CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Monday, September 28, 2009

.::Aidil Fitri: Mengimbau kembali Ramadhan Yang telah berlalu::.

Sudah seminggu kita meninggalkan Ramadhan. Memang terasa sekali kehilangan Ramadhan. Alhamdulillah syukur kerana Allah S.W.T memberi kesempatan kepada ana untuk menghabiskan pertemuan dengan Ramadhan selama 29 hari. Satu nikmat yang cukup besar bagi kita umat Islam. Alhamdulillah ana dapat menunaikan solat tarawikh secara berjemaah sebanyak 28 malam dan 1 malam lagi ana buat sendiri di rumah. Alhamdulillah dengan taufiq dari Allah S.W.T, ana dapat bertahhajud hampir setiap malam. Alhamdulillah, Allah S.W.T memberikan ana kekuatan untuk membaca Al-Quran walaupun ana gagal untuk khatam dalam bulan Ramadhan... Alhamdulillah Ramadhan kali ini ana berjaya untuk melatih diri agar makan sekadar yang perlu sahaja dan kesannya ana tidak rasa mengantuk dan malas untuk bertarawikh... Alhamdulillah Ramadhan kali ini banyak mengajar ana untuk lebih dekat dengan Allah... Alhamdulillah syukur tak terhingga atas kurniaan nikmat islam dan iman oleh Allah S.W.T pada ana... Semoga Allah memberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan di masa akan datang... Aminnn....

Wednesday, September 16, 2009

.::Ramadhan: Sudahkah Anda Menjelaskan Zakat Fitrah::.


Sekadar mengingatkan kepada diri ana yang sering lupa. Kita telah berada di minggu yang kedua daripada bulan ramadhan tahun ini, dan dua minggu lagi kita akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri setelah menunaikan kewajipan berpuasa ramadhan selama satu bulan.

Maka kita sebagai kaum muslimin dan muslimah yang mampu, diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah bagi dirinya sendiri dan bagi orang-orang yang menjadi tanggungannya.

Zakat ialah merupakan proses pembersihan diri dan satu cara untuk mendatangkan keberkatan kepada harta benda. Firman Allah SWT di dalam surah al-Taubah ayat : 103 yang bermaksud :

” Ambillah (sebagai) zakat dari sebahagian harta mereka (kerana) dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka.”

Kemudian Sabda Rasulullah SAW pula :

” Zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia, dan dari perkataan buruk dan sebagai pemberian makanan kepada orang miskin. Maka barangsiapa mengeluarkan sebelum solat aidilfitri (sembahyang hari raya puasa) maka ia adalah zakat yang makbul (diterima) dan barangsiapa yang mengeluarkan sesudah solat aidilfitri, maka ia merupakan sedekah seperti sedekah-sedekah yang lain.”

Puasa ramadhan seseorang itu akan tergantung antara langit dan bumi melainkan setelah menunaikan kewajipan zakat fitrah. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

” Puasa bulan ramadhan itu tergantung antara langit dan bumi dan tidak dapat diangkat melainkan dengan mengeluarkan zakat fitrah.”

Sesungguhnya zakat fitrah itu ada mempunyai sepuluh keistimewaannya. Antaranya ialah :

  1. Membersihkan diri daripada dosa-dosa
  2. Menyelamatkan diri daripada neraka dan siksaannya.
  3. Menjadikan puasa ramadhan itu diterima (makbul)
  4. Melayakkan diri untuk mendapat nikmat syurga.
  5. Keluar daripada kubur di dalam keadaan aman.
  6. Segala kebajikan ditahun itu diterima.
  7. Layak untuk mendapat syafaat Rasulullah SAW di hari kiamat.
  8. Dapat melalui ” Siratul Mustaqin ” seperti kilat.
  9. Diberatkan timbangan kebajikan dihari pembalasan nanti.
  10. Diselamatkan oleh Allah SWT namanya (pengeluar zakat fitrah) daripada senarai nama orang-orang yang mendapat kecelakaan.

Selain itu, perintah zakat fitrah itu mengandungi nilai-nilai hikmah kemanusiaan dan kemasyarakatan yang tinggi, antaranya ialah :

  1. Mengagihkan nikmat kesenangan, kemakmuran dan kekayaan itu kepada mereka yang kurang bernasib baik.
  2. Menanam perasaan bertanggungjawab, tolong-menolong dan bantu-membantu.
  3. Mengeratkan silatulrahim di antara mereka yang berada dengan mereka yang kurang bernasib baik.
  4. Mempamerkan konsep persaudaraan Islam yang sebenar.
  5. Menghilangkan jurang pemisah antara golongan yang berada dengan golongan yang kurang berada.
  6. Membuka jalan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan tidak berada untuk bersama-sama meraikan hari raya aidilfitri.
  7. Membuktikan kesyukuran seseorang itu kepada Allah SWT dan lain-lain lagi.

