Thursday, November 13, 2008
.::Ibadah Korban::.
Hari Raya Aidildha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam. Dalil disyariatkan Aidiladha adalah sebagaimana dikhabarkan oleh Anas bin Malik r.a, dia berkata:
Nabi s.a.w. pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua Hari Raya yang pada keduanya lagi mereka berdua merupakan imam yang layak mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyyah, maka baginda bersabda:
Maksudnya:
“Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Dan sesungguhnya ALLAH telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan
Aidilfitri.” - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.
Aidiladha juga diberi gelaran sebagai Hari Raya Haji kerana ianya diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadat yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima iaitu ibadat Haji. Di samping itu Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban kerana di antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan kambing biri-biri dalam rangka beribadat kepada ALLAH S.W.T.. Ibadat korban ini adalah sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. kerana taat akan perintah ALLAH S.W.T..
Namun begitu berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini kepada kehendak ALLAH S.W.T. maka ketika Nabi Ibrahim ingin menyembelih anaknya itu, ALLAH gantikannya dengan seekor kibas. Peristiwa ini telah dirakamkan di dalam al-Qur’an sebagaimana firman-NYA:
Maksudnya:
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi
Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya ALLAH, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (KAMI sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). Serta KAMI menyerunya: "Wahai Ibrahim! "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. – al-Saaffaat (37) : 101-108
Rentetan dari peristiwa ini maka saban tahun ketika merayakan Hari Raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik yang berada di dalam masyarakat seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.
KEUTAMAAN MENGERJAKAN IBADAT KORBAN
Ibadat korban ini memiliki keutamaan yang begitu besar bagi mereka yang mengerjakannya. Ini sebagaimana ditekankan oleh ALLAH S.W.T. melalui firman-NYA:
Maksudnya:
Dan KAMI jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama ALLAH untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama ALLAH (semasa menyembelihnya)
ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah KAMI mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada ALLAH, tetapi yang sampai kepada-NYA ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah DIA memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat nikmat petunjuk-NYA. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
– al-Hajj (22) : 36-37
Melalui ayat di atas dapat kita senaraikan beberapa keutamaan ibadat korban seperti berikut:
1) Ibadat korban dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyrakat dengan mempereratkan hubungan kasih sayang diantara golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan seumpamanya dan dengan golongan yang bernasib baik yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T. dengan kekayaan dan kelapangan hidup melalui pengagihan daging-daging korban tersebut.
2) Ibadat korban juga berupaya membentuk insan yang bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kepadanya melalui penyembelihan haiwan korban yang dilakukannya dengan menggunakan hasil rezeki tersebut dalam rangka beribadat dan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T..
3) Ibadat korban juga dapat membentuk jiwa yang ikhlas kerana sejumlah wang ringgit telah dibelanjakan hanya demi untuk mendapat keredhaan ALLAH S.W.T..
4) Ianya juga merupakan bukti ketakwaan kita kepada ALLAH S.W.T. kerana menurut perintahnya.
5) Ibadat korban merupakan amalan yang mulia dan sesiapa yang menunaikan ibadat tersebut bakal menerima khabar gembira daripada ALLAH S.W.T. iaitu balasan serta ganjaran yang baik daripada-NYA
HUKUM IBADAT KORBAN
Tentang hukum melaksanakan ibadat korban ini maka para ulamak berbeza pendapat yang dapat kita bahagikan kepada dua iaitu:-
1) Wajib bagi yang mampu. Ini merupakan pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Rabi’ah al-Ra’yi, al-Auza’i, al-Laits bin Saad, salah satu dari pendapat Imam Ahmad Ibnu Hanbal dan pendapat ini telah dirajihkan (dibenarkan) oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah. Dalil-dalil yang dipakai oleh mereka yang menyokong pendapat ini adalah seperti berikut:-
Maksudnya:
Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
- al-Kauthar (108) : 2
Ayat ini menggambarkan kewajipan ibadat korban sebagaimana solat kerana kedua ibadat tersebut dihubungkan dengan huruf ? (dan) yang menunjukkan kesamaan hukum.
