CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, September 18, 2008

.:Menjelang Syawal: Di Sebalik Takbir Raya:.


Menjelang hari raya Aidilfitri, kita disunatkan memperbanyakkan takbir bermula dari berakhirnya Ramadhan sampailah imam naik membaca khutbah hari raya. Apa hikmahnya???

Takbir ini melambangkan rasa syukur kita sebab telah menyempurnakan puasa pada bulan ramadhan. Lafaz yang terangkum dalam takbir hari raya Aidilfitri itu pertama kali diucapkan oleh Rasulullah SAW selepas kemenangan umat Islam dalam Perang Badar pada 17 Ramadhan tahun pertama Hijrah. Pada tahun itu juga umat islam menyambut Aidilfitri yang pertama.

Takbir itu hendak memberitahu , Nabi SAW menang dalam perang melawan musuh Islam. Dalam menyambut Aidilfitri, kita takbir pertamanya sebab menang melawan nafsu. Kedua, hari raya itu kita balik kepada kehidupan biasa dan syaitan sudah bebas. Jadi kita bertakbir untuk isytihar perang dengan syaitan dan nafsu.

Hikmahnya disuruh kita perbanyakkan bertakbir kerana Nabi SAW bersabda: " Sesiapa menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati akan mati (hari kiamat)". (Riwayat Tabrani dari Ubadah bin Soib)

matinya hati kerana, pertama disebabkandosa dan maksiat. Kedua, hati yang 'mati' ketika mengadap Allah SWT pada hari kiamat, kerana mereka yang beruntung adalah mereka yang mengadap Allahmembawa hati yang sejahtera seperti firman Allah:
"Pada hari itu tidak berguna harta dan anak-pinak melainkan mereka yang datang dengan hati yang selamat sejahtera (qalbin salim)

Kesimpulannya, orang yang bertakbir adalah orang yang menghidupkan hari raya. Tambahan pula takbir yang betul-betul melambangkan kemenangan adalah takbiryang dilafazkan hasil kemenangan di dalam perang melawan hawa nafsu.

Namun begitu, budaya bertakbir di malam raya Aidilfitri kini semakinberkurangan, mungkin disebabkan kesibukan umat Islam menyediakan persiapan hari raya. Tidak salah membuat persedian raya dengan serba baru, tetapi yang lebih penting adalah menyediakan jiwa yang baru. 

Sambutan hari raya sangat bergantung kepada kualiti puasa yang matlamatnya untuk medapatkan takwa. Sambutlah Raya dengan persiapan takwa. raya merupakan hari konvokesyen untuk mendapatkan ijazah takwa. Jadi persiapan pun kena cara takwa juga. Misalnya jangan sampai terlepas menghidupkan 10 malam terakhir ramadhan. jangan sampai terlepas iktikaf. hari Raya pula tidak makan secara berlebih-lebihan, bersalaman dengan cara yang wajar, tidak bersalaman dengan perempuan dan lelaki yang bukan mahram.

sumber: Ustaz Zawawi Yusoh - Pendakwah dan pakar motivasi.

.::Ramadhan: Semarakan Pesta Ibadah::.

Kita masih lagi berbicara tentang Ramadhan. Bulan bagi orang-orang yang soleh diisytiharkan sebagai bulan berpesta ibadah. Apa saja perbuatan atau tindak-tanduk yang dikategorikan sebagai amal makruf, maka perbuatlah. Dan niatnya sudah pasti hanya kerana Allah dan bukannya kerana yang lain.

Ini adalah asas yang cukup penting menjamin nasib yang menguntungkan. Justeru bagaimana harus layak meraih aneka ganjaran yang ditawarkan, buat sedikit dibayar banyak?

