CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, December 2, 2008

.::Beza yoga dan judi::.

Antara yoga dan judi nombor ekor memang ada persamaan dan perbezaan. Amalan yoga dihukum syirik jika setiap langkahnya diiringi mantera. Sikap menurun nombor ekor juga diiringi ucapan mantera, seruan nama-nama 'wali'. Maka, di situlah persamaannya.

Bezanya.. yoga diamalkan atas tujuan meningkatkan kesihatan tubuh badan, melancarkan aliran darah. Sedangkan amalan menurun nombor ekor itu terbangun menerusi keinginan mahu jadi kaya. Yoga untuk kesihatan, menikam ekor untuk kekayaan. Itu bezanya.

Menurut sesetengah orang, amalan yoga melahirkan ketenangan. Maka manusia Barat itu pula belajar ilmu yoga dengan tujuan meditasi, guna meraih ketenangan hati dan tenteram di jiwa. Kata orang juga, dengan kekayaan itu hati boleh tenteram. Benarkah begitu?

Sebenarnya, menyalahgunakan kekayaan atau mencari kekayaan melalui jalan yang salah itulah punca kenapa jiwa menjadi makin tak tenteram. Merompak, merasuah, membunuh wanita Mongolia cuma kerana mahu melarikan wang komisen dan lain-lain adalah punca kepada terbentuknya jiwa yang semakin tidak tenteram.

.::Yahudi mahu orang Islam jadi kafir::.

Memanglah orang Yahudi berusaha supaya orang Islam menjadi kafir. Antaranya cara hidup mereka yang kita terima dengan terang dan jelas sekali iaitu teori-teori politik, ekonomi, pendidikan yang dilaksanakan pada hari ini atau yang dipanggil sosialisme, kapitalisme, pragmatisme, demokrasi dan seumpamanya, Jika dikaji teori-teori ini adalah dilahirkan oleh orang Yahudi atau Nasrani.

Merekalah yang mencipta teori-teori dan falsafah ini, di mana kebanyakan orang Islam percaya kepada teori ini sehingga sanggup menolak Islam sekali gus tidak menyedari diri telah menjadi kafir. Inilah apa yang dikehendaki oleh orang kafir yang Allah Taala sebut di dalam ayat yang kita mesti menyedarinya.

Apa yang berlaku itu adalah kerana hasad dengki mereka selepas ternyata bagi mereka kebenaran. Mereka sudah mengetahui bahawa Islam itu agama yang benar. Memang ramai kita mendengar orang yang tidak percaya kepada Islam dengan mengaku bahawa Islam itulah yang betul.

Kalau ditanya mengapa tidak mahu ikut Islam? Mereka menjawab Islam tidak boleh dan tidak sesuai dilaksanakan pada zaman sekarang. Kenyataan itu serupa dengan apa yang disebut di dalam ayat al-Quran.

Kepada ahli kitab pada zaman Nabi, Allah memerintahkan supaya memaafkan mereka dan membiarkan mereka sehingga Allah Taala mendatangkan perintah-Nya sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu, maksud ayat 109 surah al-Baqarah.

Ayat memaafkan mereka dimansukhkan hukumnya. Kalau kita lihat Allah menyatakan di dalam ayat itu Sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya. Apakah perintah-Nya? Perintah-Nya ialah firman Allah Taala dalam ayat 29 surah at-Taubah, maksudnya: Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah.

Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan daripada kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan.

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani." Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar."

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar)"; dan orang-orang Nasrani pula berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar)"; padahal mereka membaca Kitab suci masing-masing (Taurat dan Injil). Demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliah) yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu. maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

Di dalam ayat di atas, Allah SWT menceritakan tentang kesesatan Yahudi dan Nasrani serta kebingungan mereka di mana di antara kesesatan dan kejahatan mereka antara lain ialah mereka berkata bahawa tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi. Ertinya selain Yahudi, tidak akan boleh sama sama sekali memasuki syurga Allah SWT.

Nukilan daripada buku 'Usaha jahat Yahudi' Kuliyyah Tafsir Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, halaman 13-17 bab 124.


Monday, December 1, 2008

.::Tahlil:Antara Sunnah dan Bidaah::.