Justeru itu, zakat fitrah adalah satu kefarduan dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Ianya adalah salah satu daripada rukun Islam dan menjadi tanggungjawab tiap-tiap muslim menunaikannya dengan tidak mengharapkan apa-apa pembalasan dari yang menerima.

Adakah anda sudah menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah pada tahun ini ?

Tuesday, September 15, 2009

.::Salam Aidilfitri:Maaf Zahir dan Batin::.

Image Hosted by ImageShack.us

Friday, September 11, 2009

.::Ramadhan: Antara Babi dan Aurat::.

Khutbah Jumaat di Masjid Jamek Kubang Boya, Butterworth hari ini disampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Abdul Mutalib Maarof. Khutbahnya berkisar ketaqwaan kepada Allah s.w.t dan turut ditekankan peranan ibadah puasa dalam membentuk jati diri seorang umat yang benar-benar bertaqwa mengikut perspektif Islam.

Apa yang menarik bagi ana dalam khutbah hari ini adalah bila beliau menyentuh soal aurat. Yang menarikinya beliau membandingkan aurat dengan babi. Katanya, babi hanya haram dimakan dan disentuh tetapi aurat bukan sekadar haram untuk disentuh tetapi haram juga bila melihatnya. Memang besar peranan dan tanggungjawab setiap individu muslim dan muslimat dalam hal menjaga / menutup aurat. kerana perumpaan yang dibawakan oleh al-Fadzil ustaz jelas menunjukan bahawa orang tidak menutup auratnya lebih hina dari babi...

Apa yang berlaku pada kita dan masyarakat sekeliling kita adalah meletakan babi ke satu kedudukan yang terlalu hina. Padahal kalau sekadar melihat babi dibawa di atas lori di jalanraya, atau melihat babi di Zoo, atau melihat babi yang siap di panggang di restoran cina tidak mendatangkan apa-apa kesalahan pada kita. Tambah teruk lagi, kita pastinya akan termuntah kalau ada dikalangan kawan kita yang bukan islam memakan babi di depan kita.

Sebaliknya kita dapat menerima kehadiran insan-insan yang kononnya mengaku Islam tetapi tidak menutup aurat. Kita boleh dengan tanpa rasa bersalah atau rasa berdosa berbual dengan mereka yang tidak menutup aurat seperti yang disyaratkan oleh syarak. Sepatutnya dalam kes ini kita sepatutnya memalingkan pandangan kita dari melihat insan-insan yang tidak menutup aurat ini kerana ianya haram untulk dilihat... Kalau melihatnya sudah dikira haram apatah lagi kepada individu yang membuka aurat tersebut?
Sama-sama kita renungkan... Semoga Ramadhan kali ini benar-benar mentarbiah diri kita agar kita dapat mencapai falsafah ibadah puasa kita iaitu melahirkan individu islam yang bertaqwa...

.::Ramadhan: Selamat memasuki fasa ke 3::.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana diberikan kesempatan untuk berada dalam dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah, bulan yang dijanjikan dengan pelbagai ganjaran dan Rahmat Allah s.w.t. Moga-moga Allah terus memberikan kita berkempatan untuk menamatkan ramadhan yang berbaki 8 atau 9 hari lagi InsyaAllah...

Dalam kita mengharungi baki Ramadhan ini marilah kita muhasabah diri kita, melihat kembali kepada kualiti ibadah puasa kita. Apakah tahap atau standard puasa kita sama sahaja seperti tahun-tahun yang lepas, berlalunya Ramadhan tanpa meninggalkan apa-apa bekas atau apa-apa kesan pada jiwa kita. Jadi dengan baki Ramadhan yang tinggal 8-9 hari ini marilah kita meningkatkan kualiti puasa kita ke tahap semaksima mungkin kerana inilah peluang terbaik yang kita ada kerana Ramadhan tahun hadapan belum tentu milik kita... Mungkin Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir buat kita. Jadi pergunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin. Sama-sama kita meningkatkan kualiti puasa kita moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang bertaqwa, InsyaAllah.......

Dikesempatan ini juga ana memohon ampun dan maaf di atas segala segala ketelanjuran dan kelantangan ana menulis di blog ini. Dan ana juga mengucapkan Selamat Aidilfitri buat semua pengunjung blog ini... Maaf Zahir dan Batin..........

Tuesday, September 8, 2009

.::Ramadhan:Benarkah ini akan berlaku pada 2012?::.

Ana membaca artikel ini dari satu blog feberet ana al-banjari online. Terima kasih wak....
Apapun jangan letak sepenuh kepercayaan kepada apa yg terkandung melalui email tersebut. Sekadar untuk bermuhasabah dibenarkan. Segala ketentuan yang akan berlaku itu di dalam rahsia Allah swt. Teruskan membaca..


Perhatikan dan cuba lakukan pengiraan, 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat. Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj. (yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012