CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, December 29, 2009

.::Sahabatku di ICU lagi::.

26-12-09 lalu amat mendebarkan. Dalam perjalanan yang semakin hampir ke majlis perkahwinan junior sekolah ana di Bota, ana terima panggilan dari sahabat ana, Saiful Bahri menyatakan beliau dah "breakdown". Sebenarnya beliau dapat "job" untuk jadi photographer majlis tersebut. Pada mulanya ana sangkakan ada masalah dengan kamera beliau. Tapi apabila ana tiba di rumah kenduri tersebut ana terus cari beliau.

Keadaan beliau memang agak kritikal. Ana cuba minta beliau agar berehat namun nampaknya keadaan beliau makin teruk... setelah berbincang dengan kakak pengantin (seorang doktor) ana terus bawa beliau ke Hospital... Semasa perjalanan ke Hospital ana memang berdebar-debar dan sentiasa berdoa agar Allah S.W.T memudahkan perjalanan kami. Alhamdulillah setelah hampir semua "traffic ligth" ana redah sahaja akhirnya kami tiba di Hospital Sri Manjung dan beliau diberikan rawatan seterusnya ditahan di ICU.

Ana doakan agar sahabat ana tabah melalui kehidupan beliau dan percayalah ana akan sentiasa bersama beliau disaat beliau memerlukan...

Dari kejadian ini mengingatkan ana betapa kerdilnya kita di sisi Allah S.W.T. Musibah yang diberikan sebenarnya memberi peringatan kepada semua baik bagi yang ditimpa musibah mahupun orang disekelilingnya. Kejadian pada hari tersebut benar-benar mengajar ana bahawa kita ini adalah hamba yang kerdil. Segalanya boleh berlaku dengan ketentuanNya...

Musibah penyakit banyak hikmahnya. Apabila diuji dengan penyakit dan penderitaan, manusia sedar kekuatan dirinya tidak mampu bertahan selamanya. Manusia mudah lupa jika sentiasa sihat. Bahkan, Firaun mengaku dirinya tuhan antaranya disebabkan dia tidak pernah ditimpa penyakit.

Ujian menderita akibat penyakit memberi kesan psikologi yang mendalam kepada manusia, berbanding dengan ujian lain. Apabila menderita penyakit berbahaya atau rasa kesakitan teramat sangat, maka terlintas mengenai kematian.

Apabila Allah menurunkan ujian, secara langsung mengingatkan kita kepada kekuasaan-Nya. Dia berkuasa menentukan segala yang diinginkan terhadap hamba-Nya. Segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada setiap orang boleh ditarik pada bila-bila masa dengan pelbagai cara.

Musibah adalah peringatan bagi manusia muhasabah diri kerana ujian mendorong perasaan insaf dan memperbanyakkan istighfar supaya tidak terus dalam kelalaian duniawi.

Memohon keampunan Allah boleh menghalang perasaan angkuh dan sombong. Selama ini kita hanya melihat nasib orang lain, dan kini tiba masanya terjadi kepada diri sendiri.

Bertaubat adalah tindakan spontan biasanya dilakukan oleh mereka yang ditimpa musibah. Ia bertepatan dengan sebab Allah menurunkan musibah ke atas diri seseorang sebagai tanda peringatan.

Orang beriman berasa bersyukur dikenakan musibah sebagai ujian atau sebagai menghapuskan dosa yang dilakukan. Antara dosa dilakukan manusia, ada yang Allah hapuskan melalui pembalasan dalam bentuk musibah.

Oleh itu, orang beriman yang memahami konsep balasan dan ujian diturunkan melalui musibah berasakan dirinya sebagai bertuah. Kesakitan di dunia ini menjadi penyelamat daripada kepanasan api neraka pada hari akhirat kelak.

Ketika Rasulullah SAW mengunjungi sahabat sedang sakit, Baginda bersabda yang bermaksud: “Bergembiralah, kerana Allah berfirman: “Inilah neraka-Ku, Aku menganjurkan menimpa hamba-Ku yang mukmin di dunia, supaya dia jauh daripada neraka pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim).