Maksudnya, amal kebaikan yang dikerjakan sepanjang Ramadhan diberi ganjaran yang jauh lebih tinggi daripada kadar yang biasa diperolehi dalan 11 bulan yang lain. Dalam sebuah hadis yang panjang Nabi SAW memberitahu "...Sesiapa yang ingin menghampirkan diri kepada Allah melalui amalan baik di bulan ini, makaakan dibalas kepadanya dengan ganjaran seolah-olahmelakukan amalan fardhu di bulanyang lain pada tahun itu. Sesiapa yang melakukan amalan fardhu akan dibalasi dengan 70 amalan fardhu pada bulan yang lain..." (Riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Salman r.a)

Orang yang membuat sesuatu kerana Allah, tidak terusik emosinya jika tidak mendapat perhatian daripadaorang lain atau pihak tertentu, bahkan ucapan terima kasih sekalipun. Iktikad dan keyakinannya jelas - Allah tahu dan Allah menilai apa yang dia buat. Nilaian di sisi Allah adalah sebaik-baik nilaian.

Secara logiknya tiada seorangpun yang menukar nilaian Allah dengan nilaian manusia. Tetapi kenyataannya yang berlaku kebanyakannya sering bersalahan dengan logik tersebut. Dan Allahbersifat Maha Adil, kepada siapa yang hendak kita tonjolkan makrufyang dibuat, kepada orang itulah harus diminta "upahnya".

Berbuat Sebaik Mungkin

Petikan hadis di ataspun sudah cukup jelas. Nabi SAW menyebut " menghampirkan diri kepada Allah", bukan menghampiri diri di hati mertua, di hati pengikut, di hati anak-anak dan sebagainyanya. Satu lagi faktor berbuat kerana Allah ialah berbuat dengan sebaik yang boleh. Mengambil iktibar daripada  sejarah dua oarang anak Nabi a.s yang mempersembahkan korban kepada Allah SWT. Yang terbaik lebih diterima olehAllah SWT.

Di satu sudut lain pula, perkara "tinggalakan mungkar" juga hendaklah diambil kira. Ia bergerak seiring dnegan "kerjakan makruf". Malah inilah hakikat sebenar puasa - (menahan diri). Menahan diri daripada segala yang dilarang oleh Allah SWT, terutamayang berbentuk mungkar dan dosa. Dosa adalah kegelapan dan kegelapan adalah hijab.

Jangan dihijab (disekat) rahmat Allah yang mahu masuk ke dalam hati. Di bulan inilah satu-satunya peluang terbaik untuk kita menebus segala-galanya - dengan Allah dan juga sesama manusia. Dengan Allah kita mohon taubat dan keampunan sebanyak-banyaknya, disertakan azam untuk tidak mengulangi lagi salah dan dosa lalu.

Begitu juga sesama manusia, selain banyakan berdoa memohon keampunan, kebaikan, keselamatan untuk orang yang ingin kita tuntut kemaafannya itu. Mdah-mudahan doa kita itu diaminkan oleh para malaikat. Dan kita pun akan mendapat kebaikan serupa :- "Barang siapa yang mahu mendoakan saudaraku yang sedang tidak ada, maka malaikat mewakilinya akan berkata 'Amin! Semoga kamu juga seperti itu.'" (Riwayat Muslim daripada Abu darda' r.a)

Mungkar yang bagaimanakah sering memerangkap orang-orangyang sedang berpuasa? Mungkar angkara lidah, angkara mata, angkara telinga dan pancaindera lain. Kalaupun mungkar-mungkar ini tidak membatalkan puasa di sudut fekah, tetapi ia berkuasa menghapus pahal ibadah puasa yang sedang dijalani. Berlapar dan berdahaga tidak dinilai oleh Allah SWT!

Allah memperingatkan kita melalui sebuah hadis Qudsi, "Dan siapa yang anggota-anggotanya tidak berpuasa daripada perkara-perkara yang aku haramkan maka tidaklah Aku berhajat agar dia meninggalkan makan dan minumnya kerana-Ku". (Riwayat Abu Nuaim daripada Ibnu Masiud r.a)
Amaran Allah ini disokong oleh baginda SAW,"Ramai daripada mereka yang berpuasa tidak memperolehi apa-apa melainkan lapar, dan ramai yang berdiri malam (beribadah malam) nemun tidak mendapat apa-apa kecuali letih berjaga malam." (Riwayat Ibnu Maja dan an Nasa'i daripada Abu Hurairah r.a)

Tinggalkan Mungkar Keran Allah

Menjauhi mungkar seperti mengata, melihat aurat orang lain, mendengar orang mengumpat dan sebagainya juga tidak boleh dengan 'kerana' yang selain  daripada Allah. Allah suruh tinggalkan mungkar makatinggalkanlah mungkar itu kerana mematuhi perintah-Nya. Brulah beroleh pahal dan meninggalkan bekas di hati.