Maksudnya:
Daripada Jundab bin Abdillah bin Sufyan al-Bajali, dia berkata: Nabi s.a.w. solat pada hari Nahr (Aidiladha) kemudian berkhutbah lalu menyembelih (bintang )korbannya dan bersabda: Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat (hari raya
Aidiladha), maka sembelihlah yang lain sebagai penggantinya. Dan barangsiapa yang belum menyembelih maka sembelihlah dengan nama ALLAH.
–Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 985.
Perintah Rasulullah s.a.w. untuk mengulangi ibadat korban jika ianya dilakukan sebelum solat hari raya Aidiladha menunjukkan ianya wajib. Jika tidak wajib pasti baginda tidak akan mengarahkan agar ianya diulang semula.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah, dia berkata: Barangsiapa yang memiliki kemampuan (keluasan rezeki) dan tidak menyembelih, maka jangan dekati tempat solat kami. – Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah, hadis no: 3114
Hadis ini berupa ancaman bagi mereka memiliki kemampuan tetapi tidak mengerjakan ibadat korban. Ancaman yang berat ini tidak akan dilakukan oleh baginda melainkan ianya sebagai bukti akan kewajipannya.
Maksudnya:
Dari Mikhnaf bin Sulaim, dia berkata: Kami bersama Rasulullah dan baginda wukuf di Arafah, lalu berkata: Wahai manusia. Sesungguhnya wajib bagi setiap keluarga pada setiap tahunnya (mengerjakan ibadat) korban dan ‘atirah. Baginda berkata: Tahukah kalian apakah ‘atirah itu?. Iaitu yang dikatakan orang Rajabiyah (kambing yang disembelih pada bulan Rejab).
– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam kitab Sunan Tirmidzi, hadis no: 1438.
Hadis ini jelas membuktikan bahawa ibadat korban dan ‘atirah itu diwajibkan kepada semua umat Islam yang berkemampuan. Walaubagaimanapun hukum untuk ‘atirah telah dimansuhkan namun ianya tidak mengharuskan pemansuhan ibadat korban dan hukumnya yang wajib masih terus sah sampai sekarang.
2) Sunat atau Sunat Mu’akkad bagi yang mampu. Pendapat ini pula merupakan pendapat jumhur (majoriti) ulamak dan pendapat Imam al-Syafi’i r.h. Golongan ini pula berpegang kepada dalil-dalil seperti berikut:-
Maksudnya:
Daripada Ummu Salamah, dia berkata: Bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Jika masuk sepuluh hari pertama Dzulhijjah dan salah seorang dari kalian ingin menyembelih (haiwan) korban, maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya. – Hadisriwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1977.
Ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa ibadat korban itu tidak wajib dengan dasar sabda Nabi dan salah seorang dari kalian ingin yang menggambarkan baginda menyerahkan kepada kehendak seseorang. Seandainya ibadat korban itu wajib pasti baginda tidak akan menyerahkannya kepada kehendak seseorang dengan bersabda “maka janganlah memotong rambut dan kukunya sehingga selesai menyembelih haiwan korban.”
Maksudnya:
Daripada Jabir, dia berkata: Aku menyaksikan bersama Nabi s.a.w. solat Aidiadha di musholla (tanah lapang). Ketika selesai khutbahnya, baginda turun dari mimbarnya, lalu dibawakan seekor kambing dan Rasulullah menyembelihnya dengan tangannya sendiri dan berkata: “Bismillah wa Allahu Akbar hadza ‘anni wa ‘amman lam yudhahi min ummati (Dengan nama ALLAH dan ALLAH Maha Besar, ini dariku dan dari umatku yang belum meyembelih. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, hadis no: 2427.
