CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, August 28, 2008

Puasa kembalikan manusia ke alam fitrah


Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.

Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.

Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.

Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali (sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam) di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.

Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.

Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.

Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.

Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.

Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.

Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.

Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Solat fardu

Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.

Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.

Solat tarawih

Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.

Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Mengaji al-Quran

Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.

Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, 'MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK' atau seperti komputer yang diberi isiannya.

Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.

Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.

Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.

Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini. Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam, alangkah indahnya suasana ini.

Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah



sumber: Harakahdaily

Monday, August 25, 2008

.::Suramnya 'Jalur Gemilang' tahun ini!::.

"...MARI kita seluruh warga negara, ramai-ramai menyambut hari merdeka, Merdeka!..." Itulah seruan yang tidak jemu-jemu, dari seorang penghibur terkenal suatu ketika dahulu, Allahyarham Sudirman Hj. Arshad setiap kali tibanya sambutan ulang tahun kemerdekaan sehinggalah pada hari ini.

Nampaknya, beliaulah seorang yang tidak pernah luntur semangat cintakan negara kerana saban tahun akan melaungkan 'Medeka'! dalam lagunya 'Tanggal 31'.

Malah lagu itu akan sentiasa dimainkan di corong radio apabila tibanya hari yang bersejarah. Apa kata kalau syorkan orang yang sepatutnya mendapat anugerah kemerdekaan adalah Allahyarham Sudirman kerana dialah yang sentiasa bersemangat.

Tahun lepas, ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 disambut penuh meriah dan warna-warni di sana-sini dengan pelbagai acara dan aktiviti misalnya kembara merdeka, pertandingan bunga api antarabangsa, kempen kibarkan bendera dan bermacam-macam lagi acara yang gilang-gemilang.

Tetapi pada tahun ini, walaupun ianya masih dalam sambutan jubli emas pengisian kemerdekaan itu jauh berbeza jika dibandingkan tahun lepas. Walaupun tidak ada acara gilang-gemilang, sekurang-kurangnya ada juga semangat untuk menjulang dan mengibarkan Jalur Gemilang.

Beberapa hari lagi, negara akan menyambut tarikh keramat itu tetapi sejak awal bulan Ogos lalu rakyat seperti tidak bersemangat untuk meraikan hari yang penuh bermakna tersebut. Apatah lagi hendak mengibarkan 'Jalur Gemilang', sehingga hari ini pun hendak melihat kereta meluncur laju di lebuh raya sambil mengibar bendera pun, susah.

Siapa yang hendak dipersalahkan, kerajaan atapun rakyat? Apakah kerana kerajaan tidak memberi 'Jalur Gemilang' secara percuma kepada rakyat membuatkan roh kemerdekaan itu suram? Rasanya perkara itu memberi tempias dan menutup semangat rakyat ke arah itu.

Apa yang membuatkan suasana suram kemerdekaan ini, ianya jelas, sedikit sebanyak ada kaitan dengan kenaikan harga minyak yang melampau. Ini sudah terang lagi bersuluh, kerana kerajaan sendiri yang telah menyekat roh kemerdekaan rakyat dengan kenaikan bahan api itu. Rakyat hari ini sudah tertekan dan tidak lagi 'happy' akibat dengan pelbagai kenaikan harga barangan.

Rasanya, kalaulah rakyat hidup dengan suasana gembira dan tidak tertekan roh kemerdekaan mungkin tidak luntur. Bagi rakyat, walau macam mana sekali pun pengisian kemerdekaan yang dihidangkan kerajaan, namun kesedihan dan kegelisahan rakyat tidak akan terubat jika harga minyak tidak diturunkan.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Abdullah Badawi baru pertama kali merasai keperitan rakyat apabila berdiri dan bersesak dalam komuter. Berebut-rebut serta lama menunggu komuter hanya serpihan daripada tekanan rakyat, banyak lagi yang sewajarnya Pak Lah 'menghayati' keperitan rakyat.