Sempena Musim cuti sekolah ini kita pastinya bukan sahaja menerima jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan namun kita juga sering diundang ke majlis tahlil. Sama ada tahlil arwah, mahupun lain-lain majlis tahlil....

MAJORITI ulama dunia menerima tahlil sebagai amalan yang membolehkan pahala ibadat ini disedekahkan kepada orang yang telah meninggal dunia. 
Meskipun terdapat pandangan berbeza mendakwa tahlil sebagai bidaah (amalan ibadat sekarang yang tidak ada secara khusus dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW), ulama terkemuka menerima konsep tahlil. 

Pensyarah Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Luqman Abdullah, berkata tahlil atau sebarang perkataan yang merujuk kepada kalimah 'tiada Tuhan melainkan Allah' dilakukan di kebanyakan dunia Islam.

Katanya, tahlil berjemaah sudah sebati dalam masyarakat Islam negara ini, terutama apabila berlaku kematian, malah kini menjadi program rasmi peringkat negara untuk menyambut perayaan tertentu. 
“Sebenarnya ulama dunia seperti Mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Gomaa, mengakui bahawa memang ada konsep tahlil dalam Islam. Bukan beliau saja, kebanyakan ulama lain mempunyai pandangan sama,” katanya. 

Beliau berkata, tahlil juga adalah aktiviti sosial bermanfaat kerana umat Islam berkumpul dan berzikir untuk mengingati Allah.

“Saya tidak nampak ada masalah dari segi hukum syarak. Mungkin perbezaan dari segi tempat seperti bertahlil di Malaysia dan Indonesia tidak sama dari segi cara. Perbezaan ini lebih kepada faktor budaya, tetapi prinsip amalan tetap sama,” katanya. 


Dr Luqman berkata, prinsip tahlil ialah pahala ibadat ini disedekahkan kepada si mati dan ini juga adalah pandangan majoriti ulama. 

Katanya, ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Sayyid Muhammad Alawi, menyatakan bahawa orang yang meninggal dunia boleh mendapat manfaat daripada amalan soleh orang yang masih hidup, tetapi bentuk manfaat itu tidak diketahui. 

“Terserah kepada Allah. Mungkin manfaat dalam bentuk pahala dan atau dosa diringankan. Prinsipnya adalah sampai kepada si mati,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada yang menganggap tahlil sebagai bidaah, tetapi jika dilihat dari sudut ini, ini bermakna banyak perkara yang dilakukan umat Islam sekarang adalah bidaah. 

“Kita tidak boleh menghukum setiap perkara yang Nabi Muhammad SAW tidak buat sebagai bidaah dan sesat,” katanya. 

Mengenai amalan mengadakan majlis tahlil pada hari Khamis malam Jumaat, katanya selain berasaskan kelebihan malam Jumaat, ia mempunyai kaitan dengan pada zaman dulu, Jumaat adalah hari cuti menyebabkan masyarakat memilih hari itu. 

Sepanjang Ramadan pula, katanya majlis tahlil semakin kerap diadakan kerana kelebihan beribadat sepanjang bulan ini mendapat pahala berlipat kali ganda. 

Tahlil arwah: 

Pertama: Amalan tahlil merupakan amalan yang baik dan berpahala kerana ia dipenuhi dengan zikir dan bacaan ayat-ayat al-Quran. Setiap huruf dan ayat al-Quran yang dibaca akan diberikan pahala oleh Allah sebagaimana sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi) 

Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad) 

Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam tahlil akan sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya. Dalam kitab Fatawa Syar'iyah karangan As-Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: “Bahawasanya mayat itu mendapat manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta seperti sedekah dan seumpamanya.” Oleh itu kita boleh menghadiri majlis tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah. 

Kedua: Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan pada hari-hari tertentu. 

HUKUM mengadakan majlis tahlil adalah harus, asalkan tidak mengambil harta si-mati tanpa hak. Keluarga si-mati pula tidak dibebankan dengan bayaran yang tinggi. 

Sementara jiran tetangga boleh membantu keluarga si-mati dengan menyediakan makanan untuk tetamu yang majlis berkenaan. 

Mengenai hadis 'terputus amalan si-mati kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan' adalah benar. 

Bagaimanapun, ia tidak menafikan doa orang lain yang mendoakan kepada kesejahteraan roh si-mati, lebih-lebih apabila ia datang atas usaha anak atau keluarga si-mati. 

