CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Showing posts with label reunion. Show all posts
Showing posts with label reunion. Show all posts

Thursday, February 18, 2010

.::Silaturrahim:Bila Sesekali Berkumpul::.

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga ana dan beberapa sahabat berkumpul dan mengumpulkan beberapa sahabat yang dah lama tak bertemu. Ana bersyukur kerana walaupun terpaksa membuat beberapa perubahan demi memastikan ramai sahabat hadir kami berjaya merealisasikannya juga. Urusan hebahan kepada para sahabat agak mudah kerana terdapatnya pelbagai medium yang cepat dan pantas untuk menyalurkan maklumat. Namun ana faham ada ramai sahabat lain yang ingin ikut serta namun tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain... Apa-apa pun gath 14/2 lepas memang menarik dan mengembirakan. Kalian semua memang sporting.

Image Hosted by ImageShack.us
ana dan sahabat berkumpul di Kuala Kangsar sebelum bertolak ke rumah Kim.

Image Hosted by ImageShack.us
Antara yang terawal tiba di rumah Kim.

Image Hosted by ImageShack.us
Fakril berpeluh-peluh membakar ayam dan udang.


Image Hosted by ImageShack.us
Kim yang sporting sanggup menyediakan rumahnya sebagai tempat berkumpul

Image Hosted by ImageShack.us
tuan rumah turut menunjukan skill membakar ayam

Image Hosted by ImageShack.us
Shidee memperkenalkan resepi udang goreng nasi...

Image Hosted by ImageShack.us
Sebahagian sahabat lelaki yang hadir pada majlis tersebut.

Suasana malam tersebut memang meriah dengan gelak tawa sahabat. Faktor usia bukan penghalang untuk terus berjenaka dan bergurau. Bila peluang berkumpul begini segala kenakalan zaman sekolah pastinya muncul kembali. lawak-lawak spontan menggamatkan suasana malam tu. Malangnya ana terpaksa pulang awal disebabkan anak-anak ana dan mula mengantuk akibat keletihan bermain.

Diharapkan agar kita mampu untuk berkumpul seperti ini lagi di lain ketika...
Terima kasih kepada Kim atas kerja keras beliau menyediakan tempat serta peralatan demi memastikan segalanya berjalan lancar. Tidak ketingalan juga kepada Shidee dan isteri serta Lon dan Isteri (Yusnita) yang banyak membantu merealisasikan impian kita semua....

KALIAN MEMANG BEST!!!!!

Wednesday, December 9, 2009

.:: EOS 7D: Sunset bersama sifoo::.

Petang semalam sahabat ana, Saiful Bahri a.k.a Gbone datang jumpa ana untuk shoot sunset di pantai berhampiran rumah ana. Antara beberapa shoot yang sempat diambil, sayang sikit sebab semalam kami tak bawa tripod.


Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

bonus:....

Image Hosted by ImageShack.us
Wisma Kastam, Pulau Pinang
(gambar ni ana shoot hari ahad lepas diedit guna photoshop dan topaz lab)

Wednesday, August 5, 2009

.::Back 2 School:Part 5:Lunch::.

Kehadiran semula ke Bainun kali ini memang berbeza. Perbezaan pertama kerana hanya ana sorang sahaja dari batch 87-91 yang datang awal (yang lain datang petang dan malam). Keduanya kehadiran kali ini tidaklah seramai sebelumnya (AGM tahun lepas). Ketiga, kali ini ana dan sahabat-sahabat berpeluang makan di dewan makan aspura setelah 18 tahun ana dan sahabat-sahabat tak makan di sini. Ada juga yang dah 21 tahun tak makan di sini. Yang paling nostalgia sekali apabila berpeluang tengahari dalam tray, siap beratur lagi ambik makanan memang nostalgia sungguh. Kepada sahabat ana yang tak hadir, minta maaflah mungkin kalian tak akan dapat mengulangi lagi keseronokan makan nasi dalam tray. Makanan hari tuh pun sedap, lauk ayam bukan lagi ikan jaket (cencaru) macam zaman 80-an dulu.

Kalau dulu tray plastik, kini stainless steel dan tray di dalam dewan makan bukan di luar lagi.
masing-masing berselera makan nasi tengahari tu, adakah kerana masakan sekarang memang sedap atau perut masing-masing dah lapar?

gambar : Thanx to bro Izaini

Tuesday, August 4, 2009

.::Back 2 School:Part 4:BBQ::.