Apa kata selepas ini Pak Lah pula turun ke pasar, berada di dalam kesesakan lalu lintas, naik bas bersama golongan marhain dan beratur panjang di hopital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.

sumber: Harakahdaily

Wednesday, August 20, 2008

.::Sumber kekuatanku::.

Sudah tentulah yg paling penting dalam hidupku adalah isteriku. Dia yang banyak memahami diriku dan memberikan kekuatan kepadaku... Insan yang banyak bersabar dengan karenahku... 10 bersama terasa seperti baru sahaja bersama....
Yang keduanya pastilah anak sulungku, Aidil Haziq. kini berusia 9 tahun. Anak yang agak sensitif sikit... mudah merajuk kalau ditegur... mudah mengalirkan air mata... Manja dengan ibunya (mungkin dulu aku terlalu sibuk dengan tugasan luar ) jadi masanya banyak dihabiskan bersama isteriku...

Airil Zaquan, anak keduaku. Anak yg paling suka bergaya. baru berusia 5 tahun tapi cukup teliti tentang pakaiannya... meminati muzik (kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi), semua lagu baru dia tahu... Airil agak agresif jika dibandingkan dengan abangnya... Berdikari itulah yg membanggakan aku, pakaian untuk ke nursery disediakannya sendiri setiap malam sebelum tidur...

Akhir sekali satu-satunya puteri dalam keluargaku (buat masa ini). Aereen Zarifah, berusia 3 tahun. Paling manja. Maklumlah satu-satunya bunga... seperti abangya Airil Zaquan, dia pun suka bergaya... Petah bercakap tetapi masih pelat...

Monday, August 18, 2008

.::Pertandingan Zikir Anakku: Airil Zaquan::.



Tarik: 16 Ogos 2008
Venue: Bangunan Perkeso, Bandar Sunway, seberang Jaya.
Anjuran: Tadika Graduan Kecil

(Airil Zaquan - paling kanan)

.::P.44: Pilihanraya kecil impak yang besar::.

Pilihanraya Kecil P.44 memberi impak yg besar kepada masa depan negara...Pilhanraya ini bukan sekadar medan untuk memilih wakil Permatang Pauh ke Parlimen tetapi merupakan pemilihan titik kepada gelombang perubahan yg amat besar kepada sistem pentadbiran negara... Dengan slogan "Pakatan Rakyat Menuju Ke Putrajaya" sememangnya membuktikan pilihanraya ini bukan hanya penentu nasib warga Permatang Pauh tetapi penentu kepada nasib seluruh rakyat Malaysia... Belum pernah berlaku dalam sejarah demokrasi negara di mana piliharaya kecil yang menjadi titik tolak perubahan sesebuah negara...


Kepada pengundi Permatang Pauh... masa depan negara ditangan anda... terpulanglah kepada anda sama ada mahukan perubahan dalam senario politik negara atau terus kekal dgn "pembangunan dan kemajuan" yg dibawa oleh kerajaan sekarang...


Sekitar hari penamaan calon

Thursday, August 14, 2008

.:: KMK: berakhir sebuah beban::.

Hari nih berlangsungnya Konvensyen KMK peringkat Jabatan aku. Setelah hampir lebih kurang 8 bulan bertungkus lumus dengan pelbagai cabaran dan dugaan akhirnya segala-galanya tamat sudah. Ramai yg bertanya macamana aku boleh terlibat dalam KMK nih...
Semuanya berlaku tanpa aku duga, pemilihan aku dalam kumpulan nih adalah secara "paksarela".... sebelum nih aku mmg tak pernah ambil tahu pasal KMK, bagi aku KMK adalah "kawan main kawan"... mana taknya, siapa yg terlibat dalam KMK boleh tingalkan kerja hakiki semata2 utk menjayakan projek KMK... Pada mulanya aku rasa boring juga, tapi lama-kelamaan seronok juga. Seronok sebab pada hari mesyuarat aku tak payah pikir soal kerja hakiki (tapi ini yg membuatkan boss aku selalu jeles ngan aku, sikit2 KMK)....