Dalam al-Quran sendiri Allah menyarankan agar kita berdoa kepada orang yang sudah kembali lebih awal daripada kita seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” (al-Hasyr:10).

Thursday, November 27, 2008

.::Carilah Cinta Sejati::.

Friday, November 21, 2008

.::Antara Minyak dan Maruah::.

Kini harga minya turun lagi... kini seliter minyak petrol sudah RM 2.70. Kini ramai yang boleh menraik nafas lega dengan penurunan harga minya tersebut. Kini tiada sapa lagi yang akan bersuara dengan kenaikan minyak yang mendadak satu ketika dahulu. Aku difahamkan harga ini akan turun lagi mungkin minggu depan atau mungkin juga bulan depan sama-sama tunggu dan lihat.

Itu soal minyak, semua orang bangun mempersoalkannya bila ianya naik mendadak. Bagaimana pula dengan masalah sosial yang melanda umat islam khususnya di negara ini? Ada sesiapa yang kesah dengan masalah ini? Ada sesiapa yang menghantar/ mengemukakan memorundum kepada pihak pemerintah?

Bila berbicara pasal keruntuhan moral khususnya dikalangan remaja islam masing-masing menuding jari antara satu sama lain. Padahal sudah menjadi tanggung jawab kita bersama untuk amal makruf nahi mungkar.

Di Pulau Pinang khususnya, umat islam seperti tidak ambil peduli dengan tindakan seorang pemimpin bukan islam yang sering melaungkan amal makruf nahi mungkar sedangkan beliau sendiri bukanlah seorang yang beragama Islam? Mengapa kita biarkan sahaja orang bukan islam mempergunakan ayat-ayat Al-quran untuk kepentingan politik mereka?

Masalah remaja kita yang kian meruncing dengan pelbagai budaya yang disadurkan dari acuan barat seperti yang terkini budaya shuffle... adakah ada pihak tertentu yang memandang serius perkara ini?

Bulan lalu kita dikejutkan dengan bantahan oleh beberapa NGO yang kononnya membela kaum wanita telah secara terang-terangan mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa bahawa kegiatan pengkid adalah haram. Betapa beraninya mereka ini mencabar intitusi tertinggi islam dalam negara ini? Apa tindakan kita? 

Iman runtuh akibat tidak dibajai dengan ilmu, kefahaman dan amalan

Benarlah, bahawa keruntuhan iman dan akidah apabila tidak dibaja dan dipelihara setiap hari dengan ilmu, pembacaan al-Quran, zikir atau wirid, ia akan mendatangkan masalah kepada orang tertentu, kerana iman boleh turun dan boleh naik, masyarakat umat Islam hari lebih cenderung melihat iman mereka turun dan merundum jatuh bagaikan pasaran saham di papan utama Bursa Malaysia.

Masalah pembuangan bayi orang Islam secara terbuka seperti yang dilaporkan oleh media cetak baru-baru semakin berleluasa, pecah amanah tabung haji, penghinaan terhadap baginda Rasulullah s.a.w serta para isterinya, penganjuran konsert dengan menampilkan individu artis yang kontroversi dari dalam dan luar negara, penganjuran pelbagai majlis anugerah bintang popular dan penyanyi dengan penampilan pakaian artis wanita yang separa telanjang di bulan-bulan haji yang menganjurkan kita supaya insaf dan patuh dan terlalu banyak lagi yang tidak mampu untuk menjelaskan kesemuanya, adalah menunjukkan keruntuhan iman, harga diri, minda yang begitu cetek terhadap agama Islam itu sendiri, sedangkan Islam seperti yang diketahui umum, adalah satu-satunya agama yang diperakui oleh Allah SWT.

Justeru, para alim ulama telah membahaskan isu berkenaan menerusi forum agama dalam laman web islamonline.net, islam-qa.com, islamweb.net dan pelbagai yang lain, ia bertujuan untuk menyelamatkan umat Islam dari menjadi mangsa keruntuhan iman yang semakin meruncing.