Pengampunan dosa melalui musibah hanya jika kita menginsafi musibah itu, yakni menerima musibah dengan reda, sabar dan memohon keampunan kepada Allah. Allah suka mendengar pengharapan dan doa hamba-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami pernah menimpakan azab ke atas mereka, namun mereka tidak tunduk kepada Tuhan dan mereka juga tidak berdoa kepada Allah dengan merendah diri.” (Surah al-Mukminun, ayat 76)

Berdoa adalah ibadat dan jika apa yang didoakan tidak dimakbulkan di dunia, balasan kebaikan tetap diperoleh di akhirat atas apa yang dilakukan. Mungkin juga doa itu dimakbulkan dengan digantikan kebaikan lain.

Mereka yang berasa keluh resah dan mempertikaikan musibah yang menimpa dirinya, maka tidak ada apa kebaikan diraih. Mereka itulah hamba yang benar-benar rugi di dunia dan akhirat. Ujian yang sepatutnya menaikkan darjat di sisi Allah tidak diduduki dengan baik.

Firman Allah yang bermaksud: “Mereka yang ditimpa musibah mengucapkan: “Kita semua kepunyaan Allah dan kepada Allah kita akan kembali. Mereka itulah akan mendapat keberkatan sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan juga orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 156 dan 157)

Kisah Nabi Ayub yang tabah menghadapi ujian ditimpa sejenis penyakit kulit luar biasa patut menjadi renungan. Akibat penyakit itu, keadaan badannya amat menakutkan mata memandang dan orang lain tidak sanggup melihatnya. Seluruh ahli keluarga tidak mahu mendampinginya, kecuali isterinya.

Iblis tidak senang melihat sifat isteri Nabi Ayub yang setia, lantas menggoda supaya dia meninggalkan Nabi Ayub.

Nabi Ayub berdoa agar cita-cita iblis tidak berjaya dan Allah memperkenankan doa Nabi Ayub serta membalas kesabarannya dengan kejayaan.

Wednesday, December 23, 2009

.::EOS 7D: Bila Tangan Gatal::.

Tangan tengah gatal. Bukan gatal apa, cuma semenjak dua menjak ni ana dok improvekan teknik mengedit photo. Biasalah kadang-kadang jadi, kadang tuh hampeh... antara yang berjaya ana edit dengan jayanya...(mengikut mata ana)


Image Hosted by ImageShack.us
Penjual Petai di Pasar Minggu Sg. Gedung Bagan Serai

Image Hosted by ImageShack.us
Pengkalan nelayan Kampung Sungai Protan, Selinsing, Perak.


Image Hosted by ImageShack.us
Mentari pagi Tasik Bukit Merah.

*semua photo di edit menggunakan photoshop.

Thursday, December 17, 2009

.::MAAL HIJRAH 1431::.

Image Hosted by ImageShack.us
Semoga kehadiran tahun baru hijrah membawa makna yang lebih besar dalam kehidupan kita semua. Semoga kita terus istiqomah mencari keredhaan ilahi...

Tuesday, December 15, 2009

.::EOS 7D: Weekend Program::.

Hujung minggu ni cuti lagi, bermula dengan sambutan tahun baru hijrah pada hari jumaat maka secara otomatik cuti hujung minggu menjadi 3 hari. Ana tak ada sebarang planning untuk ujung minggu nih. Cuma sebelah pagi tadi ana buka blog Pyan Habib ternampak entry yang menarik... rasanya kalo tak ada apa-apa program lain ana akan ke sana... insyaAllah...

Monday, December 14, 2009

.::EOS 7D: bila balik kampung::.

Alhamdulillah, perancangan untuk pulang ke kampung dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Selepas bersarapan di Bagan Dalam, kami sekeluarga terus bertolak balik ke kampung. Anak kedua ana dah tak sabar-sabar nak terus ke kampung tokwannya (abah ana), Tapi ana terpaksa singgah dahulu rumah mertua sebab ana kena hadir ke kenduri sahabat ana di sana dahulu. Sampai sahaja dirumah mertua ana, ana terus ke kenduri tersebut.

Image Hosted by ImageShack.us

Puas juga dapat shoot gambar pengantin... tambah seronok lagi bila dapat bergambar dengan Ahli Parlimen Bagan Serai yang cukup mesra dengan para tetamu. Beliau tak kekok untuk bermesra dengan siapa sahaja... memang pemimpin yang berjiwa rakyat (macam kempenlah pulak... tapi itu adalah kenyataan)...

Image Hosted by ImageShack.us
bersama dgn YB (pic edited)

Sebelah petang ana terus ke rumah abah bawa anak-anak. Ketika sampai cuaca masih panas terik membuatkan ana berfikir dua-tiga kali untuk keluar menembak. Akhirnya ana tunggu hingga selepas asar baru nak bergerak.