Hari nih segalanya telah berakhir, tiada lagi alasan aku utk tidak hadir ke pejabat, tapi aku bersyukur juga sekadar tempat kedua kerana kalau jadi johan, pastinya masih terpaksa bergelumang dengan KMK sehingga selesai Konvensyen Kebangsaan...(rahmat disebalik kekalahan)...

Walaupun beban KMK dah selesai masih ada plak projek Inovasi yang baru nak masuk gear 2, entah bila plak akan selesai.....

Saturday, August 9, 2008

PERSAUDARAN ISLAM, SYARAT MEMASUKI SYURGA

Sepul, Lon, Yeh, Sam, Zanz, Use. Sekadar gambar hiasan...

Muqaddimah.

Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian umat Islam yang lain . Ia merupakan ikatan rabbani , ikatan yang diikuti dan dibina atas dasar ketaatan kepada Allah yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi saw. yang bermaksud :
Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah” . (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah suatu tunggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan juga sebagai sendi yang menghubungkan anggota masyarakat .

Harakah Islamiyyah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi , satu anggota memperkuatkan satu anggota yang lain . Ianya umpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit , maka seluruh anggota yang lain turut menanggung penderitaannya .

Ukhuwwah Dalam Konteks Amal Islami

Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jemaah , Islam telah menjelaskan cara-cara begaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan kepada tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan hanya sekadar ucapan dibibir atau teori semata-mata .

1. Ukhuwwah ( yang terjalin antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain ) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda baginda Rasulullah saw. yang bermaksud :
Sesiapa yang Allah ingin dikurniakan kebaikan kepadanya , nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih , jika sekiranya ia terlupa (lalai) teman itu menolong memberi peringatan , dan apabila (temannya itu) memperingatkannya , ia akan menolongnya” .

Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang mengatakan : “Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka , kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.


2. Di sudut kejiwaan pula , ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama , turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah saw:
Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya ( dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda ) amalan itu lebih utama dari ia beri’ktikaf selama dua bulan di dalam masjid ku ini” . ( Hadith riwayat Al-Hakim dan ia mengatakan sanad-sanadnya sahih ) .


3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah saw . :
Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat . Sesiapa yang memudahkan seorang yang di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat . Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya” .


4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas . Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah saw. bersabda :
Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara : (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam , (2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya , (3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya , (4) Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit ( mengucapkan yarhamukaLlah ) , (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi , dan (6) Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya” . (Hadith riwayat Muslim)

5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan , kasih sayang dan saling bantu-membantu . Berhubung dengan perkara ini Allah berfirman dalam surah al-balad ayat ke 17 yang bermaksud : “ Selain itu dia termasuk dalam golongan orang yang beriman dan berwasiat satu sama lain supaya bersabar dan dengan berkasih sayang”.

Rasulullah saw. bersabda :
Janganlah kamu saling memutuskan silatur-rahim , janganlah kamu saling belakang-membelakangi , janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad-menghasad . Sebaliknya jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara . Tidak halal ( haram ) bagi seorang muslim itu memulaukan saudaranya ( yang mukmin ) melebihi tiga hari” .

Rasulullah saw. juga bersabda :
Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan , walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu ( kerana itu juga satu kebaikan ) . ( Hadis riwayat Muslim )

Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda :
Setiap perkara kebaikan adalah sedekah . Sesungguhnya di antara perkara ma’ruf itu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengan air” . (Hadis riwayat Al –Tirmidhi)

Selain itu Rasulullah juga menjelaskan cara yang paling baik dan praktikal untuk merapatkan ukhuwwah ialah dengan memberikan hadiah . Sabda Nabi yang bermaksud :
Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih sayang dan akan jauhlah permusuhan” . (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah saw. bersabda :
Barangsiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari Qiamat” . (Hadis riwayat Al-Tirmizi)

Seseorang Islam itu juga diingatkan supaya mendoakan untuk saudara seIslamnya . Ini penting kerana dalam satu hadis Nabi bersabda yang bermaksud : “Doa seseorang muslim untuk saudaranya di belakangnya adalah mustajab , terdapat malaikat yang dihantar khas untuk mendengarnya , lalu malaikat itu akan berkata setiap kali dia berdoa : Amin , dan bagimu juga seperti yang kamu doakan untuk saudaramu” .