Walaupun terdapat larangan para alim ulama mengenai penganjuran sesuatu konsert seperti Jom Heboh, namum seolah-olah larangan daripada mereka yang berautoriti dalam bidang keagamaan tidak dipedulikan, ini menggambarkan betapa masyarakat pada hari ini tidak mementingkan aspek agama dalam kehidupan, dan tindakan itu memudahkan mereka terpesong daripada Islam, sedangkan sifat Islam itu sendiri adalah menyelamatkan, iaitu menyelamatkan manusia daripada terjerunus ke dalam api neraka dan menyelamatkan mereka daripada disentuh api neraka.

Apakah orang Islam perasan bahawa mereka semakin jauh daripada Islam apabila terlibat dalam penganjuran atau aktiviti yang melalaikan? Sesungguhnya mereka tidak akan perasan jika tidak mahu, jarang berada dalam masjid, surau atau tempat-tempat yang membahas dan membincangkan Islam dan tuntutannya.

Kerana pengalaman mengajar kita, bahawa manusia-manusia yang banyak habiskan (buang) masa di kedai-kedai kopi tanpa ada perancangan atau agenda padat mengenai Islam, percayalah sesungguhnya mereka telah diseret oleh syaitan dan iblis untuk meniti usia tua dengan amalan-amalan yang boleh menjauhkan mereka dari syurga Allah SWT.

Punca dan faktor yang menyebabkan manusia tidak beriman

Kalau hendak dihitung satu persatu mengenai faktor yang menyebabkan manusia beragama Islam tergelincir akidah mereka daripada kebenaran al-Quran terlalu banyak, namun dalam keterbatasan perbincangan ini, penulis hanya menyenaraikan beberapa faktor penting sahaja agar dapat dikongsi sama dengan rakan-rakan pembaca, supaya kita sama-sama dapat meluruskannya sebelum dijemput Allah untuk bertemu dengan-Nya.

Antara lain :

1- Tidak memikirkan dengan waras ikatan iman yang berpanjangan serta hubungan dengan Allah SWT.

2- Tidak menjadikan contoh teladan mengenainya yang pernah ditonjolkan oleh mereka yang terdahulu daripada kita di sepanjang sejarah penentangan antara hak dan batil di kalngan para ulama.

3- Tidak duduk dalam majlis-majlis ilmu terutama kelas-kelas fardu ain, kelas al-Quran, tafsir, hadis, program motivasi dan lain-lain yang boleh mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kepada Allah.

4- Berlakunya maksiat di tengah-tengah masyarakat yang tidak diubah dengan perkara makruf.

5- Sibuk dengan urusan keluarga untuk mencari keredaan isteri, anak-anak dan harta benda hingga tidak sanggup berkorban untuk agama.

6- Panjang cita-cita terhadap perkara dunia dan lupa jalan ke akhirat, walaupun kubur kata mari, rumah kata pergi.

7- Boros dalam perkara makan-minum, tidur yang berlebihan, berjaga malam bukan untuk beribadat, bersembang pada perkara yang sia-sia dan bergaul secara bebas antara lelaki dan perempuan.

Thursday, November 13, 2008

.::Ibadah Korban::.

Hari Raya Aidildha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam. Dalil disyariatkan Aidiladha adalah sebagaimana dikhabarkan oleh Anas bin Malik r.a, dia berkata: 
Nabi s.a.w. pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua Hari Raya yang pada keduanya lagi mereka berdua merupakan imam yang layak mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyyah, maka baginda bersabda: 
Maksudnya: 
“Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Dan sesungguhnya ALLAH telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan
Aidilfitri.” - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959. 

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai Hari Raya Haji kerana ianya diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadat yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima iaitu ibadat Haji. Di samping itu Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban kerana di antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan kambing biri-biri dalam rangka beribadat kepada ALLAH S.W.T.. Ibadat korban ini adalah sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. kerana taat akan perintah ALLAH S.W.T..

Namun begitu berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini kepada kehendak ALLAH S.W.T. maka ketika Nabi Ibrahim ingin menyembelih anaknya itu, ALLAH gantikannya dengan seekor kibas. Peristiwa ini telah dirakamkan di dalam al-Qur’an sebagaimana firman-NYA: 
Maksudnya: 
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi
Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya ALLAH, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (KAMI sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). Serta KAMI menyerunya: "Wahai Ibrahim! "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu".  Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. – al-Saaffaat (37) : 101-108 

Rentetan dari peristiwa ini maka saban tahun ketika merayakan Hari Raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik yang berada di dalam masyarakat seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi. 

