolah ana dahulu. Harap-harap dapat jumpa sahabat-sahabat yang dah lama ana tak berjumpa. Hati dah tak sabar-sabar nak pergi walau ada sedikit rasa kecewa dengan beberapa orang sahabat yang tidak dapat datang esok kerana ada komitmen lain. Kita hanya mampu merencana namun segala ketentuan oleh Allah s.w.t.
Perancangannya pemergian ana ke Ipoh bukanlah semata-mata kerana program alumni sekolah ana tapi lebih kepada "gathering" group ana masa sekolah dulu. Nampak gayanya hanya ana dan sahabat ana Yusri sahaja yang dapat datang. Yeer telah SMS ana pagi tadi katanya dia ada meeting dgn bossnya esok. Sam pulak kata kena kerja esok, Lon pun cakap kerja esok... Manakala Epoi pulak ada trip ke Melaka dengan familinya... so hanya ana dengan Yus sahajalah...
Walau apapun ana tetap akan pergi jugak...
Friday, July 31, 2009
.::Back 2 School:Gembira dan Kecewa Mula Bercampur::.
Posted by miezanz at 3:33 PM 0 comments
Labels: reunion
.::Al-Fatihah: ADUN Permatang Pasir Kembali Ke Rahmatullah::.
TERKINI : ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari talifon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.
Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.
Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..
sumber: CINA ISLAM
Posted by miezanz at 8:34 AM 0 comments
Labels: Ehwal Semasa, Politik
Wednesday, July 29, 2009
.::1 Malaysia: Rakyat Didahulukan::.
Apa yang didahulukan? Rakyat didahulukan dengan pelbagai kenaikan sejak beliau memegang jawatan orang no. negara. Antaranya tambang teksi, bas ekspress, bas henti-henti, kereta sewa serta bas sekolah akan menggunakan tambang baru mulai 1 Ogos ini. <RUJUK SINI>
Begitu juga dengan tariff elektrik... Tariff elektrik juga akan turut dinaikan sebagai tanda rakyat didahulukan. Kalau x silap ana, Kadar Tol juga akan turut dinaikan juga... Beruntungnya jadi rakyat Malaysia sebab kita didahulukan.
Dalam kes H1N1, setakat ini sudah 4 orang disahkan meninggal dunia akibat H1Ni. Telah banyak sekolah serta IPT ditutup akibat H1N1. Namun menteri dan timbalan menteri yang terlibat menasihatkan rakyat supaya jangan panik. Tak panik lagi ker? Atau mungkin setakat 4 orang meninggal belum cukup untuk menyamai pencapaian negara-negara lain yang dilanda H1N1 yang dah berpuluh orang meninggal. Sebab motto 1 Malaysia , Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan. Jadi setakat 4 orang saja yang meninggal belum cukup nak dikira sebagai pencapaian...
1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, POKET MESTI DIPENUHKAN........ korang pikirlah sendiri.....
Posted by miezanz at 4:33 PM 0 comments
Labels: Ehwal Semasa, Politik
Monday, July 27, 2009
.::Antara Lilin dan Pelita::.
Posted by miezanz at 11:59 AM 0 comments
Labels: Ehwal Semasa, Politik
Friday, July 24, 2009
.::Bila Notebook Masuk Wad::.
Posted by miezanz at 4:10 PM 1 comments
Labels: lain-lain
Thursday, July 16, 2009
.::Sedih:Program Realiti Yang Terpinggir::.
Sungguh sedih rasanya bila ana cuba bertanyakan kepada kawan-kawan ana mengenai Program ini, antara jawapan yang ana terima adalah " Eh.. Dah mula ker tilawah nih?" ada juga yang kata " bukan selalu tilawah dalam bulan puasa ke?" dan macam lagi jawapan yang buat ana tersenyum sendirian. Tu belum lagi ana tanya di mana tilawah tersebut berlangsung....
(Nota: bukan nak bangga diri sebab ana follow program ni)
Kepada para sahabat yang menonton rancangan ini secara langsung di TV1 alhamdulillah kerana kita sama-sama mendapat manfaatnya insyAllah. Suasana yang ana saksikan dari siaran langsung di TV1 yang sudah berlangsung 2 malam yang ana dapat saksikan hanya wajah warga emas yang memenuhi ruang Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak, Ke mana wajah-wajah generasi muda? Mengapa program yang pastinya kemasukan adalah percuma tetapi cuma dihadiri oleh warga emas dan cuma beberapa kerat sahaja generasi muda yang dapat ana saksikan. memang mengecewakan. Adakah hanya warga yang berumur sahaja berminat dengan majlis yang mendatang manfaat dan faedah ini?
Seperkara lagi yang agak mengecewakan ana berhubung Tilawah ini adalah dari segi publisiti dan promosi amat kurang sekali. Mungkin inilah antara penyumbang mengapa masyarakat kita tidak menyedari tentang penganjuran program ini. Atau mungkin juga kerana ketika ini terlalu banyak saluran televisyen menyebabkan siaran secara langsung ini terpinggir. Tidak seperti semasa zaman ana kanak-kanak dulu, ketika itu cuma ada RTM1 dan RTM2 sahaja. Jadi tiada pilihan ketika itu maka mahu tak mahu kenalah juga ikutinya.