"Jangan mengumpat nanti batal pahala puasa," tegur seseorang kepada rakannya. Betullah teguran itu, tetapi bagaimana pula jika umpatan itu berlaku pada bulan selain Ramadhan? Tetap juga tidak boleh. Barangkali inilah sebabnya kenapa selepas berlalu bulan Ramadhan, lidah yang udah boleh dikekangdaripada bercakap kotor kembaliaktif dengan tabiat buruknya.Rupa-rupanya menjauhi mungkar lidah hanya kerana hendak menjada puasa.

Begitu juga dengan usaha menperbanyakan amalan sunat seperti solat dhuha, membaca membaca Quran beberapa kali sehari, bersedekah dan sebagainya, hanya kerana pahala berganda di bulan Ramadhan. habis Ramadha ia pun terhenti. Kebiasaan begitu tak ubah seperti tradisi tahunan setiap kali tibanya Ramadhan.

Sebab itulah orang-orang soleh zaman silam menyambut Ramadhan bermula dari bulan Rejab lagi. segala macam amalan sunat yang lazimnya menjadi kegilaan mereka pada bulan Ramadhan (bulan lain juga), mereka perkemaskan dan pertingkatkan seawal bulan Rejab lagi. Supaya masuk Ramadhan semakin tersa kemanisannya. Tidak lagi terputus setelah tamat Ramadhan.

Sebaliknya kita, dalam bulan ramadhan itulah semuanya hendak dimulakan. Meriahnya sekitar dua minggu pertama sahaja, kemudian menurun dan menurun. Masuk sepuluh terakhir, masjid dan surau idak lagi berseri seperti hari-hari awal Ramadhan. Tumpuan sudah beralih arah!


Monday, September 15, 2008

.::Kekasihku Seru::.

Kali ni aku nak share plak cerita seram kat TV3... Kekasihku Seru... Aku tau ramai yg miss siri nih sejak bulan ramadhan nih coz kita pakat pegi surau/ masjid utk menunaikan solat sunat terawikh...


So kepada yg mmg dok follow siri nih tapi sejak bulan ramadhan nih terlepas nak nonton bolehlah sedut dari sini....
After the death of her mother, Marissa found out that she was actually adopted. Curious by these weird dreams that she’s been having, she wanted to find her real family. But after finding them, she was troubled by a family mystery that was kept secret from her. Burden by all these questions of her existence and why the women of her family was not allowed to wed was answered when the scary truth was finally revealed.

Cast: Emelda Rosmila, Fizz Fairuz, Umie Aida, Hairie Othman, Kuza
Director: Kabir Bhatia

Episod 1
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Episod 2
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Episod 3
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Episod 4
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Episod 5
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Episod 6
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Episod 7
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Episod 8
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Episod 9

bersambung......

Friday, September 12, 2008

.::Balik Kampung::.

Sudah masuk ke fasa yg kedua kita berpuasa.... Esok aku rasanya nak blik kampung untuk berbuka puasa bersama mak ngan abah. Since Ramadhan aku lom lagi jenguk mereka... So Esok rasanya mmg kena juga balik jengok diorg. Tapi maybe lewat sikit sbb anak silong aku kena sekolah dulu ganti utk cuti raya nanti, apa2 sebelum waktu berbuka sure aku sampai di kampung...

Thursday, September 11, 2008

.::Quran Recitations: Abdul Rahman Alsudais::.