KEUTAMAAN MENGERJAKAN IBADAT KORBAN 

Ibadat korban ini memiliki keutamaan yang begitu besar bagi mereka yang mengerjakannya. Ini sebagaimana ditekankan oleh ALLAH S.W.T. melalui firman-NYA:
Maksudnya: 
Dan KAMI jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama ALLAH untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama ALLAH (semasa menyembelihnya)
ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah KAMI mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada ALLAH, tetapi yang sampai kepada-NYA ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah DIA memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat nikmat petunjuk-NYA. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
– al-Hajj (22) : 36-37 

Melalui ayat di atas dapat kita senaraikan beberapa keutamaan ibadat korban seperti berikut: 

1) Ibadat korban dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyrakat dengan mempereratkan hubungan kasih sayang diantara golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan seumpamanya dan dengan golongan yang bernasib baik yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T. dengan kekayaan dan kelapangan hidup melalui pengagihan daging-daging korban tersebut. 

2) Ibadat korban juga berupaya membentuk insan yang bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kepadanya melalui penyembelihan haiwan korban yang dilakukannya dengan menggunakan hasil rezeki tersebut dalam rangka beribadat dan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T.. 

3) Ibadat korban juga dapat membentuk jiwa yang ikhlas kerana sejumlah wang ringgit telah dibelanjakan hanya demi untuk mendapat keredhaan ALLAH S.W.T.. 

4) Ianya juga merupakan bukti ketakwaan kita kepada ALLAH S.W.T. kerana menurut perintahnya. 

5) Ibadat korban merupakan amalan yang mulia dan sesiapa yang menunaikan ibadat tersebut bakal menerima khabar gembira daripada ALLAH S.W.T. iaitu balasan serta ganjaran yang baik daripada-NYA 


HUKUM IBADAT KORBAN 

Tentang hukum melaksanakan ibadat korban ini maka para ulamak berbeza pendapat yang dapat kita bahagikan kepada dua iaitu:- 

1) Wajib bagi yang mampu. Ini merupakan pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Rabi’ah al-Ra’yi, al-Auza’i, al-Laits bin Saad, salah satu dari pendapat Imam Ahmad Ibnu Hanbal dan pendapat ini telah dirajihkan (dibenarkan) oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah. Dalil-dalil yang dipakai oleh mereka yang menyokong pendapat ini adalah seperti berikut:- 
Maksudnya: 
Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
 - al-Kauthar (108) : 2 

Ayat ini menggambarkan kewajipan ibadat korban sebagaimana solat kerana kedua ibadat tersebut dihubungkan dengan huruf ? (dan) yang menunjukkan kesamaan hukum. 
Maksudnya: 
Daripada Jundab bin Abdillah bin Sufyan al-Bajali, dia berkata: Nabi s.a.w. solat pada hari Nahr (Aidiladha) kemudian berkhutbah lalu menyembelih (bintang )korbannya dan bersabda: Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat (hari raya
Aidiladha), maka sembelihlah yang lain sebagai penggantinya. Dan barangsiapa yang belum menyembelih maka sembelihlah dengan nama ALLAH.
 –Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 985. 

Perintah Rasulullah s.a.w. untuk mengulangi ibadat korban jika ianya dilakukan sebelum solat hari raya Aidiladha menunjukkan ianya wajib. Jika tidak wajib pasti baginda tidak akan mengarahkan agar ianya diulang semula. 
Maksudnya: 
Daripada Abu Hurairah, dia berkata: Barangsiapa yang memiliki kemampuan (keluasan rezeki) dan tidak menyembelih, maka jangan dekati tempat solat kami. – Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah, hadis no: 3114 

Hadis ini berupa ancaman bagi mereka memiliki kemampuan tetapi tidak mengerjakan ibadat korban. Ancaman yang berat ini tidak akan dilakukan oleh baginda melainkan ianya sebagai bukti akan kewajipannya. 
Maksudnya: 
Dari Mikhnaf bin Sulaim, dia berkata: Kami bersama Rasulullah dan baginda wukuf di Arafah, lalu berkata: Wahai manusia. Sesungguhnya wajib bagi setiap keluarga pada setiap tahunnya (mengerjakan ibadat) korban dan ‘atirah. Baginda berkata: Tahukah kalian apakah ‘atirah itu?. Iaitu yang dikatakan orang Rajabiyah (kambing yang disembelih pada bulan Rejab).
 – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam kitab Sunan Tirmidzi, hadis no: 1438. 