Sabda Rasulullah s.a.w ini dariku dan dari umatku yang belum menyembelih disampaikan secara mutlak tanpa perincian merupakan dalil tidak wajibnya ibadat korban. Sekiranya ianya wajib tentu bagi mereka yang meninggalkan ibadat tersebut berhak dihukum dan tidak memadai baginda mewakilkan korbannya itu kepada meereka.
Diriwayatkan daripada Abu Sarihah al-Ghiffari, beliau berkata:
Maksudnya:
Aku mendapati Abu Bakar atau melihat Abu Bakar dan Umar tidak menyembelih (haiwan) korban – dalam sebahagian hadis mereka – khuatir dijadikan panutan. – Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra, 9/295. Syaikh al-Albani telah mengsahihkan riwayat ini di dalam Irwa’ al-Ghalil hadis no:1139.
Seandainya ibadat korban itu wajib nescaya kedua Abu Bakar dan ‘Umar r.a akan mendahului umat Islam yang lain dalam melakukan ibadat korban.
Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:
Seorang Muslim selayaknya mematuhi syariat tanpa memandang apakah itu fardu atau sunat. Yang terpenting dia melakukan kerana mematuhi syariat ALLAH S.W.T, kerana mengikuti Nabi-NYA dan mencari pahala. Pembahasan mengenai hukum hanya diperlukan saat ingin meninggalkannya, apakah yang akan ditinggalkannya itu sesuatu yang wajib atau yang sunat. Demikian kewajipan seorang hamba yang serius beribadat. Adapun dalam kajian ilmiah dan mengetahui
hukum-hukumnya maka perlu mengetahui antara yang fardu dan yang sunat. – Rujuk kitab Taudhih al-Ahkam min Bulughi al-Maraam, karya Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam (edisi terjemahan dengan tajuk Syarah Bulughul Maram, Pustaka Azzam, Jakarta, 2006) jilid 1, ms. 217.
Apa pun jua kedua-dua pendapat tersebut memiliki hujah sabit daripada baginda s.a.w. dan seharusnya kita berlapang dada dalam permasalahan khilafiyah sebegini. Syaikh Muhammad al-Amin al-Syingqiti r.h berkata:
Saya telah meneliti dalil-dalil sunnah pendapat yang mewajibkan dan yang tidak mewajibkan, dan keadaannya pada pandangan kami bahawa tidak ada satupun dalil dari kedua pendapat tersebut yang tegas, pasti dan selamat dari bantahan, baik yang menunjukkan wajib mahupun yang tidak wajib… Yang rajih [lebih tepat] bagi saya dalam perkara seperti ini yang tidak jelas penunjukkan nas-nas kepada satu hal tertentu kepada satu hal tertentu dengan tegas dan jelas adalah berusaha sekuat mungkin keluar dari khilaf dengan berkorban apabila mampu kerana Nabi bersabda: “Tinggalkanlah yang ragu kepada yang tidak ragu.” Sepatutnya seseorang tidak meninggalkannya bila mampu kerana menunaikannya sudah pasti menghilangkan tanggung jawabnya. Wallahu’alam. – Rujuk kitab Adhwaa’ al-Bayaan Fi Idhah al-Qur’an bil Qur’an karya Syaikh Muhammad al-Amin al-Syingqiti, jilid 5 ms. 618.
Posted by miezanz at 12:27 PM 0 comments
Labels: agama, tazkirah, tips dan nasihat
Thursday, November 6, 2008
.::Wasiat Nabi Kepada kita semua::.