Berbalik kepada posting ana yang terdahulu (Back 2 School: Part 3). Selepas siang tadi berhempas pulas bermain bola sepak dan bola tampar. Selesai sahaja bersolat maghrib ana serta sahabat-sahabat terus ke dewan makan untuk makan malam. Malangnya, rupa-rupanya dewan makan asrama telah bertukar waktu makan malamnya, kalau zaman ana waktu makan malam adalah selepas solat maghrib, tapi sekarang waktunya sebelum maghrib... zaman dah berubah.

Oleh kerana masing-masing dah lapar dan kalau nak tunggu BBQ agak lambat lagi kerana program BBQ dijangkakan pukul 9.30 malam. Jadi ana bersama sahabat-sahabat ana keluar mencari makan di luar. Lokasi dipilih adalah restoran Nasi Kandar AK. Antara lokasi kegemaran Alumni. Bermula dengan 2 meja akhirnya kalau tak silap ana jadi 5 meja. Maklumlah lepas sorang, sorang datang. Ana sekadar melapik perut sahaja dengan menjamah sekeping tosai. Meriah restoran tuh dengan karenah ana dan sahabat-sahabat yang masing-masing mahu bercerita dan mengenakan sahabat lain. Ana sekadar menjamah tosai kerana nak reservekan sikit ruang nak isi dengan BBQ kambing nanti...
Menu yang tak mampu ana tolak... Kambing, Alhamdulillah siang tadi dah check bp. 130/80 so bolehlah ana makan kambing-kambing tu...

Anak ana Aidil yang ikut ana ke sekolah puas makan ayam malam tu.

gambar: thanx 2 Bro Hazman dan Sis Yusni...

Monday, August 3, 2009

.::Back 2 School:Part 2:Episod Sedih::.

(SABTU)~Hari yang ditunggu2 telah tiba juga. Karnival Sukan Bainunalumni. Dengan promosi yang selalu diupdatekan didalam blog ini dan juga dalam facebook dijangkan kehadiran akan melebihi kehadiran AGM yang lalu. Rupa2 hampeh... kengkawan yang kononya nak datang rupa-rupanya sekadar memberi jawapan untuk menyedapkan hati sahaja. Mungkin anda semua sibuk, tidak mengapalah.

Kim, Det, Yus dan Fakril hadir memeriahkan suasana yang kurang meriah kerana terlalu ramai yang sibuk sehingga hanya dihadiri oleh muka yang sama sahaja setiap kali gathering. Ana tahu kim juga sibuk dengan aktiviti kelab BMW dan juga RCnya namun semuanya dia cancel semata-mata mahu bertemu kawan-kawan lama. Ana memang respek dengan komitmen Kim walaupun dia tak memegang sebarang jawatan dalam bainunalumni dia tetap juga datang. Begitu juga Det, Yus dan Fakril.

Friday, July 31, 2009

.::Back 2 School:Gembira dan Kecewa Mula Bercampur::.

Esok ana akan ke Ipoh, Ke sekolah ana dahulu. Harap-harap dapat jumpa sahabat-sahabat yang dah lama ana tak berjumpa. Hati dah tak sabar-sabar nak pergi walau ada sedikit rasa kecewa dengan beberapa orang sahabat yang tidak dapat datang esok kerana ada komitmen lain. Kita hanya mampu merencana namun segala ketentuan oleh Allah s.w.t.

Perancangannya pemergian ana ke Ipoh bukanlah semata-mata kerana program alumni sekolah ana tapi lebih kepada "gathering" group ana masa sekolah dulu. Nampak gayanya hanya ana dan sahabat ana Yusri sahaja yang dapat datang. Yeer telah SMS ana pagi tadi katanya dia ada meeting dgn bossnya esok. Sam pulak kata kena kerja esok, Lon pun cakap kerja esok... Manakala Epoi pulak ada trip ke Melaka dengan familinya... so hanya ana dengan Yus sahajalah...

Walau apapun ana tetap akan pergi jugak...

Monday, July 13, 2009

.::Pelik Tapi Benar::.

Image Hosted by ImageShack.us

Ana memang selalu melayan Facebook. Tetapi apa yang berlaku minggu lepas amat mengejutkan. Ana telah dijemput oleh sahabat ana, Sam untuk cuba apps. di Facebook iaitu "Discover who are your 5 closest friends on Facebook!" Dari result sahabat ana Sam, ana ada dalam senarai 5 sahabat paling rapat beliau. Pada mulanya suspen juga ana nak try apps. itu sebab takut lain macam pulak result yang keluar. Tapi ana cuba juga dan hasilnya sama seperti sahabat ana Sam. Dalam senarai tu terdapat kami berlima iaitu Ana, Sam, Yus, Epoi, Yeer. Mungkin kalau Lon join FB maka list tu akan penuh dengan nama-nama kami berenam sahaja. Cuma buat masa ini Yus belum lagi mencuba apps. ni... mungkin hari ni kalau ana nampak dia online ana akan minta dia cuba apps tersebut dan sama2 kita tengok resultnya.