Hadis ini jelas membuktikan bahawa ibadat korban dan ‘atirah itu diwajibkan kepada semua umat Islam yang berkemampuan. Walaubagaimanapun hukum untuk ‘atirah telah dimansuhkan namun ianya tidak mengharuskan pemansuhan ibadat korban dan hukumnya yang wajib masih terus sah sampai sekarang. 

2) Sunat atau Sunat Mu’akkad bagi yang mampu. Pendapat ini pula merupakan pendapat jumhur (majoriti) ulamak dan pendapat Imam al-Syafi’i r.h. Golongan ini pula berpegang kepada dalil-dalil seperti berikut:- 

Maksudnya: 
Daripada Ummu Salamah, dia berkata: Bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Jika masuk sepuluh hari pertama Dzulhijjah dan salah seorang dari kalian ingin menyembelih (haiwan) korban, maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya. – Hadisriwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1977. 

Ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa ibadat korban itu tidak wajib dengan dasar sabda Nabi dan salah seorang dari kalian ingin yang menggambarkan baginda menyerahkan kepada kehendak seseorang. Seandainya ibadat korban itu wajib pasti baginda tidak akan menyerahkannya kepada kehendak seseorang dengan bersabda “maka janganlah memotong rambut dan kukunya sehingga selesai menyembelih haiwan korban.” 

Maksudnya: 
Daripada Jabir, dia berkata: Aku menyaksikan bersama Nabi s.a.w. solat Aidiadha di musholla (tanah lapang). Ketika selesai khutbahnya, baginda turun dari mimbarnya, lalu dibawakan seekor kambing dan Rasulullah menyembelihnya dengan tangannya sendiri dan berkata: “Bismillah wa Allahu Akbar hadza ‘anni wa ‘amman lam yudhahi min ummati (Dengan nama ALLAH dan ALLAH Maha Besar, ini dariku dan dari umatku yang belum meyembelih. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, hadis no: 2427. 

Sabda Rasulullah s.a.w ini dariku dan dari umatku yang belum menyembelih disampaikan secara mutlak tanpa perincian merupakan dalil tidak wajibnya ibadat korban. Sekiranya ianya wajib tentu bagi mereka yang meninggalkan ibadat tersebut berhak dihukum dan tidak  memadai baginda mewakilkan korbannya itu kepada meereka. 

Diriwayatkan daripada Abu Sarihah al-Ghiffari, beliau berkata: 
Maksudnya: 
Aku mendapati Abu Bakar atau melihat Abu Bakar dan Umar tidak menyembelih (haiwan) korban – dalam sebahagian hadis mereka – khuatir dijadikan panutan. – Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra, 9/295. Syaikh al-Albani telah mengsahihkan riwayat ini di dalam Irwa’ al-Ghalil hadis no:1139. 

Seandainya ibadat korban itu wajib nescaya kedua Abu Bakar dan ‘Umar r.a akan mendahului umat Islam yang lain dalam melakukan ibadat korban. 

Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam: 

Seorang Muslim selayaknya mematuhi syariat tanpa memandang apakah itu fardu atau sunat. Yang terpenting dia melakukan kerana mematuhi syariat ALLAH S.W.T, kerana mengikuti Nabi-NYA dan mencari pahala. Pembahasan mengenai hukum hanya diperlukan saat ingin meninggalkannya, apakah yang akan ditinggalkannya itu sesuatu yang wajib atau yang sunat. Demikian kewajipan seorang hamba yang serius beribadat. Adapun dalam kajian ilmiah dan mengetahui
hukum-hukumnya maka perlu mengetahui antara yang fardu dan yang sunat. – Rujuk kitab Taudhih al-Ahkam min Bulughi al-Maraam, karya Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam (edisi terjemahan dengan tajuk Syarah Bulughul Maram, Pustaka Azzam, Jakarta, 2006) jilid 1, ms. 217. 