Kali nih sempena Ramadhan al-Mubarak aku nak ambil kesempatan berkongsi bacaan al-Quran oleh Syeikh Abdul Rahman Alsudais, imam Masjidilharam.... selamat mendownload..
moda-moga kita mendapat keberkatan dan pahala insyaallah...

Surah 1 hingga 3
Surah 4 hingga1 4
Surah 15 hingga 49
Surah 50 hingga 114

Wednesday, September 10, 2008

.::Ramadhan:Adab Berpuasa dan Solat Terawih::.

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai’, sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

Tuesday, September 9, 2008

.::Ramadhan:Dulu dan kini::.

Di kesempatan ini aku nak berkongsi pulak pengalaman sambut Ramadhan dulu dan sekarang. Perbezaan sambutan Ramadhan dulu (zaman kanak-kanak) dan sekarang. Memang banyak perbezaannya...

Bazaar Ramadhan:

Dulu,
Seingat aku zaman aku kanak-kanak dulu tak ada bazaar ramadhan nih (di kampung aku). Kalau ada pun cuma orang jual air tebu dan buah tembikai sahaja. Tapi suasana tetap meriah. Meriah dengan aktiviti bertukar-tukar juadah, tapi aku tak ambil kisah sangat sebabnya aktiviti nih hanya kaum wanita dan kanak-kanak perempuan jer. Aku masih ingat lagi, masa aku masih bersekolah rendah aku selalu ikut abah ke kedai untuk beli ais batu sebab di rumah aku belum ada peti ais. Selalunya lepas asar aku akan menenggek di belakang basikal abah...

Sekarang,
Zaman dah berubah, merata-rata ada bazaar ramadhan, meriah dengan kehadiran manusia yang berpusu-pusu memilih juadah untuk berbuka. Aku pun yidak ketinggalan sesekali memeriahkan keadaan itu. Sekarang ini giliran anak-anak aku pula ikut aku ke bazaar ramadhan.

Aktiviti di bulan Ramadhan

Dulu,
Zaman kanak-kanak dulu, selalunya memang agak terhad aktiviti di bulan ramadhan nih. Sepanjang bulan ramadhan tiada aktiviti mandi sungai dan kejar-kejar. Namun aktiviti lain tetap juga berjalan seperti main guli, gasing, getah dsb. Seingat aku, waktu paling meriah sepanjang ramadhan masa dulu adalah pada waktu malam. Bukan kerana pergi Terawikh, tetapi sepanjang malam di bulan ramadhan nih aku dan kawan-kawanku mendapat lesen besar untuk keluar waktu malam. Jadi inilah peluang kami nak "qada" balik aktiviti sebelah siang yang x dapat nak buat.

Sekarang,
Kini, alhamdulillah setiap kali ramadhan aku dapat berada di masjid ataupun di surau untuk menunaikan solat sunat Terawikh.

Mercun

Dulu,
Masuk jer bulan Ramadhan, merata-rata kedai ada jual mercun. Tapi mercun dulu tidaklah sehebat mercun sekarang. Mercun dulu sekadar mercun roket, dan mercun papan sahaja itupun dah dikira hebatlah... Tapi kalau nak lagi kuat/ hebat kami akan buat meriam buluh. Bahaya memanglah bahaya tetapi kami dulu tidaklah berani nak tokok tambah atau 'modified', kami main ala kadar sahaja janji ada bunyi....
(don't do this at home:- photo by: ChrElm

Sekarang,
Memang sukar nak cari mercun dipasaran secara terbuka, tetapi 'black market' banyak, dan bermacam-macam jenis. Semuanya bunyi hebat-hebat belaka. Baru seminggu berpuasa sudah mula terdengar bunyi letupan mercun sekali sekala. Dan amat menyedihkan dah ada yang tercedera akibat bermain mercun buatan sendiri. Mungkin bunyi letupan mercun yang dibeli belum cukup kuat agaknya.