Daripada al-harith bin Al-As’ariy dari Nabi saw bersabda: Sesungguhnya Yahya as bin Zakariya as memerintahkan Bani Israel, lalu beliau teragak2 untuk mengatakannya lalu Nabi Isa as telah berkata : Sesungguhnya Allah memerintahkan engakau untuk menyuruh mereka atau aku akan menyuruh mereka lalu Yahya berkata aku bimbang jika kau mendahuluiku maka aku akan ditelan bumi atau diazab lalu dia mengumpulkan manusia di Baitul Maqdis maka penuhlah masjid dan duduklah mereka di atas lantainya lalu Nabi yahya mula berpesan : Sesungguhnya Allah telah memrintahkan aku untuk mengerjakan 5 perkara dan aku memerintahkan kamu untuk mengerjakannya:
suruhlah Bani Israel juga untuk iaiatu:
“Hendaklah kamu menyembahNya dan jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun kerana bandingan perbuatan syirik yang kamu lakukan adalah seumpama sesorang yang membeli hamba dari wangnya sendiri lalu dia mengatakan kepada hamba itu : Ini adalah rumahku dan ini merupakan kerjaku, maka hendaklah engkau bekerja dan sempurnakanlah segala tanggunjawab kepadaku.Tetapi hamba ini bekerja lalu memberikan hasilnya pada tuan yang lain dari tuannya.Adakah seseiapa yang meredhai perbuatan ini dilakukan oleh hambanya terhadapnya ? Allah awt telah memerintahakan kamu untuk bersolat maka janganlah kamu berpaling kerana Allah swt memberikan perhatianNya kepada hambaNay yang bersolat selagi dia tidak lalai.
Dan aku memerintahakan kamu supaya berpuasa kerana bandingan orang yg berpuasa adalah seperti seorang lelaki yang memliki bekas yang dipenuhi kasturi menyebabkan setiap orang yg ada disampingnya merasa kagum disebabkan bau kasturi itu.Hakikatnya bau mulut hamba yang berpuasa itu lebih hebat dari bau jkasturi !
Dan aku memerintahkan kamu agar melakukan sedeqah kerana orang yang bersedeqah itu diumpamakan seseorang lelaki yg ditawan musuh lalu diikatnya tangan lelaki itu kpd tengkuknya sebelum di pancung kepalanya, lalu seseorang berkata : aku akan menebuskannya dengan apa sahaja dari kamu lalu dia pun menebuskannya.Maka akau mengingatkan kamu supaya sentiasa mengingati Allah kerana bandingan orang yg mengingati Allah ada;lah seperti dia yg dikejar musuh lalu dia Berjaya meloloskan dirinya ke suatu kubu kuat yang mengahalang musuh dari memudaratkannya
Posted by miezanz at 10:17 AM 0 comments
Labels: agama, tazkirah, tips dan nasihat
Tuesday, October 14, 2008
.::Hak Seorang Muslim Terhadap Muslim Yang Lain::.
Setiap Muslim terhadap muslim yang lain mempunyai hak dan kewajipan yang banyak, diantaranya bolehlah dirujuk di dalam buku kecil berjudul Risalatul-Mu'awanah tulisan Imam Habib Abdullah Haddad.
Rasulullah SAW telah bersabda:
"Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain enam perkara. Para sahabat bertanya: Apa dia wahai Rasulullah? Jawab baginda: Jika anda menemuinya hendaklah memberi salam. Jika ia mengundang kamu, hendaklah memenuhi undangannya. Jika ia minta nasihat, hendaklah menasihatinya. Jika ia bersin serta mengucap Alhamdulillah, hendaklah mendoakannya. Jika ia sakit, hendaklah menziarahinya. Jika ia mati, hendaklah turut hantar jenazahnya ke kubur"
Di antara hak-hak yang dituntut melakukannya antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain ialah memperbanyakan nasihat mengenai urusan agama, membantu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa kepada Allah SWT, serta mengajak untuk membuat ketaatan terhadap perintah-perintah Allah SWT.
Di antara hak-hak terpenting lagi ialah:
1) Menutup keaibannya.
2) Meringankan kesusahannya.
3) Membantunya dalam segala perkara yang penting dan perlu.
4) Memenuhi segala hajat dan keperluannya.
5) Menghapuskan duka nestapanya.
6) Membelanya jika terinaya
7) Menolongnya jika lemah.
8) Meringankan bebanan hidupnya.
9) menghormati yang tua.
10) Berbelas kasihan terhadap yang kecil.
11) Tidak menyusahkan seorang muslim yang lain, tidak menyia-menyiakannya, atau menghinanya, atau memandangnya rendah.
