Bukan ana tak mahu bawa pegi Youth Park, masalahnya ana malas nak bersesak-sesak kat atas jalan di kawasan situ. Maklumlah Thaipusam. Sudahnya ana bagi cadangan ke Bukit Larut.


Zaquan dan Aidil semasa menunggu untuk naik ke puncak...








Posted by miezanz at 8:00 AM 0 comments
Labels: Famili, photography
Posted by miezanz at 3:06 PM 0 comments
Labels: Politik
Posted by miezanz at 12:06 PM 0 comments
Labels: Politik
Hujung minggu lalu (24/01/2010) seperti biasa ana balik ke kampung. Tak banyak aktiviti yang dapat ana lakukan sebab faktor cuaca kurang mengizinkan. Di kampung bila petang mesti hujan. Alhamdulillah sejuk juga...
Petang semalam selepas solat asar, ana bawa anak-anak ana meronda kampung. Akhirnya semua mengadu kepenatan. Cadangnya nak bawa diorang jalan hingga hingga hujung kampung tapi bila separuh jalan saja, hujan turun semula renyai-renyai.
Posted by miezanz at 8:57 AM 0 comments
Labels: photography
Posted by miezanz at 12:18 PM 0 comments
Labels: photography
Bismillahi wal hamdulillah ,
Jumhur Ulama menetapkan bahawa Solat 2 Gerhana (Matahari dan Bulan) dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakat mempunyai 2 rukuk , 4 kali bacaan al-fatihah dan 4 kali bacaan surah.Ini jelas diterangkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina A’isyah r.ha :
فعن عائشة قالت، خسفت الشمس في حياة النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ فخرج رسول الله ـ صلى الله عليه و سلم ـ إلى المسجد فقام فكبر وصف الناس وراءه، فاقترأ قراءة طويلة، ثم كبر فركع ركوعًا طويلاً هو أدني من القراءة الأولى، ثم رفع رأسه فقال: سمع الله لمن حمده ربنا ولك الحمد، ثم قام فاقترأ قراءة طويلة هي أدني من القراءة الأولي، ثم كبر فركع ركوعًا هو أدني من الركوع الأول ثم قال: سمع الله لمن حمده، ربنا ولك الحمد، ثم سجد ثم فعل في الركعة الأخرى مثل ذلك حتى استكمل أربع ركعات (الركعة الأولى المقصود بها الركوع) وأربع سجدات وانجلت الشمس قبل أن ينصرف ثم قام فخطب الناس فأثني على الله بما هو أهله ثم قال: (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله ـ عز وجل ـ لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة) رواه البخاري ومسلم،
Dalam hadis di atas diceritakan bagaimana cara dan kaedah solat 2 Gerhana sebagaimana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah saw. Ringkasnya adalah seperti berikut :
1. Takbir
2. Membaca Al-Fatihah
3. Membaca Surah yang panjang
4. Rukuk dengan lama , tetapi tidak selama / panjang seperti bacaan surah yang pertama.
5. Bangun daripada rukuk dengan menyebut “Sami Allahu liman hamidah , Rabbana Lakal Hamd”
6. Membaca Al-Fatihah dan surah , tetapi lebih pendek sedikit daripada bacaan surah yang pertama tadi.
7. Rukuk dan I’tidal
8. Sujud dan duduk antara dua sujud.
9. Sujud dan bangun untuk ke rakaat yang kedua.
10. lakukan perkara yang sama seperti rakaat pertama dengan 2 kali bacaan Al-Fatihah , 2 kali bacaan surah serta 2 kali rukuk.
11. lakukan seperti solat biasa hingga selesai.
Sebelum bersurai , disunnahkan juga untuk memberikan khutbah pendek bagi menceritakan kekuasaan dan keagungan Allah swt dengan mengambil kira bahawa 2 gerhana itu adalah merupakan salah satu tanda-tanda kekuasaan-Nya.
Apa yang penting ialah Qiyam dan rukuk yang kedua pada setiap rakaat solat tersebut mestilah lebih pendek / sekejap daripada Qiyam dan rukuk yang pertama.
Posted by miezanz at 4:28 PM 0 comments
Posted by miezanz at 10:57 AM 0 comments