Tambahan pula jika kita mempunyai kesilapan terhadap saudara kita , sudah tentulah kita perlu meminta ampun dari Allah untuknya . Menurut Al Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ ulumiddin cara ini lebih baik dan praktikal dari kita pergi memberitahunya kesilapan kita terhadapnya lalu menambah kemarahannya kepada kita .


Penutup :

Demikianlah secara ringkas tanggungjawab yang terpikul atas bahu kita selaku umat Islam , lebih-lebih lagi dalam konteks kehidupan kita secara berjemaah sudah tentulah perkara seperti ini dipandang secara lebih serius . Inilah rahsia kejayaan Nabi , para sahabat dan golongan salaf sebelum kita , yang telah berjaya membangunkan tamadun yang tidak ada tolok bandingnya sepanjang sejarah kehidupan manusia . Mereka merupakan generasi Islam beriman yang unik yang menjadi model kepada semangat ukhuwwah dan kasih sayang sesama mereka.

sumber: Ustaz Zahazan Mohamed

Monday, August 4, 2008

Back to school final part.

tag nama Reunion dan AGM Bainun Alumni

2 dan 3 Ogos 2008 hari yang amat bermakna coz setelah 17 tahun aku dan kengkawan kembali semula ke Bainun untuk berjumpa. Perjumpaan yang cukup happenning dgn kehadiran semula bekas2 pelajar bainun dan para guru yg pernah berkhidmat di Bainun.

Tapi agak sedih sedikit coz tak semua batch aku datang, yang datang cuma muka2 biasa jer... yang lain x juga datang. Harap2 next time diorang datang....
more pic and stories klik here

Friday, August 1, 2008

Back To School Part III

from left: Sam, Aku, Use, Yeh, Sepul, Lon

Esok 2 Ogos 2008, aku dan kawan2 aku akan kembali ke sekolah sempena AGM dan reunion Bainunalumni... Gambar kat atas tuh saja aku letak agar kalau kengkawan aku tengok mesti diorang akan teringat kembali kisah lama. Kisah suka dan duka semasa sama-sama masih belajar di Bainun. Setelah 17 tahun meninggalkan alam persekolahan ini adalah saat yang dinantikan utk kami berjumpa semula ke enam-enam kami. Kami memang sangat rapat, mungkin aliran muzik yang kami minati membuatkan kami begitu rapat. Apa saja yang kami lakukan mesti bersama... tengoklah kasut sekolah pun sama... pallas jazz...

Selepas tamat SPM kami masih juga berjumpa tapi selalunya x cukup 6 orang maklumlah kini masing-masing sudah berkeluarga... Harap-harap esok semua datang. Setakat nih yang dah kompom datang Sam (asyik call aku cakap x sabar nak gath balik), Sepul- sure datang sbb diapun terlibat dalam AJK, Yus- pernah datang mesyuarat pra AGM, Yeh- dah call aku dia akan join... Lon? jap lagi aku call tapi aku rasa dia akan join sebab wife dia pun ex-bainun jugak.

Apa-apa pun sebenarnya aku dah tak sabar nak tunggu esok...

BAINUN!!!! KAMI AKAN DATANG KEMBALI.....

Perisian Solat

Bagi anda yang tengah belajar tata cara solat, atau bagi anda yang hendak memberikan pendidikan kepada anak-anak bagaimana cara solat. Disini kdiseediakan program tuntunan solat yang dilengkapai visual audio video. Software dilengkap tuntunan solat sehari semalam (Subuh-Dzuhur-‘Ashar-Isya-Maghrib).

Download?