Rancangan Televisyen

Dulu,
Entahlah aku tak berapa ingat tapi cuma aku rasa program yang paling senonim dengan bulan ramadhan masa zaman aku bersekolah menengah adalah drama rumah kedai (lakonan : Kartina Aziz, Harun Salim Bachik) siri drama nih selalu jadi slot utama setiap ramadhan di tv3.

Sekarang,
Pelbagai program disiarkan di tv, hingga aku tak tahu mana satu nak tonton. Cuma antara yang jadi 'feberet' aku adalah Jejak Rasul (tv3) dan Syahadah (RTM1). Lain-lain aku tak berapa minta nak tonton.

Persiapan Raya

Dulu,
Sedar-sedar semua dah disediakan. Apa yang aku tahu hanya plan untuk berhari raya. Yang lain semua mak dan abah yang uruskan. Tak payah susah-susah nak fikir. Itu zaman kanak-kanak. Bila dah masuk sekolah menengah dah pandai pilih sendiri tapi masih guna duit mak dan abah, cuma bila dah form4 aku dah start beli baju guna duit sendiri (duit biasiswa), sekurang-kurangnya kurang juga beban mak dan abah.

Sekarang,
Semuanya kena sediakan, pakaian anak dah tentu, Tahun nih isteri aku dah belikan baju untuk anak-anak aku, so tinggal sikit saja lagi yang nak tambah. Baju melayu aku dah tempah, cuma tahun nih ingat nak beli jubah pulak lagi sehelai cukuplah...

Thursday, September 4, 2008

.::Koleksi Lagu-lagu Raya::.

Memang tidak dinafikan bulan Ramadhan baru sahaja bermula, namun sudah menjadi kebiasaannya, setiap kali bila tiba bulan Ramadhan selain kita sibuk menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T, kita juga tidak lupa dengan persiapan untuk sambutan aidilfitri. Antara yang menjadi kebiasaannya adalah pakaian baju melayu (lelaki), baju kurung/ kebaya dsb, kuih muih dan macam-macam lagi. Antara yang tidak ketinggalan menjadi penyeri dimusim raya adalah lagu raya. So, aku uploadkan lagu-lagu raya yang lama dan baru bagi memeriahkan mood raya korang semua...

selamat mendownload....

Selamat Hari Raya ~ Fazidah Joned
Selamat Hari Raya ~ Nyanyian ramai2
Musafir Di Hari Raya ~ S. Jibeng
Musafir Di Hari Raya ~ M. Nasir
Dendang Perantau ~ P. Ramlee
Dendang Perantau ~ Zainal Abidin