Image Hosted by ImageShack.us

Ana keluar dgn anak sulong ana, bawa motor mak pusing-pusing kampung. Banyak lagi gambar yang diambil cuma belum sempat nak upload.... bila kelapangan nanti ana akan upload lagi. Biarlah kali ini sekadar preview saja...

Next day (ahad) kalau ikut rancangannya ana nak shoot sunrise di Tasik Bukit Merah tapi tak jadi sebab ana balik lewat dari surau sebab lama sangat melepak dengan sahabat-sahabat di kedai kopi. Akhirnya ana terus sahaja ke Kuala Gula.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Keringat tua- usia bukan penghalang untuk mencari sesuap nasi...

Friday, December 11, 2009

.::EOS 7D: rindu kampung halaman::.

Last ana balik kampung masa raya Qurban yg lalu. Itupun sekejap saja, sebab hari raya qurban tu ana buat kenduri sebab anak kedua ana akan berkhatan.

Esok memang ana dah plan nak balik kampung. Esok juga sahabat ana buat kenduri Kahwin anaknya. Jadi rasanya lepas pegi kenduri tu barulah ana balik ke kampung ana. Harap-harap cuaca esok baik sebab ana nak shoot sepuas-puasnya petang esok... Dalam kepala dah plan lokasi-lokasi untuk ana shoot esok...

Ahadnya pula ana cadang nak shoot mentari pagi (sunrise) kat tasik bukit merah... so sesapa nak join ana boleh saja... xder apa2 syarat...

Wednesday, December 9, 2009

.:: EOS 7D: Sunset bersama sifoo::.

Petang semalam sahabat ana, Saiful Bahri a.k.a Gbone datang jumpa ana untuk shoot sunset di pantai berhampiran rumah ana. Antara beberapa shoot yang sempat diambil, sayang sikit sebab semalam kami tak bawa tripod.


Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

bonus:....

Image Hosted by ImageShack.us
Wisma Kastam, Pulau Pinang
(gambar ni ana shoot hari ahad lepas diedit guna photoshop dan topaz lab)

Tuesday, December 8, 2009

.::EOS 7D: sudah gilakah ana::.

Image Hosted by ImageShack.us

Gila.... itulah kata-kata yang mungkin keluar dari mulut kalian kalau ana katakan yang malam semalam ana keluar shooting pukul 12.20 pagi. Ketika semua orang sedang asyik tarik selimut atau memeluk pasangan masing-masing ana keluar pergi ke pantai semata-mata nak ambil 5-6 shot.

Image Hosted by ImageShack.us

sebenarnya dah dua-tiga malam ana nak keluar tapi sebelum nih mata macam tak mengizinkan saja... tapi semalam tiba-tiba semangat tu datang. Memang ana dah tertidur masa nonton national georaphic tapi bila ana tersedar pukul 1200 malam masa nak masuk ke bilik terpandang keluar melalui balkoni nampak macam menarik saja view kat luar, tanpa pikir panjang ana terus capai 7D ana dan pergi shoot.

Image Hosted by ImageShack.us

itu cerita malam semalam... petang tadi sahabat ana, Saiful Bahri a.k.a gbone datang jumpa ana. So biasalah dia pun photographer jugak... so seronoklah borak-borak. Sambil tu sorang lagi sahabat ana Mahadzir Ahmad (bukan photographer) datang juga. Actually kami dulu satu sekolah dan juga satu kelas jadi banyaklah benda dibualkan maklumlah bukan selalu berkesempatan nak berjumpa. Lepas borak-borak di kedai mamak ana dan gbone terus pegi shoot sunset pulak manakala Mahadzir balik kerumahnya di BM... (photo2 akan ana upload kemudian)

Saturday, December 5, 2009

.::Segalanya Berjalan Lancar::.