Apa pun jua kedua-dua pendapat tersebut memiliki hujah sabit daripada baginda s.a.w. dan seharusnya kita berlapang dada dalam permasalahan khilafiyah sebegini. Syaikh Muhammad al-Amin al-Syingqiti r.h berkata: 
Saya telah meneliti dalil-dalil sunnah pendapat yang mewajibkan dan yang tidak mewajibkan, dan keadaannya pada pandangan kami bahawa tidak ada satupun dalil dari kedua pendapat tersebut yang tegas, pasti dan selamat dari bantahan, baik yang menunjukkan wajib mahupun yang tidak wajib… Yang rajih [lebih tepat] bagi saya dalam perkara seperti ini yang tidak jelas penunjukkan nas-nas kepada satu hal tertentu kepada satu hal tertentu dengan tegas dan jelas adalah berusaha sekuat mungkin keluar dari khilaf dengan berkorban apabila mampu kerana Nabi bersabda: “Tinggalkanlah yang ragu kepada yang tidak ragu.” Sepatutnya seseorang tidak meninggalkannya bila mampu kerana menunaikannya sudah pasti menghilangkan tanggung jawabnya. Wallahu’alam. – Rujuk kitab Adhwaa’ al-Bayaan Fi Idhah al-Qur’an bil Qur’an karya Syaikh Muhammad al-Amin al-Syingqiti, jilid 5 ms. 618. 

Thursday, November 6, 2008

.::Wasiat Nabi Kepada kita semua::.

Daripada al-harith bin Al-As’ariy dari Nabi saw bersabda: Sesungguhnya Yahya as bin Zakariya as memerintahkan Bani Israel, lalu beliau teragak2 untuk mengatakannya lalu Nabi Isa as telah berkata : Sesungguhnya Allah memerintahkan engakau untuk menyuruh mereka atau aku akan menyuruh mereka lalu Yahya berkata aku bimbang jika kau mendahuluiku maka aku akan ditelan bumi atau diazab lalu dia mengumpulkan manusia di Baitul Maqdis maka penuhlah masjid dan duduklah mereka di atas lantainya lalu Nabi yahya mula berpesan : Sesungguhnya Allah telah memrintahkan aku untuk mengerjakan 5 perkara dan aku memerintahkan kamu untuk mengerjakannya:
suruhlah Bani Israel juga untuk iaiatu:

“Hendaklah kamu menyembahNya dan jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun kerana bandingan perbuatan syirik yang kamu lakukan adalah seumpama sesorang yang membeli hamba dari wangnya sendiri lalu dia mengatakan kepada hamba itu : Ini adalah rumahku dan ini merupakan kerjaku, maka hendaklah engkau bekerja dan sempurnakanlah segala tanggunjawab kepadaku.Tetapi hamba ini bekerja lalu memberikan hasilnya pada tuan yang lain dari tuannya.Adakah seseiapa yang meredhai perbuatan ini dilakukan oleh hambanya terhadapnya ? Allah awt telah memerintahakan kamu untuk bersolat maka janganlah kamu berpaling kerana Allah swt memberikan perhatianNya kepada hambaNay yang bersolat selagi dia tidak lalai.

Dan aku memerintahakan kamu supaya berpuasa kerana bandingan orang yg berpuasa adalah seperti seorang lelaki yang memliki bekas yang dipenuhi kasturi menyebabkan setiap orang yg ada disampingnya merasa kagum disebabkan bau kasturi itu.Hakikatnya bau mulut hamba yang berpuasa itu lebih hebat dari bau jkasturi !

Dan aku memerintahkan kamu agar melakukan sedeqah kerana orang yang bersedeqah itu diumpamakan seseorang lelaki yg ditawan musuh lalu diikatnya tangan lelaki itu kpd tengkuknya sebelum di pancung kepalanya, lalu seseorang berkata : aku akan menebuskannya dengan apa sahaja dari kamu lalu dia pun menebuskannya.Maka akau mengingatkan kamu supaya sentiasa mengingati Allah kerana bandingan orang yg mengingati Allah ada;lah seperti dia yg dikejar musuh lalu dia Berjaya meloloskan dirinya ke suatu kubu kuat yang mengahalang musuh dari memudaratkannya