Naik pening juga ana memikirkan bagaimana komputer facebook membuat analisis itu. Bermacam andaian yang dibuat namun semuanya tidak memberi jawapan yang relevan.

Monday, May 11, 2009

.::Pertemuan Yang Bermakna::.

Malam sabtu lalu ana bekesempatan bertemu semula sahabat lama ana zaman persekolahan dulu. Kebetulan dia balik ke Kuala Kangsar dan kami selalu berhubung melalui internet dia call ana ajak jumpa dan minta ana memilih lokasi. Kebetulan juga anapun balik ke Bagan Serai.

Selepas selesai solat isya, sahabat ana nih call ana tanya di mana nak jumpa. Ana beritahu dia kedai tomyam depan kilang silverstone, kemunting. Alhamdulillah tak lama menunggu di tepi jalan, sahabat ana pun sampai. Kami terus ke lokasi.

Perbualan malam tuh pada mulanya hanya perkara-perkara biasa, recall kisah-kisah silam zaman remaja di alam persekolahan. Kemudian bertukar lokasi kerana ada sahabat lain yang nak datang juga. Kami seterusnya ke Pelita Nasi Kandar di Taiping Sentral. Yang datang di situ kemudiannya sahabat ana, Kim dan Mat.

Malam tu tepat pukul 12 tgh malam isteri ana call tanya nak balik pukul berapa? Tapi kerana dah lama ana tak jumpa sahabat ana yang sorang nih ana cuma jawab pada isteri ana kejab lagi... walaupun pada hakikatnya ana sendiri belum rasa nak balik. Akhirnya selepas pukul 1 pagi Kim dan Mat minta diri nak balik, tinggallah ana dan sahabat ana sahaja yang masih bersembang.

Apabila hanya berdua kami mula bercerita pengalaman hidup dulu dan sekarang. Zaman sebelum berubah dan selepas menumui Nur Ilahi. Seronok ana bila dapat berbual dengan sahabat-sahabat ana yang suatu ketika dulu sama-sama huru-hara tapi sekarang sudah dapat apa yang sebenarnya yang dicari selama ini... Tanpa disedari kami berbual hinggan pukul 3pagi. Lalu kami sama-sama meninggalkan Pelita Nasi Kandar, Taping Sentral dengan kepuasan maklumlah kali terakhir ana berjumpa dia kira-kira 5 tahun lalu di hari perkahwinannya.

Terima kasih sahabat ana Ahmad Asri kerana sudi jumpa ana walaupun dulu (zaman persekolah) kita bukannya rapat sangat tapi atas nama persaudaraan islam kita kembali rapat. Ana bangga perubahan yang berlalu pada diri anta. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam meneruskan perjalanan hidup yang singkat ini...

Saturday, May 2, 2009

.::Hujung Minggu Yang Padat::.

Cuti 3 hari hujung minggu ni mmg ana penuh dan padat dgn pelbagai aktiviti. Kesempatan cuti umum sempena hari pekerja 1 May, ana ambil peluang ni untuk berjumpa dengan kawan-kawan sekolah ana dahulu. Sebelah paginya ana jumpa dengan Mat Kerozan di Taiping Sentral. Tujuan ana jumpa dia untuk serah t-shirt SEARCH yang dia minta ana tolong belikan sempena konsert SEARCH Di Awan Biru yg di adakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya... Tak Sangka Mat masih terselit rock di jiwanya macam juga ana (maklumlah membesar dengan muzik search). Ana cuba juga untuk hubungi Akmam dan Hishamudin Zaki tapi jawapannya negatif... Ana tak kisah janji ana dapat jumpa Mat pun kira ok juga. Tanpa diduga akhirnya Akmam muncul juga di Taiping Sentral bersama anaknya walaupun hanya untuk seketika. Peremuan berakhir pukul 12.30 tgh hari dan ana bergegas balik kerana satu kewajipan yang perlu ditunai... solat jumaat.
Malamnya sperti dijanjikan ana berada di Bandaraya Ipoh jumpa dengan kawan-kawan bainunian. Tanpa kehadiran Mat Kerozan yang ada hal ana tetap hadir. Alhamdulillah ana sempat juga bersolat Isya berjemaah walaupun hanya masbuk kerana masalah parking.