Upacara mengkhatankan anak ana pagi tadi alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancangkan. Cuma terpaksa lama sikit menungguuntuk dipotong. Ana tengok anak ana (Zaquan) cool saja cuma uminya dan abangnya nampak risau sedangkan tuan punya diri rileks saja. Mungkin sebab kurang mengerti apa itu berkhatan.... (antara sebab mengapa ana khatankan dia awal - umur 6 tahun)

Image Hosted by ImageShack.us
rileks saja dia layan game dalam henpon ana

Semasa menunggu giliran dia masih lagi cool, tak peduli langsung keadaan sekeliling kerana asyik main game dalam henpon ana. Sehinggalah namanya dipanggil, laju saja dia masuk dengan ana. terus buka seluar dan pakai sarong. Baring terus atas katil dan ana lihat dia sikit nervous... bila ana tanya dia kata takut. Ana pegang dada dia, mmg dia dadanya berdegup kencang. Ana cuba bagi dia rileks dengan kata pada dia, tak ada apa-apalah. Alhamdulillah dia sikitpun x keluarkan air mata cuma sesekali ngadu sakit. Namun dia masih lagi mampu tersenyum bila ana buat lawak. Sehinggalah selesai, dan dia keluar dengan senyum saja.

Selesai saja proses "pemotongan" kami terus balik ke rumah (takkan nak meronda kat shopping kompleks pulak). Sampai kat rumah dia mula mengadu sakit (mungkin ubat bius dah hilang). Ana suruh uminya beri dia ubat tahan sakit dan sediakan lunch untuk dia. Masa wife ana sibuk di dapur dia dah mula meragam, laparlah, sakitlah macam-macam perangai dia buat... Terkejut juga ana bila time lunch dia punya makan sampai tambah nasi... Lepas makan dia tak ngadu sakit cuma asyik mengadu lapar saja... pelik juga ana... Bukan tu saja dia tak tahu duduk diam... kejap-kejap bangun, kejap-kejap bangun...

Image Hosted by ImageShack.us

Nampak gayanya tak susah sangat nak jaga dia sementara "anu"nya nak kembali pulih...

Friday, December 4, 2009

.::sibuk dgn hobi baru::.

Salam sejahtera kepada semua pengunjung setia blog ana ini. Pastinya kalian tertanya-tanya dan berasa agak pelik bila lihat ada sedikit perubahan pada posting-posting ana kebelakangan ini. Bukanlah ana mahu beralih angin dengan tidak lagi membuat posting-posting yg berkaitan keagamaan dan politik, cuma sekarang ini ana sibuk dengan kekasih baru ana. Hahahahaha jangan salah sangka, kekasih yang ana maksudkan adalah sebuah kamera DSLR yang baru ana beli seminggu sebelum Aidil Adha lalu. Dah lama ana meminati dunia fotografi nih hanya baru sekarang ana mampu mempunyai gadget yang diidamkan. Sebelum nih ana sekadar mengambil foto dari kamera henpon saja.

Bila dah ada senjata baru ni, maklumlah baru dapat asyik mengusung senjata tu saja bila ada masa terluang. Sebab itulah beberapa posting sebelum nih semuanya ana berasaskan gambar-gambar.(tengah asyik ). Selain tu ana juga sedang bertatih berHDR. Apa benda HDR tuh? kepada yang belum tau boleh rujuk SINI atau SINI. Ana bukanlah mahir cuma sekadar suka2 sahaja.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
(cubaan mengHDRkan yang tak menjadi)

InsyaAllah minggu depan mungkin ana akan kembali dengan posting-posting seperti biasa dan akan sesekali diselitkan juga gambar2 terkini yang ana ambil dari kamera ana.

Esok, anak kedua ana, Airil Zaquan akan ana khatankan dia di Klinik di Seberang Jaya. Appointment ana dah set dengan pihak hospital. Harap-harap segalanya akan berjalan lancar. Sebelum pukul 9.00 pagi esok ana akan berada di Poliklinik Ikhsan untuk proses mengkhatankan Airil Zaquan....

Pada kesempatan ini ana juga ingin mengucapkan takziah kepada sahabat ana, Saiful Bahri a.k.a Gbone kerana ibu kesayangan telah dimasukan ke hospital kerana masalah kesihatan yang agak serius. Ana doakan agar beliau sabar dah tabah mengahadapi segala dugaan yang menimpa. Ana harap segala yang berlaku tidak menganggu intensif beliau di USM.

Tuesday, December 1, 2009

.::santai hujung minggu::.

Alhamdulillah cuaca nampaknya kelihatan baik pada hari itu... Disebabkan ana dah janji dengan anak-anak ana nak bawa pergi ke Zoo Taiping, anapun bawalah mereka ke sana. Sebaik saja habis pusing-pusing dalam zoo kami pun keluar, cadangnya nak pusing-pusing pulak kat lake garden, tapi kita hanya mampu merancang, hujan turun selebat-lebatnya...

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us