12) Tidak mencaci, atau mengejek-ngejeknya.
13) Tidak menipu seorang Muslim yang lain.
14) Tidak mendengki seorang muslim, atau memendam perasaan dendam terhadapnya, atau menyangka sesuatu yang tidak baik terhadapnya.
15) Hendaklah mengambil berat terhadap urusan kaum Muslimin, merasa gembira ketika mereka senang, dan bermuram-durja ketika mereka sedang dalam kesusahan.
16) Hendaklah mengharapkan sesuatu yang baik bagi mereka, sebagaimana ia mengharapkan bagi diri sendiri, dan membenci sesuatu yang tidak baik bagi mereka, sebagaimana ia membencinya untuk diri sendiri.
Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak sempurna iman seseorang kamu shingga ia mencintai saudaranya , sebagaimana ia mencintai diri sendiri".
Sabda baginda lagi:
"Seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ibarat sebuah binaan, yang setengahnya mengukuhkan setengah yang lain".
Sabda baginda lagi:
"Barang siapa tidak mengambil berat terhadap urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka sendiri.
Sabda Baginda lagi:
"Barang siapa sentiasa mengambil berat tentang keperluan saudaranya, nescaya Allah sentiasa mengambil berat terhadap keperluannya.
Allah sahajalah yang menunjukan yang hak (benar) dan Dialah yang menunjuk jalan yang lurus.
*Sumber: Nasihat Agama dan Wasiat Iman ~ Imam Habib Abdullah Haddad.
Posted by miezanz at 12:34 PM 1 comments
Labels: agama, tazkirah, tips dan nasihat
Monday, October 13, 2008
Thursday, October 9, 2008
.::Kesan Tarbiyah Ramadhan::.
Hari ini genaplah umurku 34 tahun. Alhamdulillah buat pertama kalinya setelah 34 tahun aku berjaya menjalani ibadah puasa sunat 6 di bulan syawal. Memang seronok dan puas hati. Memang kali ini semangat dan kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa sunat ini begitu terasa. Tidak seperti tahun-tahun lalu... mungkin ini adalah kesan dari 'tarbiyah ramadhan'. Aku amat bersyukur dengan kurniaan-Nya. Moga-moga aku akan di beri kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.
Sememangya tahun ini aku dapat rasakan ketenangan dalam menunaikan setiap ibadah yang wajib dan juga yang sunat. Bila difikir dan dikenang kembali kata2 ustaz yang memberi tazkirah di bulan Ramadhan lalu bahawa "jika kita nak tahu sama ada ibadah puasa kita di terima atau tidak kita kena lihatnya selepas ramadhan... sekiranya ada perubahan yang positif insyaAllah itu tandanya ibadah kita diterima dan jika tiada sebarang perubahan maka kita perlulah muhasabah diri kita... mungkin ada yang tak kena dengan ibadah puasa kita..."
Posted by miezanz at 8:32 AM 1 comments
Tuesday, October 7, 2008
.::Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal::.
MARILAH kita tanamkan sifat takwa kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, dengan cara dan jalan ini kita akan selamat dan berbahagia di dunia mahupun di akhirat iaitu dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala apa-apa jua larangan-Nya.
Sesudah mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadan dan berjaya menjalankan ibadat puasa, umat Islam sekali lagi diberikan peluang merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu di bulan Syawal ini dengan satu lagi peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja untuk menambahkan pahala dan keberkatan di dunia iaitu dengan berpuasa enam.
Di dalam bulan Syawal ini mengandungi beberapa keistimewaan yang dituntut oleh Islam supaya melakukannya.Terutama sekali puasa enam iaitu berpuasa enam hari di bulan Syawal. Berhubung hal ini hadis ada menerangkan yang bermaksud dari Abu Ayub An-Ansari Radiallahuanhu,
Rasulullah SAW bersabda :
"Barang siapa berpuasa bulan Ramadan, kemudian ia berpuasa pula enam hari pada bulan Syawal adalah seperti berpuasa sepanjang masa."