Dendang Perantau ~ Alleycats
Dendang Perantau ~ Anuar Zain
Selamat Hari Raya ~ Ramlah Ram
Selamat hari Raya ~ Rafeah Buang
Selamat Hari Raya ~ Sudirman
Selamat Hari Raya ~ Ahmad Jais
Selamat Hari Raya ~ Awie (baru)
Selamat Hari Raya ~ Khai
Selamat Hari Raya ~ Panca Sitara
Selamat Hari Raya ~ Saloma
Selamat Hari Raya ~ Al-Jawaher
Suara Takbir ~ A. Ramlee
Suara Takbir ~ P.Ramlee
Suara Takbir ~ Ziana Zain
Aidilfitri Hari Mulia ~ Fazidah Joned
Aidilfitri Hari Mulia ~ Saloma
Setitis Cahaya Di Aidilfitri ~ Aishah
Inang Di Aidilfitri ~ Zaleha Hamid & Sudirman
Pulanglah ~ Aishah
Rahmat Aidilfitri ~ Al-Mizan
Kepulangan Yang Dinanti ~ Aman Shah
Sentuhan Di Aidilfitri ~ Amy Search (baru)
Manusia Miskin Kaya ~ Amy Search
Suasana Hari Raya ~ Anuar & Elina
Halaman Asmara ~ Awie & Ziana Zain
Sensasi Hari Raya ~ Awie & Ziana Zain
Menjelang Hari Raya ~ D.J Dave
Selamat Datang Sayang ~ Hattan
Lambaian Aidilfitri ~ Jamal Abdillah & Saleem
Dari Jauh Kupohon Maaf ~ Jamal Abdilah
Dari Jauh Kupohon Maaf ~ Sudirman
Sepasang Kurung Biru ~ Khairil Johari Johar
Berbaju Merah Jambu ~ 2 by 2 & Siti Nurhaliza
Keinsafan Di Hari Raya ~ Lefthanded
Satu Hari Di Hari Raya ~ M. Nasir
Satu Hari Di Hari Raya ~ Krisya
Abang Pulang ~ Malek Ridzuan
Kupohon Restu Ayah Bonda ~ Mamat
Pulang Di Hari Raya ~ Noor Kumalasari
Suasana Riang Di Hari Raya ~ Nora
Selamat Hari Lebaran ~ Ramlah Ram
Selamat Hari Lebaran ~ Maz
Selamat Hari Lebaran ~ Wann
Selamat Hari Lebaran ~ Sharifah Aini
Bersabarlah Sayang ~ Sanisah Huri
Hai Selamat Hari Raya ~ Sharifah Aini
Air Mata Syawal ~ Siti Nurhaliza
Sesuci Lebaran ~ Siti Nurhaliza
Ayah Dan Ibu ~ Sudirman
Bermaafan Di Aidilfitri ~ Ukays
Suasana Hari Raya ~ Ukays
Warna Warni Aidilfitri ~ Nyanyian Ramai2
Indah Di Hari Raya ~ Ziana Zain
Saat-Saat Aidilfitri ~ Ziana Zain
Salam Aidilfitri ~ M. Shariff
Seloka Aidilfitri ~ Uji Rashid & Hail Amir
Cahaya Aidilfitri ~ Kristal
Cahaya Di Aidilfitri ~ Black Dog Bone
Di Pagi Aidilfitri ~ Elite
Salam Aidilfitri ~ Jamal Abdilah
Zapin Hari Raya ~ inteam feat UNIC
Joget Hari Raya ~ Zaleha Hamid & Herman Tino

Satu Syawal ~ Ahmad Jais
Salam Aidilfitri ~ Rabbani
Selamat Berhari Raya ~ Rahimah Rahim
Di Ambang Syawal ~ Rabbani
Tibanya Syawal ~ Sharifah Aini
Senandung Aidilfitri ~ Hijjaz,In-team, UNIC Mestica
Hari Mulia ~ Shiela Majid
Suasana Riang Di Hari Raya ~ Junainah M Amin
Doa Di Hari Mulia ~ Uji Rashid
Keroncong Hari Raya ~ Wings
Menjelang Syawal ~ Ramli Sarip
Meriah Suasana Hari Raya ~ Siti Nurhaliza

Semoga Aidilfitri anda lebih ceria...

Wednesday, September 3, 2008

.::Ramadhan:Bubur Lambuk::.


Disini disertakan resipi ringkas bubur Lambuk yang sesuai di masak untuk surau-surau kemudian bubur ini boleh di bahagi setiap mangkuk kepada semua penduduk kampong atau taman-taman di tempat anda. resipi ini hanya hanya sebagai panduan sahaja, mungkin anda boleh tambah bahan yang lain mengikut citarasa anda.


Resipi : Bubur Lambuk
Penyediaan: 200 orang
Masa penyediaan: 3 jam
Bahan:
3 kg Beras - di bersih berasingan
20 lit Air
10 cawan Minyak Masak
8 kg Daging - di kisar ( Minced Meat )
2 kg Sayur campur dingin beku ( Frozen mixe vegetables )
2 cawan Bawang Putih - di kisar
6 cawan Bawang Merah - di kisar
1 cawan Halia- di kisar
3 btg Serai - di kisar
3 cawan Buah keras - di rendam dan di kisar
3 helai Daun Pandan
1 cawan Daun Kari
2 sudu makan Buah Pelaga
2 sudu makan Kulit Kayu Manis
2 sudu makan Bunga Lawang
1 sudu Makan Bunga Cengkih
1 cawan Serbuk Jintan Manis
1 cawan Serbuk Jintan Putih
1 cawan Serbuk Lada hitam
2 cawan Serbuk rempah sup/ kormah
5 lit Santan Pekat
8 kuib serbuk pati daging
2 cawan Garam/secukup rasa
1 cawan Gula
3 biji Air Limau nipis