Seingat ana suatu ketika dulu (zaman kanak kanak) setiap kali berlangsungnya tilawah Al-quran maka ramai orang berbicara mengenainya dan sudah mula membuat perkiraan siapa yang bakal jadi Johan Qari dan Qariah. Boleh kata hampir sama hebatnya macam AF juga. tapi itu dulu ketika belum ada saluran tv berbayar...
miezan: siapalah ana untuk menegur....
Posted by miezanz at 10:39 AM 0 comments
Labels: Ehwal Semasa
Monday, July 13, 2009
.::Ziarah Alam: Youth Park , Penang:Selepas Hujan::.
Semalam walaupun hujan masih lagi gerimis, ana dan isteri tetap juga bawa anak-anak beriadah di Taman Belia (Taman Bandaran), Pulau Pinang.
Memang indah dan mendamaikan suasana di sini. Terasa nyaman dan menyegarkan... Lihatlah betapa indahnya alam ini selepas hujan...
Posted by miezanz at 9:05 AM 1 comments
.::Pelik Tapi Benar::.
Naik pening juga ana memikirkan bagaimana komputer facebook membuat analisis itu. Bermacam andaian yang dibuat namun semuanya tidak memberi jawapan yang relevan.
Posted by miezanz at 8:13 AM 0 comments
Wednesday, July 8, 2009
.:: IJTIMA UMAT ISLAM SE MALAYSIA::.
IJTIMA UMAT ISLAM SE MALAYSIA
TEMPAT : Berhampiran Masjid KLIA Kuaters, Labu , Nilai.
TARIKH : 9-12 hb Julai 2009
Aturcara Program:
Asar, Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan
9-07-2009 – KHAMIS - Selepas Solat Asar Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak
10-07-2009 – JUMAAT - Selepas Solat Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
- 1. Ceramah Umum
- 2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh Ceramah Umum
11-07-2009 – SABTU - 10.00 pg – 12.00 tgh Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- 10.00 pg – 12.30 tgh
- 1. Program Untuk Ulama
- 2. Program untuk Khawas
- 3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh Ceramah Pendek
12–07-2009 - AHAD - 9.30 pg –Sebelum Zuhur
1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak
- Selepas Asar Nasihat2 untuk jemaah yg berkhidmat semasa ijtimak.
Posted by miezanz at 8:20 AM 0 comments
Labels: Ehwal Semasa, lain-lain
Monday, July 6, 2009
.::Hadis Palsu Rejab, Syaaban::.
Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.
Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.
Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.
Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.
Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).
“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).
Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat berat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.
Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya.
Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. sama ada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai al-hadis.
Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut).
Perbuatan ini adalah jenayah memalsu ciptakan agama, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Seperti seseorang yang memalsukan pasport di atas nama sesebuah kerajaan. Ia sebenarnya melakukan pembohongan dan jenayah terhadap kerajaan tersebut.
Kedudukan Nabi s.a.w. tentunya lebih besar dan agung untuk dibandingkan. Oleh itu dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadis ini: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda.”
Mendengar
Maksudnya: “Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku)” (rujukan: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).
Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.
Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)
Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”
Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.
Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).
Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).
Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.
Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)
Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi ejen menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.
Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu).
Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).
Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”
Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.
Ibadat
Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.
Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.
Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.
Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama.
Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).”
Mereka hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadis tersebut.
Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya.
Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu Syahbah, al-Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-‘Arabi, Kaherah).
Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.
Posted by miezanz at 8:19 AM 0 comments
Friday, July 3, 2009
.::Kasih Ibu: Dulu Kini Selamanya...::.
Kali ini ana nak kongsikan satu email yang ana terima dari sahabat ana... Sebenarnya email ni dah lama terperuk dalam kotak email ana... Pagi tadi ana ada sikit masa jadi ana kembali kemaskini kotak email ana yang dah berserabut.... Lalu terjumpalah email ni... jadi ana kongsikan untuk tatapan para sahabat sekalian.... selamat membaca dan ambil iktibar darinya... InsyaAllah...
KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN
MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.
APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA
TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.
MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN
DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA
KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.
KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK
PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN
MENCONTENG DINDING.
BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN
BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK
DALAM LOPAK KOTOR.
SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE
SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT :
"TAK NAK! TAK NAK!"
APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA.
CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN
CERMIN TINGKAP JIRAN.
MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.
KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG
KELAS.
BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK
MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA
KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.
APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA
SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON
TELEVISYEN.
MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN
YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK
SESUAI ZAMAN SEKARANG.
KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT
UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS
SEPUCUK SURAT PUN.
BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN
RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.
MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA
APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA
BERSAMA KAWAN-KAWAN.
KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR
YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET
BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN
PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN
KAWAN-KAWAN.
BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA
TEMAN ISTEMEWA,KITA KATA, "? ITU BUKAN URUSAN IBU."
SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN
PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU
JADI SEPERTI IBU."
APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT
UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN
PADA KAWAN-KAWAN? . "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK
CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"
MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL
MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA
DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU,
TOOOOOLONGLAHHH? ."
KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH
MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU
MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN
KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN
BERPINDAH JAUH.
PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT
DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH
BERKATA,"? ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."
KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN
MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA,
"KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."
APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN
MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI
KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN
KEPADA ANAK-ANAK.
DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU
MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN
AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU
MENERPA SATU PERSATU.
JIKA IBU MASIH ADA , SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,
INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA
KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.
Posted by miezanz at 11:06 AM 0 comments
Labels: tazkirah, tips dan nasihat