Satu keistimewaan yang difahami dari sabda Rasulullah SAW itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling berharga disediakan kepada orang-orang yang mengejar nikmat dan kemurahan Allah SWT sepanjang hidup terdapat pula di bulan Syawal iaitu puasa enam hari di dalamnya.
Ganjaran pahala diberikan oleh Allah Taala kepada mereka yang berpuasa enam di bulan Syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa sepanjang masa. Ganjaran yang begitu tinggi nilainya diberikan Allah SWT pada puasa ini dapatkan difahamkan kerana kebanyakan manusia tidak dapat melakukannya. Ini adalah berkait rapat dengan keadaan keliling yang lebih mencabar keimanan seseorang yang menunaikan puasa di waktu kemeriahan Hari Raya terhidang jamuan makanan yang enak-enak dan lazat ketika itu dan kerana pada masa itu sebahagian umat Islam tidak berpuasa dan ingin terus menikmati kuih-muih yang ada.
Hanya sebahagian kecil sahaja yang masih melakukan ibadat puasa. Dengan ini seseorang yang berpuasa enam akan menghadapi persaingan hebat dengan suasana dan keadaan di masa itu yang benar-benar mencabar akan keimanannya dalam menahan hawa nafsu.
Oleh yang demikian sudah sewajarnya mendapat pahala yang besar dan tinggi di sisi Allah Subhanahu Wataala bagi mereka yang berjaya menyahut cabaran ini. Dari itu marilah kita sama-sama mengejar ganjaran pahala yang amat besar itu, kerana peluang ini hanya terdapat di bulan Syawal.
Berpuasa selama enam hari di bulan Syawal adalah sebagai petanda betapa seseorang itu telah meningkat iman dan takwanya kepada Allah SWT hingga sanggup berlapar dan dahaga semata-mata kerana taat kepada agama, pada hal orang lain menikmati aneka makanan dan juadah serta minuman yang lazat.
Melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini sebaik-baiknya dimulakan pada Hari Raya kedua dan berturut-turut,tetapi jika tidak dapat berbuat demikian, boleh juga dilakukan bila-bila masa asalkan masih dalam bulan Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan berjumlah enam hari.
Di antara kelebihan-kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal itu ialah :
1. Puasa enam umpama sunat rawatib sesudah salat fardu bagi menampung kekurangan puasa fardu.
2. Mengulangi puasa sesudah Ramadan menjadi tanda diterima puasa Ramadan yang kita kerjakan.
3. Sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadan seperti nikmat kesihatan tubuh badan yang baik, ganjaran pahala yang berlipat ganda, Malam Lailatulqadar, ganjaran bersahur, berbuka puasa dan banyak lagi.
4. Mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya.
5. Memudahkan Malaikat Al-Maut mencabut nyawa.
Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadilat-fadilat yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredaan-Nya jua.
Firman Allah dalam Surah Al-An'aam ayat 16 yang tafsirnya : "Barang siapa membawa amal yang baik maka baginya pahala sepuluh kali lipat amalnya dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan)."
Posted by miezanz at 8:37 AM 0 comments
Monday, October 6, 2008
.::Sejarah Sambutan Hari Raya::.
Hampir 2 minggu aku berehat dari menulis atau melawati mana2 blog. Kini Aku kembali... Sebelum itu aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin dan selamat berpuasa sunat 6 sepanjang syawal ini...
Sewaktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, baginda dapati penduduk Madinah yang sudah memeluk Islam, pada setiap tahun merayakan hari raya Nainuz dan Majrajan.
Baginda bertanya kepada kaum Muslimin yang turut merayakannya, "Hari apakah ini?" Jawab mereka, "hari raya kami. Pada hari ini kami bergembira sejak zaman jahiliah lagi."
baginda lalu bersabda, "Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari raya yang lebih baik dari kedua-duanya iaitu Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha".
Posted by miezanz at 8:50 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)