Hiasan: Bawang Goreng dan Daun bawang di hiris

Cara Memasak:

1. Bancuh serbuk jintan manis, jintan putih,ketumbar,lada hitam,serbuk rempah dengan 8 cawan air ,kacau hingga sebati.

2. Panaskan minyak,tumis bawang putih, halia, bawang merah, serai, daun pandan, daun kari,buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang hingga naik bau.

3. Masukan bancuh rempah dan kacau hingga pecah minyak.dan masukan air.

4. Masukan beras,serbuk pati tulang, kemudian kacau hingga mendidih dan biar renih hingga nasi menjadi bubur.

5. Masukan santan,buah keras,air limau dan biar renih selama 3o minit.

6. Akhir sekali masukan sayur-sayuran,garam dan gula secukup rasa.


Tip : Anda boleh tambah kerisik jika nak ubahkan rasanya.


SELAMAT MENCUBA- RESIPI JANGAN KEDEKUT-BERILAH RESIPI INI KEPADA SESIAPA YANG MEMINTANYA,NESCAYA ANDA AKAN MENDAPAT BERKAT DARI ALLAH YANG MASA ESA.

Credit: Thanx 2 Chef Sabri.....4 da resepi....

Tuesday, September 2, 2008

.::Koleksi lagu2 Ramadhan::.

bagi memeriahkan bulan yg penuh keberkatan ini aku kongsikan beberapa lagu yang dapat memberikan semangat di bulan ramadhan...

1. Hikmah Ramadhan ~ Rabbani
2. sinar Ramadhan ~ Hijjaz
3. Kemuliaan Ramadhan ~ inteam feat UNIC
4. Harapan Ramadhan ~ Raihan & Man Bai
5. Ramadhan ~ Ramli Sarip
6. Ramadhan Datang ~ Tompi
7. Ramadhan Bulan Berkat ~ Hijjaz

download all?

.::Ramadhan: Bagaimana menyambutnya mengikut Sunnah???::.

1. Menahan Amarah lebih-lebih lagi apablia ada orang cuba memulakan pergaduhan dengan kita. Rasulullah s.a.w mengajar jika ada orang menyakiti kita, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa" [Sahih Bukhari: 1904 (kitab Puasa, Bab mengatakan aku berpuasa bila dicela]

2. Menahan lidah dari mengumpat dan mengadu domba (gossip) yang bukan sahaja haram dalam bulan ramadhan bahkan di bulan-bulan lain. Sabda Rasulullah s.a.w : "Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor" [Riwayat al-Hakim, disahihkan al-Albani dalam sahih al-Jami'as-Saghir:5376]

3. Menjaga solat fardhu berjemaah.

4. Solat tarawih berjemaah bagi lelaki dan perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w : ".... Sesungguhnya sesiapa yang bersolat (tarawih) bersama imam sehingga selesai, maka Allah akan menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanjang malam" [Riwayat an-Nasai' disahihkan al-Albani dalam sahih Sunan an-Nasai' : 1604]

5. Bersahur adalah menjadi sunnah melewatkannya sehingga masuk waktu subuh. Baginda s.a.w bersabda: "Bersahurlah kerana di dalam sahur itu ada keberkatan" [Sahih al-Bukhari:1923]

6. Beri'tikaf di 10 Ramadhan terakhir Nabi Muhammad s.a.w sentiasa beri'ktikaf dan pada tahun terakhir sebelum wafatnya, baginda beri'tikaf selama 20 hari terakhir bulan Ramadhan [Sahih al=Bukhari]

Janganlah kita leka dengan persiapan menyambut hari raya terutama di akhir-akhir ramadhan sehingga bertengtangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w yang menghidupkan 10 malam terakhir ramadhan.