Pertemuan yang dirancangkan di Restoran Sabar Menanti, Stadium Perak terpaksa ditukar ke venue lain kerana tutup. Akhirnya Nasmir Riverfront jadi pilihan...

Agak kecewa juga kerana solitary death (band ana dulu) ada yang tak dapat datang... hanya kami bertiga sahaja ana, Sepul dan Use. Yeer demam, Lon ana dah hubungi tapi tak berjawab telefonya, sam pula isterinya datang dari Johore. Namun alhamdulillah support dari kawan-kawan lain memeriahkan pertemuan malam tu. Terima kasih kepada Meor, Mahyudin, Hazman (85-89), Saiful Azli, Nizam (86-90), Jouhar (88-92) dan Alis (sanggup teman Epoi sampai awal pagi). Harap-harap aktiviti macam ni boleh kita buat selalu dan ramai lagi yang join...

Jam dah pukul 2.00 pagi, ana masih di Nashmir dan rasa berat nak balik tinggalkan kawan-kawan walaupun ramai yang dah balik. Akhirnya pukul 2.30 kami semua beredar pulang... Selesai satu hal, esok pagi2 ana perlu bergegas ke Butterworth semulam kerana anak lelaki ana ada perlawanan futsal.

Selepas solat subuh dan berbual sikit dengan jemaah Surau, ana balik ke rumah dan alhamdulillah anak-anak semua dah ready. Jom kita balik ke Butterworh.

Alhamdulillah satu perjalan yang selamat, ana berada di gelanggang futsal Best Bola Bola. Airil Zaquan ada perlawan Futsal tadikanya. Tanpa diduga pasukannya berjaya ke perlawanan akhir pada 24 Mei nanti. Sekali lagi Alhamdulillah...



Selepas zohor ana qadha semula tidur ana...ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Monday, April 27, 2009

.::Bila sesekali melepak::.

Sabtu lepas (25 April) ana telah ke Kuala Kangsar bersama Mat Kerozan utk bertemu dengan Mat Use dan Kole. Rakan sepersekolahan (SMRPB) ana dulu. Seperti yang dirancang ana akan menjemput Mat di rumahnya selepas isya.

Ana juga ada hubungi beberapa rakan lain tetapi semua tak dapat nak datang kerana ada urusan. Akhirnya hanya kami berempat sahaja.
Antara yang tak dapat datang malam tuh Akmam (ada anak kecil katanya), Firdaus Assari (ana call banyak kali tapi tak berjawab), Meor (last minit call ana bagitau ada hal)


Lepak2 malam tuh mmg seronok pertama sebab dah lama tak jumpa dan lepak2 sambil mengeteh. Tapi malam tuh bukan sekadar mengeteh tapi siap dengan siakap dan puyuh goreng lagi...

Berbeza dengan gath2 sebelum nih, kalau sebelum nih setiap kali kalau jumpa pastinya antara topik yang diborakan adalah berkisar kenangan zaman persekolahan. Tapi malam tuh banyak bincang hal2 semasa khususnya politik... antara yang paling hangat isu krisis politik Perak dan PRK Bukit Gantang.

Malam punyalah asyiknya bersembang tanpa sedar kami melepak di situ sampai ke pukul 3.00 pagi. Mata belum terasa mengantuk namun memikirkan aku perjalanan masih jauh untuk ana dengan Mat, so pertemuan malam tuh tamat setakat pukul 3.15 pagi sahaja. Selepas hantar Mat ke rumahnya aku terus balik ke rumah mertua di Bagan Serai dan sampai pukul 4.00 pagi. Mengantuk? jangan ceritalah letak saja kepala terus lelap.

Akibat keletihan dan mengantuk sangat pagi tuh ana terlepas solat subuh berjemaah di surau dan hanya solat pada pukul 6.50 pagi... Kantoiiiiiiii.


Monday, August 4, 2008

Back to school final part.

tag nama Reunion dan AGM Bainun Alumni

2 dan 3 Ogos 2008 hari yang amat bermakna coz setelah 17 tahun aku dan kengkawan kembali semula ke Bainun untuk berjumpa. Perjumpaan yang cukup happenning dgn kehadiran semula bekas2 pelajar bainun dan para guru yg pernah berkhidmat di Bainun.

Tapi agak sedih sedikit coz tak semua batch aku datang, yang datang cuma muka2 biasa jer... yang lain x juga datang. Harap2 next time diorang datang....
more pic and stories klik here