Malam tadi sekali lagi ana berkesempatan hadir dalam Ceramah Perdana, pilihanraya kecil Penanti. Kalau bukan kerana Tuan Guru Nik Aziz mungkin ana belum sampai ke Kampung Guar Jering. Buat pertama kalinya ana menjejakan kaki di kampung tersebut. Ana ke sana bersama dengan sahabat ana, Tuan Imam Masjid kubang Boya, Mat Izaham.
Kami bertolak setelah selesai menunaikan solat Isya di Masjid Kubang Boya. Kami tiba agak awal juga namun ketika itu kelihatan orang ramai sudah mula membanjiri sekitar tapak ceramah. Jalan dan mula sesak. Kami juga terpaksa parking kereta hampir 1 km dari tapak ceramah. Namun kerana Tuan Guru Nik Aziz ianya tidak menjadi halangan. Bukan senang untuk dapat mendengar ceramah beliau. Jadi peluang yang ada digunakan sepenuhnya.
Semasa kami tiba, wakil DAP sedang berucap dan ana bersama dengan Imam Mat melawat gerai-gerai dahulu dan membasahkan tekak terlebih dahulu. Kami kembali semula ke tapak ceramah ketika Sdr. Azmin Ali sedang menyampaikan ceramah beliau diikuti dengan DSAI. Suasana semakin sesak sebaik sahaja Tuan Guru Nik Aziz tiba.

Ana sememangnya teruja setiap kali berkesempatan mendengar ceramah beliau. Ceramah tamat hampir ke jam 12.00 tengah malam. Apa yang pastinya kehadiran malam tadi memang ramai. Bukan hanya orang tempatan sahaja malahan turut dihadiari oleh orang luar dari pelbagai kaum dan keturunan. Semuanya hadir semata-mata mahu mendengar amanat yang di sampaikan oleh Tuan Guru Nik Aziz menunjukan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Antara pemimpin yang hadir pada malam tadi adalah Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Dr. Mujahid, MB Selangor, TS Khalid Ibrahim dan mungkin ramai lagi yang mungkin ana tak nampak.
Ceramah malam tadi memanglah membuatkan ana rasa puas....
(gambar2 di atas hanyalah sekadar gambar hiasan, tiada kena mengena dengan ceramah di Kampung Guar Jering)
0 comments:
Post a Comment